#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Saturday, 31 October 2009

aku akan berusaha menjagamu sepanjang hayatku

hari Jumaat bersamaan 30 Oktober 2009 adalah hari terakhir aku bekerja sebagai seorang guru sekolah menengah si sebuah daerah di Gombak. ecece..skemanye guru ganti Sejarah ni. hari yang sama, ada sorang cikgu ni baru masuk kerja balik. adela dalam 2 minggu lebih dia tak datang sekolah. tiba2 aku terdengar (aku kat sana memang pasang telinga je kejenye) yang cikgu tu baru je selamat menjalani pembedahan membuang hempedunya.
BUANG HEMPEDU?!

ya. anda tak salah baca
ada 2 orang guru berbisik, apa fungsi hempedu ye?
dengan yakin aku jawab, tapis gula. (first tym buat muka yakin, bagi info yang salah. adoiyai~! maafkan saya cikgu2 sekalian!)

aku nak tebus kesalahan aku kat sini boleh?

baiklah kawan2. mari mulakan kelas kita pada hari ini.

lemak memainkan peranan sebagai sumber tenaga dan boleh memberi haba kepada kita. ia juga sebagai supporter kepada organ2 dalam badan. ia juga boleh mengangkut bahan boleh larut-lemak seperti vitamin A, D, E, dan K. sebagai sarung saraf dan sebacous gland (ade kat kulit). gabungan daripada kolestrol dan hormon steroid.

hempedu atau bile atau gall berfungsi menapis LEMAK2 yang kita makan hari2. kalau kita makan makanan yang lemaknye melampau2 sampai tak tertapis oleh hempedu, ia akan mengakibatkan lemak2 tersebut bertukar menjadi batu. hiarkkk~! nak ke simpan batu dalam badan? masa tu, pesakit akan mula sakit perut yang amat sangat~~~ batu~~ batu~~ batu2 itu takkan hilang sendirinya, terapi pon tak membantu. boleh tembak pecahkan batu tu, tapi nak ke kalau batu tu masuk hati, jantung ker, usus ker, tak ke kacau? dan jalan yang terbaik ialah BUANG HEMPEDU! tidaaaaaaaaaaaaak~!

mari kita lihat dari sudut anatomi pula





hempedu adalah cecair yang kekuningan, kebiruan dan kehijauan yang dirembes oleh hati. di simpan di dalam kantung yang diberi nama pundi hempedu, di buang ke duodenum. maka di situ berlakulah proses penghadaman makanan. ia terletak di bawah belakang bahagian kanan hati.

eh, nak tengok rupa batu dalam badan?

uishh.. batu semata2. yelah, kitakan berasal dari tanah. bila cukup bahan dan ramuannye, tanah2 tu boleh la ditukarkan menjadi batu. isk, ape yang aku merepek ni? jadi jagalah kesihatan diri. camner?

1) kurangkan pengambilan makanan yang berlemak.
saya ingin mengesyorkan anda supaya kurangkan makan nasi lemak, ikan keli masak lemak cili api (kegemaran aku ni), dan ape2 je makanan yang bersantan dan berminyak ye.

2) makan makanan yang kaya dengan serat.
contohnya sayur2an, buah2an, kekacang dan bijirin oat. baca petikan ni:
Serat oat dikatakan mengurangkan kolesterol darah dua cara. Pertama, ia bergabung dengan kolesterol di dalam asid hempedu - cecair kekuningan yang dirembes oleh hati untuk memcahkan lemak di dalam usus kecil. Sebahagian kolesterol di dalam asid hempedu mungkin akan dikeluarkan bersama serat sebagai bahan buangan, dan tidak diserap semula. Untuk menggantikan asid hempedu yang hilang, kolesterol dikeluarkan daripada badan, dan ini mengurangkan bekalan kolesterol. Kedua, penapaian serat oat di dalam usus mengeluarkan asid lemak, yang menghalang sintesis kolesterol. ni aku amek kat sini

tak sangke panjang pulak cerita ni. okelah, selamat menjaga kesihatan diri. kalo tak, nanti bila takde hempedu, hati pulak kene kerja keras! kasihan kat hati. kalau hati pulak rosak... ahhhh... bye~
myself

8 comments:

  1. mak aih.
    takut gile aku.
    tak nakkk. aku tak nak berbatu-bata macam tu.
    huk.
    tapi, kenape yg sedap tu lah yg tak elok tuk badan.
    haih ~

    ice cream sedapnye.
    malang sekali tak baik tuk orang asma.
    ARGH !!

    ReplyDelete
  2. girlish leee ...blog ko skang huda..heheh!

    ReplyDelete
  3. yot, tahu takper. yang sedap2 tu lah tak elok.
    nak sehat, kene a tahan nafsu tu lebih2. huhuhu. aku suka ais krim, coklat, slurpee, lemak cili api ahhhh~~~~~

    k naemah, jeles ker? hahahaha

    ReplyDelete
  4. ceyh..nnti boley buat blog nie untuk rujukan anatomi..sem dpn belaja fisio.teruskan2..hehe

    ReplyDelete
  5. batu dlm hempedu tu kalo buat cincin misti cantekkan mek geber?

    ngee..

    ReplyDelete
  6. zuliey, boleh2..tak salah. haha, mesti dr usop bangge ngan aku.

    uish cik eko (macam sebut name pak eko lak) betol3x
    hahaha memain lak dia eks~

    ReplyDelete
  7. cik eko? pak eko? waaa. tbe2 rindu kt die. hihi

    ReplyDelete
  8. hahaha...izu dah mula rindu kat pak eko...g lah sambung master ngan dia. hahhahaha~!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *