#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Monday 30 July 2018

Hari ni aku amek cuti sebab petang nanti nak hantar mak aku pergi KLIA sebab dia nak pergi buat haji. Walaupun flight dia tengah malam pukul 1 pagi nanti tapi kena berkumpul awal. Aku malas nak ambil half-day sebab rumah aku dengan office 30km lebih jaraknya. Tak suka nak ulang alik redah jammed bagai untuk jangkamasa yang singkat tu.

Jadi aku amek kesempatan buat appointment doktor pakar lutut dan bahu. Okay maksudnya aku ada dua masalah sekarang ni. Pertama kedua-dua belah lutut aku tak kuat. Lutut kanan ada masalah berbunyi-bunyi kalau naik tangga. Lutut kiri paling teruk.

Kronologi
Teruk sebab dulu awal tahun 2017 aku main basikal dan jatuh, ada batu-batu kecil sama saiz kuih raya betul-betul terlanggar lutut kiri aku. Masa jatuh aku tengok ok je. Seluar koyak kat lutut. Ada luka kecil. Condition basikal pun ok jadi aku sambung kayuh untuk beberapa kilometer. Balik rumah aku tengok luka pun tak besar mana. Mandi pedih geli-geli je pun jadi aku tak bother sangat la. Hari tu hari Ahad, memang rutin hujung minggu aku akan kayuh basikal manakala hari biasa sebelah malam aku akan main futsal. Nak dijadikan cerita, hari rabu aku ada mixed friendly match yakni dalam satu kumpulan akan ada campuran jantina lelaki dan perempuan. Aku rasa hari tu aku main macam biasa je tapi pelik bila balik rumah aku nampak tempurung lutut kiri aku teralih bila aku bengkokkan lutut.

Macam-macam sakit
Aku rasa macam dosa aku sedang diampunkan Allah sebabnya aku baru sihat lepas hampir sebulan buat operation buang 2 gigi geraham bongsu yang tumbuh melintang, dan 2 gigi geraham di sebelah atasnya. Disebabkan gigi geraham bongsu yang tumbuh melintang itu, satu gigi dihadapannya jugak kena buang sebab dah tak boleh dirawat. Lubang yang teruk dan menyebabkan aku selalu terjaga tengah malam sebab ngilu. Jadi apa yang boleh dibuat ialah buang gigi tu.

Ok kenapa aku cerita pasal gigi sebab aku datang hospital selayang untuk follow up operation gigi. Aku parking jauh dekat bangunan sebelah luar hospital dan aku berjalan kaki ke bangunan yang aku nak jumpa doktor tu aku kira ada la dalam 2km. Dan masa aku berjalan aku rasa ada la 2-3 kali aku nak terjatuh tanpa sebab. Aku rasa lutut kosong. Jadi waktu balik aku melencong ke arah kecemasan.

Doktor buat X-ray
Doktor dekat kecemasan cakap tak ada apa2. Tulang tak ada retak. Nanti datang untuk buat phisiotherapy je. Aku tengok tarikh yang ditetapkan - sebulan lagi. Termenung jugak aku. Tu baru phisio. Aku cuba nego dengan doktor, tak boleh refer kat ortho terus ke? Dia cakap tak boleh. Aku assume tu procedure dia so aku balik dengan hampa.

Rawatan alternatif
Aku tanya beberapa orang kawan yang lain, dan ada sorang kawan bagi cadangan untuk jumpa sorang pakcik tak berapa nak tua sangat kot. Mungkin umur lingkungan tengah 40an. Dia jenis scan pakai ape aku tak tahu tapi dia pegang lutut aku boleh tahu ada problem. Bukan setakat lutut, tulang belakang aku pun dia tau ada problem. Dia tanya "ada rasa sakit pinggang ke?" aku jawab haah walaupun sakit pinggang tu dah immune sejak aku jatuh pokok masa umur 15 tahun. "ok, lutut biar dulu. Kita betulkan tulang belakang dulu"

Doa bukan urut tapi dia macam pegang 1 bahagian dan aku gerakkan sendiri anggota badan aku. Telinga orang lain pun boleh dengar derap-derap bunyi tulang aku. Aku rasa masa dia betulkan tulang belakang tu, macam tengah main mercun papan. Pap pap pap pap... Lega. Sakit tak rasa tapi yang hairannya badan aku rasa ringan. Tulang belakang aku yang selama ni aku rasa senget ke kiri tiba-tiba duduk tengah balik. Aku sengih je kat dia. Then dia sambung betulkan lutut pulak. Bebel-bebel la dia kata badan aku ni macam ironman merata dislocate. Masa dia nak masukkan tempurung lutut aku balik sakitnya ya rabbi Allah je tau. Tapi lepas tu aku jalan dah tak tempang. Aku bayar ikut suka dan beli ubat yang dicadangkan.

Dua minggu pertama aku stop aktiviti sukan - basikal, berlari dan futsal. Lutut kiri aku masih bengkak. Tapi lepas 2 minggu tu aku dah takleh nak tahan nafsu. Aku mula kayuh basikal perlahan-lahan keliling kawasan taman rumah. Sakit memang sakit tapi aku bertahan je lah. Lepas  bulan (aku ada jumpa dia beberapa kali dalam 6 bulan tu), pakcik ni cakap dah mula baik dan boleh main futsal dah. Aku okay kan je lah.

Futsal kembali
Lepas nampak improvement sendiri (rasa lutut makin kuat) aku mula sambung bermain futsal. Awal-awal aku datang training agak kekok sikit tapi sebab aku main futsal pun dah lama, jadi sekejap jugak nak catch up sikit-sikit. Awal-awal aku rasa ok. Tapi lepas beberapa bulan aku rasa aku betul-betul kena stop. Aku perasan kalau hari ni aku berlari 5km, keesokan harinya lutut aku akan bengkak. Lepas tu makan masa seminggu untuk bengkak ni surut dengan syarat aku tak bersukan langsung. Bila aku jumpa pakcik tu, dia cakap lutut aku dah ok dan dia pun macam tak boleh nak buat ape lagi.

Urut urat
Baru-baru ni lepas bulan puasa, aku ada jumpa seorang abang yang boleh betulkan urat. Bukan massage pakai minyak tapi dia tarik urat yang dikatakan dislocate. Sedap memang sedap tapi masalahnya bertahan 2 hari. Lepastu sakit datang balik walaupun aku tak melakukan aktiviti selain pergi balik kerja, makan & tidur.

Appointment dengan pakar
Sudahnya aku malas nak cari tempat urut lagi. Aku mula menetapkan appointment dengan pakar dekat sini, KLSMC. Yang aku ni pulak main redah datang buat appointment dengan harapan aku beh claim insurans.

Aku bagitahu doktor perkara sebenar then doktor tu tolong aku untuk bercakap dengan pihak insurans. Setakat ni insurans bersetuju untuk keluarkan borang GL dan aku dah isi borang. Cuma nak tunggu pihak hospital panggil aku bagitau tentang kelulusan insurans je sekarang ni. Dah 3 jam ni semoga Allah permudahkan urusan ku hari ini. Amiin.

Dalam bulan April 2018 rasanya dapat voucher beli belah Guardian RM50 dua keping. Malam tadi baru ada chance nak pergi jalan-jalan tengok dan beli ape yang patut. Itu pun ada masa sebab semalam tak dapat kayuh. Kalau tak memang lagi sehari dua sebelum tarikh luput baru dapat beli barang kot. Pernah jugak voucher dah lepas tarikh pun tak ingat nak guna.

Puas la pusing depan pusing belakang, ulang balik. Tak tau apa nak ambil. Nak cukupkan RM100 punya pasal. Nak ambil barang pilihan, terlebih harga. Jadi kena pilih barang yang memang akan guna selalu tapi boleh cukup RM100 tu.

Hampir satu jam jugak la pusing. Ini yang mampu dicapai. Kebetulan Guardian tengah buat sale sampai 29 Julai, jadi Alhamdulillah rezeki sebab lebih banyak la barang yang dapat diambil. Pada mulanya aku kira memang ngam-ngam RM99.50 (50 sen tu kira burn la) tapi bila dah scan dekat kaunter, jumlah harga kurang RM5.05 pulak. Jadi aku capai je coklat m&m cair di mulut bukan di tangan, ada promosi 2 bungkus RM5.

Akak cashier tu pulak suruh ambil lagi barang utuk lebihkan RM100. Aku cakap takpe la kak, saya burn je 5 sen tu. Akak tu tak puas hati. Dia suruh beli barang lebih dari RM100. Aku cakap la dekat belakang voucher tu tulis kalau tak cukup baki tak akan dipulangkan, bukan mesti lebih RM100. Jadi akak tu pergi mendapatkan senior atau manager kedai (aku tak pasti) untuk keputusan samada aku perlu beli barang tambahan atau tidak. Aku dengar orang tu cakap "boleh je.. tak payah bagi baki la". Barulah akak cashier tu nak percaya cakap aku. Haha

Sunday 29 July 2018

Senggugut la pulak. Subuh-subuh aku dah bangkit dari katil. Itu pun terjaga sebab azan subuh berkumandang dekat surau. Pelik jugak kenapa Alarmy aku set pada jam 5:15 pagi tak berbunyi, rupa-rupanya handphone terpadam. Tak tahu la sebab apa. Battery ada lagi separuh nyawa. 

Lepas bersiap-siap mandi dan kemas barang-barang yang nak dibawa, tiba-tiba rasa kurang selesa. Ye, senggugut sampai ke pinggang ia menangkap. Aku ni dah la memang jenis kalau datang bulan tu kadang-kadang siap ambil mc sebab tak tahan sangat. Rasa nak tercabut pinggang. Jadi aku ambil keputusan untuk menarik diri dari mengayuh hari ni. 

Bila sakit tu, baring saja lah yang mampu. Nak cuba lelap tapi tak boleh. So aku capai handphone dan mula edit beberapa keping gambar yang diambil semasa mengayuh basikal semalam. 



Ni je lah yang sempat snap. selalunya tak sempat pun nak ambil gambar kalau pergi kayuh basikal. tapi sebab hujan renyai-renyai dan ada seorang pakcik hampir tak larat nak kayuh jadi kami perlahankan rentak.

Saturday 28 July 2018

Perkara ni sebenarnya lama dah aku nak tulis. Ramai yang aku perhatikan buat perkara macam ni bila solat dekat ruang solat awam. Tak khusuk kite dibuatnye. Nak cakap depan-depan, tak berani sangat sebenarnya. Alahai aku ni. Harap yang membaca dapat la ambil sedikit manfaat ye. 

Contoh kalau solat dekat surau yang disediakan untuk orang awam, harap sangat yang pertamanya jangan la solat betul-betul dekat sebelah rak telekung. Tak kesian ke orang lain nak guna telekung terpaksa tunggu awak tu habis solat. Buatnya awak baru angkat takbir untuk rakaat pertama, tak ke naya yang lain-lain nak tunggu. Takkan kite nak langgar je lalu lalang depan awak tu. 

Yang kedua, tau masing-masing taknak tudung tu renyuk. Tapi tak perlu kot bentang atas susunan sejadah. Nanti orang alihkan sama jugak kebarangkalian nak renyuk tu tinggi. Baik letak dekat tempat solat sendiri kan tak susahkan diri sendiri dan orang lain.

Dah la surau kecil, boleh pulak sembang macam duduk cafeteria. Orang nak solat pun hilang khusyuk. Cuba la senyap kejap untuk 15-20 minit. Lepas keluar surau nak melalak ikut suka la kot kan.

Ada jugak yang jenis lepas solat, sejadah telekung dibiarkan je atas lantai. Sikit pun tak ade inisiatif nak kemas balik. Yang angkat letak kat rak tu dah bagus, tapi campak je macam rumah sendiri. Alahai

Ada satu kali tu aku tengah solat nampak kelibat orang keluar (ye la surau pun kecik kan) tapi telinga aku dengar bunyi "klik" pintu kunci dari dalam. Aku dah la memang tak khusyuk la kalau boleh tahu maksud bunyi tu. Tak sampai seminit ada orang lain datang ketuk-ketuk pintu dari luar. Maknanya betul la kan orang tadi kunci pintu sebelum keluar. Adoi geram je. Yang tak solat waktu tu pulak langsung buat tak tau. Jenuh orang kat luar tu ketuk pintu siap bagi salam. Dia boleh jerit je dari belakang aku (yang terang-terang hilang khusyuk dah) "pintu tak kunci punnnnn" adoiiii geramnye lah hai. 

Aku ni bukan la penjaga surau awam ke pekerja petronas ke surau R&R ke tapi sebab syarikat yang aku kerja ni kecik je. MD pulak Chinese maka tak ada surau dan nak atau tidak, aku kena keluar pejabat dan solat di surau awam sahaja. 

Jadi harapnya wanita lain yang menggunakan surau bersama, harap tak amalkan perkara yang aku sebutkan kat atas. Nampak remeh hakikatnya aku tak khusyuk mengenangkannya. Huhuhu

Thursday 26 July 2018

Tadi ada orang spread news dekat group whatsapp. Bunyinye begini:

NOTIS PEMBERITAHUAN

Adalah dimaklumkan bahawa JKR Gombak akan melaksanakan Penutupan Jalan Sepenuhnya bagi kedua-dua arah Jalan Gombak Lama - Bentong (FT68)  di KM 25.00 (bagi  pengguna dari Kuala Lumpur) dan KM 39.60 (bagi pengguna dari Genting Sempah) pada 28.07.2018 bermula jam 6.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

Penutupan sepenuhnya jalan ini adalah untuk memberi laluan kepada aktiviti gotong royong di sepanjang jalan  yang akan dirasmikan oleh  D.Y.T.M Raja Muda Selangor.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang diletakkan di sekitar kawasan terbabit.
Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami sepanjang penutupan jalan tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai penutupan jalan ini, sila hubungi kami di talian: 03- 61311317

Sekian, terima kasih.
JKR GOMBAK
Yang bermaksud jalan dekat Genting Sempah tutup la kan. Ape lagi cyclist sekalian. Jom kayuh kat Genting Sempah minggu ni!

Wednesday 25 July 2018

Lepas balik kerja kan, kadang-kadang aku tak balik rumah terus. Ada sesetengah hari aku akan pergi berbasikal atau menguruskan team futsal wanita. Kebiasaannya aktiviti sukan malam macam ni akan habis antara jam 12 tengah malam hingga ada yang 1 pagi paling lewat. Sampai rumah pulak tentu-tentu nak mandi, solat isyak dan sebagainya, paling cepat pun boleh terus tidur antara jam 2-3 pagi.

Nak bangun balik awal pagi nak pergi kerja memang susah. pernah sekali aku terlajak tidur dan sedar-sedar jam dah pukul 8 pagi. subuh terlepas hangus macam tu je. tengok alarm dekat phone semuanya missed. satu hari tu aku scroll twitter, terjumpa satu apps menarik untuk memudahkan kita bangun pagi. aku cuba jugak la install dan tengok hasilnya.


nama apps tu ialah "alarmy" 
apa yang best sangat pun pasal apps ni. kalau tengok dalam bulatan dekat gambar atas ni, aku letak caption "subuh" dan sebelah dia ada gambar matematik. gambar matematik tu sebenarnya cara yang aku pilih untuk tutup alarm. kalau tekan gambar tu akan keluar screen macam gambar kat bawah.
apa yang apps ni buat ialah kalau nak padamkan alarm, kena buat kerja dulu. apa yang kita nak buat boleh pilih. contoh macam aku, pilih nak selesai 3 masalah matematik, level susah teruk punya. yang ni pun boleh pilih berapa banyak soalan dan berapa susah soalan yang kena jawab tu. jadi aku kena bangun, jawab 3 soalan matematik tadi. kalau salah tak boleh tutup alarm. kalau ketiga-tiga soalan tu dijawab dengan betul baru boleh tutup.

selain soalan matematik, boleh nampak ada beberapa kaedah lain nak tutup alarm. contohnye snap 1 gambar yang sama dengan gambar yang kita set untuk tutup alarm tu. contoh sebelum tidur kita letak gambar tv dekat ruang tamu. then untuk tutup alarm tu, kena bangun dari katil, pergi ruang tamu, snap gambar. kalau sama dia akan dismiss. pendek cerita, nak tak nak kena bangun dari katil jugak untuk tutup alarm tu. tapi aku pesan jangan letak gambar kucing sendiri. risau kucing tu pagi-pagi merayau ntah bila nak balik, terus tak dapat nak tutup alarm. bunyi dia boleh tahan bingit jugak.

yang gambar shake tu pulak, kita boleh set nak goncang telefon beberapa kali untuk tutup alarm. aku tak pilih yang ni sebab risau nanti stress sangat aku baling je handphone tu. tak boleh.. tak boleh

cara yang terakhir pulak, scan barcode yang sama macam kita set sebelum tidur. macam biasa selagi data barcode tu tak sama, selagi tu alarm bunyi.

Jadi aku suka pendekatan pencipta apps ni sebab dia paksa aku bangun dari katil bukan untuk tutup alarm semata-mata tapi kerah otak aku terus berfikir dengan baik.

Kalau korang pulak, korang guna cara yang macam mana?






Aku ni bukan suka pakai cermin mata. Rasanya sejak sekolah menengah banyak kali dah buat cermin mata, lepas tu pakainye sekejap je. Rasa rimas pun ye. Cuma kalau sunglasses je yang aku selesa nak pakai.

Setiap kali aku drive waktu malam, mesti rasa sakit hati sebab mata aku ada masalah silau sebenarnye. Kadang-kadang kereta belakang berhenjut sebab lalu dekat jalan tak rata pun aku dah tak selesa. Aku rasa banyak sangat cahaya masuk dalam mata. Kalau siang hari tu aku penat, lagi la malam tu rasa tak nak drive sebab mata cepat letih & rasa mengantuk. Ada jugak aku rasa kereta belakang atau bertentangan tu pasang lampu besar padahal dia tak pasang lampu besar pun. aku je perasan sebab sakit mata.

Akibat tak tahan sangat, aku pun buat la satu spec yang khas untuk aku drive malam. Ni sebenarnya sunglasses lama yang kanta dia dah rosak teruk sebab aku tak pandai jaga. Tapi aku suka frame ni sebabnya ringan. So aku bawak pergi kedai cermin mata, dia cakap mahal sikit sebab frame aku jenis melengkung. So dia kena buat lens khas untuk mengurangkan risko aku sakit kepala pulak lepas pakai. lepas tu dia tambah tinted pulak. daripada bajet asal RM150 naik terus RM250. fikir-fikir beli je lah. yang penting aku dah makin selesa drive waktu malam. Alhamdulilah

Bahan-bahan
60gm agar-agar bertali atau strip
1500ml air
300ml air
1200gm gula pasir
120gm gula batu

Cara Membuat
  1. Rendam agar-agar 30 minit dan toskan. Masak agar-agar bersama 1500ml air sehingga mendidih dan jernih.
  2. Masukkan gula batu dan gula pasir. Masak sehingga betul-betul mendidih.
  3. Tambahkan 300ml air ke dalam periuk dan tutup api setelah air mendidih.
  4. Tapis agar-agar dan warnakan mengikut kehendak masing-masing.
  5. Tuang ke dalam loyang 10x10" (2800ml untuk 1 loyang) dan sejukkan (jangan masuk dalam peti ais. hanya perlu biarkan sahaja menyejuk sendiri) sehingga agar-agar menjadi beku pada suhu bilik.
  6. Potong ikut saiz dan bentuk kesukaan. Jemur sehingga betul-betul kering dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Kalau malas nak buat, boleh je order melalui whatsapp => 019 - 894 7521

Nak custom order untuk majlis pun boleh. Whatsapp je ye. terima kasih & selamat mencuba!

Bahan A
250gm butter atau marjerin (buttercup tu contoh marjerin. kalau pakai pure butter, bau dan rasa lebih sedap berbanding marjerin)
100gm gula perang
100gm gula castor

Bahan B
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan C
350gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
(Ayak dahulu sebelum campurkan bahan)

Bahan D
250gm Imported Coklat Chip

Cara Membuat
Pukul rata semua bahan A kemudian campurkan bahan B. Pukul sehingga kembang.
Masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan gaul rata. Guna spatula je dari awal. Nak guna tangan je pun boleh.
Lepas dah siap adun (doh tak melekat dekat tangan / permukaan bekas. Senang nak ambil) boleh campur Choc Chip dan gaul rata.

Boleh juga campur sedikit Nestum perisa original kalau nak bagi rangup.

Dah siap boleh letak dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.

Panaskan oven selama 10 minit 160 darjah Celsius. Cubit doh sedikit, bentukkan seperti cookies dan susun ke atas tray untuk dibakar. Bakar selama 20 minit 160 darjah Celsius.

Sejukkan pada suhu bilik dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Kalau sedap, mesti tak sempat nak simpan >_<

Lagi satu, kalau malas nak buat sendiri, boleh buat tempahan dekat whatsapp => 019-894 7521. Senang je kan! sedap? sangat. rasa dia macam biskut Famos Amos wey!!!

Selamat maju jaya & Terima kasih!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum semua. saya sebelum ni pun seorang blogger, tapi macam ada masalah sikit dengan blog sebelum ni. jadi untuk tidak membuang masa (malas nak korek apa lagi masalahnye) terus lah create blog baru dengan ID baru. sedihnye. tapi takpe, life must go on.. hehe


Blog lama still ada. cuma dah tak aktif je. aku akan terus aktif kat sini je lah.

semoga istiqamah.

Tuesday 24 July 2018

Bahan A
250gm butter atau marjerin (buttercup tu contoh marjerin. kalau pakai pure butter, bau dan rasa lebih sedap berbanding marjerin)
100gm gula perang
100gm gula castor

Bahan B
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan C
350gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
(Ayak dahulu sebelum campurkan bahan)

Bahan D
250gm Imported Coklat Chip

Cara Membuat
Pukul rata semua bahan A kemudian campurkan bahan B. Pukul sehingga kembang.
Masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan gaul rata. Guna spatula je dari awal. Nak guna tangan je pun boleh.
Lepas dah siap adun (doh tak melekat dekat tangan / permukaan bekas. Senang nak ambil) boleh campur Choc Chip dan gaul rata.

Boleh juga campur sedikit Nestum perisa original kalau nak bagi rangup.

Dah siap boleh letak dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.

Panaskan oven selama 10 minit 160 darjah Celsius. Cubit doh sedikit, bentukkan seperti cookies dan susun ke atas tray untuk dibakar. Bakar selama 20 minit 160 darjah Celsius.

Sejukkan pada suhu bilik dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Kalau sedap, mesti tak sempat nak simpan >_<

Lagi satu, kalau malas nak buat sendiri, boleh buat tempahan dekat nombor yang tertera dalam gambar.

Selamat maju jaya & Terima kasih!

Wednesday 4 July 2018

Sedih betul bila dengar berita pasal adik Adam Rayqal ni. Walaupun aku ni takde family sendiri, apetah lagi anak sendiri tapi aku rasa sedih jugak la. Even geram, kecewa, marah semua pun ada.

Aku tak nak komen pasal sape salah sape betul. Yang itu biarlah pihak yang berkuasa menentukan sebab tu mereka diberi kuasa dan kepercayaan kan.

Aku cuma nak suarakan pendapat pasal masa drive balik kerja sangkut teruk dalam jem petang semalam, kat bernama radio ada cakap pasal penguatkuasaan lesen ke atas pengasuh persendirian.

Nak call, tangan jenis gigil gemuruh guruh berdentum dalam badan. Nak taip mesej, tengah drive pulak. So aku taip kat sini je lah. Biar lambat asal selamat. Hihi

Pada pandangan aku, perkara tu ada baik ada buruknya. Yang baik contohnya pengasuh adalah lebih dipercayai. Contohnya macam kita naik kapal terbang pastu kita tahu yang pilot tu ada lesen yang sah untuk bawa kita. Jadi risiko untuk kemalangan tu rendah. Sama la dengan pengasuh ni. Bezanya, kita hantar budak / bayi yang tak tahu apa2, malahan nak bercakap pun tak mampu. Makan nak kena bersuap. Pakai nak kena siapkan. Even tak tahu bezakan mana betul mana salah n mana bahaya mana selamat. Pengasuh tu la yang akan jadi pilot untuk anak2 yang diasuh.

Yang kedua, bila dah ada lesen dah tentu ada pantauan dari pihak tertentu. Kena renew setiap beberapa bulan. Kena adakan audit dan sebagainya. Maka risiko untuk pengasuh menjalankan tanggungjawab dengan sambil lewa kemungkinan besar adalah rendah.

Tapi kita sebagai orang biasa yang makan cukup2 ni kena fikir la jugak. Kenapa kebanyakan ibu bapa cari pengasuh persendirian bukan pengasuh swasta yang tentunya berlesen, bersijil dan sebagainya. Sebab utama tentunya kekangan kewangan. Kemungkinan pengasuh persendirian menawarkan harga yang jauh lagi murah berbanding pengasuh berlesen lain. Bila dah dikenakan sijil, lesen dan sebagainya sanggup ke ibu bapa nak hantar dengan bayaran lagi tinggi? Kalau kata harganya naik 50% contohnya, tambah beberapa ringgit sebulan dah macam hantar kat taska kan.

Lagi satu kekadang pengasuh persendirian ni dilantik orang2 kawasan tu. Contoh jiran sebelah tau dia ni surirumah, ada anak kecil sorang. So dia pun minta tolong jaga anak dia jugak. Bulan2 bagi upah. Bila jiran2 lain dengar pun nak hantar kat dia jugak. So secara tak langsung dia pun jadi pengasuh persendirian. Bukan nak sangat pun tapi sebab nak tolong jiran2 sambil tambah income.

Lepastu pulak orang tu dah berusia. Mungkin lebih 50 tahun. Orang lantik dia jugak jadi pengasuh persendirian. Nak suruh pergi ambil lesen bagai alahai. Dah la duduk rumah sorang2, tak pandai bawak kereta. Menulis pun orang buat. Camne.

Ni la contoh situasi. Saje je tulis sekadar pandangan peribadi. Tidak berniat untuk menaikkan atau menjatuhkan mana2 pihak. Manatau yang buat dasar perundangan ni nanti ada idea lagi bernas yang boleh dibahaskan kan.

Apepun, aku ingin ucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga & Allah mengurniakan kekuatan & ketabahan buat keluarga Adam. In Shaa Allah.

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *