#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Friday 9 August 2019

Setiap kali aku balik rumah mak ayah aku, sepasang kucing jantan betina mesti sambut aku. Yang betina tu akan ikut aku ke mana sahaja kecuali dalam rumah. Gesel-gesel badan kat kaki aku sampai aku rasa rimas & susah nak bergerak. Yang jantan pulak, baring betul-betul depan pintu rumah sambil mengiau kuat. Apa lagi diorang nak selain makan. Dua-dua ekor kucing ni pun bukan kucing peliharaan kitorang pun. Yang betina tu kucing jiran satu kawasan perumahan tapi mungkin tak diberi makan dengan baik. Yang jantan tu kucing jalanan. Tapi dua ekor kucing ni suka datang minta makanan kat rumah aku.


Kucing jantan. Dulu gemok betul kucing ni. Sekarang makin kurus. 


Kucing betina. Kalau boleh nak melekat je kat kaki aku. Sesekali rasa rimas jugak. 

Dua-dua ekor kucing ni memang selalu bergaduh kalau berjumpa. Kucing betina ni garang betul sampai kalau kucing jantan ni tengah baring depan pintu rumah, sanggup dia lari keluar walaupun lapar sebab kucing betina ni datang. Kucing yang mak ayah aku bela pun tak kawan dengan kucing 2 ekor ni.

Biasanya waktu rehat tengahari aku akan keluar dengan sorang kawan tapi hari ni kawan aku cuti. Biasa lah nak raya Dan kampung dia pula jauh kat Kelantan. Dah la minah tu cuti 2 hari, hari ni ngan hari Selasa depan. Sedih tau kawan sembang, membawang & makan sama-sama takda kat office. Tapi takpe lah. Kehidupan kita sehari-hari kena diteruskan. Cewah.

Balik pada cerita asal, waktu tengahari tadi aku drive kereta bik rumah. Cuma ambil masa dalam 5 minit je. Nak jalan kaki memang boleh tapi banyak buang masa kat situ nanti sebab masa rehat cuma satu jam je. Aku parking kat hujung blok apartment. Jalan kaki ke hujung blok sebelah sana, terus ke kedai runcit. Sampai kedai aku cari Telur. Tak jumpa. Tanya abang kedai mana Telur? Habis katanya. Nasib baik kedai sebelah ada jual. Sebabnya dari semalam dah plan nak makan Maggie Telur 2 biji je hari ni. Kikiki

Telur dah dapat, terus menuju ke apartment, naik tangga sampai tingkat 4. Apartment ni tak ada lif jadi bertabahlah kita hari-hari ye. Sampai je depan pintu rumah, aku keluar kan kunci dari pocket seluar. Astaghfirullah. Geramnya aku. Salah bawa kunci! Nak tak nak aku terpaksa turun balik, pergi ambil kunci rumah kat kereta. Selalu ya sebelum naik rumah aku akan pastikan yang aku memang ambil kunci rumah sebelum naik. Tapi hari ni mengigau ape tak tau.


Semua jenis kunci letak dekat satu tempat sama. Bersenam la aku sekejap tengahari tadi. Adan uke aku. Hahahaha!

Betul-betul masalah. Aku ni kuat makan. Kalau ada masa lapang (tak sibuk) mesti aku akan cari sesuatu yang nak dikunyah. Kalau jumpa jajan macam keropok ke gula-gula ke, kacang ke mesti aku makan. Kunyah tak berhenti tapi bosan tak hilang jugak. Haha


Hari ni je dah 3 bungkus biskut Nabati ni aku bedal sorang-sorang. Sementara aku tengah taip blog ni, aku kunyah sebatang demi sebatang. Habis. Dan sekarang aku mula dah rasa menyesal. Kata nak badan fit, kuat, anggun, bergaya eh lebih-lebih pulak tapi disiplin ke laut.

Aku rasa takpe lah kut. Sementara masih kurus, kita nikmatilah segala makanan sedap yang ada depan mata. Nanti bila mula rasa gemuk, kita masih makan macam biasa cuma tingkatkan aktiviti berbasikal seharian supaya tak hilang rasa nikmat makan.

Yang hilang cuma lemak. Adan uke. Hahaha haha!

Aku dah lama tak training. Rasanya sejak event dekat Miri 2 minggu lepas, aku tak training langsung. Badan penat. Emosi penat. Bukan penat sebab banting tulang empat kerat kat tempat kerja, tapi penat sebab kawal stress kat tempat kerja. Bukan stress dengan kerja, tapi stress dengan orang. Tadi scroll twitter, terbaca komen sorang ni "pekat bodohnya. Tuang air pun tak guna" terhibur aku sekejap.


Selalunya setiap pagi aku akan bangun awal. Dalam jam 4.45 pagi. Lepas tu golek-golek atas katil me lawan nafsu tido yang ketat. Dalam jam 5.30 pagi baru la aku Betul-betul bangun dari katil. Itu pun sebab set alarm jam 5.30. Kadang-kadang terlajak juga sampai dengar azan subuh. Masa tu melompat bangun cepat-cepat siap nak solat subuh.

Tapi akhir-akhir ni aku selalu bangun lewat. Pagi tadi pun jam 6.30 baru terjaga. Alarm macam biasa la swipe ke kiri je dia senyap la kan. Aku fikir-fikir lama sangat tak training susah jugak. Lepas bersiap, lebih kurang jam 7 pagi aku lompat atas basikal yang memang dah terse dia pasang dekat trainer. Mula pasang timer untuk program pagi ni Dan kayuh!

Masa warm up semuanya OK tapi bila masuk set pertama, aku rasa nak pitam. Mula menyesal lama tak training. Mula pasang azam akan terus disiplinkan diri untuk training walau apa jua rintangan yang melanda. Haha

Sepatutnya aku buat 5 set hari ni tapi sebab mula lewat Dan aku jangka habis kayuh jam 8.30 pagi, jadi aku skip 1 set. Itu pun pagi tadi aku sampai office lewat 2 minit. Haha

Betul-betul menyesal kemudian tiada gunanya. Adan uke aku. Hahahaha!

Thursday 8 August 2019

If you dare to take the risk of any action, be responsible on the consequences that you've been rendered

Dragging others will only make it worst. You don't know how much it has burden others to face and carry the hell due to your selfishness

Whatever the future brings, pray that I will smile brightly at then end of the day


Wednesday 31 July 2019


"Saya akan keluar dari sini. Mereka tak perlukan saya" Lauren berkata dengan sebak.

"Ke mana kamu mahu pergi? Bagaimana pula dengan kami semua?" Fred dan Flint bertanya hampir serentak. Andrew hanya berdiam diri. Henry tersentak tetapi tidak mampu berkata apa-apa.

"Kita akan pergi bersama-sama. Sekarang kita perlukan strategi dan masing-masing perlu menjalankan tugas dengan baik. Kita mesti bersatu hati!" tegas Lauren. Dia yakin walaupun hanya sekumpulan kecil yang bergerak sendiri, mereka tetap mampu berdiri teguh.

"Andrew, sebelum kita semua keluar dari sini, kau mesti pulangkan kembali semua Hay yang kau ambil dari telaga mati. Kalau tidak, aku yang menanggung akibatnya!" tegas Henry

"Okay okay aku tahulah nak buat apa" sejak berbulan-bulan lalu, hanya itu jawapan yang diberikan. Hanya janji kosong yang diberikan.

"Fred. Tempat ni gelap. Aku takut" tangis Henry. Jauh di suatu lorong, Wright si besar, bengis dan bersuara garau. Matanya agak kabur, derianya agak lemah. Lidahnya bercabang-cabang. Sering kali memakai topeng putih berlukiskan senyuman di bahagian mulut supaya dilihat seolah-olah sangat mudah didekati. Hakikatnya, siapa berjumpa pasti mati!

Seharian Wright mencari-cari dan mengutip Hay, menyimpannya di dalam telaga mati. Menggeledah semua Stable diserata tempat. Peta dalam genggamannya ditanda satu per satu. Belum sedar Hay simpanannya tidak mencukupi. Juga masih belum terbau kelibat Henry yang bersembunyi di bawah telaga mati. Wright kini berada di penghujung lorong hampir berdekatan dengan lorong yang menghubungkan dasar telaga mati. Henry hanya memerhati. Tidak dapat berfikir apa tindakan seterusnya yang harus dia ambil.

"Siapa yang tolak kau ke situ? Ni mesti kerja Andrew kan? Mana dia?" Fred berasa sangat marah. "Andrew suruh aku panjat keluar sikit-sikit. Aku tak nak. Tapi Wright makin dekat dengan aku. Macam mana ni?"

"Kau jangan panjat Henry! Kalau kau panjat kau jatuh lagi teruk kau sakit. Kau jangan panjat! Kau suruh Andrew campak semua Hay kebawah sekarang jugak. Dan kau boleh panjat Hay naik terus ke atas. Kenapa kau yang kena tanggung semua ni!"

Henry menangis sendirian.

Panjat mati
Diam mati

Thursday 13 June 2019

Menang tak dikecam
Kalah tak disorak

Tiba-tiba rindu masa dulu. Masa belum tahu ape itu kejayaan. Masa tengok orang lain di puncak kejayaan, kita baru merangkak-rangkak belajar satu perkara baru. Masa tu berangan-angan nak capai puncak tertinggi.

Sekarang impian hampir tercapai. Sedih, rupanya tak seindah yang kita tengok dari bawah dulu. Seribu satu masalah berbanding kepuasan.

Masa untuk kembali senyap.

Bersederhana itu indah.

Monday 10 June 2019

Kalau menang kat sesuatu pertandingan,
"Alahai. Takde pesaing boleh lah menang"

Tapi bila kalah,
"Macam tu pun boleh kalah ke?"

Susah nak menggembirakan hati semua orang. Ada ja yang tak betul. Ada ja silapnya. Tak semua orang turut sama rasa gembira bila kita rasa gembira.

Jadi, tak perlulah berusaha untuk memenangi hati orang lain sangat. Hiduplah dengan kehidupan kita dan bergembiralah!

Saturday 1 June 2019

Ingatan: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun dah meninggal dunia. Kalau terkena pun mungkin kebetulan saje

---

Cuaca hari ini amat mendamaikan. Tidak terlalu panas serta sedikit tiupan angin lembut. Maruko memerhatikan pelajar-pelajar lain disekelilingnya yang pelbagai ragam. Ada yang berlari-lari anak menuju ke kelas. Ada yang berjalan berkumpulan sambil bergelak ketawa. Ada yang duduk dan berbincang antara satu sama lain. "Group assignment barangkali", getus hati kecilnya. Memerhatikan budaya yang agak berbeza dari negara asalnya, negara matahari terbit. Sedikit kerinduan pada keluarga dan kampung halaman tercetus. "Ahhh... Tinggal sebulan je lagi aku kat sini. Bertahanlah". Dia sudah dua bulan berada di Malaysia untuk program pertukaran pelajar antara universiti kedua-dua negara.

"Sumimasennnnnn"

Lamunannya terhenti. Sedikit tersentak apabila disergah Fariha, gadis kecil bertudung litup. Tidak pernah lekang senyuman terukir di bibir. Fariha tidak lah pandai mana pun berbahasa Jepun tetapi dia cuma faham beberapa perkataan yang dipelajarinya sendiri.

"It is okay. Are we ready for lunch? I'm hungry", akui Maruko sambil mengusap perutnya yang ramping. "Alif and Aishah want to join us too. Are you okay with that? They are going to washroom for a while so you have to wait for a little longer". Balas Fariha sambil mencuit sedikit perut Maruko. Mereka tertawa bersama sambil Maruko mengangguk setuju.

"Fariha-Chan, I have something to ask. Why some girls like you wear scarf but some other girls like Aishah don't? I thought it is a must for Muslim?". Fariha terdiam sebentar. Dia mengambil sedikit masa untuk menyusun ayat yang paling sesuai untuk dia jawab.

"Yes, it is a must.. But.. Mmmm you know.. Not all people obey the rules. We all know what we were told to do but if we break it, we will take the consequences ourselves..", Fariha berusaha untuk tidak menjatuhkan hukuman pada rakannya. Maruko mengangguk faham. Dia ingin bertanya lagi tetapi Alif telah pun tiba dan Aishah berada sedikit belakang dari Alif. Mereka beriringan menuju ke kedai makan.

"Fariha. Tadi masa nak pergi lunch.. Masa ko ngan Maruko tunggu aku ngan Aishah tadi, korang bincang pasal ape? Nampak serious je. Bila aku sampai dan-dan je korang tak nak sambung borak. Ade gosip ape-ape ke?", tanya Alif.

"Ehhhh.. Pakcik bawang betul la ko ni. Sebokkkk je kan", tempelak Fariha.

"Takde la.. Aku concern je.. Hehehe", Alif tersengih-sengih. Fariha memerhatikan sekeliling lalu menceritakan persoalan yang ditanya Maruko tengahari tadi.

"Laaaa pasal itu ke.. Kalau aku senang je. Aku cakap la minah tu kafir. Settle masalah"

Fariha tersentak. Hendak ditegur, secara fizikalnya dia bukanlah baik sangat berbanding Alif, antara pelajar yang agak "alim" dikalangan rakan sekelasnya.

Fariha berlalu meninggalkan Alif sambil berkata, "aku bukan Tuhan"

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *