#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Saturday 21 March 2020

Sumber: Twitter Puan Eleena M. @PopPelangi

Freddie Mercury merupakan seorang vokalis beroktaf tinggi yang popular semasa eranya ketika 70an dan 80an dalam kumpulan Queen.  Satu hari di tahun 1986, beliau kelihatan berada di klinik HIV di London, dan 5 tahun kemudian meninggal dunia.


Pada era 80an dan awal 90an, ada dua perkara yang menakutkan dunia: dadah dan AIDS. Disebabkan berlakunya penjualan heroin yang meluas pada zaman itu (yang adakalanya sampai melibatkan Presiden AS, Ronald Reagan dalam Iran-Contra), AIDS juga turut meningkat pada era tersebut.
HIV merupakan sejenis lentivirus yang berasal dari primat bukan manusia di Afrika Barat dan Tengah. Penyakit ini mula dikesan di Congo pada 1920an.



Antara puncanya ialah tabiat seks dengan haiwan (bestiality) dalam masyarakat tersebut menyebabkan ia merebak di kawasan itu. Ditambah pula dengan penggunaan jarum semula pada era tersebut (satu kesilapan yang pada ketika itu tidak mengetahui penyakit ini) oleh doktor dari penjajah Belgium, Congo mengalami epidemik HIV yang cukup teruk pada ketika itu. (link)

Terdapat pelbagai jenis HIV, namun terbahagi kepada dua kelompok iaitu HIV-1 dan HIV-2. 90% yang dihidapi manusia ialah kes HIV-1 dari kumpulan M.  Ia berasal dari cimpanzi yang tinggal di Congo, Cameroon, Gabon, Republik Afrika Tengah dan Equatorial Guinea.



Kes HIV pertama yang direkodkan ialah pada tahun 1959, di New York oleh lelaki yang bernama Ardouin Antonio.

Kemudian Robert Rayford dari St Louis mati atas simptom yang sama. Remaja itu mati kerana menjadi pelacur lelaki dan menjadi mangsa penderaan seksual.

Amalan memakan daging monyet juga menjadi salah satu punca wabak ini mula merebak, terutamanya di Cameroon ketika era perang saudara sekitar 60an. Pada tahun 1966, HIV mula dikesan di Norway kerana warganya melancong ke Cameroon dan mencuba makanan eksotik.

Kemudiannya terdapat penyakit misteri yang melanda komuniti gay, di beberapa negara Eropah, dipanggil Kaposi sarcoma, iaitu sejenis kanser kulit pada era 70an. Pada tahun 1981, penyakit ini mula dikesan di komuniti gay di San Francisco iaitu di daerah Mission dan Castro. Penyakit ini kemudian mula merebak dari kalangan selebriti di Hollywood, dan mencetuskan sensasi dan perhatian dunia pada era 80an. Simptom Kaposi sarcoma mula merebak di bandar-bandar besar di Amerika, terutamanya dalam kelompok gay.



Pada 3 Julai 1981, New York Times melaporkan penyakit ini yang berleluasa di New York.
Apabila selebriti Rock Hudson dan ahli falsafah Michel Foucoult menghidap penyakit ini, satu siasatan mula diambil secara besar-besaran mengenai penyakit ini.  Penyakit ini berpunca dari percampuran darah atau bendalir badan yang dijangkiti virus. Gejala perkongsian jarum suntikan dari kalangan pengguna dadah juga menyebabkan virus ini merebak dengan begitu pesat sekali. Era 1980an yang merupakan era penggunaan heroin paling kronik, menyebabkan ia sering merebak di kelab-kelab malam dan pusat pelacuran.



Pada asasnya, HIV ini menyerang sel-sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan tubuh badan manusia. Apabila ketiadaan sel-sel ini, penyakit lain apabila menyerang, akan mengakibatkan badan tidak mampu untuk menahan virus dari menyerang sel-sel lain.


Selepas kematian Freddie Mercury dan Miles Davis pada tahun 1991, timbul satu kesedaran untuk mengelakkan gaya hidup berisiko tinggi dengan HIV. Kempen anti dadah dilaksanakan di sekolah-sekolah (termasuk sekolah saya untuk mengajar kanak-kanak untuk takut dengan penyakit ini).


Pada pertengahan 1990an barulah HIV dicatatkan merosot, serta pengurangan penggunaan jarum suntikan untuk heroin atau morfin. Kempen seks selamat dengan menggunakan kondom mula dijalankan pada 1990an dan sejak itu penularan wabak HIV mula merosot di Amerika. Tetapi di Afrika, ia masih lagi merebak terutamanya di negara-negara asal. Budaya memakan daging monyet, seks dengan monyet atau penyalahgunaan jarum suntikan masih berleluasa di Congo, Cameroon dan Republik Afrika Tengah.

Seramai 32 juta kematian yang dicatatkan sejak 1959 hingga hari ini, dengan 75 juta kes direkodkan, dan masih dianggap pandemik oleh WHO. Mungkin sekolah hari ini tidak ada kempen HIV/AIDS yang sekuat generasi saya, mungkin berkurangan berbanding 80an, tapi ia masih merebak.

Sumber: Twitter Puan Eleena M. @PopPelangi

Spanish flu merupakan wabak yang paling teruk melanda dunia pada abad ke-20. Ia menjangkiti 500 juta orang, dan membunuh lebih kurang 20 juta manusia. Penduduk dunia ketika itu berjumlah 1.7 billion, maka ia menjangkiti 27% penduduk dunia. Walaupun namanya Spanish flu, ia bukanlah berasal dari Sepanyol.




Terdapat 4 teori:
1) ia berasal dari kawasan penternakan babi di Kansas, yang bekalkan daging babi untuk tentera pada Perang Dunia 1.
2) dari medan perang di Austria pada Perang Dunia 1.
3) dari Brest, Perancis dari kem askar British yang mempunyai 96,000 pekerja dari Cina, yang kebetulan ketika itu dilanda wabak selsema di Guangdong.
4) dari Guangdong kerana pada tahun 1916 kawasan tersebut dilanda wabak selsema jenis sama.



Ia dipanggil Spanish flu kerana kes yang dilaporkan pertama kali di Sepanyol, sebuah negara yang neutral dalam Perang Dunia 1.

Wabak ini melanda Sepanyol selepas seorang warga Perancis yang dijangkiti wabak tersebut berada di Basque, Sepanyol dan kemudiannya ia merebak ke seluruh Sepanyol. Wabak itu menjangkiti seluruh Sepanyol termasuklah rajanya, Raja Alfonso XIII yang gering tenat akibat penyakit tersebut.
Sementara itu sejarahwan Alfred W. Crosby dalam bukunya mendakwa ia berasal dari penternakan babi di Kansas.



Ia tidak dilaporkan di Austria dan di Perancis kerana pada ketika itu, Perang Dunia Pertama melanda, dan laporan seperti tersebarnya wabak di medan perang bakal melunturkan semangat anggota tentera yang berdepan dengan musuh. Dan disebabkan itu, Sepanyol yang tak terlibat dalam Perang Dunia Pertama, melaporkannya dalam medianya buat kali pertama, lalu ia pun dipanggil Spanish flu.



Kalau nak ambil teori keempat (berasal dari Guangdong), Spanish flu ini boleh dikatakan bermula sejak 1916. Kalau teori 2 dan 3, ia boleh dikatakan sejak 1918 kerana laporan di Sepanyol bertarikh tahun tersebut, tetapi jika ambil teori pertama, iaitu dari Kansas, ia bermula pada 1917 kerana ia mula dikesan selepas Amerika menyertai Perang Dunia 1 pada tahun tersebut.

Jadi sebab ada banyak teori, saya angkat bahu.
Jumlah kematian tertinggi ialah di India, dengan kematian sebanyak 17 juta orang. Ini kerana ramai tentera British berasal dari India, dan mereka dijangkiti penyakit tersebut di medan perang, dan bila pulang ke kampung halaman, menyebarkan penyakit.

Di China, kematian mencecah 9 juta orang. Di Jepun dan Korea (kerana ketika itu Korea dalam jajahan Jepun), 23 juta orang dijangkiti penyakit tersebut, dan 390,000 kematian dilaporkan.
Di Hindia Timur Belanda (kemudian Indonesia), 1.5 juta kematian dilaporkan.


Di Tahiti, 13% penduduknya mati dalam masa satu bulan sahaja.

Di Iran, 2 juta warganya mati.

Di Amerika Syarikat, kematian dari angka 600,000 orang dengan Kansas mencatat angka yang paling teruk dari segi peratusan rakyat yang terlibat. 99% kematian ini melibatkan orang yang berusia 65 tahun yang ke bawah.

Pun begitu sesetengah daripada mereka ini pernah dijangkiti Russian flu yang melanda dunia pada 1890an, jadi badan mereka sudah imun dengan selsema tersebut, jadi mereka mempunyai daya tahan.

Kebanyakan tempat yang teruk dilanda wabak ini adalah pusat pelabuhan seperti Hong Kong, Bombay, New York, Brest, Marseille dan Singapura. Dalam esei di Modern Asian Studies, pensyarah Nanyang University of Singapore (NUS) Kai Khiun Liew berkata wabak ini telah membunuh kira-kira 40,000 orang di British Malaya, dengan Pulau Pinang dan Selangor mencatat kematian yang tinggi.



Boleh baca di sini: (link)

Saya ada menulis sejarah Kellie's Castle dan ia ada menceritakan sedikit tentang Spanish flu ini.

Sumber: Twitter Puan Eleena M. @PopPelangi

Kellie's Castle dibina oleh seorang hartawan Scotland bernama William Kellie-Smith pada 1915. Dibina di tebing Sungai Raya, di Batu Gajah Perak, ia dibina untuk isterinya, Agnes dan anak lelakinya, Anthony. William Kellie-Smith merupakan seorang jurutera British yang lahir pada 1870. Pada usia 20 tahun, beliau ke Tanah Melayu dan menceburi bidang perlombongan timah bersama rakan niaganya, Alma Baker.



Pada 1903, beliau mengahwini kekasihnya, Agnes. Pada tahun berikutnya, beliau mendapat cahaya mata yang merupakan bayi perempuan, Helen. William mengharapkan anak lelaki kerana mahu anaknya mewarisi perniagaannya, selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal.

William Kellie-Smith
Pada akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Perang Dunia Pertama yang berlaku dari 1914-1917, menyebabkan projek rumah itu tergendala. Lebih memburukkan keadaan, Kellie berhutang keliling pinggang kerana nak siapkan rumah ini. Bangunan ini ada 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu.



Rumah ini menelan kos $300,000 (atau $17 juta dalam harga sekarang). Rumah ini bercirikan rekabentuk Mughal seperti di Agra, India, kerana Kellie amat menyukai rekabentuk dari sana. Beliau mengimport sejumlah besar buruh dari India di samping batu marmar yang mahal dari sana bagi tujuan tersebut. Semasa dalam pembinaan, pekerja-pekerjanya terkena jangkitan Spanish flu yang membunuh 50 juta dan berjangkit sehingga 500 juta orang. 😷

(Bila kenang balik, betapa majunya kita dalam teknologi perubatan berbanding 100 tahun yang lalu. Walaupun risau dengan COVID-19 ni.)



Wabak ini sebenarnya berasal dari medan perang di Austria, namun dirahsiakan tentera baik tentera Berikat mahukan kuasa Tengah.  Ia mula dilaporkan di Sepanyol, negara yang neutral dalam Perang Dunia Pertama, sekaligus ia dipanggil "Spanish flu".

Akibat kematian pekerjanya, Kellie mendirikan sebuah kuil berhampiran kawasan tersebut sebagai menghormati pekerjanya yang mati akibat wabak itu.  Rumah itu kemudiannya terbiar, dan apabila Kellie meninggal dunia ketika di Lisbon, isterinya meninggalkan Tanah Melayu dan pulang ke Scotland. Akibatnya, rumah agam itu dibiarkan terbiar.



Beberapa orang pelancong pernah mendakwa melihat kelibat orang British dan India yang berpakaian era 1920an ketika melancong di situ. Beberapa orang juga pernah terlihat kelibat anak kecil berlari di koridor tersebut, atau suara orang bercakap dalam bahasa Tamil terutamanya di waktu malam.


Kalau main spirit of the coin di sini, agak-agak hantu tu nak tak cerita apa yang sebenarnya berlaku di sini sebenarnya?

Tuesday 17 March 2020

Hari ni kerajan putuskan untuk mengawal pergerakan rakyat yang mana hanya urusan tertentu sahaja dibenarkan untuk keluar dari rumah mulai esok 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Aku plan balik Perak pagi ni untuk ambil laptop - sebab nak buat kerja, lepas tu jumpa lecturer untuk uruskan semua kerja sebelum Restricted Movement Order (RMO) mula lepas tu balik KL semula petangnya.

Tapi rancangan hanya tinggal rancangan bila aku ada perkara nak kena selesaikan esok. Basikal tak bawa dan aku sangkut dekat Perak

Harap semuanya baik-baik sahaja. Risau kat parents kat Gombak tu.

Ya Allah lindungilah kami semua. Amiin

Wednesday 11 March 2020

Waktu result SPM keluar, macam-macam memori masa dulu teringat. Bila scroll Facebook ada nampak Siakap Keli Press snap shot tweet Selamber jon @bumilangit macam kat bawah ni:



Aku dulu habis SPM, mula2 melanguk jugak kat rumah. Then merayau jalan kaki pergi sekolah rendah kat kawasan Taman rumah, minta kerja kat kantin sekolah. 2 sekolah aku pergi, 1 sekolah amek aku 1 hari je then kena terminate dah sebab aku tak reti masak. Lepas tu cari sekolah lain, dapat keje kantin sekolah agama. 1 hari owner bayar rm10. Mahal la bagi aku sebab keje aku jual makanan je. Owner cakap kalau makcik2 bawang tu Tanya berapa gaji sehari, cakap rm5 je tau. Aku OK je. Even dengan makcik2 bawang tu pun aku x geng.

Satu hari tu boss panggil ajak naik kereta dia tunjuk mana rumah aku. Aku ni tak fikir bukan-bukan ikut je la. Duk borak dalam kereta dalam 5 min je pun sampai la depan rumah. Dia bayar gaji aku seminggu, dia cakap sorry tak mampu nak hire aku lagi sebab ekonomi dia x berapa baik. Adui. Kena terminate lagi. Sambung melanguk kat rumah. haha

X lama lepas tu, Giant Batu Caves dibuka. Ape lagi jalan kaki la cari kerja. Interview kat satu kedai makan nama "Butler". Lepas interview aku dapat keje, esoknya masuk. Kedai fast food ni sama je macam fastfood lain. Jual ayam Goreng, burger, tapi masa KFC x jual nasi, Kedai ni ada nasi ayam. Lepas tu ada wafer. Macam2 la. Masa kedai Butler ni kalau x silap aku outlet ke dua kat Malaysia kot lepas KLIA. Baju staff kaler oren. Orang yang datang order makanan semua minta float, masing2 ingat ni kedai A&W.

Alhamdulillah dapat kerja, duduk kitchen jadi tukang masak. Segala jenis resepi fast food kena hafal especially nasi rempah dia. Masa ni la baju aku dari XL pantas mengembang ke XXL. Haha. Lunch fast food. Dapat entitlement kan. Air gas free flow kot masa tu. Habis keje malam boss bagi bawak balik makanan lagi. Mampuih.

Ada sekali tu tak ingat berapa kali, aku keje dengan family member; Jas, meniaga kat tapak pasar malam. Lepas keje Butler, aku terus g pasar malam hari rabu. Sambung kerja oi sampai tengah malam. Kalau OR, OK la. Kalau shift malam je x keje. Arwah ayah Jas bagi aku gaji rm20. Mahal betul rasa. Tapi kejap je sebab aku kan dah kerja kat kedai fast-food tu.

Nak masuk matrix, baru berhenti kerja. Awal2 supervisor aku bagitau bukan tak nak naikkan pangkat aku tinggi sikit tapi dia tau aku akan further study lepas ni. Haha. Tapi aku tak de la datang sekolah amek result SPM pakai uniform butler tu. Haha

Habis matrix, aku datang balik. Kedai masih ada, supervisor yang sama. So aku sambung kerja kat situ sampai la masuk U balik. Gitu la kisahnye. Sekian

Monday 2 March 2020

Bimillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum WBT | Selamat Sejahtera

Proses pemulihan atau biasa kita sebut recovery adalah penting bagi setiap orang. Kenapa recovery penting? Sebab masa ni lah badan kita akan mula menyesuaikan kita terhadap tekanan yang kita hadapi semasa latihan / perlumbaan dan kesannya akan dirasai semasa recovery. Recovery juga akan menambahkan lagi tenaga yang tersimpan serta mambaiki tisu badan yang rosak. Antara kesan buruk kalua tak buat recovery seperti badan rosak, depression, performance drop, risiko untuk mendapat injury yang tinggi serta banyak lagi.

Melalui pembacaan dan pengalaman rakan-rakan sukan lain, aku dapat simpulkan ada 3 perkara yang perlu dilakukan untuk recovery. Perkara pertama melakukan aktiviti ringan dalam masa 24 jam selepas latihan selama satu jam. Contohnya klau kita ambil sukan basikal, kita boleh kayuh keesokan harinya dan pastikan heart rate tidak melebihi zon 2 selama satu jam.

Yang kedua, rehat secukupnnya. rehat bukanlah bermaksud tidak melakukan sebarang aktiviti atau pekerjaan tetapi rehat daripada melakukan aktiviti sukan yang berat. Rancang untuk tidur dengan cukup.

Ketiga pula pengambilan nutrisi yang betul untuk badan. Walaupun kita kehilangan beribu-ribu kalori, bukan bermaksud kita boleh makan sebarangan. Pastikan makanan yang diambil mengandungi kandungan carbohydrate dan protein yang tinggi, minum air secukupnya, mengadungi bahan anti-oksida (untuk membaiki muscle yang rosak) serta recovery shake (protein / carbs), secepat mungkin selepas selesai latihan / perlumbaan.

Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat!
Primus V juga mengandungi bahan yang baik untuk muscle recovery. Boleh WhatsApp sekarang untuk mendapatkannya!

Sunday 1 March 2020

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum WBT | Selamat Sejahtera
Lepas kayuh, cuci basikal & biar kering dalam toilet sementara askar-askar belum balik rumah lagi. hehe
Pagi jam 6 dah terjaga walaupun malam tadi tak dapat lena. Janji dengan Mior nak kayuh sama, tapi dia tunggu aku kat rumah dia. Jarak antara rumah aku dengan rumah dia lebih kurang 30km, maksudnya kalau aku keluar rumah paling awal jam 7:00 pagi, jam 8:00 - 8:30 pagi aku akan sampai rumah dia. 
Selain oat, aku ambil Primus V juga untuk pre-workout meal
Cuma pagi tadi pelik sikit suasananya. Selalunya jam 7:15 pagi, langit dah cerah, tapi pagi tadi masih gelap. Tak pe lah, aku fikir mungkin mendung hari ni. Lepas tu dapat mesej dari Mior, katanya kat Seri Iskandar hujan lebat. Kat sini OK  je maka aku tak endahkan cakap dia & jam 7:18 pagi aku mula kayuh dari rumah.

Dalam KM10 dari rumah, hujan rintik-rintik. Aku tak simpan telefon dalam plastik sebab tengah guna Maps navigation. Maklumlah orang baru pindah Perak, jadi tak tahu sangat jalan kat sini. Aku teruskan kayuhan seperti biasa dan langit masih lagi gelap sedikit dari biasa walaupun jam menunjukkan jam 7:45 pagi. Tiba di KM20 (berbaki 10km untuk sampai Seri Iskandar) hujan turun dengan lebatnya. Aku berhenti tepi jalan dan cepat-cepat aku masukkan telefon dalam plastik, teruskan kayuhan. Hampir tiba di hujung jalan, lebih kurang KM25 hujan berhenti. Jalan agak basah menandakan kawasan ni hujan lebat pagi tadi. 

Tepi jalan, lopak air agak tinggi. Trafik agak tinggi (lebih kurang setiap 1 saat, 2 biji kereta lalu) jadi aku tak boleh nak kayuh di tengah jalan. Ada satu kawasan tu, lopak air sampai tengah jalan & muncul 1 kereta yang laju, duduk lane kiri (ada 2 lane) tanpa menghiraukan aku yang sedang kayuh di tepi jalan, terus melanggar lopak air. Bayangkan air naik tinggi simbah aku satu badan. Geram oi

Aku sampai di guard house UTP, terus minta kain buruk kat salah sorang abang guard tu. "Dia tanya hujan lebat ke?" aku cerita la dekat satu kawasan Kampung Bali namanya, memang lebat masa aku lalu tadi. Aku cerita jugak la pasal kereta tak ada perasaan simbah air lopak kat aku tu, diorang mampu gelak je la. Apa boleh buat, kita ni kecil je. 

Selesai lap dan keringkan telefon semua tu, aku call Mior & dia minta aku datang ke Petronas. Hujan lebat dekat rumah dia katanya. Mula-mula macam tak percaya, tapi bila aku sampai Petronas, nampak baju dia basah. Betul la tu. haha. Alang-alang dah lencun, memang aku nak kayuh je walaupun Mior nak cancle. Tapi dia nak redah juga, OK la

Dari Seri Iskandar, kitorang menuju ke arah Parit melalui Kg Senin dan berhenti di Manong. Cuaca panas terik dan angina kuat dari pelbagai arah. Beberapa km sebelum sampai Manong, aku rasa tayar belakang memberat. Aku syak tayar belakang kurang angin lagi sebab pagi tadi pressure tayar cuma 50psi sahaja. Aku buat tak tau & sampai Kedai Pau Manong, aku check tayar belakang memang dah kurang angin tapi takpe lah, makan dulu. Kalau kayuh ke depan sikit memang ada Petronas. 

Mula-mula minta nasi lemak, tapi dah habis. Masa ni aku dah KM70 tapi perut aku lapar sejak KM60 tadi. Sedih pula tak ada makanan lain, jadi aku ambil pau kacang (RM1.40) & pau kaya (RM1.40), air kopi O panas. Tapi perut aku masih lapar, aku ambil pau kacang dan pau ayam (RM1.50) pula. nasib baik pau sedap & gebu. Sebenarnya aku masih lapar tapi, takpe lah. 
Pau gebu, sedap. Tapi untuk orang yang tengah lapar macam aku tak sesuai makan sikit. haha
Habis makan, kitorang pergi Petronas untuk tukar tiub belakang basikal aku. Baru aku faham sebenarnya tayar belakang gelong sejak naik Cameron Highlands semalam berpunca dari tiub bocor ni. Lubang sangat halus, jadi pressure yang kurang tu tak la mendadak. Cuba cari punca, mungkin dawai kokot atau serpihan kaca halus, tapi tak jumpa. Lepas berkali-kali cross check tapi masih tak jumpa, kami decide untuk pasang je tayar. Tawakkal je la kan.

Wheelset - tubeless, tayar - clincher. Susah betul nak masukkan tayar tadi. Terbalik sana terbalik sini, akhirnya lepas setengah jam aku agak baru la dapat masukkan semula tayar. Malangnya, tiub terkepit & koyak. Kali ke dua ni kami masukkan dengan lebih berhati-hati. fikirkan cara paling terbaik nak masukkan tayar. Almaklumlah masing-masing tak berapa pandai sangat bila berdepan dengan situasi macam ni dan akhirnya berjaya juga. Masalah baru timbul, masa pam tu tayar tak keluar sepenuhnya. jenuh juga la pam, pancitkan balik. Pam pancitkan balik. berapa kali percubaan pun aku tak tahu la tapi sampai kering tekak, baju, seluar stokin & kasut aku. Aku ni dah la lapar, mengantok lagi. seriously nyaris nak terlelap & give up pastu cari jalan sape yang boleh hantar aku balik rumah. haha
Alhamdulillah. Selesai semua, aku singgah toilet & beli air. Masa nak tengok trafik OK untuk masuk jalan utama, aku rasa macam aku diperhatikan. Aku toleh dan nampak 2 orang perempuan berpakaian sedondon berhenti tepi jalan atas motor. Yang duduk di hadapan sedang sibuk membelek sesuatu dalam bakul motor, tapi yang belakang tu sedang perhatikan aku. mungkin dia tau aku tengok dia, terus dia senyum. Dalam hati aku seba salah jugak, dia ni fikir aku ni lelaki atau dia tengah confuse yang aku ni lelaki ke perempuan. Sebabnya cara dia senyum tu macam perempuan nak mengorat lelaki. HAHAHA. Lantak la. Mungkin perasaan aku je la kot. Walaupun aku Omar tapi hakikatnya aku masih Huda ye. Lepas aku balas balik senyuman dia, kitorang teruskan perjalanan yang masih jauh ni

Dari Manong ke Parit, melalui Kampung Chopin, dari Parit ke Seri Iskandar aku tak tahu nama kawasan tu. haha. Tapi yang pastinya memang perit sebab jam 12:00 tengahari baru bertolak dari Manong kan. Perut aku masih lapar dan aku sangat haus. Perjalanan tetap diteruskan dan kami berpisah di Petronas tempat jumpa pagi tadi. 

Lebih kurang 2km kat depan tu ada Petronas sebelah kiri dan aku berhenti situ. Air aku habis kering. Aku beli sebotol besar air Revive Isotonic sebab air lain botol besar tak menarik untuk dibeli. Tu pun air Revive tu tinggal sebotol je. Aduh. Lama juga aku berhenti lepaskan lelah sambil termenung tengok bendera bekibar tegak. Apa lah nasib aku nak kayuh lagi 30km balik rumah sorang-sorang tengahari panas terik ni.
Sempat selfie kejap sambil lepaskan lelah
Tak apalah. Ini jalan yang aku pilih kan. Hadapilah dengan tenang, kayuhan diteruskan. Lebih kurang berbaki 15km ada sekumpulan kerbau kiri kanan jalan tengah makan. Aku tak kisah diorang nak makan ke nak lepak ke ape kan, tapi masalahnya kenapa masing-masing bila nampak aku macam nampak hantu. risau betul aku



Lepas je aku dari sekumpulan kerbau tu, lega betul rasanya. Sampai je simpang sebelum kawasan perumahan, aku ternampak Speed99. Terus patah balik & pergi kedai beli oat sebab stock dah habis. Tengok meter ada lagi 2km nak cukup 150km, so aku pusing la keliling kawasan berdekatan dengan kawasan rumah sambil bawa quacker oat sekilogram tu. haha
Macam biasa, recovery tu penting untuk kekal bertenaga
sekian kisah hari ni. Terima kasih!

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum WBT | Selamat sejahtera

Semalam aku ada cerita tentang seorang lelaki dari Germany yang buat solo touring ni kan, so hari ni nak sambung ceritanya. Lepas aku snap gambar dia, perlahan-lahan aku dekati dia. Aku ikut je belakang dia dan tunggu masa yang sesuai nak potong dan tegur dia. Jalan waktu tu agak sempit dan kereta pula banyak. Bila kami hamper sampai ke simpang 3, yang memecahkan jalan antara Simpang Pulai dan Lojing, aku potong dia dan tegur "Hi!". dia balas "Hello. Wow you are so fast!". Aku senyum je la. Lepas tu aku cakap kat dia yang aku nak singgah BHP kat depan untuk refill air, dan dia setuju untuk berhenti sama. "You are fast, so you go first and will see you there". 

Sampai je kat BHP aku terus beli air 100+ botol besar & roti Gardenia perisa jagung. Aku keluar kiosk, lelaki tu dah sampai. Aku perasan dia ambil gambar basikal aku & basikal dia, tpai aku buat-buat tak Nampak. Lepas aku isi air 100+ dalam botol 700ml aku, ada lebihan tu aku offer kat dia. Aku suruh dia refill botol air dia, tapi semuanya penuh. Dia tanya aku boleh ke kalua dia nak gogok. aku fikir Panjang. Tak yah la. hahaha. Aku dah la tengah haus betul ni. Buruk siku aku amek balik air aku tu. hahaha. Sudahnya dia minum air tn coke dia. hehe

Aku yang kehausan ni minum la air 100+ tu dengan penuh nikmat sambal duduk. Lepas tu dia dating & tanya "can we take a photo?". Aku okay je. dia panggil ada sorang abang ni kebetulan lalu depan dia minta tolong ambilkan gambar, tapi orang tu tak perasan. Cecepat aku panggil dia so ni lah hasilnya

Dia tak berhenti puji aku kata aku laju dan aku tak rasa bangga mana pun. Ye la aku lagi impressed kat dia kot. Basikal berat, beg lagi. Climbing route. oh aku tak boleh imagine kalua aku touring sorang macam ni. Walaupun dia mula dari Brinchang, tapi bukan calang-calang jalan juga. Dia tak nak kalah "I think it is about the rider. Yes your bike is pretty awesome but for me still it is the rider, not the bike". Ye lah. aku malas nak gaduh lagi jadi aku terima je lah. Haha.

Panjang juga kitorang berborak, tapi aku ada satu masalah; aku lupa tanya nama dia. Alah, kalua aku tanya pun mesti lepas tu aku lupa dah. Hahaha. Sebelum aku gerak, dia tanya aku satu soalan akhir "Is the route ahead climbing all the way or going down?". Hehe. Aku ada dua pilihan, nak tipu atau jujur, tapi aku pilih untuk jujur saja lah, "After this we have to climb, and then going down. then another climb and down. it is repeated until Simpang Pulai". Muka dia Nampak penuh penyesalan, tapi aku harap dia kayuh la sampai Ipoh. 

Aku gerak dulu sebab aku fikir aku tak nak lama-lama & nak sampai rumah cepat-cepat. Dia masih dekat BHP. Aku tak pasti dia teruskan perjalanan atau dia tumpeng lori turun bawah. haha. Aku yang gerak dulu "faster than him" pun sampai rumah lebih kurang jam 5 petang, kalua dia kayuh sampai Ipoh aku tak pasti jam berapa dia sampai. huhu

Sekian sahaja cerita aku dan Germany tourer. Semoga dia tak menyesal apatah lagi menyerah kalah. hehe. Terima kasih!
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *