#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Monday 31 May 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera

semalam aku dapat satu emel tentang jenayah siber yang terjadi ke atas seseorang, terutamanya wanita. perkara ini telah berlaku ke atas ramai orang dan berharap kita tidak sesekali terjebak dengan perkara sebegini.

=================================

Salam everyone,

Aku nak mintak tolong kawan² utk cari satu culprit bernama Siti Nurulhedayu whose CIMB account number is 12620009761528. Cerita macam mana aku tau pompuan ni adalah culprit akan diwar² skejap lagi n korang akan paham la apasal aku panggil dia culprit n nape aku cari pompuan ni. If ada kwn² yg kerja dgn bank and boleh cari details about pompuan ni (her whereabouts, address, etc), pls e-mail me. Aku nak try report kat police (although I know they won't do much about her) and try to expose her and her kerja haram menipu org.

Ok, meh aku start cite aku. About 2 months ago (sekitar late march 2010), ada la satu mamat ni add aku as a friend kat Tagged, ala, benda yg social networking thingy yg mcm FacebookFriendster etc tu. Nama dia guna kat account Tagged dia Andy E. Dia kononnya dr UK n dia mintak aku nye yahoo ID (YM ID dia Emannuel Ibe) and kitaorg pun chat la. Chat punya chat, until kononnya he fell in love with me. And aku pun pelik la jugak kan, camne dia boleh suka kat aku. Ikutkan aku ni bukan cantik pun, especially dlm gambar² kat account Tagged tu. Dia tanya la soalan² 'Are you a Muslim? Can you marry a Christian man?' dan mcm² lagi soalan. Kononnya dia berminat nak masuk Islam sebab nak kawin dgn aku. Somehow mamat ni memang manis mulut la, dia pandai ambik hati pompuan sebab dah pro menipu kan and aku pun dgn gullible nya tersuka la pulak kat dia. Ikutkan gambar mamat ni, rupanya mcm mat salleh. Dia kata umurnya 39 tahun. But Allah je la yg tau kan apa bangsanya. Even bila call on YM pun takde bunyi accentnya mcm British tapi ntah la apasal aku dok ketepikan all the obvious signs yg dia ni menipu. Ye la kan, kita ni semua educated and patut berhati² sbb in today's world, especially in a country like ours yg bnyk org luar masuk to try to make a living (and try to make it big, even), hari² ada aje org yg menipu org lain. Setakat nak tipu RM 100-200 ringgit tu takyah cite la.Yg RM berpuluh² ribu pun if korang tak tau or tak sedar lagi la kan, memang setiap hari bnyk kes. And aku bukan exaggerate ni tau. Ni aku dpt dari mulut pegawai kastam kat KLIA yg aku jumpa in person. So pls la kwn², be careful la whether kita kat luar or dlm umah sendiri. Malaysia ni mmg dah lama tak selamat.

Anyway nak dipendekkan cerita, sbb dah suka (belum buta, but dah start rabun la mata aku ni kan), mamat ni kononnya ajak kawin. Dia kata sanggup nak mai dtg Msia, jumpa mak ayah aku, masuk Islam, bagai la. Sanggup buat apa saja utk aku la. Aku kata nak kawin kat sini pun dia ok, siap janji nak bwk mak ayah dia skali dtg sini utk majlis kawin tu la. N kononnya dia nak bwk aku gi Manchester (kononnya tempat dia la tu), cari kerja yg gaji at least 5k pounds tu. Dia kononnya ada small engineering factory sendiri. Ok la, whatever. Dia siap buat online booking n e-mail kat aku his travel itinerary sbb dia tau aku ni bijak (soru la puji diri sendiri sket, but dia sendiri kata camtu). Dia tau aku takkan caya dia nak mai kalau takde some bukti yg dia nak mai. Aku persoalkan bnyk benda n some things dia boleh jawab, so pun ingat dia genuine. So on the day that he was supposed to arrive, aku ni dgn bangangnya pi la tunggu kat KLIA. Dlm stengah jam lepas flight dia kononnya dah landed, aku dpt one phone call from this handphone number: 0172914644. Satu pompuan yg identify herself sebagai 'Roslina', pegawai kastam, tanya if aku kenal Mr Andy Emannuel. Aku pun dah risau n menggelabah, tp aku ngaku la kenal. Si pompuan ni kata mamat ni dlm tahanan kastam sbb dia bwk duit yg terlalu bnyk, 120k pounds and is suspected of money laundering. She was going on and on about customs international law. Mamat ni hanya akan dilepaskan if he pays RM20k utk dpt this sijil yg mengesahkan duit 120k pounds tu duit dia, yada yada, yada. Aku ni dah stunned kan, then pompuan tu kata dia akan tolong apa yg dia boleh and if aku nak tolong kawan ni, I can deposit the money into account CIMB yg akan dia sms the number lepas letak phone. She said kalau nak ckp dgn mamat tu, kena call balik dlm masa 10 minit. Aku tanya kalau boleh masuk jumpa dia, pompuan tu kata, 'Oh, org luar takleh masuk sini.' Pastu dia kata keadaan still ok sbb embassy mamat tu still tak tau about this case. Otherwise, boleh jadi lagi serious sebab dia boleh kena dakwa, masuk jail n all la. So dlm keadaan panic, aku duduk atas lantai kat tepi tiang n start la call adik n kwn aku yg tau aku gi airport utk jemput 'kwn' tu. Alhamdulillah, adik n kwn aku convinced aku yg tak mungkin mamat tu bodo sgt pi bwk 120 000 pounds in cash, which is illogical anyway. Apa, satu guni duit ke dia bwk? Bukan currency pound tu kecik mcm rupiah. Aku masa tu mcm nak kata yg mamat tu tak tau (ye la kan, still nak defend dia sbb masa tu masih rabun² ayam lagi) tapi aku tak la terus tolak kemungkinan kata² adik n kwn aku tu. Adik aku pesan, jgn byr apa² sbb dia nak check out dulu dgn boyfriend dia yg ada kwn keje kastam. Adik aku pun google online nak cari info. Aku call balik pompuan tu mintak nak cakap dgn mamat tu. Jantan tu pura² tak tau apa yg terjadi n kata yg diaorg treat dia mcm criminal without telling him what's wrong. Aku try to explain kat dia what the woman told me and told him that I'd try to get him out as soon as I could but it involves a lot of money that I didn't have and I needed to make some phone calls. Dia siap merayu² kat aku, dia kata nnt dia byr balik kat aku la duit tu. Dia kata dia penat la sbb flight berbelas² jam n nak balik rehat, etc. Aku just suruh dia sabar n tunggu sbb aku akan tolong dia. Masa ni aku tak tau for sure lagi yg dua ekor ni berpakat.

A few phone calls later (aku call 'Roslina', aku call adik n kawan aku, diaorg call aku balik, etc) mmg dah busted sgt² la n tak dpt diaorg nak cover lagi tapi aku cover, tak nak dia tau yg aku dah tau diaorg ni menipu. One of the things aku buat is gi kat pejat kastam, tanya kat diaorg if betul ke ada org dgn nama sekian² ada dlm tahanan. Pegawai tu terus tunjuk paper clipping kat atas meja dia yg mengatakan ini scam yg berlaku bnyk² kes SETIAP HARI. And the only question dia tanya kat aku, 'Dah byr ke belum?' And of course, alhamdulillah, aku kata 'Saya takkan byr selagi saya tak sure org ni betul.' Lepas tu aku nak buktikan lagi yg mamat ni penipu. Bila aku call number mamat tu (it's a UK Vodafone number yg dia letak kat dlm KLM booking itinerary dia tapi dia tak bg kat aku, n number tu dia kata takde roaming), si pompuan 'Roslina' ni la pulak angkat. In the first place, jantan tu kata dia takde roaming, bila aku call, ada ringing tone la pulak. Pastu yg peliknya, pompuan tu yg angkat. Bila aku tanya, account tu sape punya? Dia kata pihak pengurusan kami. Aku tanya, apasal bukan akaun nama Kastam? Dia kata sbb kami ni kecik je, kastam kat airport, bukan pejabat kastam utama. Bila difikirkan, mmg bangang la jwpan dia sbb bukan besar ke kastam kat KLIA tu? It's an international airport, for God's sake. Mesti ada a few stations kan? Itu pun tak termasuk quarantine room or whatever room they have utk detain org. Pompuan tu suruh aku call balik after a few minutes utk ckp dgn 'kwn' aku ni. Aku tak call back immediately sbb masa tu ada la dok call adik aku utk update info yg masing² dpt (adik aku call pejabat kastam punya fixeed line and pegawai yg jwb phone tu terus call number 'Roslina' and start tanya² dia mcm² soalan about kastam yg dia takleh nak jwb). Mmg org kastam pun kata si 'Roslina' ni penipu n bukan org kastam. Ada at one point tu aku dah sakit hati, aku call balik nombor 'Roslina' tu sbb ye la kan, mahal la aku dok call nombor UK. Mmg cilanat la manusia 2 ekor ni. Bila si pompuan ni pass phone kat jantan tu, aku dah tak tahan n terus ckp kat dia, 'I know what you're doing.' Dia dok berlakon blur lagi, ingat aku ni bangang tahap apa. Aku terus cakap kat dia 'I got you checked out. I know you're a liar.' Pastu aku terus letak phone. Aku tak nak la maki² sbb kot² la dia ada letak spy dok perhati aku. Dah la aku dtg sorg masa tu. Takut gak bila boyfriend adik aku pesan suruh berhati² kot ada org dok perhati kan. But dlm time mcm tu, aku mmg alert gila² la. Masa drive pun asyik check dlm rearview mirror, kot ada kereta lain dok ikut ke apa. Mcm dlm cite kat TV tu. Only that this is happening FOR REAL.

Moral of the story, hari ni berjuta² org yg nak cuba menipu kita setiap hari dgn mcm² tactic. Diaorg carik mangsa mcm kita dok pi kerja carik rezeki. They do this for a living. And they perfect up their strategy with every failed assignment. Dia pun ada post-mortem agaknya. Diaorg buat benda ni so convincingly, kita pun sampai dah percaya la diaorg ni genuine n ikhlas. Abis lembut gigi dr lidah la.

Aku ni kira sgt² bernasib baik sbb
1. tak berjumpa dgn org ni
2. belum buat apa² bayaran
3. aku bgtau family n kwn² about the guy and not just keep it to myself and get into deep sh!t alone
4. mak ayah aku salu doakan keselamatan family.
5. aku tak la sampai fall head over heels kat jantan ni. Suka tu mmg la, tapi takde la sampai tahap tak lalu mkn, tido tak nyenyak.
6. aku ni mmg paranoid so aku salu pikir benda² buruk n dr awal lagi aku tak nak letak harapan yg tinggi menggunung sbb takut kecewa. Excited pun sikit² je.
7. aku dah berumur n dah a bit wiser la. Buatnya aku masih muda melonjak² agaknya aku dah buat dah benda² bodoh sbb masa muda² dulu memang buat apa pun ikut suka hati aku je. Even when pikirkan balik benda² yg aku buat masa muda dulu, skrg ni aku tak berani nak buat kot, dok pikirkan mcm² bahaya dunia ni, specifically Malaysia ni. Dulu jln sorg² kat tgh² town dgn cash bnyk² mlm² pun relax je. Skrg ni withdraw dr ATM ratus², bukan ribu pun, dah pikir mcm²
8. aku tak bagi personal info about myself mcm tmpt keje, account number, IC number etc. (tapi silap aku bgtau dia nama penuh aku) 9. aku ni paranoid so segala conversation aku dgn dia on YM dilog n boleh bukak balik utk baca, nak check apa yg aku dah reveal kat dia. Even messages yg hantar kat Tagged pun aku simpan. (Ye, aku mmg paranoid tahap apa aku tak tau, but it's better to be safe than sorry!) Aku terus delete dia dr Tagged list tapi aku still boleh track him but he can't access my account sebab aku dah restrict him. Unless kalau dia terror hack (which I doubt sebab mamat ni mengeja pun tak berapa pandai, grammar pun boleh tahan berterabur gak la for someone who claims to be  British, educated and loves reading - sgt la tak masuk akal!), I don't think he can access my account.

Buatnya aku jumpa jantan ni, ntah la kena kidnap ke, rogol ke, bunuh ke, pukau ke (na'uzubillahiminza lik) , Allah je yg tau apa yg diaorg ni akan buat lepas dia kebas duit aku (yg tak berapa ada pun). Kalau dah byr duit tu, sorry la nak dpt balik. Kot buat police report pun, aku tau apa polis nak kata: there's nothing we can do. It's so predictable sebab pada satu masa dulu ayah aku dah pernah kena tipu by some Indonesians and itu la jwpan polis bodoh yg kami jumpa utk buat report. Bila aku dah cite kat kwn aku about the revelation, dia bgtau yg ada lagi sorg kwn kitaorg yg dah terkena dgn mamat Siam ni, a few years ago. Kwn tu bukan setakat kena ketuk (duit PTPTN kena kebas, credit card sampai RM20k dah maxed out, skrg dok byr sikit²). On top of that, the guy has been bashing her. And she says until today she still doesn't know why she kept on going back to him. And they suspect si mamat ni dah jampi kwn kitaorg ni. Itu pun nasib baik her parents mcm perasan yg anak diaorg ni kena bantai agaknya, so they intervened and brought her home (sbb masa tu dia pi duduk serumah dgn itu jantan - dia Chinese so tak kesah la duduk serumah kan). Nasihat aku pada kwn² sekalian, make sure korang keep in constant touch with your family (kalau tak parents, adik-beradik pun ok la) or close friends so that they know u r safe. Update a couple of yr family members or friends about what is happening to you, who you meet, bukan sebab nak kepoh pasal hidup kita mcm artis but to make sure that u r literally safe, sane, aware and alive. Seriously, aku bersyukur sgt² nothing happened to me. Tapi maki² gak la sebab penat drive to KLIA. Bukan dekat airport tu, abis minyak gak tau. Dah la parking kat airport tu mahal. Bazir duit n masa aku je.

So now, if sesiapa boleh tolong cari details pompuan ni, pls do so supaya boleh la kita expedite utk tangkap pompuan ni. Nak terus bagi alamat umah dia kalau boleh sbb polis malas nak buat kerja, kalau boleh kita senangkan kerja dia, tinggal nak gi serbu umah je. Aku nak gak tulis kat paper supaya org aware of these cases (ada different cases, some kononnya nak join venture buat business n mcm² lagi la, diaorg ni creative tak terkata sbb ni kan periuk nasi haram diaorg...). Nak tunggu n harap kat police report je, nothing will happen and everyday akan ada org yg ditipu. Kita ni rajin² la doa mintak perlindungan Allah supaya tak teraniaya dek culprit² laknat ni. Diaorg ni mcm jin, setan n iblis. They live among us. Serious.

=================================

macam-macam cara manusia akan lakukan kat dunia ni untuk cepat kaya. ambillah iktibar dari pengalaman dia. 

renung-renungkan
signature2

assalamualaikum dan selamat sejahtera

berakhirlah sudah festival terbesar Malaysia, Malaysia's Largest Youth Festival yang berlangsung pada 28-30 May 2010 bertempat di PWTC.

sangat penat. sangat seronok. rase macam nak extend jer sehari 2 lagi. huhuhu. 

memandangkan aku adalah seorang sukarelawan yang bertugas di bahagian welcoming, maka aku kurang berkesempatan berjalan-jalan di dalam kawasan festival. ade pon aku sempat curi-curi masuk masa rehat, curi-curi eskot Yuna, Caprice n Lapsap. hehe

semalam, 30hb adalah kali pertama dalam hidup aku pergi tengok konsert. agak kelihatan kuno di situ. lantak lah. aku kan gadis yang sopan lagi berakhlak mulia.. hahaha

aku sempat tgk performance dari Bittersweet n Lapsap je. ingat nak tengok Caprice punya performance tapi tak sempat. sampai-sampai jer Maybank theater,  Caprice dah tunduk mahu pulang. haiyak.

ade lah sedikit gambar yang aku sempat snap dan dah dikecik-kecikkan untuk aku share.

ade sesiapa yang pergi?




lagi gambar kat fesbuk~
signature2

Thursday 27 May 2010

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau  buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" leter ibu lagi.


Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!" rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.


Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya
menangis lagi kerananya. 


Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.


Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.


"Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun.." soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.


Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!" jelas Along jujur. "waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.


Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!" leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu" sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi.  Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. 


Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat Subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.


Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.


Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!" soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lri dari rumah kan?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada" jawab Along pendek "Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku....atau...." Along menggeleng-gelengkan kepala. "semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. "Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya....saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.


Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.


Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?" soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni" terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah" kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak
ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah."
"Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia" terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.


Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut dari kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. "Ha..hadiah....untuk.....ibu........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.


Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.


Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka. 


pengajaran: hargailah mereka disekeliling kita selagi hayat dikandung badan.
signature2

Monday 24 May 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. hari ini saya mahu bercerita tentang katak kecil.




pada suatu hari, ada segerombolan katak-katak kecil 


sedang berlumba lari

tujuannya ialah untuk 


mencapai puncak menara yang sangat tinggi. 



penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta.

 perlumbaan bermula.... 
secara jujur, 

tidak seekor pon yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil itu akan mencapai puncak menara.


"jalannya terlalu sukar!!"

"mereka tidak akan sampai ke puncak" 

"menara itu terlalu tinggi untuk mereka capai"


satu per satu katak kecil mula jatuh.



kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan... semakin tinggi... dan semakin tinggi..




penonton terus bersorak

"terlalu sukar! tiada seekor pun akan berjaya!!"






lebih banyak lagi katak kecil berasa lelah dan menyerah


tapi ada seekor katak yang teguh mendaki


ia tidak mahu menyerah!


akhirnya, semua katak menyerah kalah. dan katak kecil tadi adalah satu-satunya katak yang terus mendaki dan tiba ke puncak dengan jayanya.


semua katak kecil tertanya-tanya; bagaimana ia mampu melakukannya?


tiada sebarang jawapan yang diberikan katak kecil itu kerana ternyata


katak itu memang PEKAK


----------------------------------------------


pengajaran:
jangan terlalu mendengar kata-kata orang lain yang cenderung kepada kutukan atau kata-kata negatif terhadap cita-cita yang kita impikan kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpi dan cita-cita kamu lalu membunuhnya.

selalulah mendengar kata-kata semangat yang memotivasikan diri kita kerana segala yang kita baca, lihat dan dengar mampu mempengaruhi setiap perilaku.

dan selalulah berfikiran POSITIF

yang paling penting;

BUAT PEKAK APABILA SESEORANG MERENDAH-RENDAHKAN KAMU

I CAN DO THIS! AND I REALLY CAN DO THIS!


percayalah pada diri sendiri. renung2kan dan selamat menggapai cita-cita~



myself

Sunday 23 May 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagian orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat " musuh-musuhmu" bahagia. Wahai diri, ingatlah..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah s.wt jua...

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.

Firman Allah yang bermaksud :-

"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"- Surah fussilat :34 

Kini, hatiku tertanya-tanya lagi....siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? tuan? Tuhan? Aku hanya Hamba!!! Sedangkan Dia Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk berdendam??? Ya Allah...

diambil dari FB Jaja. dikongsi kembali di sini (o_o)v

myself

Saturday 22 May 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. hari ni aku nak share satu kisah perbualan antara anjing ngan lembu (uiks, macam mane eks rupe mereka berbual? bace ajelah~ huhu. semoga ia menjadi pengajaran bersama)


LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?


ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?


ANJING : aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!"

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu


ANJING : Kalau aku najis sekali pon , kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.


ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

##############################################
Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa).

Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing  bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah Zumar: 9)

##############################################
Kesimpulan:

Lebih baik pegang anjing daripada pegang orang yang bukan mahram. sentuh anjing boleh disamak tapi sentuh orang bukan mahram. mandi wajib pun x leh nak menyucikan.

renung2kan dan selamat beribadah~
myself
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *