#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday 26 September 2010

Assalamualaikum
 
walaupun suasana raya macam dah tak rasa sangat, tapi aku tetap nak gi beraya umah sesape yang buka lagi untuk aku melantak free.. dari pagi sampai petang aku akan pastikan perut aku sentiasa penuh dengan nasi impit, rendang ayam/daging, mee kari, mee sup dan segala makanan yang orang akan hidang kalau ade tetamu datang rumah. heaven!
 
dah seronok2 beraye tu, terkenang pulak road tax kete aku expired semalam..dah tu pulak windscreen penuh dengan bekas-bekas tampalan road tax, dan segale sticker yang aku kire lagi tua dari umur anak2 buah aku skang..aku tak paham la kenape road tax punye pelekat tu kuat sangat sampai terasa cam tangkai jering pon kalah kot?
 
jadi aku tekad lepas berjalan raye aku nak sucikan cermin tu. aku tengok jam, 7.00pm. nampak gelap jugak padang depan rumah aku ni sebab ade orang "tu" seronok main bola.. berdentum2 kete aku kene sepak ngan bola diorang..ade yang tak satu Malaysia ni nanti kang..tapi aku punya tahap kesabaran yang boleh dikatekan tinggi, aku jeling je la sambil maki hamun dalam hati..haih..tambah dosa yang sedia banyak ni..sape nak sikit?
 
tengah leka cuci-cuci, azan Magrib kat surau yang adelah 20 langkah dari umah aku. takpe2, sikit lagi..abes azan kang aku masuk la umah. orang2 gelap tadi pon tak stop main lagi..sebahagian dari pandangan mata aku ni nampak la jugak kucing jiran aku - jiran yang mane satu ntah aku pon tak tau, melintas jalan ke arah aku. dalam masa yang sama, ade la sorang hamba Allah ni berjalan kaki menuju ke surau..
 
"masuk2!! Magrib dah ni.. gi masuk dalam!" kata beliau berkali2 kepada kucing itu.
 
kemas2 barang.. kunci kete, masuk rumah..sejak bile pulak die concern pasal kucing tu sebab aku yakin tu bukan kucing dia?!!
 
ke rupa paras aku semakin mengucing ibarat gadis kucing?
 
 
 
 
 
 
grrr...meow~!!
signature2


Friday 24 September 2010

selamat sejahtera

lama jugak aku tak bersosial. bersosial ngan family hujung minggu jer.. nak gak keluar rumah gelak besar ngan member2..buat bende yang kite suke same2..buat bende yang kita selalu buat sama2.. 

nak bersosial dengan kawan-kawan kat lama maya pun susah - teknologi ujung jari, mungkin mereka kat ujung dunia..huhhu~, apetah lagi dengan kawan-kawan yang real.. mane tak nye, asek bersosial dengan keje. keje? ye..keje.. keje..keje.. kalo boleh nak lepak ngan semua kawan2 yang aku kenal dalam satu masa. tapi susah jugak..hidup ini satu pilihan. apa yang kita pilih tu, mungkin akan menyenangkan sebelah pihak, tapi menyakitkan sebelah pihak yang lain. kita tak mampu menggembiraan hati semua orang dalam satu masa.. lepas tu sendiri yang terseksa. sekali lagi, hidup ini satu pilihan.

mari dengar lagu..



Natasha Bedingfield - Natasha Bedingfield Unwritten .mp3
Found at bee mp3 search engine

bile hangout ngan kawan2, otak kadang2 terlari tune sket masuk tempat keje. tapi bile betul2 time keje, xde plak nak terlari frequency ke tempat laen. ini tidak adil! tak balance hidup aku sebagai seorang remaja yang indah. huhhu~

hari ni je ade banyak open house.. kawan yang berbeza, op kos kat tempat yang berbeza..mane satu nak pergi, kene pilih gak..pastu nak kene pilih baju mane nak pakai..lepas tu kene pilih pukul bape nak pergi..pastu nak pilih transport jenis ape nak guna..sampai umah tu nanti, kene pilih makanan ape nak makan.. lepas tu nak pilih topik ape nak dibualkan..

itu sajelah.. aku memilih untuk berhenti merepek kat sini..sekali lagi, hidup ini satu pilihan.

think before you throw
anda mampu mengubahnya

Manusia sering mengira sesuatu baik untuknya, padahal buruk di hadapanNya. Mengira sesuatu buruk tapi sejatinya baik di hadapanNya - Tifatul Sembiring.


bubbye.. jya..mata ne ^^
signature2

Wednesday 15 September 2010


Pernah tak jumpa orang yg suka susahkan diri sendiri. Tak tahu nak buat keputusan secara rasional? Selalunya untuk mencapai sesuatu/memuju ke satu destinasi, terdapat pelbagai kaedah/jalan yang kita boleh pilih. Dan susah senang/dekat jauh sesuatu perjalanan tu bergantung kepada pilihan kita tadi. Kita diberi pelbagai pilihan, dan kita ada hak untuk memilih..
Berbalik kepada persoalan asal aku tadi, pernah tak jumpa orang yang suka menyusahkan diri dengan memilih kaedah yang sukar sedangkan kaedah yang lagi mudah ada di depan mata?
Ya anda sedang membaca entry yang sedang ditaip menggunakan henpon T700 sambil menyonyot chupa chups twice chocio and vanilla flavoured lollipop sedangkan laptop terang-terangan ada kemudahan broadband.
Sekian dari saya yang dah tak berapa betul ini :-S.
Jumpa lagi.
Assalamualaikum~ B-)

Friday 10 September 2010

seawal 5 pagi aku bangun, capai gelas buat susu. sekali teguk sampai habis. makan sebiji kurma. minum air masak, terus sambung tido.
 
7.00 pagi, aku bersiap2, mandi, kemas2 barang, terus naik kereta menuju ke satu destinasi dengan hati yang resah. resah? ye.. baby aku no 2 sakit. dari 8hb dia terlantar. tak bergerak. macam2 usaha aku cuba buat, tapi dia still macam tu.
 
sampai je, aku terus jenguk dia. mula2 aku cek suhu dia, tinggi dari biasa. aku mampu belai2 dia. aku kol sorang doktor yang pakar la, tapi dia tak angkat phone. aku fikir dia cuti kot. yelah, esoknye nak raya kan. aku cuba fikir2, ape pasal tetibe dia boleh jatuh sakit. sebelum ni oke jer. dia senyap jer. tak nak bagi tau dia saket ape sebenarnye. tu yang buat aku resah. esok nak raya.. aku hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan urusan.
 
then aku kol sorang abang yang aku kire boleh tolong la jugak. tapi dia pon tak angkat phone. semua orang tengah sibuk nak beraya ni. lepas tu, my 1st baby pon sakit jugak. so, aku terkejar2 la jugak ke sana ke sini..nasib baik aku ada pembantu 3 orang. takde la kelam kabut sangat.
 
lega, sebab abang tadi kol aku balik. dia kata dia boleh tolong kol sorang doktor ni. dia nak tolong, tak dapat sebab jauh. aku pon tunggu la sambil tengok2 1st baby tu kan. dalam kol 11, doktor sampai. dia chek up, oke je katenye. dia sendiri tak tau kenapa boleh jadi macam tu. jadi, aku pon buntu. macam mane ni? esok nak raya. so, doktor tu bagi aku satu option. the very last option - kite kene buat operation jugak. aduh. aku rasa tak sedap hati la pulak.
 
aku sendiri buntu. tak de option lain dah ni. masa semakin suntuk. semua orang jumpa aku; macam mana ni Huda? confident tak? aku bincang2..pertimbangkan baik buruk, akhirnya aku bersetuju untuk melakukan operation. aku pon ade gak ilmu sket2 dalam bidang ni, so aku tolong la ape yang patut..macam2 yang kitorang buat. operation ni agak complicated. kalau salah operate.....
 
masa berlalu amat pantas dampai kitorang sendiri tak sedar dah pukul 4 petang. aku tengok baby dah semakin menunjukkan tanda2 positif. pukul 6 dia dah selamat menjalani pembedahan. tapi masalahnya, kene train dulu baby tu..kalau tak, kita tak tahu pembedahan tu betul2 berjaya ke tak.. masa ni, riuh sangat. semua orang tolong aku..terharu pon ade gak..huhu
 
aku tengok jam dah pukul 7.00 malam. aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab dia dah boleh berjalan seperti biasa. bos aku datang, tanya khabar. 7.30 malam, segalanya berjalan dengan lancar. aku betul2 bersyukur. aku dah boleh balik kampung untuk beraya dengan hati yang tenang. sebab baby aku dah pulih.
 
agak2, siapakah baby dan doktor itu?
signature2

Monday 6 September 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..

Sedar tak sear Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya kan. hari Khamis dah raya. lepas tu penuh pulang invitation dari kawan2 untuk berbuka sama-sama. dan yang penting ade yang aku terpaksa tolak atas sebab yang tertentu dan aku nak mintak maaf kat kawan2 aku yang aku dah janji nak berbuka sama2 tapi tak apat tunaikan. aku TERLUPA. serius. macam mana boleh lupa, Wallahualam.



cakap pasal buka puasa ni, aku baru je balik dari majlis Jom Berbuka Puasa with DiGi kat The Apartment, KLCC.

best woo...aku memang suke datang majlis lagi2 melibatkan makan2..hehehehe.. aku ni dah la bogger picisan, mane la ade orang kenal aku .. aku kenal orang lain adelah.. haha.. tapi itu semua tak penting bagi aku sebab aku pentingkan perut aku diisi  oppss..salah taip plakss.. sebab masa ni la aku boleh berkenalan ngan deorang. kitorag share pendapat, pengalaman, cerita.macam2 arr..yang penting aku suke makan isk..ape asek tersasul ni..hohoho

makanan2 yang deorang serve, tak payah cakap la..rasa nak tido kat situ jer..penat mulut mengunyah, berat lagi perut menampung..hehehe.. lepas makan2, ade aktiviti cabutan bertuah..memang bertuah mereka dapat sebijik HTC Aria.. aku? aku tak la malang, tapi tak sebertuah mereka jer.. dapat invitation ni pon aku rasa macam dah bertuah kan..hehehe..nak upload gambar, aku tak bawak kamera pon tadi (padahal takde..hihi). so aku nak tunggu je la mereka2 yang bawak kamera canggih2 tu uploadkan eks..hehehe

ape2pon, terima kasih DIGI & Nuffnang ~ lepas ni wat open house plak eks..sure aku datang..hehehehe
signature2

Sunday 5 September 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Di kesempatan ini, saya ingin megucapkan Selamat Menyambut Hari Aidil Fitri kepada semua umat Islam di muka bumi ini. saya juga ingin memohon maaf sekiranya terlakukan perkara-perkara seperti berikut:

terkasar bahasa
terumpat
termengata
termakan
terminum
terlupa janji
teraba
terkutuk
termaki
termarah
terhutang
tersepak
terpakai
terambil

dan segala "ter" yang saya lakukan sama ada secara sedar/sengaja atau pon tidak. saya juga ingin meminta anda sedikit duet raya. isk..tersasul plak.. saya ingin duit raya.. alamak tersasul lagi.. saya berharap agar anda dapat memanfaatkan hari raya yang mulia ini di samping keluarga dan sanak saudara yang tercinta, dan dicintai.

kepada mereka yang memandu pulang ke kampng, berhati2 di jalan raya. jangan terlalu mengingati orang yang tersayang sebab ia sangat bahaya. sila fokus kepada kereta yang anda pandu dan patuhi peraturan jalan raya okay~ jangan lupe service kenderaan (bagi yang drive sendiri jer)

kepada mereka yang tak balik kampung, sila jaga rumah orang yang balik kampung yeee..hehehe

kepada yang bekerja pada hari raya, pengorbanan anda amatlah dihargai. tak dapat cuti tak beerti tak dapat raya.. (macam bagi ucapan kat diri sendiri jer..uwaaaaaa)

kepada mereka yang berada jauh di perantauan dan tak dapat pulang ke tanah air, janganla bersedih yee..ade hikmah di sebaliknye..bile lagi nak merasa pengalaman tuu.. ^,^ 


salam sayang dari saya.. -geli tak? jangan muntah hijau kat sini plaks.. hohohoho bubbye~

signature2

Saturday 4 September 2010

aku pergi teman housemate aku membeli belah kat JJ Bukit Tinggi. dengan harapan sekadar teman. tapi aku benci betul bila mata aku terpandang sale 50% kat pelusuk ruang pakaian JJ. kebetulan kitorang sampai kol 7, sangat lengang kompleks tu sebab ramai yang tengah mengadap makanan menunggu waktu berbuka kat restoran2. aku nasihat dalam hati, jangan cepat tergoda. nafsu je tu..rilek2.. tibe2 ade satu suara dari hati cakap, eh, aku tade seluar kaler itam la..ape kate test sekali...50% diskaun tuuu...lepas ni tak datang lagi...
sabar2..kite usha2 dulu..mane tau ade lagi best..
aku tak taulah ape kuasa yang membuatkan tangan aku menarik beberape helai seluar untuk di test. perghhh, kuat sungguh kuasa tu..dapat pulak mata aku melekap terasa selesa ngan salah satu seluar ni..dengan tanpa segan silu, aku terus mintak amoi tu tulis sebab dah berkenan. alahai..kalah jugak..
 
oke..stop..aku tamau beli lagi..sementara tunggu housemate aku pilih seluar, aku jalan2 kat kawasan baju..secara tak sengaja, aku terjumpa baju ni..cam cantik.. alamak... aku dengan ringan tangan amek baju sehelai..test..peh, saiz S aku muat weyhhhh!!! tapi jangan cepat melatah, saiz S itu agak besar dari saiz S yang lain. haha..bangga sebentar sebab boleh pakai baju bersaiz S. ye..kali ni aku telah terbeli baju itu..
 
benci arr perasaan neh..
 
semalam aku g pesta buku POPULAR kat KLCC..ramai gak orang..aku memang niat nak teman makcik aku jer. tak mau beli ape2.. sekadar teman oke..jgn tertarik dengan ape2 buku..
 
eh, komik Kijiya TROIS..amek 1 masuk bakul..dah2..satu jer..
tetibe aku terpandang kat satu ruang khas untuk cd/dvd.. weyh! banyak giler anime! alamak..nak ni..tak2..nak tuu..grrr..semua cerite best..bongok la..last2 aku amek gak The Melancholy of Haruhi Suzumiya. 3 season in 1. ouhh..jalan2 lagi, aku terjumpa pulak cerita Bloody Monday 2, Code Blue 2, Liar Game 2. alaaaa... mane boleh camni...huwaaa..nak tgk semua tu..dengan penuh berhati2, aku pilih Bloody Monday 2..yang lain2 tu tunggu harga jatuh lagi..muehehehe..
 
dah..nak sambung tengok Bloody Monday..
 
 
signature2

Wednesday 1 September 2010

Assalamualaikum kawan2..sedar tak sedar dah tiba 10 Ramadhan yang terakhir kan..selalunya bila tiba bulan puasa, mesti kita dinasihatkan untuk makan berpada2..tapi aku ni kadang2 (selalu kot..poyo je kate kadang2) sekali makan butang kemeja part perut boleh terpelanting tuu.. ade la satu hari, akak aku buat kenduri berbuka kat rumah yang dia baru pindah, aku rase aku makan sikit jer..tapi perut aku kenyang tahap tengok makanan pon boleh muntah.. maka tatkala perut kenyang, mata pun mulala berat.. pup... shut down secara sengaja...
 
sedang aku nyenyak tidur atas katil bujang anak-anak dara kakak aku, tibe2 saje ada satu suara halus berbisik;
 
Makteh, lif kat tingkat 8 rosak. bomba datang tengah betulkan lif..
hmm...
makteh tak boleh balik lagi sebab bomba tengah betulkan lif kat tingkat 8..
hmm...
 
kacau je..aku tengah sedap tido sebok cerita pasal bomba betulkan lif kat tingkat 8. dengan rasa taat atas kewajipan menunaikan solat, aku bangun dan solat Isyak dengan mata tertutup di bilik lain. selesai sahaja memberikan salam, aku memanjatkan doa kehadrat Ilahi dengan penuh harapan dan mata masih terpejam konon khusyuk la tu.. walhal entah hape yang aku baca pon aku tak pasti.. aku jeling2 sekitar bilik.. aku tengok ada seorang baby ni tido atas katil besar macam best jer.. aku baring kat sebelah, peh..memang sedap..
 
makteh mane? maktehhh...
 
makteh, lif kat tingkat 8 dah elok.. makteh boleh balik dah.. tadi bomba dah betulkan..
hmmmmmmm..ye ye..
eee..makteh dah tau ke? penat je orang bagi tau..
hmmmm...yeee...
 
 
walaupon fizikal aku kelihatan mamai, tapi otakku masih ligat berfikir
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
BILE PULAK AKU TANYE PASAL LIF KAT TINGKAT 8?!
 
haih..nasib la ko kanak2 lagi..
 
*eh, aku online kat Subang lah! terima kasih Celcom Broadband.. ^^
 
signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *