#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday 16 June 2013

Date: 9 June 2013
Venue: Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya.
Distance: 16 KM
Flag off: 6:30 AM


Gambar dari jauh. masa ni aku betul2 baru sampai. berhenti sekejap ambil gambar dan sempat upload. walhal orang dah beratur panjang kat depan pejabat kehakiman tu. disebabkan aku sampai lambat, aku beratur agak belakang juga. 5 minit lepas flag off baru sampai start point (-.-)

setengah jam pertama, masa tu baru 5km aku lari. aku dah sampai area flyover depan PICC, jalan sebelah aku dah nampak orang Kenya dan seorang Chinese lari tinggal 5 KM nak sampai finish lane. aduh. aku macam baru nak panas badan dia dah nak sampai?! gila 16KM 45 minit? brrr... macam mana la diaorang boleh dapat stamina mantaps macam tu. huhu

aku? 10 Km pertama aku lari dengan gagahnye. gagah la sangat. makan masa sejam 15 minit gak. aku tengok signboard 11 KM, aku dah start berjalan. lari 100 meter, jalan. lari 100 meter, jalan 1 KM. lols. sampai la 2 jam setengah kat finish lane. kihkihkih...

ha tu dia.. dapat gak medal finisher 16 KM. nak tercabut lutut aku lari hari tu. tapi xpe, passionate punya pasal kan. layankan aje la.. hehehe... yang penting lepas marathon tu, aku terus pergi berjimba kat KL tanpa rest sampai malam. dung - terus tertido tak sedar diri. nasib baik isnin tu aku cuti. kih kih kih.


signature2
sape join Roaster's Chicken Run for Charity '13 23 June ni kat Sunway Lagoon? jumpa anda di sana~~~~ buhbye~!

Bismillaahirrahmaanirrahiim


  • selamat malam semua
  • selamat bermimpi indah
  • selamat tinggal Ahad
  • selamat datang Isnin
  • selamat tinggal Public Holiday
  • Selamat datang working days
  • selamat tinggal futsal
  • selamat tinggal PSP
  • selamat tinggal One Piece
  • selamat datang workaholic gangsata
  • Tadi dah mengantuk - pura-pura tidur - tak boleh tidur
  • semoga esok lebih baik daripada hari ini
  • terima kasih
  • sekian
  • Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

signature2

Saturday 8 June 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Aku ade account Dropbox. korang ade?
best gak gunanya sebab macam tak payah nak bawa pendrive ke hulu ke hilir transfer file. ala-ala letak dalam server la ni. aku yang buta IT ni pun tahu, korang mesti lagi tahu kan. hehe. bye! 
signature2

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Asslamualaikum..

saje nak habaq ni.. esok pagi ade Mizuno Wave Run kat Putrajaya Presint 3. aku masuk 16km (argh. kenapa aku register dulu?!) esok aku post gambar ye. bai... kalau korang pun pergi gak, jumpa kat sana ye~~~
signature2

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Asslamualaikum. buat ape tu?

tajuk hari ni ialah semak. sukukata "se" tu ibarat menyebut se dalam perkataan sekolah. so kalau kata lain rimas.

rimas dengan macam2 benda. walhal benda ni kecil je. tapi bila kumpul2 atau bila fikir banyak2, dia jadi besar. lepas tu mula maki hamun bagai.

tadi semak otak tengok bilik aku sepah2. jadi disebabkan aku tak nak jadikannya terlalu besar, aku tidur dan buat tak tahu. crap. bangun tido terus kemas bilik dengan jayanya. 

semalam semak otak aku dok fikir ayat sorang "friend" ni kat facebook lebih kurang macam ni maksudnya: "ko x payah nak hipokrit sangat konon nak tunjuk alim post ayat islamic, walhal nak raih like" aku kira dia (yang post status ni) agak alim dengan cara pemakaiannya, tapi agak sempit pemikirannya. aku kesian, so aku rasa macam nak tekan butang "unfriend" sebab aku xnak rasa semak dengan status negative dia. tapi aku lupa.
kesian. kesian kat dia sebab dia dah fitnah 'keikhlasan' seseorang dalam berdakwah. kenapa 'keikhlasan', sebab hanya Allah sahaja yang tahu. 

semak fikir pasal keburukan orang lain kat aku. semak, so aku luahkan kat orang lain. tetibe rase menyesal sebab dia dah jadi satu punca hati aku asik tak tenang. grrrr

dah la tu. asik nak semak2 je. moh kita semak (baca say-mak) diri sendiri lagi bagus kan. kikiki~~~


cop2... last sekali: semak tengok iklan kat belakang tabir blogger ni. macam mana nak buang? tolong saya!
signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *