#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Saturday 29 February 2020


Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum | Selamat Sejahtera


Hari ni 29 Febuari 2020, aku ada buat kerja gila. Dah lama 3 perkara ni ada dalam senarai wish list aku:

1- Solo long ride
2- Cameron Highland Loop
3- Climb Cameron Highland melalui Tapah

Maka pagi ni seawal jam 6:00 pagi aku dah bangun untuk bersiap sebab dalam kepala plan jam 7:00 pagi nak keluar dari rumah, tapi ada masalah la pula. 3x aku buang air besar, sudahnya 7:40 pagi baru keluar rumah. Bila fikirkan balik elok juga aku buang siap-siap kat rumah, tak de la kacau masa kayuh kan. hehe.

Kisah bermula; bangun tidur - minum air masak berteguk-teguk - toilet & mandi - prepare rolled oat & minum Primus V - Subuh - toilet lagi - makan oat - toilet - tolak basikal dan mula kayuh. nasib baik aku gerak solo & mood pelancongan, so tak perlu rushing la. hehe. Cumanya mental aku mula down bila lalu kawasan tak ada canopy dan jam baru 8:00 pagi tapi cuaca dah mula panas terik. haha. padan muka
Awal-awal naik Tapah, rasa okay je lagi. Jalan masih cantik walaupn sempit. Kereta tak banyak yang lalu Lalang. Badan masih fresh. Semangat tengah membara. Haha. KM47, aku sampai Lata Iskandar. Aku berhenti tepi & masuk dalam. Macam biasa la ambil gambar sekeping dua buat kenangan. Lepas tu cepat-cepat sambung kayuh. All the way kayuh tu kiri kanan memang banyak la anjing melepak atas jalan. Cuma ada sekali je aku kena kejar ngan sekor anjing hitam ni. tapi aku buat tak tau je so dia boring terus tak jadi kejar. haha

Bila meter menunjukkan KM60, perut aku mula lapar. Kalau dah lepas dari Lata Iskandar, memang tak ada dah kedai makan ke, kedai runcit ke & apa-apa pembangunan melainkan pondok orang asli & gerai petai. Nampak signboard tepi jalan tulis Ringlet - 10km, Tanah Rata - 20km. Okay aku mula rangka plan, sampai ringlet nanti nak berhenti beli roti kat Shell, then makan nasi kat Tanah Rata. Tak jauh mana lagi pun kan.

Tapi masalahnya hujung-hujung tu elevation makin tinggi. awal-awal tu gradient antara 2%-5%, tapi hujung tu antara 4%-8%. Jalan agak sempit. Lori tak nak bertoleransi dengan aku. Ada satu masa tu lori besar himpit aku sampai tepi jalan. Aku memang berzikir Panjang la waktu tu. Geram tapi tak nak carut sebab takut kena kat aku balik. Perjalanan aku jauh lagi ni. haha. Canopy pun makin tak ada, cuaca memang panas terik. Angin tak payah cakap la. Tak ada mercy. Aku mula fikir nak patah balik bila sampai Ringlet nanti.

Aku kuatkan azam. Kena complete juga 1 loop ni. Capai wish list yang lama aku angankan. Sampai KM70, bila mana tayar aku jejak je sempadan negeri Perak (Tapah) - Pahang (Ringlet), hati ku berbunga, hidungku berbau teh, jantungku berdegup strawberi. HAHA. Hilang pula rasa lapar tadi, semangat mula membara. Nak pulak gradient drop down to -3%, untuk 5km plus angin sejuk mula menyapa diri ini. Cewah
5km je bahagia. Lepas tu mula dah climb gradient 7%. Tak ikhlas betul. 5km je belanjanya. haha! Angin tetap kuat. Perut makin lapar. KM78 aku dah kehabisan air. Aku fikir takpe lah, 2km tu tahan la sikit. Alhamdulillah, KM80 aku sampai Tanah Rata. Aku Nampak food court, The Boxport nama dia. aku berhenti & Nampak tak ramai orang. Nampak menu nasi ayam bakar (RM6), terus parking basikal & order sekali dengan air kopi suam (RM1.50) & air kosong suam. Malas nak fikir Panjang dah. Lapar teruk. Tempat order lain, aku order kat orang lain. Orang yang ambil order aku tu bagi aku cawan kosong, aku tanya - kat mana nak ambil air ni? sebab aku fikir air suam kena ambil sendiri. Dia jawab, "eh ni bukan cawan air suam, ni nombor meja. air suam nanti kitorang hantarkan". Okay. Aku memang bonk teruk ni. Masa ni dah pukul 12:00 tengahari. Aku fikir ada lebih kurang 120km lagi (110km sepatutnya. aku salah kira. tapi dalam kepala time ni set 200km) nak sampai rumah. harap sampai sebelum gelap.



Lepas makan, terus sambung kayuh. On the way ke Brinchang tu, jalan jem. Tapi tak apa lah sebab aku kayuh basikal, boleh selit-selit. Mata aku melilau jugak kot-kot ada kedai yang jual aiskrim strawberry. Tapi aku malas nak berhenti. Nampak dalam kedai masing-masing ramai orang. Resah gak selagi tak dapat aiskrim strawberry ni. haha. Bila fikir balik takpe lah. masa pun dah suntuk. perjalanan aku jauh lagi ni. Tapi bila sampai KM90, aku tergerak nak berhenti kedai tepi jalan. Food and Vegetables Shops kalua tengok dalam map nama kedai tu. Setentang dengan Orchid Shop. Aku singgah beli jagung putih rebus (RM5). Lepas tu aku saja jalan masuk kedai, dia ada jual juga aiskrim strawberi (RM1) so aku beli dan makan sampai habis kat situ juga. tak kuasa aku nak simpan dalam baju ke ape kan. haha


Habis kunyah terus sambung kayuh. Berlagak sikit masa banyak kereta beratur sebab aku boleh potong satu-satu. haha. Tapi macam biasa lah, tak lama pun. haha. Masa kat KM100, aku perasan ada motor ikut belakang aku. Tapi ahu husnuzon la mungkin itu adalah apek jual sayur ke jagung ke bawa motor perlahan. Sampai satu kedai, dia berhenti. Ok betul la kot tekaan aku. Tapi tiba-tiba motor tu dating balik. "Huda". Aku toleh. "Ahhh ko rupanya. Aku dah suspen tadi. Siapa lah ikut aku ni. Ko ni. Seram aku. hahahaha". Borak sekejap then member patah balik menuju destinasi dia. Lega.


Video yang member ambil masa dia follow belakang dengan motor. Terima kasih!

Kedepan sikit aku jumpa sorang lelaki Germany, solo touring. Aku tegur dia dari belakang then ajak berhenti kat BHP depan tu. Dia setuju then kitorang lepak kat BHP tu kejap. Aku beli 100+ sebotol besar & roti Gardenia perisa jagung, refill air botol, balance aku habiskan. Haus sebab panas, angin kering & Cameron Highland sangat panas. Habis borak, aku teruskan kayuhan. Tak mampu nak lepak lama / tunggu dia. Aku fikir nak balik cepat je ni. Roti aku tak makan pun. Aku selit kat belakang baju.


Dari BHP ke Simpang Pulai, aku rasa 60%-70% je downhill, yang lain semua climb. Mental aku nak koyak dah waktu ni. Angin tetap kuat, even downhill pun aku tak boleh nak free paddle sangat & tak boleh nak kayuh laju sangat. Wheelset high profile & tendency untuk jatuh ditiup angin tu tinggi. Jadi aku play safe je. Masa kat KM145, ada group motor dari arah bertentangan berhenti tepi. Aku perthatikan dalam 2 orang tepi jalan control traffic, yang lain berkumpul kat satu tempat, dan satu tempat tu pula ada beberapa orang tengah berusaha angkat keluar motor dari longkang. Mungkin kawan dia overshoot. Aku cuma doakan yang rider jatuh tu selamat, group motor tu dipermudahkan segala urusan. Aku - teruskan perjalanan. kalua aku berhenti nak jadi kepoci kat situ baik tak payah.

Sampai je Simpang Pulai, aku rasa lega dah. Aku tak fikir dah berapa KM nak smapai rumah tapi yang pastinya tak jauh lagi. Haha. Mental masih koyak lagi sebab mata tertengok temperature. 40 degree Celsius. Patut la aku rasa bibir aku kering. Angin kuat lagi menambah cubaan nak DNF kan aku. Kalau fikir betul-betul, aku nak DNF, siapa nak rescue pulak. so nak tak nak kayuh je la sampai habis. Siapa suruh cari penyakit dalam aktiviti kesihatan. hahaha

Berbaki kurang 10km, aku nyaris silap simpang. Nak belok awal. Nasib baik sel otak masih boleh berhubung. haha. Baki 3km aku disapa 3 kanak-kanak bangsa India, masing-masing berdiri atas divider tengah jalan, dengan basikal masing-masing. Umur lingkungan 12-14 tahun. "Abang! race ka?" Aku toleh sebab tak dengar sangat perkataan "race" tu. Dah terbiasa kan orang panggil abang so aku angkat tangan je. "Race?" tak puas hati aku tak menjawab soalan. "Tak!" sambil buat sign babai kat diorang. Nasib badan. haha

KM191, sampai rumah. Syukur Alhamdulillah syukur selamat semuanya. Complete 3 wish list sekali dalam 1 ride. Walaupun penat, meracau-racau sorang-sorang, tapi aku banyak rasa puas hati, lega, gembira & terus fikir esok nak kayuh mana pulak. Eh. hahaha. Masuk je rumah, terus bancuh Primus V & oat, basuh basikal, mandi & solat. Lega rasanya.

Kesimpulannya, aku rasa loop naik dari Tapah ni tough. Aku tak boleh nak bandingkan loop kalau naik dari Simpang Pulai sebab aku tak pernah buat lagi. In shaa Allah, ada rezeki aku buat. Masih dalam wish list. Payah betul bila wish list Panjang ni. haha. Kenapa aku kata tough, sebab bagi aku loop ni 80% climbing. Observation aku, dari awal climb Tapah, sampai Ringlet, tak ada satu tempat pun yang gradient bawah 0% (kalau ada pun mungkin aku yang tak sedar diri. haha). Even nak turun ke Simpang Pulai pun masih ada beberapa segment yang gradient 7%. Tambah pula cabaran aku bila kayuh dalam musim angin kuat & panas terik. Lagi aku buat solo, then aku kena bergantung 200%; 100% pada diri sendiri, of course 100% lagi tawakkal kepada Allah.
Sekian terima kasih!

Wednesday 26 February 2020


Pagi ni tak plan pun nak kayuh sebab dah plan nak keluar dengan mak dalam jam 10 pagi. Tapi pagi tadi tiba-tiba mak cakap jam 11 pagi ada physiotherapist datang rumah. So cepat-cepat siap, terus ambil basikal & kayuh ke Genting Sempah (GS). Badan rasa tak selesa. mungkin malam tadi tidur lewat atau sebab semalam tak makan malam. Awal-awal kayuh, heart rate dah mencanak-canak naik ke 160bpm. Layan je lah kaki. kayuh je macam biasa

Pertengahan jalan, ada sorang rider kayuh MTB tegur & kitorang kayuh sama-sama la naik GS. Waktu pagi biasa lah jalan sibuk sikit dekat kawasan sekolah tu je. Kira lepas tu kereta makin berkurangan.

Lebih kurang 5KM dari Hospital Orang Asli (HOA), ada kelibat 2 orang pengayuh basikal yang lain. Seorang lewat usia, seorang lagi lebih kurang 40an umur dia. Memandangkan aku tak nak laju, dan tak ada apa-apa perkara yang nak dikejarkan, jadi aku ikut kelajuan pakcik tu. Kitorang kayuh sama-sama sambal berbual. Speed tak laju, tak perlahan. kami tak stress, so heart rate aku pun kembali ke takuk normal.

8KM dari HOA nampak kelibat van IJN tepi jalan. Aku jeling sikit nampak orang tengah shooting. yang pegang kamera tu lambai-lambai tangan kat kami. Kami pun lambai balik sambal aku jerit "haiiiiiii!!!!!" dan masa tu baru aku Nampak Aliff Satar dekat tengah-tengah crowd. Ada orang respond "Haiiii… meh la sini.. minum-minum dulu". Alamak. maaflah. saya malas nak berhenti. Haha. jadi kami pun teruskan kayuhan ke atas.

Angin bertiup kuat, hadap ajelah kan. Dah ini jalan yang dipilih. Katanya sebab musim kemarau jadi berangin sikit. Ye ke. hehe.

Syukur Alhamdulillah. Kami sampai kat GS. Port macam biasa bawah jambatan. Masa kami sampai dah ada rider yang dah sampai & tak lama lepas tu ada rider yang baru sampai. Kami bergambar, the turun ke Gombak semula. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, kami singgah kedai makan untuk breakfast.

Sekian kayuhan pagi kami hari ni. terima kasih!


Tuesday 25 February 2020

Assalamualaikum semua

Ni aku ada terjumpa kat twitter (70E) satu cara nak makan coklat dengan betul. Harap bermanfaatlah untuk semua. bukan senang orang nak ajar kita cara makan sesuatu yang sedap lagi lazat dengan betul, confirm masa telan tu, nikmatnya membuatkan kita sentiasa mengucapkan ALHAMDULILLAH

Okay. Sebelum mula, mari kita baca Bismillahirrahmanirrahim

Ini Chef Amer, seorang pakar coklat. Beliau kongsi cara makan coklat yang betul.
Aluhhhhh... Rupanya salah cara kita makan cokelat selama ni.
Kalau ikut cara "old school" kita…

[Thread]
 

Langkah 1 - Beli
Langkah 2 - Bukak bungkusan
Langkah 3 - Patahkan kecil
Langkah 4 - Masuk mulut
Langkah 5 - Kunyah sampai habis
Iye betul. Semudah tu cara kita, dan kerana cara kita itu lah kita tak pernah faham nikmat sebenar cokela….

dan tak pernah tahu beza cokelat yang penuh gula, yang sedap, yang mahal dan super sedap mahal.

Baik. Ini Legendary Chef Amer berhati mulia kongsikan cara betul makan cokelat.

Nah baca perkongsian beliau


OK ni cara sebenar yang ditulis dalam thread tu ye..

1) Coklat ada 3 jenis. Dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate. Sebaiknya makan dark chocolate .

2) Kalau dark chocolate 99%, maknanya koko & lemak koko tu 99%. Kalau dark chocolate 80%,maknanya koko & lemak koko tu 80%,19% gula, 1% or less adalah lecithin, vanillin & emulsifier.

3) Baca Bismillah, buka kotak coklat dan potong coklat. Letak coklat di tengah-tengah lidah.

4) Rapatkan lidah ke arah lelangit dan biarkan coklat melt sendiri dengan suhu badan kita sehingga coklat memenuhi ruangan lidah. Jadi semua rasa coklat akan bercampur. Masam, masin, pahit semuanya.

5) Kemudian baru lah signal akan dihantar ke otak dan endorphins dirembeskan. Kita rasa lebih tenang dan bahagia.

6) Jangan main ngap, kunyah dan telan sahaja. Rugi makan coklat gaya gini. Tapi kalau ada kacang, kunyah lah. Kalau tak, sampai setahun pun kacang tu tak lumat. Tercekik pula nanti.

7) Kalau masa coklat melt tu ada rasa ketul-ketul, maknanya koko tidak betul-betul fine. Kalau mulut rasa berminyak, maknanya butter yang digunakan dalam pembuatan coklat itu butter murah.

Selamat menikmati cokelat semua. Semoga hari "cheat day" hari ni diserikan lagi dengan makan cokelat yang betul.

Kredit : Erman taib

 

Macam mana semua? OK tak cara yang disampaikan ni? Kalau nak cuba Chocolate Premium lebih dari sedap yang murah, boleh la hubungi nombor yang tertera atau tekan link ni: Order Chocodap's

Selamat menjamu selera & terima kasih!

Assalamualaikum semua

Sekarang dah bulan February 2020, nak masuk bulan March penghujung Q1 2020 pulak tu, tapi aku baru nak welcome. haha. Takpelah biar terlambat daripada tak ada langsung kan. Dah lama ada blog, even aku pindahkan blog post dari blog lama ke sini. Ada la sebabnya kenapa tapi yang penting hari ni hari pertama aku menulis blog sejak sekian lama. Banyak betul benda nak kena cuci, nak kena belajar balik macam mana nak edit HTML, edit gambar, edit template ah semua tu lah. Nasib baik banyak boleh belajar kat tutorial. Cari thru Google terus jumpa apa kita nak. Bunyi macam senang tapi leceh betul.

Tapi kalau ikutkan calendar Hijrah, hari ni ialah 1 Rejab 1441 AH, maksudnya aku mula blog kembali pada 1 haribulan juga la. Hehe. Harapnya aku terus istiqamah dalam menulis blog ni. Aku menulis balik ni sebab hari tu masa kayuh basikal (touring) dengan Vlogger Pahlawan Basikal ke Cameron Highlands, rasa seronok pulak bila tengok mamat ni rajin bercakap, edit then upload kat YouTube. Maka datang la idea aku nak mula tulis semua pengalaman aku yang mungkin tak seberapa berbanding dengan orang yang lagi bagus pengalaman dia dalam bidang berbasikal ni.





Jenuh jugak oi even nak tulis 1 post ni. Idea, editing, writing, adui. Tapi yang paling leceh bila outcome tak sama macam apa yang kita expect. So satu post ni saja aku dah try & error dekat 10 kali baru la Alhamdulillah berhasil dengan lebih memuaskan. Bukan senang nak senang. Gitewww hahaha. Apapun takpelah. Kita cuba je la ye macam mana pun. Jangan lupa follow ye. In shaa Allah kita buat mana yang termampu dan terbaik.

Sekian terima kasih!

Sunday 23 February 2020

Hari ni buat broga loop. Berdua je dengan abg zack. Yang lain x sudi nak ride sama. Sampai hati. Janji jumpa kat kedai Bahulu Classic jam 7 tapi aku bangun lewat. So jam 7.30 pagi lebih baru roll. Jam 8 pagi dah rasa panas terik. Takpa lah. Hadap je la kan
Masa Awal2 kayuh macam happy sebab angin tiup dari belakang. Tapi indahnya tak lama. Lepas tu carca marba dari merata arah angin tiup. Bukan biasa2 punya kencang. Aku jarakkan 2 tayar dengan zack demi keselamatan sejagat sebab dah witness tayar dia terangkat masa kena lempang dengan angin. Aku makan banyak gak kat lenggeng. Ceh konon bagi badan berat nak hadap angin nanti. Pastu naik bukit tangga meracau-racau. Tekan habis tapi macam tak bergerak je basikal tu. Nak turun bukit tangga pun takut. Ada satu corner tu aku nyaris nak jatuh sebab angin kuat Ngam2 tuju kat aku. Syukur boleh control lagi. Kereta tak banyak sangat hari ni so aku kayuh agak tgh jalan la. Risau la tepi jalan banyak batu kecil. Tambah angin kuat lagi uish seram
Sampai BHP Jelebu, kitorg berhenti refill air. Then kitorg decide tak melawan sangat tapi tak mengalah. Kayuh Alon2 je la sampai habis. Alhamdulillah naik pères cuaca sedap2 walaupun angin masih kencang. Aku naik pères memang slow habis. Rugi sape tak follow tadi. Rasa berat je macam ada benda ikut belakang tapi aku ade tertegur. Macam ade benda tarik tayar aku ni. Haha
Masa turun pères dah rasa lain. Macam gelong sikit. Angin kuat kot. So layan je la. Tapi makin lama makin kuat pulak gelong ni. Tgk tayar belakang alahai makin kempes. Ada group motor berhenti tepi buat photoshoot tapi minta maaf aku terpaksa photo boom sebab tak boleh nak laju. Ada sorg mamat tu jerit "ala basikal!!!". Sorry. Nak berhenti macam malas je



Ngam sampai simpang 3, dah mula rasa wheelset sentuh jalan. Angin habis la tu. So aku berhenti tepi acah2 nak tukar tiub tapi x larat. bukan mengada tapi sebab wheelset tu tubeless, tapi tayar clincher, so dia ketat sikit. Banyak kali cuba kepakkan tayar, tapi jari aku melecet je. Tayar tak bergerak. haha. Maka tunggu rescue je la sampai terlelap aku kat situ. Bonk oi. Nasib baik xde ape2. Haha. Sekian lah kisah sedih discount 10km hari ni

Nah sempat Zack ambil video aku tengah tunggu dia rescue kat tepi jalan. ingatkan dia ambil video je, rupanya siap membebel! haha layan...

Route: Bahulu Classic - Lengeng - Mendum - Bukit Tangga - Peres - Bahulu Classic
Jarak: 135KM
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *