#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday 22 July 2012

Assalamualaikum. selamat pagi. selamat bersahur. selamat berpuasa 3 Ramadhan 1433H.




aku fikir tak mustahil mak bapak orang lain yang baya2 parents aku (50s) ada social media sendiri especially Facebook. parents aku lain. deorang kureng sikit bab IT ni. phew lega. kalau tak mau deorang jadi stalker no 1 kitorang adik beradik. kihkihkih.


berbalik pada tajuk, aku rasa kan mungkin deorang akan update macam ni:


"bersyukur dapat anak macam Nuraini Huda. pagi2 lepas sahur habis semua pinggan mangkuk dia cuci.


tapi apa kan daya, kejap lagi nak balik Subang Jaya. kan best kalau hari2 macam ni. ringan sikit beban aku"


syahdu2. perasan je aku neh. adik beradik yang lain jangan jeles. korang dah kahwin. haha. adik aku for sure kene jeles sebab keje dia walaupun duduk rumah hari2 tapi membuta je pagi sampai petang. huh *akuyangjelessebenarnya*


tapi aku rasa betul kot jauh di sudut hati mak ayah aku mesti terdetik macam ni. tak tahulah kan kalau ada parents yang tak rasa apa2 bila anak dia balik rumah sekali sekala tolong buat kerja rumah. kikiki


lagi satu ini sebenarnya perasaan aku sekarang ni. ye lah, setakat Subang Jaya dengan Gombak tu tak lah jauh sangat pun tapi untuk 2 hari ni berbuka sama2 pun belum pernah lagi. sibuk sangat kerja. company pun bukan peduli. *bos sendiri mengaku dekat aku, "bla bla bla..i don't care if you should come in weekend... bla bla bla". sedih. time aku datang kerja weekend lak tu kan* ni pun baru hari petama sahur sama2. berusaha gak la bangun walaupun tidur lewat. padan muka sapa suruh tidur lewat.


tak mau tak mau tak mau. tak mau perkara ni berterusan. harapnya ini Ramadhan 1433H ni yang terakhir jadi cenggini. orang lain bertarawikh, bertadarus, aku ber"allen-key". harapnya hari raya nanti bukan dengan air mata kesedihan la (^_^)v  nanti orang berTakbir aku ber"spanner". oh tidak~ Nauzubillah


orang kata weekend is family day tapi pada aku pendapat tu salah. kita kena betulkan balik kepada everyday is family day. barulah hubungan kekeluargaan tu erat. setuju?

signature2

kalau setuju tekan butang bawah ni \(^.^)/

NTV7 Feel Good Run 2012
Venue     : Seri Pentas Bandar Utama
Date       : 8 July 2012
Category : 7 KM
Flag Off   : 7:30AM

as usual, aku memang lewat sikit bab update mengupdate ni. :)

pagi tu aku sampai agak lewat. tambah2 hujan lebat sebelum tu. memang syok la tarik selimut. perjalanan dari Gombak okay tak jammed, tapi masalah timbul bila nak parking. kereta penuh kiri kanan OU. Alhamdulillah aku dapat ruang kat Shell. kebetulan pula perut meragam, so terus pergi toliet la. hikhik

selesai qada' hajat, aku terus pergi cari tempat simpan barang. almaklumlah sebelum ni kan ada kawan tolong pegang barang tapi hari tu dia tak dapat lak. so sampai kat booth pegawai yang bertugas, tanya tempat simpan luggage, dia kata jauh. bukan kat sini, tapi kat OU wing sebelah sana. alamak. jam dah 7:20am, tak sempat la aku nak lari g sana. so nak taknak aku lari dengan beg la. alang2 ada handphone kat tangan, aku snap semua pict. menarik ke tak, layankan aje. hehe

ramainya orang..

gelap lagi

the crowd. semua orang tengah khusyuk layan DJ kat depan

binatang pun ada

aku dah mencelah masuk "kandang" hehe

orang ramai tak sabar nak lari nih



boleh pulak ada route yang curam giler. aku memang tak lari la. jalan kaki sudah. tu pun dah penat. tapi aku kagum la kat beberapa orang yang berlari. hebat2. aku terdengar orang sebelah borak ngan kawan dia lebih kurang macam ni maksudnya, "kita tak payah lari sangat masa naik. jalan laju jer. kalau tak nanti bila turun bukit ko penat.." kawan dia angguk je. aku pun tak pasti betul ke tak..


dah sampai puncak bukit. masa tengah jalan sorang2 ni aku terdengar sorang mamat chinese ni mengomel "who the heck is planning this? what a steep route.. *sigh*" betul! aku cakap kuat2.. dalam hati je lah tapi kan. ekekeke.. pastu terdengar lagi mamat sebelum ni berborak.. "ha ko tengok orang tu tadi masa naik dia lari, sekarang masa turun dia jalan je. dah tak larat la tu.." ooo.. kebetulan kot. hahaha.. macam2 teori lak..


dah habis lari. masa untuk ambil goodie bag. medal dah dapat.. 

tadaaaaaaaaaaaa!

cantik kan medal. emas kau. hampir patah gigi aku masa gigit medal ni. exaggerate betul.




macam2 ragam orang ramai. banyak booth yang dibuka. tapi satu pun aku tak singgah. haha


kartun

kepten amerika yang......... *fill it urself* hehe


 crowd lagi. macam2 arah tuju nak pergi.

angan2 tu penting

this is what we call support :)

some of the items in the goodies bag


certificate

magazine. hensem guy for the cover page hikhik. but most important is there are a lot of healthy tips inside

sock! love it <3

car sticker

whiskas. got pedigree too actually but gave it to an Indian uncle who walk his dog.

men's fragrance. gave it to my lil brother. he is lucky to have me as his sister :)

the vouchers only. not the lappy ;)

this is all i have. hope you enjoy it! bye~ see you on next coming race ~(^.^)/





signature2

Friday 20 July 2012

"Selamat Menyambut"


Tahun ni aku tak dapat rasa nikmatnya bulan Ramadhan. Aku sendiri tak sambut dengan baik. Setakat tahan lapar dahaga kawal nafsu cukup syarat wajib. Pada aku sambutan bulan mulia ni bukanlah sekadar ucapan "selamat berpuasa", "jangan ponteng puasa", "buka puasa nanti nak makan ape ye" banyak lagi la. Ucapan2 Kat atas tu memang aku sendiri yang sebut. Tapi sikit pun xde ape2 feel tentang Ramadhan.


Kenapa?


Sekarang ni perkara2 asas yang patut aku buat sikit pun aku x ada peluang nak buat. Sebagai contoh dulu la waktu aku ada salah satu nikmat dari 5, "lapang sebelum sempit" aku banyak masa. Malam sebelum puasa, dapat la nikmati suasana waktu maghrib ramai2 pergi surau solat berjemaah. Lepas tu ada yang stay up Kat surau mengaji satu atau dua muka Surat. Kalau aku masa "muda sebelum tua", aku main2 Kat taman permainan sebelah surau. Dengan telekung lagi kau aku main gelongsor. Main mercun mancis baling kat kaki orang. Lepas tu masuk waktu isyak baru terkial2 ambil wudhuk. Yang tak tahan ada satu tahap malas sampai kata "air sembahyang aku tak batal lagi". Hampeh. Main kejar2 dengan budak laki, ketawa sampai terkentut boleh kata tak batal. Kanak2.. Makcik2 pakcik2 ada yang bersembang. Maklumlah kan, sekali2 sekala dapat berkumpul sesama jiran tetangga. Yang jauh didekatkan. Yang dekat dieratkan.


Hari pertama, macam biasalah.. Surau penuh sampai tok imam sibuk cari carpet, sejadah.. Asal ada ruang walaupun sikit, selit. Saf rapat2 tak bagi chance Kat sekor nyamuk pun boleh celah. Aku yang kanak2 lagi pun x nak kalah. Kalau boleh nak saf depan sekali. Pahala banyak ustazah kata. Bila nak mula solat tarawekh, sambut zikir tok imam kuat2 "sallallahu wassalamun 'alaih". Dok kira2 rakaat ke berapa. Habis 8 rakaat lengang sikit. Jiwa muda aku dulu selalu nak rasa. Apa perasannya kalau habiskan 20 rakaat. Bangga makcik2 Kat surau tengok aku. Sejuk perut mak aku kan. Tapi hakikatnya dalam hati menahan2 suara riang kawan2 main kejar2 Kat luar. Tambah pulak nak masuk 16 rakaat, setiap sujud aku tidur. Orang ingat aku baca doa panjang2. Adoi.. Tersengguk2 tak payah cakap. Lepas witir, waktu moreh. Boleh pulak aku bangun makan laju2. Haha. Mak aku sambung tadarus al-Quran. Ecece.. Masa ni la tunjuk bakat. Sorang satu muka surat. Balik rumah terus tidur tak sedar diri. Pukul 5 pagi mak aku kejut sahur. Dah nak masuk waktu subuh baru buka mata makan laju2. Solat subuh pun nak jemaah Kat surau. Kalau weekend, ada kuliah subuh. tapi macam biasa lah aku main2 kat belakang.


Seronok ah. Ni baru betul2 feel & fully utilize bulan Ramadhan yang sebenar. Tapi tu dulu la. Sekarang..


Aku sendiri tak dapat bezakan sekarang ni waktu siang ke malam? Pagi ke petang? Cerah ke mendung? Hujan ke panas? Yang aku tahu tarikh hari ni berapa hari bulan. Sampai masa keluar sikit pergi solat fardhu. tu pun jama'. hampir jama' tak dan. Sambung masuk kotak. Kotak yang tertutup rapi. Yang ada hanya manusia2 yang perlu berperwatakan seperti robot. Bunyi mesin yang bising. Suara2 garau n sumbang yang hanya tahu sebut - macam mana?!. Tak kurang juga yang datang menghulurkan tangan ringankan beban. Syukur masih ada yang sudi bekerjasama. sedar2 dah sampai waktu berbuka, teguk air sikit Alhamdulillah..


Tak kira apa yang berlaku pada dunia luar, pada aku semua sama. Hari2 aku banyak habis Kat sini. Sampai satu hari hati aku terdetik


"aku bekerja untuk APA sebenarnya?"

Saturday 7 July 2012

Assalamualaikum & Good Day


I have an extra ticket for the conference of Blogopolis 2012. if there is anyone want to have this seat, please leave a message to me at nurainihuda@gmail.com. 


Details


Date  : 14 July 2012
Time  : 8am - 7pm
Venue: Concorde Hotel, KL



signature2
i'll give you the best lower price.

aku ada bela ikan. 7 ekor semuanya. 6 ekor tu aku tak berapa nak ingat nama dia. sekor ikan bandaraya. masa awal2 aku beli dulu yang 3 ekor tu nama dia ada perkataan "shark". warna hitam putih memang rupa dia macam ikan jerung yang muka lebar n leper. mata macam terkeluar sikit. liar betul. selalu main lompat2 x reti duduk diam. kadang2 sondol2 cermin. huhu. takut je. kalau nak cuci akuarium tak pernah keluarkan deorang dari akuarium. hehe


lagi 3 ekor pulak rupa dia macam gold fish. tapi jenis kasar sikit sebab boleh tinggal sama2 dengan "shark" tadi. 


aku bela dah dekat setahun kot. nampak besar n gemuk la ikan2 tu. seronoknyer~ huhu.. tapi risau lak, sebab akuarium tu tak membesar. huwaa.. satu hari,


"Zana, tengok tu ikan beranak(?!)"
what the fish. setahu aku aku takde beli ikan recently. n housemate aku tak peduli pun pasal ikan kat akuarium tu melainkan tolong bagi makan. dulu sorang housemate tu tolong cuci akuarium, tapi esoknya 2-3 ekor ikan mati. sejak tu aku tak bagi dia cuci akuarium. hehe. ha sambung, tetiba ada seekor anak ikan jerung, sekor anak gold fish tadi dalam akuarium. 
"tu la, asik keluar rumah je. ikan beranak(?!) pun tak perasan"


ikan beranak. yang penting tu dialog dalam mimpi. sebab tu tak peduli perkataan beranak kat situ. keh keh


aku teringat mimpi ni masa tengah breakfast. mimpi ikan2 dalam akuarium aku bertambah lagi 2 ekor. Alhamdulillah. sebab aku percaya, aku tak tahu kenapa tapi aku tetap percaya kata2 ustaz aku masa zaman sekolah menengah dulu,


"saya suka mimpi ikan. lagi2 kalau ikan yang banyak, cantik2. sebab apa? sebab itu petanda kita akan dapat rezeki yang baik dan banyak."


wah lah. tapi aku rasa setiap hari pun ada je rezeki yang datang kat kita kan. bezanya ialah bentuk2 rezeki n cara rezeki tu sampai kat kita kan. pagi2 bangun tido dapat buka mata n bernafas, pergi kerja macam biasa pun kira rezeki ye dak?






esoknya, secara realiti, seekor ikan ala2 ikan emas mati. innalillah. tamatlah riwayat seekor ikan jagaan ku. sobs. bye.

signature2

hari ni hari pertama sejak beberapa bulan aku stop involve with any futsal tournament. rasanya Felda Kebangsaan tu yang last kot.. dan sejak tu juga la aku mula berjinak2 dengan marathon. kalau nak berfutsal pun sekarang ni sekadar nak keluarkan peluh/penuhkan court jer. huhu




hari ni 7/7/2012 ada Kejohanan Futsal Terbuka Parlimen Wangsa Maju. tapi event hari ni Grand Final. aku rasa peringkat sebelum Grand final aku tak join pun, ntah tetiba dah layak. inilah yang dinamakan rezeki yang datang secara tiba2. ekekeke~





amek gambar dulu.. dalam team ni, aku kenal 2 orang je. baru lah dinamakan team tangkap muat atau lebih dikenali team bidang terjun. wehuuu

gambar lagi

game lelaki. tak pro langsung photographer ni

trust me, game perempuan. ni baru nampak pro sikit gambarnya. hehe


letak je la. memang tak nampak apa



dah lama tak rasa suasana macam ni

score board. apa la yang urusetia2 ngan ref tu borakkan..

cuci2 mata

cuci lagi



main setakat 2 game, injured pulak. huhu

medals and trophy

and this is mine ^^

walaupun kitorang tak layak ke pusingan seterusnya, tapi aku tetap bangga dengan team ni. kami berusaha untuk main dengan baik walaupun kami masih lagi sedang belajar cara menyepak dengan baik~ ^^v







signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *