#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label Tadarus. Show all posts
Showing posts with label Tadarus. Show all posts

Sunday, 22 July 2012

Assalamualaikum. selamat pagi. selamat bersahur. selamat berpuasa 3 Ramadhan 1433H.




aku fikir tak mustahil mak bapak orang lain yang baya2 parents aku (50s) ada social media sendiri especially Facebook. parents aku lain. deorang kureng sikit bab IT ni. phew lega. kalau tak mau deorang jadi stalker no 1 kitorang adik beradik. kihkihkih.


berbalik pada tajuk, aku rasa kan mungkin deorang akan update macam ni:


"bersyukur dapat anak macam Nuraini Huda. pagi2 lepas sahur habis semua pinggan mangkuk dia cuci.


tapi apa kan daya, kejap lagi nak balik Subang Jaya. kan best kalau hari2 macam ni. ringan sikit beban aku"


syahdu2. perasan je aku neh. adik beradik yang lain jangan jeles. korang dah kahwin. haha. adik aku for sure kene jeles sebab keje dia walaupun duduk rumah hari2 tapi membuta je pagi sampai petang. huh *akuyangjelessebenarnya*


tapi aku rasa betul kot jauh di sudut hati mak ayah aku mesti terdetik macam ni. tak tahulah kan kalau ada parents yang tak rasa apa2 bila anak dia balik rumah sekali sekala tolong buat kerja rumah. kikiki


lagi satu ini sebenarnya perasaan aku sekarang ni. ye lah, setakat Subang Jaya dengan Gombak tu tak lah jauh sangat pun tapi untuk 2 hari ni berbuka sama2 pun belum pernah lagi. sibuk sangat kerja. company pun bukan peduli. *bos sendiri mengaku dekat aku, "bla bla bla..i don't care if you should come in weekend... bla bla bla". sedih. time aku datang kerja weekend lak tu kan* ni pun baru hari petama sahur sama2. berusaha gak la bangun walaupun tidur lewat. padan muka sapa suruh tidur lewat.


tak mau tak mau tak mau. tak mau perkara ni berterusan. harapnya ini Ramadhan 1433H ni yang terakhir jadi cenggini. orang lain bertarawikh, bertadarus, aku ber"allen-key". harapnya hari raya nanti bukan dengan air mata kesedihan la (^_^)v  nanti orang berTakbir aku ber"spanner". oh tidak~ Nauzubillah


orang kata weekend is family day tapi pada aku pendapat tu salah. kita kena betulkan balik kepada everyday is family day. barulah hubungan kekeluargaan tu erat. setuju?

signature2

kalau setuju tekan butang bawah ni \(^.^)/

Friday, 20 July 2012

"Selamat Menyambut"


Tahun ni aku tak dapat rasa nikmatnya bulan Ramadhan. Aku sendiri tak sambut dengan baik. Setakat tahan lapar dahaga kawal nafsu cukup syarat wajib. Pada aku sambutan bulan mulia ni bukanlah sekadar ucapan "selamat berpuasa", "jangan ponteng puasa", "buka puasa nanti nak makan ape ye" banyak lagi la. Ucapan2 Kat atas tu memang aku sendiri yang sebut. Tapi sikit pun xde ape2 feel tentang Ramadhan.


Kenapa?


Sekarang ni perkara2 asas yang patut aku buat sikit pun aku x ada peluang nak buat. Sebagai contoh dulu la waktu aku ada salah satu nikmat dari 5, "lapang sebelum sempit" aku banyak masa. Malam sebelum puasa, dapat la nikmati suasana waktu maghrib ramai2 pergi surau solat berjemaah. Lepas tu ada yang stay up Kat surau mengaji satu atau dua muka Surat. Kalau aku masa "muda sebelum tua", aku main2 Kat taman permainan sebelah surau. Dengan telekung lagi kau aku main gelongsor. Main mercun mancis baling kat kaki orang. Lepas tu masuk waktu isyak baru terkial2 ambil wudhuk. Yang tak tahan ada satu tahap malas sampai kata "air sembahyang aku tak batal lagi". Hampeh. Main kejar2 dengan budak laki, ketawa sampai terkentut boleh kata tak batal. Kanak2.. Makcik2 pakcik2 ada yang bersembang. Maklumlah kan, sekali2 sekala dapat berkumpul sesama jiran tetangga. Yang jauh didekatkan. Yang dekat dieratkan.


Hari pertama, macam biasalah.. Surau penuh sampai tok imam sibuk cari carpet, sejadah.. Asal ada ruang walaupun sikit, selit. Saf rapat2 tak bagi chance Kat sekor nyamuk pun boleh celah. Aku yang kanak2 lagi pun x nak kalah. Kalau boleh nak saf depan sekali. Pahala banyak ustazah kata. Bila nak mula solat tarawekh, sambut zikir tok imam kuat2 "sallallahu wassalamun 'alaih". Dok kira2 rakaat ke berapa. Habis 8 rakaat lengang sikit. Jiwa muda aku dulu selalu nak rasa. Apa perasannya kalau habiskan 20 rakaat. Bangga makcik2 Kat surau tengok aku. Sejuk perut mak aku kan. Tapi hakikatnya dalam hati menahan2 suara riang kawan2 main kejar2 Kat luar. Tambah pulak nak masuk 16 rakaat, setiap sujud aku tidur. Orang ingat aku baca doa panjang2. Adoi.. Tersengguk2 tak payah cakap. Lepas witir, waktu moreh. Boleh pulak aku bangun makan laju2. Haha. Mak aku sambung tadarus al-Quran. Ecece.. Masa ni la tunjuk bakat. Sorang satu muka surat. Balik rumah terus tidur tak sedar diri. Pukul 5 pagi mak aku kejut sahur. Dah nak masuk waktu subuh baru buka mata makan laju2. Solat subuh pun nak jemaah Kat surau. Kalau weekend, ada kuliah subuh. tapi macam biasa lah aku main2 kat belakang.


Seronok ah. Ni baru betul2 feel & fully utilize bulan Ramadhan yang sebenar. Tapi tu dulu la. Sekarang..


Aku sendiri tak dapat bezakan sekarang ni waktu siang ke malam? Pagi ke petang? Cerah ke mendung? Hujan ke panas? Yang aku tahu tarikh hari ni berapa hari bulan. Sampai masa keluar sikit pergi solat fardhu. tu pun jama'. hampir jama' tak dan. Sambung masuk kotak. Kotak yang tertutup rapi. Yang ada hanya manusia2 yang perlu berperwatakan seperti robot. Bunyi mesin yang bising. Suara2 garau n sumbang yang hanya tahu sebut - macam mana?!. Tak kurang juga yang datang menghulurkan tangan ringankan beban. Syukur masih ada yang sudi bekerjasama. sedar2 dah sampai waktu berbuka, teguk air sikit Alhamdulillah..


Tak kira apa yang berlaku pada dunia luar, pada aku semua sama. Hari2 aku banyak habis Kat sini. Sampai satu hari hati aku terdetik


"aku bekerja untuk APA sebenarnya?"
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *