#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Thursday 31 December 2009




aku suka nombor 10
aku lahir bulan 10
pada 20 hari bulan
yay

aku rasa macam sepanjang tahun 2010 ni adalah hari jadi aku. sila bagi aku hadiah hari2 sepanjang tahun. hahahahaha. gila~ aku harap sepanjang tahun ni, tahun yang istimewa untuk aku. ape yang istimewanye eks? tak kesah lah. janji aku nak gembira sepanjang 2010 esp hari rabu, 20102010. hehehehe~
sempat aku capture gambar ini:

10:20 pm terakhir untuk 2009. cantik kan~ lalalalalala.
aku tak de azam baru sebab sepanjang tahun aku tak pernah berazam walaupun baru hari tu aku kenal orang bernama Azam. jadi yang aku mahukan hanyalah gembira~
selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.
::2010::
myself

aku ni tak pernah nak sambut new year. selalunye kecik2 dok umah jer. biasa la, aku kan anak yang sopan santun mesti la dengar kata. dok umah diam2. tengok je siaran langsung kat tv. tapi dapat gak dengar bunyi bunga api dari rumah. ntah anak sape2 ntah yang dok main mase tu. huhu


satu hari, masa aku 1st year kat utm, ade la sekumpulan kawan aku nak g Danga Bay tapi tak cukup driver. kebetulan masa tu aku ade lesen, so deorang ajak aku la untuk drive kete tu. cess.. kalo aku takde lesen, xajak la tu. huh~ budak2 ni sewa kete tiara. fist tym aku bawa kete tu. aku nak bagi signal kiri, tapi wiper yang naik. ape kes? haih.


bagi aku, tak de ape pon yang menarik kat danga. banyak orang luar negara je. *paham2 je la kat danga bay tu, orang negara mana yang selalu lepak malam2*. bila sampai masa countdown, part ni paling aku suka. tengok bunga api. hehe..


direct kepada plot cerita ni, masa kul 3 pagi. aku drive bukan nak balik utm, tapi nak g singah maple kat taman u. masa tu, aku boleh dikatekan melulu la jugak. mamai. sampai satu roundabout, aku tak berhenti. ade satu mpv putih, (aku rasa avanza kot) lalu denan lajunye. terkapai2 aku cari honk tak jumpa. rupanya kene picit satu buton kat wiper macam picit pen. bila dah jumpa, aku pon honk orang tu panjang2 dengan selambernye. *padahal salah sendiri*  aku sempat potong dia, tiba2 
dia kejar aku. aku pecut la. aku tgk meter 140kmph. adoi. mengucap..mengucap.. kawan aku yang dok blakang cakap, laju lagi! laju lagi! aku berusaha elak masa dia potong n berhenti depan aku. pecut lagi. jalan bengkang bengkok pon aku tetap dengan 140kmph. sampailah satu simpang 3 depan space utm tu, dia blok jalan. mase tu mmg aku xleh nak pecut sbb kat situ banyak kete. aku cuak ni. dia marah aku ker?

dia (lelaki) datang, buka pintu blakang, maki2 kawan aku (lelaki) kat blakang. aku blur. siap sepak2. tumbuk2. aku cakap aa, pehal nak tumbuk dia? oke, salah aku. aku yang tak ikut peraturan jalanraya. dia wat tataw. adoi, semua orang pandang. aku takut nak kuar kete. penakut rupenye aku ni. dia dok maki2; "mentang2 semua dalam kete ko ni pompuan, ko berani aa tunjuk lagak ngan aku!!!" dalam hati aku, "ko pon same je. mentang2 yang ko bawak sume pompuan, sebok nak bergaduh ngan kitorang." aku tataw ape kes sbnrnye. penat aku mntak maaf. pastu dia blah.

rupanya, kawan aku tadi ade wat jahat ngan orang tu. haiz.nasib baik tak eksiden. xde sape cedera parah. dan aku driver yang baik. hahahaha. kenangan2.
=====
masa aku darjah satu kot, aku yang sopan dalam kelas tgh duduk2 tetiba kawan2 aku panggil. name mereka nabila n farween. 
"huda, ko pulak. ko nak kawen bila? umo berapa?" uishhh...ape mencabar sangat soalan kawan aku masa darjah satu ni. aku dengan girang menjawab; tahun 2010! "cepatnye..kitorang semua nak masa umo 25 tahun." haih.. sekarang, pakwe pon xde. esok dah 2010. T_T.


myself

Wednesday 30 December 2009


myself

Friday 25 December 2009

dulu aku mula2 buat blog, (tak la lame sangat, bulan 8 haritu~) sebab bosan. secara tak sengaja aku register n create satu blog. sikit2 aku korek cari tutorial nak buat blog. aku tgk orang lain punya blog cantek2. aku tukar semua html coding. tak puas ati, aku download semua template yang aku rasa cantek.

masa tu, niat aku blogging sebab nak isi masa lapang. aku bnyk masuk n baca blog orang. baca cerita itu dan ini. lepas tu, ade je idea nak tulis kat blog. bila baca blog orang yang tulis dalam bahasa inggeris, mulalah aku rasa jeles. i try to write in english because i think that is one of the ways to improve my english language. since i have a weak vocabulary and my grammar is bad, i dont know when i start to surrender. maka aku kembali menggunakan bahasa melayu. sejak aku guna nuffnang, aku mula update dengan berblog tentang iklan dan pertandingan sahaja. antara yang latest pasal SEO tu. ala, yang Hidup Berani Untuk Gagal tu. aku sikit pon tatau ape bende SEO tu. pastu dengan selambe je join. padahal ramai jer blogger yang jauh berabad lagi hebat dari aku. alah, aku saje2 je join bukan nak harapkan kemenangan..tapi pengalaman~ ekekeke (sedapkan hati)

sekarang aku rasa masa lapang aku dah makin kurang. balik2 rumah bukak blog sekadar balas dendam klik nuffnang kawan2 blog. macam tak best dah blog aku ni. (macam la blog aku ni pernah best) ekekeke..dah lah. aku nak kembali kepada niat asal aku berblog -> isi masa lapang + improve writing. iklan n trafic tu sampingan2 lah. tu je lah. penat dah bebel~

mood: duit abes ajak adik teman shopping (dia yg lebih) haiz~
myself

Wednesday 23 December 2009


Introducing MHmobile. Go to flymas.mobi on your phone browser and you’re ready to book, pay and fly on the go!




MAS recently launched flymas.mobi, a mobile site where you can book your flights and check all necessary details from your mobile phone! Now Malaysians can book flights with MAS anywhere they want from their phones! Try it yourself! Just access http://flymas.mobi and you’ll be able to navigate your way through it easily as the site is built for mobile access!

Aren’t you glad that flights booking has come this far? Of course, you are. ;)

Learn more about flymas.mobi

myself

Friday 11 December 2009

aku akui, aku seorang yang nakal.

Tasik Kenyir, Terengganu. 1997.
Sekumpulan kanak-kanak riang bermain air bersama keluarga. ibu bapa sibuk berbual sambil memerhatikan anak masing-masing dan memastikan mereka bemain dengan selamat. suasana riang sekali tetapi aku berasa kurang selesa. orang ramai dalam satu ruang sungai yang sempit. Airnya pula cetek setakat paras pahaku. ya, aku sedang berlagak kononnya pandai berenang.

"Huda, jom kita berenang kat sebelah sana. takde orang." ajak kakak.

tanpa menjawab ajakannya, aku terus terjun ke tempat yang dimaksudkan. debush~

ketika itu,

aku tak pandai berenang.

kakiku tak mencecah dasar.

aku cuba panjat timbunan batu yang menjadi tembok pemisah antara kawasan cetek dan dalam. tak boleh. arus deras, batu licin. kakak cuba tarik, tak terdaya.

aku mahu hidup. hanya ada satu cara untuk hidup.

berenang.

dan aku tak pandai berenang. tapi aku tak cepat melatah. maka tak ada siapa faham situasi kami. aku cuba berenang.

aku kayuh kaki, kayuh tangan. syukur aku pernah baca buku tentang asas renang satu ketika dulu. baca buku? ya.

letih, bagi aku jaraknya sangat jauh untuk sampai ke tebing. berkali-kali aku berhenti dan apungkan diri untuk ambil nafas. serangga-serangga kecil melompat2 riang dihadapanku seolah-olah sedang mengejekku. ketika itu otak aku ligat berfikir, bagaimana ia boleh berjalan di atas air tanpa tenggelam? kan bagus kalau aku boleh melakukannya sekarang. oh! tidak, aku harus teruskan hidup. tinggalkan dulu soalan itu.

sampai di tebing. 2 orang pakcik bertanya, "letih?" aku tak peduli. ku pekakkan telinga. yang penting aku hidup. Alhamdulillah. aku berani dan aku tak gagal. aku teruskan keseronokan bermain air dan meluncur di air terjun tanpa memikirkan kejadian tadi. seolah-olah tiada apa yang berlaku.

aku memang nakal. esokya.

semua orang dewasa sedang sibuk bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. aku bersama seorang rakan, jauh lebih muda dari aku, bermain-main berhampiran dengan tasik. makin lama, kami semakin berani mendekati tasik. aku pernah dengar tasik kenyir itu "keras". aku mula mendekati air. aku melangkah dengan kaki kanan.

tenggelam dalam tanah. cuba berjalan. kaki kiri turut tenggelam. kakiku kaku keras dalam tanah . aku cuba bergerak. gagal dan semakin tenggelam ke paras paha. aku dengar emak rakanku menjerit dari atas bukit menyuruh anaknya naik ke atas tinggalkan aku. dia melawan. takut melihat keadaan aku.

aku mahu hidup. aku tak mahu gagal.

aku terus berusaha utuk keluar. sandle putus. aku angkat kaki sedikit demi sedikit. gagal dan tenggelam semula. aku agak tertekan kerana rakanku tadi menjerit-jerit ketakutan melihat keadaan aku.

aku mahu terus hidup. atasi tekanan itu. jangan gagal.

sedikit demi sedikit aku tarik kaki. aku tak peduli. aku mahu hidup. akhirnya aku dapat keluar. sandle yang putus tadi ku biarkan saja ditelan bumi. itu sandle kakak. aku dimarahinya. lagi marah dia melihat seluarku kotor dipenuhi kesan tanah berwarna putih. aku tak peduli dan aku bersyukur. suara bebelan itu tandanya aku masih hidup. Alhamdulillah.

aku berasa bangga pada diri sendiri. aku berani. walaupun hati meronta-ronta ingin meminta tolong. tapi, tanpa mencuba, aku takkan tahu adakah aku akan gagal. dan yang pasti, aku berjaya melepasi tahap kegagalan untuk mencuba. dan Alhamdulillah, aku masih hidup. banyak lagi perkara yang aku perlu tempuhi dengan berani tanpa gagal, InsyaAllah. pada aku, seseorang itu tidaklah sempurna sekiranya tak pernah gagal. pengalaman mengatasi segalanya. hidup berani untuk gagal. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.
=========================================================
menurut kamus dewan, berani dan gagal membawa maksud berikut;
contest hidup berani untuk gagal

contest hidup berani untuk gagal
dan aku berani mencuba peraduan ini.


Ini adalah peraduan terakhir untuk penutup tahun 2009 yang dianjurkan oleh denaihati. Semoga peraduan ini akan memberi manafaat kepada ramai teman-teman blogger dan semoga peraduan ini juga dapat merangsang MINDA BAWAH SEDAR kita untuk terus mengharungi 2010 yang lebih mencabar.
Preaduan ini berjaya dianjurkan atas sokongan penganjur yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicksBerani Gagal NetworkOne Malaysia BlogshopsAnisha Online Mall dan Saudacare.
saya tahu peraduan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog Roslan Nazri.
dan aku harap aku tak gagal. doakan aku. terima kasih.

myself

Friday 4 December 2009



Atiqah lama berangan nak buat giveaway, dan hari ni Atiqah boleh tunaikan angan2 Atiqah ni.. :-)
betul tu.. hehehe~


senang saja nak masuk giveaway Atiqah ni..tp maaf ya, hadiahnya tersgtlah tak seberapa..maklumlah, student lagi..hehe.. :-)
takpe2..I dun mind.. hehehe~


sebelum Atiqah letakkan syarat2nya, jom kita lihat hadiah untuk 5 pemenang bertuah:


HADIAH UNTUK PENERIMA PERTAMA DAN KEDUA IALAH WANG TUNAI..TAPI TAKDELAH SEMERIAH GAMBAR DI ATAS..CIPUT JE..HEHE.. :-P
okeyh la tu.. hehehe~


HADIAH UNTUK PENERIMA KETIGA IALAH GELANG DI ATAS



HADIAH UNTUK PEMENANG KEEMPAT IALAH KEDUA-DUA GELANG DI ATAS..



HADIAH KELIMA IALAH 3 KEPING KERONGSANG KARTUN DI ATAS..




tak best pun hadiah-hadiahnya kan?? tak kisahlah..itu je yang saya mampu bagi.. :-)
best je..sebab tu aku join.. hehehe~


SYARAT-SYARATNYA



1. Wajib menjadi follower kedua-dua blog Atiqah iaitu di http://pepelungu.blogspot.com dan http://comelbelaka.blogspot.com

2. Letak link kedua-dua blog Atiqah di blog list anda aku.

3. Letak banner di atas di sidebar anda aku dan letakkan link http://pepelungu.blogspot.com di banner tersebut.

4. Post entri tentang giveaway ini dan letak tajuk ATIQAH 2009 GIVEAWAY. Di dalam entri tersebut harus ada banner di atas dan syarat-syarat ini.

5. post di bahagian komen entri ini jika anda sudah sertai. sertakan nama panggilan [Huda] dan link site anda.

6. pemenang [harap2 aku ada luck~] akan dipilih secara rawak.

giveaway ini tamat pada 20hb Disember 2009 pada pukul 8 malam. pemenang akan diberitahu secepat mungkin.


SEKIAN, TERIMA KASIH..

myself

Tuesday 1 December 2009




tiba2 rasa mahu cuba dapatkan hadiah dari Nuffnang. caranya mudah saja, cari imej misteri di bawah yang terdapat pada bahagian sisi 2 blog.



dan aku telah menjumpainya~!


sumber: The Land of Cheeser Dot Com

dan

sumber: KYCakap Dot Com

itu sahaja. harap2 aku antara 60 Nuffnangers  yang bertuah. hehe~

myself

Salam Sejahtera semua.

hari ni nak bagi tahu yang aku dah dapat satu jemputan.
=============================================================

Google
wave
preview

has invited you to preview Google Wave!

Google Wave is a new online tool for real-time communication and collaboration. A wave can be both a conversation and a document where people can discuss and work together using text, photos, videos, maps, and more. Learn more at wave.google.com.

This is still an early preview of Google Wave, so you may run into some bumps along the way but we look forward to your feedback.
=============================================================


dan aku masih ada 8 invitation untuk diberikan kepada anda.

mahu? boleh. dengan syarat yang wajib dipenuhi:

1. klik semua iklan nuffnang aku berkali2.
2. follow twitter ngan sponsored tweets aku.
3. follow paypal whishlist aku.
4. join catcheye bersama aku.
5. sama2 create free domain macam aku.
6. gig bersama aku. hahaha..jahat2..

takde lah. yang syarat2 kat atas tu, promotion jer. kalo leh, join lah ye. tak rugi. hehe

ape2 pon, sape nak, meh sini email. aku invite okeyh~ aku guna cara FIFO - first in, first out. hehe.

daaaaa~
myself
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *