#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Thursday 29 November 2018

Pagi-pagi dapat wake up call jam 5.30. Terus terduduk cepat2 pergi mandi & solat Subuh. 6.30 pagi gerak dari Muar, 7.00 pagi baru sampai Pagoh. Pasang tayar depan belakang, kayuh pergi ambil goodies kat kaunter. 7.15 pagi letak basikal kat dalam kandang, lari balik kat kereta yang jarak dalam 1km sebab nak ambil segala barang nak pakai untuk kayuh.

Pakai kasut, capai spec, natura shot & coklat snikers terus jalan. Nampak diri sendiri kat cermin kereta orang yang aku tak pakai helmet. Patah balik ambil helmet.

beria berlari-lari tanya adik-adik crew, "toilet kat mana?" Perut meragam nak membuang. Pundi kencing pun penuh ni. "Hujung sana kak". Termenung jap. Emcee pulak dah panggil semua epic rider masuk sebab lagi 5 minit nak flag off. Takpelah time kayuh nanti mungkin air kencing tu hilang sendiri.

Starting agak belakang sekali. Baru perasan glove tak pakai. Tak tau ape perasaan pagi tu. Perut pulak rasa tak sedap macam nak membuang air besar. Pendam.. Tahan.. Tengok kiri kanan, sebaris pulak dengan champ Fauzan, lalu dalam hati terdetik "Agak-agak aku boleh follow dia sampai finishing tak". Berangan kan percuma. Mujur 7km pertama road yg agak landai. Dapat la cucuk champ Fauzan untuk 5 saat. Terharu.

Beberapa kilometer pertama terperasan yang aku tak start garmin. Alahai. Kenapala clumsy sangat aku hari ni.Tengah rushing kat jalan raya tu jugak la aku cepat-cepat on Garmin.

Route climb sesaja. Sampai satu tempat tolak, aku tak boleh tahan dah ni. Kebetulan ada rumah pekebun. "Tandas kat hujung sana, takda air". Lantak ah. Tapi ada je air dalam botol besar. Lega. Ada sorang abang bagitau, "Dah 2 orang perempuan potong ko. Ko nak kayuh ke sambung tolak?" Terima kasih abg Jo & kawan2 Mastana dia yang kayuh sama2 dalam trail, tolong betulkan wheelset yg longgar & paling penting redo je aku pau air kosong korang semua. "Tolak. Penat". "Ingat tak reti penat". Adoi. Nak pitam dah ni. Aku rasa 30km pun belum sampai lagi. 

Sampai Check Point (CP) yang ke berapa ntah, crew water station bagitau "Depan you aaa ada 2 orang perempuan. Tak jauh tau. You kayuh cepat sikit. Sekarang you nombor 6" sambil refill air dalam botol aku. Tangan krem2 sebab tak pakai glove & jatuh masa climb terhentak kat tapak tangan & siku.

Dalam hati aku ni lantak la korang kat depan. Aku nak habiskan je ni. Gila punya gunung. Tak tau km ke berapa dapat potong 3 orang perempuan. Crew cakap position aku masa tu dah nombor 2. Tapi last 15km aku biar je sorang perempuan rider Singapore potong. Tak larat nak kayuh. Air pun habis dah.

Alhamdulillah sampai finishing je disambut baik oleh crew-crew. Nombor 3 katenye. lega tak terhingga. Setakat ni, epic ride offroad yang paling dahsyat & paling best yang aku pernah masuk seumur hidup aku la. Crew cukup, marsyal cukup, air cukup, makan cukup. Serba serbi terbaik. Hadiah best. Lucky draw besar-besar. In shaa Allah ada rezeki lain tahun nak masuk lagi!

Ahad, 16 Sept 2018.

5th MCC MTB Challenge 2018


Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *