#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday 29 December 2013

Bulan 12 adelah bulan pertama aku masuk pertandingan futsal. Rasanya lah (sebab aku dah lupa bila kali terakhir aku main futsal) 

Minggu lepas 22 Dec, aku main kat Melaka. 20 Dec petang orang invite untuk main sama-sama. Last minute call. Aku rasa sangat penat hari tu tapi enjoy. Kalah. Dalam group ade 8 team, hanya 2 pasukan yang layak. Team kami nombor 3 so tak ada rezeki la nak masuk semi final. Aku rasa banyak gak mistake aku buat. Haha. Ape boleh buat, training memain, focus hilang entah kemana. 

Hari ni 29 Dec aku main lagi. Kat RSA Klang. Last minute call gak 27 Dec malam. Aku setuju. Walaupun aku tahu skill aku yang sekarang tak sehebat dulu. *cewaaah! Dulu hebat ke?*

Pagi-pagi sampai Klang, aku duduk diam satu tempat mengamati semua orang. Ade yang aku kenal ade yang aku tak kenal. Macam biasa, aku selalu cam muka orang tapi tak pernah ingat nama. Teruk betul. Dok berharap orang sekeliling aku sebut satu-satu nama masa deorang berbual. secara tak langsung aku tau nama mereka. Yes!

"Wei.lama tak nampak ko!"
"Wah ko pun ade hari ni"
"Eh ko rupenye!"

Haha. Macam-macam lagi. Lawak gak. Lama betul aku tinggalkan futsal. 

Aku bukan orang yang terkenal, tapi bila once main futsal secara tak langsung kita mula kenal ramai orang. Setakat hai hai bai bai tu ramai la. Sebabnya masa game semua orang sokong dari luar - even tak kenal. Bila habis game salam dengan opponent, high 5 dengan supporters. Best. Yang penting, muka mesti cam. Hehe.

Aku tak tahu nak merepek ape lagi. Tu je kot. Secara kesimpulannya, buatlah sesuatu yang kita suka sebaik-baiknya dan nikmatilah ia seadanya sebelum ianya ditarik pada bila-bila masa nanti. Haha. Menyeramkan lak kesimpulan aku ni. Okelah. Selamat malam!

Ps: Jika mahu menjadi pemain yang mahal, belajarlah menjadi seorang penjaga gol! 

Mahal la sangat. Pui!  Kbai~

Thursday 26 December 2013

Lame tak update blog. Tak ingat bila last menulis. Tapi aku rasa tak penting pun. Baiklah diary-untuk-tontonan-umum, mari kita mulakan.

Hari ni (26 Dec 2013) aku google segala forum yang berkaitan dengan lutut berbunyi. Alkisahnya sejak 2-3 minggu lepas, aku ade dengar bunyi ketak ketuk kat lutut kanan ni. Mula-mula bunyi kecil-kecilan jadi aku abaikan saje. Lame kelamaan jadi sakit. Nak bengkok, sakit. Melutut, sakit. Merangkak, sakit. Pendek kata ape-ape saja pergerakan yang melibatkan lutut, sakit. Aku rest seminggu, bunyi datang lagi walaupun sakit dah takde tapi makin kuat. Berbalik pada pencarian google tadi, aku baca banyak forum. Mostly suruh makan supplement yang aku tak pernah dengar atau minta turunkan berat badan. Walaupun perit, aku tetap memilih untuk merasakan sakit lutut disebabkan oleh berat badan yang tak tertampung oleh lutut. 

Aku siap-siap pergi klinik, sebab nak supplement free. 

A: Doc, lutut saya berbunyi. Saya memang bersukan tapi macam pelik je ade bunyi. Lama-lama jadi sakit. Saya rest seminggu, bunyi datang balik. 
D: Oh. Berapa berat kamu?
A: 70kg saje Doc
D: kamu terlampau berat. Bila turun berat badan baru boleh kurangkan kesakitan. 
A: Terima kasih doktor!!!!

Berangan. Sementara tunggu doktor luar bilik dengan harapan inilah punca sakit. Nama dipanggil..

A: Doc, lutut saya berbunyi. Saya memang bersukan tapi macam pelik je ade bunyi. Lama-lama jadi sakit. Saya rest seminggu, bunyi datang balik.
D: Mari sini kaki kamu. Aku hulur, dia goyang-goyangkan. Macam ni. Saya beri ubat, kamu makan dan sapu. Kalau tak elok juga kita buat MRI. Dia explain MRI tu ape. Aku angguk je walaupun aku ade degree dalam MRI. hehe.
A: arghhh. Kenapa tak cakap aku berat ke pe?! Harap-harap elok la kan?
D: ya. Kamu kena bayakkan buat scout (betul ke eja ni) untuk kuatkan otot dan kurangkan penggunaan tulang lutut. Boleh buat cycling setempat juga.
A: oh. Baiklah. Aku pernah buat scout, tapi lagi sakit. Huwaaa. Kenapa jawapan dokter ni tak tally ngan perasangka aku? ;(

Balik makan nasi terus makan ubat. Mengerikan doktor ni. Aku tak nak sampai kena buat MRI. Harap-harap kali ni dia silap ;) lagi rela doktor kata lutut berbunyi sebab badan berat. 

Azam tahu baru ikut kalendar georgian - turunkan berat badan. Ade tips tak? Tak nak ambil supplement sebab belum mampu nak beli macam-macam yang belum tentu berkesan. Tak kurus takpe janji berat turun. 

Ps: dulu badan aku gemok gedempol sebab sekarang aku masih boleh pakai seluar tingkatan 3 yang aku tak muat dulu. Berat? Bertambah. Harap mengerti maksudnya ^_>v peace yaw

Thursday 7 November 2013

Memang tak laaaa!

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Semalam 6 oktober 2013, aku balik kerja lewat sikit dari biasa. Perut lapar sangat. Mata mengantuk sangat. Tapi antara tilam & makanan, aku pilih makan. Hehe. 

Bawah rumah ade 7 eleven. Pulun gak fikir nak makan ape, sebab dah lewat malam tak nak ambil snack atau makanan yang terlalu berat. Dalam 7E terus pilih roti high 5 & telur sepapan. 

Masa nak bayar tu, cashier pasang lagu yang aku memang tak faham dia sebut ape. Malam tu aku agak peramah, aku tanya "lagu bahasa ape tu?"  "Oh, ni Thailand"

"Orang Thailand ke?" 
"Tak. Aku Sabah. Aku tak faham tapi aku suka muzik mereka. Sedap di dengar"
Aku yang terlebih peramah,
"Ooo.. Aku tahu lagu sabai sabai je.."
"Ada sekarang lagunya?"
"Takde. Ade kat rumah"
"Rumahnya di mana?"
"Atas"
"Kau tinggal sama suami?"
Aish. Aku bujang trang tang tang. Mana ade laki. 
"Tak. Sorang"
Bohong sunat. 
"Oh. Kalau gitu aku naik rumah kau boleh? Handphone aku ade cable. Blackberry"
"Aku BBM ko je lah"
"Tidak aktif"
"Lagu tu ade kat rumah lagi satu. Nanti aku kasi"
"Jangan lupa ya! Esok kau turun bagi aku ya! Jangan lupa!"
Ok :)

Excited pulak mamat ni. 

Kalau pun aku ade lagu tu sekarang kat sini, aku takkan bagi ko naik rumah aku kot. Huhu. Next time aku burn CD untuk ko yeh. 

Balik rumah, goreng telur, masak air.

Nikmat.


Oyasuminasai!

Ps: aku duduk usj 8, dekat sangat dengan usj 2. Adeh. Balik rumah tetibe baru teringat. Harap-harap semuanya selamat. Amiin. 

Sunday 3 November 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Semalam lepas larian compression run kat Padang Merbok, aku rehat sejam dua (sambil layan cerita lama Gokusen) dan siap-siap pergi Muar, majlis perkahwinan sepupu kitorang. 

Adik beradik yang lain semua dah gerak, nak sampai dah pun, kitorang baru terkial-kial nak siap. Hehe. 

Mula-mula aku yang drive tapi sampai Ayer Keroh aku tengok kereta depan besar kecik besar kecik je. Jalan raya pulak lengang, cuaca sedap sebab sekejap hujan lebat, sekejap renyai, sekejap panas & sekejap mendung. Adik aku kat sebelah tido lena, lagi buat mata aku kuyu. Aku dah betul-betul tak tahan mata so kitorang tukar driver. Konon nak tido tapi main game je. Haih

Sampai Muar, makan-makan, sembang ambil gambar, pose sana sini & tak lupa kacau anak-anak buah. Huhu

Mula-mula plan nak balik KL terus, tapi macam mengantok. So balik rumah atok dulu, terlelap tak sedar diri. Makanya decide untuk tido sehari la kat sini. 

Setinggi-tinggi tahniah buat pemain bola sepak Pahang kerana menjuarai piala Malaysia bagi tahun 2013. Syabas! I like!! Wahahaha

Pagi ni? Sakit perut. Ingat macam muscle pain tapi ade la 2-3 kali ulang alik toilet buang air besar 😣. 

I wanna go home

K bai!


Sepupu aku snap gambar ni. Cantik kan pelamin 😝

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Hari ni 3 November 2013 aku berlari lagi. Yay! 8km je. Makin tua makin malas nak lari jauh-jauh. Hehe. Lokasi larian kali ni kat Padang Merbok, Kuala Lumpur. 


Flag off untuk 8km runner jam 7 pagi. Semua orang dah berdiri siap-siap dalam kandang sebelum starting line. Aku sampai tak la lewat, 15 minit sebelum kot sebab takde tempat nak parking. Tapi macam biasa la selit-selit menuju starting point. Hehe. 

Masa lari aku malas nak keluarkan phone dari poket. Lari dah la lembab penat lak tu kalau berhenti-henti. So banyak gambar lepas larian je la kan..

Aku suka larian ni sebab banyak pokok kiri kanan. Tambahan pula hujan turun renyai-renyai jadi tak berapa panas. Udara pun segar walaupun sekali sekala ade bau kentut & sendawa & selit sikit bau peluh badan masjng-masing. Haruuum 😅

Tapi letih gak la sebab turun naik bukit. Naik bukit je perlahan. Turun bukit je lajuuuuu. Huhu. Apepun semua orang seronok, medal pun cantik. 


Banyak pulak selfie. Hehe. Okelah. 

Kbai!


Ps: boleh tahan larian aku kali ni

Saturday 2 November 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Tajuk entry takde kaitan dengan ape yang aku nak tulis hari ni sebenarnya. Tak tahu nak tulis tajuk ape. Hehe

Hari ni aku pergi Midvalley yang super jammed. Mungkin sebab semua orang berpusu-pusu nak pergi PC Expo. Aku sempat selit-selit masuk. Pergh. Tak boleh nak jalan! Punyalah ramai orang sampai level kedai kiri kanan tak tengok langsung. Fikir nak keluar je. Masa tu menyesal la masuk. Huhuhu. Menyesal pun sempat beli cable handphone RM10. Hehehe


Purple gitu. Cantik kan. 

Sebenarnya tujuan asal pergi Midvalley ialah nak ambil race kit untuk 2XU Compression Run Malaysia 2013 esok. Aku masuk 8km je. Tak lalu nak lari jauh-jauh nox. Pertama kali participate ngan 2XU. Esok run pukul 7 pagi harap-harap kul 5 pagi nanti boleh bangun.



Disebabkan parking menuju dalam Midvalley super jammed, aku park luar. Dekat kawasan sebelah KTM highway menuju KL tu. Ok la sekali parking RM5. Cuma kena jalan kaki jauh sikit la. Huhu. 



Ini bukan masalahnya. Masalahnya ialah aku tak ada payung tatkala hari hujan. Mula-mula fikir nak beli payung, tapi aku bukan la rushing mana pun jadi duduk lepak sorang-sorang sambil panaskan badan. 


Panaskan badan dengan rotiboy & hot chocolate. Heehe. Pertama kali minum air ni (jakun) sedap gilaaaaaa. Sampai kerak gak la aku minum. Oh bestnye. Nikmat dunia. Wehu. Minum sikit-sikit sebab nak menikmati air. Makan je laju-laju sebab macam rasa lapar. Hehe. 

Habis makan aku balik la menuju ke gombak. Balik rumah, laju-laju tengok drama Jepun baru PRICELESS. Hero cerita ni jejaka idaman aku, Takuya Kimura a.k.a Kimutaku. Oh~sem!!! Cerita best + hero best = priceless. Nanti-nanti la aku review citenye cenggana eh. Haha

 Tu je nak cerita. Haha. Kbai!

Ps: sape nak voucher discount RM100 ni? Tiap-tiap tahun dapat. Ade la T&C nak kena follow. Valid 30 June 2014. Roger laju-laju ye. I give you for free. Cewah!



Tuesday 29 October 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Hari Ahad lepas, kawan baik, futsal mate & badminton mate selamat bertunang dengan tunang dia kat TTDI, Shah Alam.

Memula sebelum raya, sorang kawen. Sekarang ni dah tengah pregnant pun.

Maka tinggallah kitorang berdua yang masih single. Wakaakaka


Ha tu diaaa.. Pink belaka! Kawan aku ni cantik sangat sampai ramai tak perasan dia. Haha. Majlisnya simple & dia jemput orang tak de la ramai pun tapi pasang khemah sampai dua! Isk2 mungkin nak bagi keselesaan kat tetamu kot..

Ade satu benda yang best, kambing golek! Aku ngan Emma makan sampai 3 pinggan tuuu.. Agak-agak takde orang beratur, kitorang sambar. Hehe. Dah rezeki depan mata, grab je la kan. 


Daging kambing bakar, garlic bread & sayur campur-campur. Tak reti nak eja koleslo tu cenggane janji paham kannn..  Daging? Lembuuuut.. Bau pun kurang. Bila masuk mulut, rasa kambing.. Eh? Hahaha. Jap. Lap air liur meleleh lak..

Tu je sebenarnya nak cerita. Kalau tanya sape caterer, aku minta maaf sebab sedap sangat makan sampai lupa nak ambil namecard diorang. 

Kbai!

Monday 21 October 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Hari ni hari ke 5 aku duduk hospital teman mak aku. Mak aku hari ke 6 sebab malam dia warded aku kena paksa balik rumah. Hehehe.

Macam-macam la yang berlaku. Tapi kisah mistik, alhamdulillaah la tak ade. Wahaha. Dulu ade gak tanya kengkawan yang pernah buat operation untuk gynae, sekejap je kate mereka. Tapi kata doctor, tak gak sebab bergantung kat patient tu sendiri. Wuhuuuu. Betul la. Sedar tak sedar 6 hari warded mak aku ni.

Ni first time aku jaga orang sakit kat hospital. Nak tido? Kirim salam. Lelap sekejap, mak aku panggil. Lelap sekejap mesin berbunyi, ubat habis. Lelap sekejap, nurse datang, doc datang. Nasib baik cute & kacaaaaaaak 😘 hahahaha!

Waktu siang pun tak de la rehat sangat. Kehulu.. Kehilir.. Sekali sekala ade gak sembang ngan orang katil sebelah menyebelah. Nak sembang ngan doctor sibuk lak. Eh? Hehe



So tu je lah kot. Ni sekarang tengah tunggu pihak hospital uruskan mak aku untuk discharge dari ward. Tak sabor nak balik dan tido puas-puas. Lepas ni turn ayah aku lak jaga mak aku. Wahahaha!

Oh, tuju lagu sikit. Terima kasih buat nurse, doctor, jiran katil sebelah, cleaner, runner tukang bagi makanan, mak guard, ahli keluarga, kawan-kawan saya dan kawan-kawan mak saya dan semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam usaha menyembuhkan mak saya selama kami ade kat sini. Semoga usaha anda diberkati Allah SWT. 

I'm gonna miss you guys!!! Especially bau perfume doctor yang selalu attend mak aku.

eh? 😅

Kbai!

Pemandangan dari ward 11C. 

Saturday 19 October 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Semalam 19 Oktober 2013, sempat aku pergi Dataran Putrajaya, Presint 3. Kebetulan kakak aku free so boleh la dia jaga mal aku kejap sementara aku pergi lari-lari anak kat sana. Sebenarnya tak nak pergi, tapi kesian kat member. Beria benor dia nak lari. Hehe

Kat Selayang & KL hujan lebat so aku bawa kereta average dalam 60kmph je. Pengalaman kereta terpusing membuatkan aku phobia nak bawa laju sikit dalam hujan walaupun masa kemalangan tu aku bawa perlahan gak. Huhu. Keluar je tol MEX, hujan berhenti jadi renyai-renyai sikit. 

Sampai putrajaya setengah jam sebelum kategori 5km fun run flag off. Aku cepat-cepat salin baju & seluar dalam kereta. Pandang kiri kanan takde orang ok line clear. Time nak cabut baju boleh lak kepala terhantuk kat stereng. Terus hon berbunyi. Damn. Memang tak angkat kepala la aku. Huuuuu

Tengah pakai kasut, member call bip tertinggal katenye. Adeh. Mana nak claim medal kalau takde bip. Huhu. Aku minta dia tanya organizer, tak boleh katenye. Aduh kesian + frust menonggeng kawan selfie aku sorang ni. 

Aku yang dah sampai, teruskan je la kan. Aku fikir nak lari cepat, habis terus balik hospital. Nasib baik aku ambil kategori fun run 5km je. Takde la masa nak selfie sangat pun. Hihu. Tapi aku sempat snap gambar yang tak seberapa satu keping


Jadilah kan. Gambar ni snap sebelum run tapi upload kat instagram lepas run. Sempat. Rekod yang semakin baik tapi tak memuaskan nafsu kesukanan aku lagi. Konon pasang azam sejak Standard Charted KL Run nak training, habuk pun takde. Huh. 


Rekod aku sebelum ni 5km 20 - 30 minit. Huwarghhh. Takpe-takpe. I need some space for improvement. Huh. 

Nah gambar medal. Sijil ade tapi tinggal dalam kereta. 


Not bad la.. Berat la jugak. Hehe. Dapat barang terus kelam kabut balik selayang. Bekalan makanan aku terjatuh kat bawah. Nasib baik rumput. Tapi pecah gak la karipap aku. Huhu. 

Tu je. K bai!

P.s: lutut ketat akibat tak warm up & cooling down. 😫 perasaan macam engsel berkarat je. 😖

Thursday 17 October 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

17 Oct 2013 aku dok lepak hospital selayang. Kul 12:30 tengahari sampai ward mak aku, nurse tengah tolak katil nak pergi operation teathre. Nasib baik timing betul, ayah yang ade kat cafe pun naik ward gak masa tu. Memandangkan 19 Oct ade exam yang penting so semalam aku dok usung buku ke hulu ke hilir. Usung je. Bacenye tak pun 😅. Beg berat melampau sampai tengah2 jalan tali terputus. Huhuhu

Dalam kul 3 petang, still takde ape-ape berita dari OT. Abang ngan ayah aku balik rumah dulu, aku pergi cafe siapkan assignment (pun nak kena hantar 19 Okt). Nasib baik kawan aku yang satu group pun cuti semalam. So dia datang hospital selayang melawat aku. Bahaha

Tengah buat kerja, dalam kul 4 petang terasa nak buang air kecil. Tak tahan sangat dah. Aku pergi toilet awam kat sebelah ward area lobby. Toilet yang jenis 2-3 layer pintu baru jumpa tempat buang air. Dalam tu ade 2 bilik air, belah kiri tandas duduk, belah kanan tandas cangkung. Aku masuk je dengar suara perempuan. Halus. Aku buat tak tahu. Tandas duduk tu gelap sikit. Pintu terbuka separuh, tapi nampak la bilik air tu kosong.

Aku masuk tandas cangkung. Masih dengar suara perempuan. Meneran. Memanjang meneran. Aku buat tak tahu. Aku cuba tutup pintu, tak boleh. Ketat. Aku tendang sikit sampai boleh tutup, tak boleh lock. Tengah struggle tu, suara perempuan halus meneran masih ade. Galak. Damn. Tak boleh jadi aku cuba buka pintu, tak boleh. Menyesal paksa tutup tadi. Takde tombol nak paut! Tarik guna jari telunjuk je. 😤 lebam sikit. Nasib baik jari aku gagah!

Berjaya. Aku intai toliet duduk. Takde orang. Mana datang suara? Masa nak keluar dari toilet (pintu dalam, menuju ke kawasan sinki) suara perempuan halus yang meneran tadi ketawa. Mengejek aku. Damn. Siang-siang pun kacau orang!

Cepat-cepat cari toilet lain. Pergi la toilet kat lobby, meriah sikit walaupun takde orang, tapi pintu dua-dua lapis terbuka. Lega. Dok fikir gak, macam mana nak jaga mak aku malam ni? Adeh.

Alhamdulillaah. Takde ape-ape yang terjadi kat aku. Hehehe. Harap-harap esok lusa pun takde ape-ape.

Nak mandi. Kbai!

Katil aku. Boleh tahan gak selesa. Hehehe

Ps: doc lelaki gynae kat sini jambu-jambu. Hiks! 😍

Monday 14 October 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam seluruh dunia walaupun hanya segelintir yang membaca. Cewah. Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. 

Sabtu akan datang, 19 Okt 2013, aku akan menduduki peperiksaan dalam bidang nutrisi. Aku tak tahu kenapa aku ambil kursus ni - jauh dari bidang kejuruteraan. Balik pada tajuk - minat. Aku minat sesuatu yang macam ni. Tapi bila dah study, menyesal. 

Aku suka makan daging, cheese, coklat, gula-gula dan segala macam yang dikatakan penyumbang kepada masalah kesihatan sejagat seperti serangan sakit jantung, obesity, diabetese, common cancers (breast, prostate, large bowel), autoimmune disease & wide ranging disease (bone, kidney, eye and brain disease). Kajian yang dijalankan oleh professors dan doctors yang ada mengatakan dairy products amatlah buruk untuk manusia. Pendek cerita; susu lembu untuk anak lembu, susu kambing untuk anak kambing, susu kucing untuk anak kucing dan susu ibu untuk bayi. Boleh cari sendiri. Percaya atau tak, terpulang.

Aku baca, baca dan baca, turun dapur makan rendang daging. Sedap. Masuk bilik baca buku, rasa lapar, pergi dapur makan rendang daging. 

Belajar sebab minat. Bukan kejayaan pada kesihatan tubuh badan 😔

Apa yang aku nak katakan sebenarnya, matlamat hidup kita yang menentukan arah perjalanan hidup kita, perbuatan, dan keputusan yang diambil; bukan minat. Pernah dengar: "aku nak kurus, tapi aku tak suka makan sayur & buah-buahan" nah keluar la segala macam makanan tambahan yang boleh ditelan tanpa menghiraukan segala kesan sampingan yang ada.

Atau: aku nak masuk syurga, tapi aku tak suka la bangun malam, tak minat belajar mengaji, tak minat dengar ceramah agama, tak nak solat dan pendek cite susah la ikut perkara yang Allah suruh

Nauzubillaahiminzaalik. Peringatan untuk diri sendiri. Aku pun bukan baik mane pun 😒

Banyak lagi contoh yang boleh diambil. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. 

MINAT atau MATLAMAT

anda yang tentukan. Tiada jalan singkat untuk mencapainya. 

Kbai!

Wednesday 9 October 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Hari ni 9 Oktober 2013, 9:30 malam; aku dan beberapa orang lain menonton Escape Plan Preview Screening yang dibawakan oleh ChurpChurp aka #churpremiere kat GSC Midvalley Megamall. 

Sungguh tak ku sangka kerana terpilih, Alhamdulillah & terima kasih ChurpChurp kerana memberi saya peluang menonton!


Back to business

Kisah seorang lelaki yang selalu keluar masuk penjara secara sukarela dan menulis sebuah buku yang mantap tentang pengalamannya keluar penjara seperti "Prison Break"

Satu hari dia telah diperangkap untuk terpenjara dalam sebuah penjara yang memang sukar gila untuk dibolosi, setelah sekian lama disedari dia sebenarnya dipergunakan oleh siapa?!

Akhirnya dia keluar ke dari penjara tu?! Siapa punya penjara?! Penjara tu kat kawasan mana?! Oke2. Ape punya review da.. Semasa dalam penjara, dia mula membuat networking untuk keluar bersama-sama dengan siapa?! 

Oh sorry.. Nak cerita takut tak surprise lak. Hehe. Cerita ni 18pl sebab banyak unsur keganasan. Biasa la kisah dalam penjara. Tapi bagi generasi y macam aku ni, biasa je tu. hehehe

Sila lah tengok di pawagam. Sungguhpun ganas, mereka mempunyai unsur lawak yang boleh tahan juga. Plot cerita yang baik serta jalan cerita yang kemenangan banyak berpihak pada hero. Kah kah kah. Sekian sahaja dari saya

Watak orang jahat muda lagi kacak. Kbai!

Tuesday 1 October 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikuum

Pada tarikh 29 September 2013, aku dan beberapa orang lain menyertai Standard Charted Kuala Lumpur run 2013, Bertempat di Kuala Lumpur. (Ayat skema 5 markah)

Aku masuk quarter marathon je. Tak mampu nak masuk half marathon apetah lagi full marathon. Tu pun ambil kategori leisure yang mana aku diberi masa sejam setengah (kot) untuk habiskan larian. Kalau 10km kategori cruise, kena habiskan sebelum sejam. Ntah. Aku pun lupa. Haha. So basically, ada banyaaaak kategori larian hari tu. ye la, nama pun biggest event kan. 

Aku bertolak dari Dengkil kul 5:30am, ambil masa 30 minit nak sampai. Masa tu  banyak jalan dah tutup. Kebetulan ada satu simpang nak ke tempat event, secara tak sengaja aku dapat masuk kereta sebab polis tu tak sengaja alihkan kon. Hehehe. So aku dapat la parking kat Tugu Negara walaupun niat nak parking kat Dataran Merdeka tak kesampaian tapi boleh la..

Larian bermula di simpang empat berhampiran dengan Tugu Negara, Taman Botani Perdana dan lain-lain. 


10km kategori leisure mula jam 8 pagi. Aduh. Letih menunggu. Sekarang ni kat KL 8 pagi tu dah kira panas dah. Huhuhu

Jadi sementara tunggu, kita snap-snap la dulu. Selfie ke kannn..

Masa ni orang yang masuk kategori cruise je dibenarkan bergerak ke depan. 
Aku & kawan aku pun ke belakang sebab pagar jauh nun kebelakang diorang pasang. 
Masa menunggu tu syok tengok orang macam-macam ragam, aksi, gaya, saiz badan, kasut, usia, kacak.. Eh?
Diorang ni lari masa kategori cruise dah mula. Turn kitorang masuk kandang pun bermula..
Orang depan sekali tu request kalau ambil gambar masukkan muka dia. Huh
Selfie
Tunduk bawah terperasan most people sekeliling aku pakai Nike running shoe. Payah betul nak curi gambar ni. Huhu

Tu je la setakat gambar yang ada masa event sebab lepas habis event battery habis. Huwaaa tak sempat nak selfie dengan medal. 

Oh, aku ni sejaka sebelum bulan puasa memang tak bersukan dah. So catatan masa aku kali ni paling teruk la. Sobsss

Selalunya tak pernah lebih sejam setengah. Huwaaaa

Dah la. Tak nangis pun dah buruk..

Okeh. Ni je la gambar lepas event yang ade. 100 plus bagi gambar percuma kat kitorang tapi payah gila nak selfie sebab dia snap laju gila. Gambar keempat, muka kawan aku hidden. Nasib ko la kan cali. Hahaha

Oh ye, baju aku warna merah sebab mamat yang beratur depan aku, memang kaki marathon, semua orang dia panggil & tegur, bagi aku costume dia suruh pakai untuk snap picture. Agak kelam kabut kejadian masa tu tapi lawak. Adoi la..

Tu je la kot. Last but not least, gambar sendiri luar kandang. Kbai!


Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamuaikuum

Lama tak dapat update blog semenjak aku terminate Maxis broadband hari tu. cewah. Walhal kalau tak terminate pun tak boleh guna juga. Wehu. 

Ahad, 29 September lepas penat lelah berlari 10.6km kat Kuala Lumpur organized by Standard Charted, aku bergegas pergi ke The Curve, Damansara. Aku dapat jemputan untuk Sony Experia Z1 Experience Workshop 2013. Mula-mula masa dapat jnvitation SMS ni aku teruja gak, gila ah. Aku bukan la geek sangat yang update semua jenis teknologibyang ada tapi ape yang penting aku suka barang dari Sony. Fullstop 😁

Mulanya aku memang takde idea ape yang aku akan dengar atau dapat tapi bila "kelas" bermula, baru aku tahu mereka nak bagi exposure of Sony Experia Z1 kepada kitorang dan kitorang adalah antara orang pertama yang menggunakan phone ni. 



Sony Experia Z1 - apa yang menarik?

Saiz - besar, sangat nipis! Tambahan pula ia menggunakan triluminos display. 

Pada pendapat aku phone ni dibuat untuk camera enhancement compare to other phone. Camera sensor yang sangat besar. Jom tengok ape yang menarik:

Gambar kat atas ni menunjukkan applications yang ada hanya untuk camera sahaja. 

timeshift burst
Hanya dengan 1 klik sahaja, 61 keping gambar diambil! Hebat bukan. Boleh ambil gambar orang tengah melompat-lompat atau berlari secara statik & banyak 

Ada satu application namanya info-eye. Yang mana kalau kita ambil gambar sesuatu benda, ia akan terus cari maklumat berdasarkan gambar tu. 


Ops. Yang penting internet connection kena ade la. Hehe

Selain dari gambar, text, barcode, people dan even buildings pun dia boleh cari. Heeee


Wow. Selain dari info-eye, application AR Effect pun best gak. Boleh ambil gambar animation macam mika akj kat atas nun 😌 tengah syok sendiri ambil gambar sendiri, sales person tu datang kat aku minta aku ambil gambar dia yang malu-malu

Nasib baik kacak ☺ hihi

Ape lagi ade eh? Oh. Yang ni aku rasa banyak phone lain dah ade


Okeh. Saje save the best for the last. Ni je yang aku suka sebenarnye


Phone yang aku pegang kat tangan tu, phone yang aku guna sekarang (of course Sony Experia Z1 tak launch lagi) Apa yang aku buat ialah aku install satu software dari Sony - PlayMemories Mobile, ade dalam App Store for Free.


Then aku pair kan dengan lens dari Sony. Tadaaaa


Sony Lens G. 10x Optical Zoom. Aku tanya harganya - below rm1000. Adeh. Untuk connect kat phone, just touch each other. Tapi kalau IPhone, kena turn on wifi dan masuk password manually. Dalam lens ni sendiri ade memory card. Kalau rasa janggal nak pegang benda tu je (ada snap button, zoom etc) boleh lekatkan kat phone camni


Dah macam rupa camera dah kan. 

Ape lagi? Tu je la kot. Yang penting pengalaman guna Sony Experia Z1 memang best. Boleh masuk air tu biasa. Oh ye, jangan masuk dalam air laut, takde dalam warranty. Lain-lain macam accessories, cables & specification, boleh la google eh. Hehe

Siapa yang nak beli tu silalah tuju laju-lahu ke Sony Center. Kbai!



Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *