#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, 14 October 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam seluruh dunia walaupun hanya segelintir yang membaca. Cewah. Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. 

Sabtu akan datang, 19 Okt 2013, aku akan menduduki peperiksaan dalam bidang nutrisi. Aku tak tahu kenapa aku ambil kursus ni - jauh dari bidang kejuruteraan. Balik pada tajuk - minat. Aku minat sesuatu yang macam ni. Tapi bila dah study, menyesal. 

Aku suka makan daging, cheese, coklat, gula-gula dan segala macam yang dikatakan penyumbang kepada masalah kesihatan sejagat seperti serangan sakit jantung, obesity, diabetese, common cancers (breast, prostate, large bowel), autoimmune disease & wide ranging disease (bone, kidney, eye and brain disease). Kajian yang dijalankan oleh professors dan doctors yang ada mengatakan dairy products amatlah buruk untuk manusia. Pendek cerita; susu lembu untuk anak lembu, susu kambing untuk anak kambing, susu kucing untuk anak kucing dan susu ibu untuk bayi. Boleh cari sendiri. Percaya atau tak, terpulang.

Aku baca, baca dan baca, turun dapur makan rendang daging. Sedap. Masuk bilik baca buku, rasa lapar, pergi dapur makan rendang daging. 

Belajar sebab minat. Bukan kejayaan pada kesihatan tubuh badan ๐Ÿ˜”

Apa yang aku nak katakan sebenarnya, matlamat hidup kita yang menentukan arah perjalanan hidup kita, perbuatan, dan keputusan yang diambil; bukan minat. Pernah dengar: "aku nak kurus, tapi aku tak suka makan sayur & buah-buahan" nah keluar la segala macam makanan tambahan yang boleh ditelan tanpa menghiraukan segala kesan sampingan yang ada.

Atau: aku nak masuk syurga, tapi aku tak suka la bangun malam, tak minat belajar mengaji, tak minat dengar ceramah agama, tak nak solat dan pendek cite susah la ikut perkara yang Allah suruh

Nauzubillaahiminzaalik. Peringatan untuk diri sendiri. Aku pun bukan baik mane pun ๐Ÿ˜’

Banyak lagi contoh yang boleh diambil. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. 

MINAT atau MATLAMAT

anda yang tentukan. Tiada jalan singkat untuk mencapainya. 

Kbai!

Monday, 2 September 2013


Bismillaahiraaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Hari ini saya letih. Semalam (jumaat) kerja seperti biasa sangat banyak dan terkejar-kejar kesana kemari. 

Malam - main badminton. Walaupun masuk court 3 kali dan kalah ketiga-tiga kali game, aku sangat letih macam orang pertama kali bersukan setelah sekian lama meninggalkan profession sukan. Last main futsal minggu ke 2 puasa. Ni raya pun dah nak habis. Isk2..

Lepas main badminton terus p rumah abang yang jarak setengah jam driving. Aku kebetulan ade kupon Kenny rogers roaster percuma quarter meal, so makan share berdua ngan abang aku. Sexy kan kitorang sebab sharing is sexy ๐Ÿ˜˜

Pagi-pagi bangun - aku paling lewat bangun. Ciss. Bertolak pergi muar ade kenduri kawen sepupu. Nasib baik masa tu walaupun kereta banyak tapi takde la sampai jammed teruk tak bergerak langsung. Kalau tak mesti alu yang dipersalahkan. Hehe

Orang lain kat rumah rewang buat kerja-kerja hiasan, hidang bagai, aku jadi baby sitter. Orang lain dapat budak sorang satu, aku dapat 2. Huhuhu. Seronok gak sebab kerja aku duduk main ngan deorang, sambil tengok tv. Hihihi

Tak lama lepas tu aku dengar bising-bising bunyi kompang. Cepat-cepat aku keluar jadi mamarazi kejap. Keh keh keh

Ha ni la pengantin. Sepupu aku pengantin perempuan. Biasa la masa bujang-bujang ni orang dok sibuk tanya "bila turn ko pulak?"  Aku jawab dengan senyuman je la. ๐Ÿ˜

Sampai ke petang aku jaga budak, sampai aku pun tido sama. Huhu. Bangun-bangun pack barang balik kl. bertolak kul 7, sampai kul 9. Abang ajak tido rumah dia tapi aku ade agenda lain. Sejam dia delay aku kat rumah tu. kena tolong dia siapkan kabinet dapur. Haih. Layankan saje. Huhuhu. Nasib bakk task aku simple je, tolong pegang. Keh leh keh

Lepas tu terus shoot pergi southgate. Esok ade event Merdeka Raya. Aku selaku committee yang bertanggungjawab kena la datang walaupun sekejap. Sampai-sampai orang nak balik dah. Nasib baik portion aku ade lagi nak buat.

Aku agak teruja nampak 2 jenis ribbon yang berbeza. Datang sorang laki minta buat ketupat lagi 8 ketul. Berusaha aku anyam ketupat guna ribbon, alih-alih anyam tangan sendiri. I giving up ๐Ÿ˜œ. Wuwuwuwu. Lastly nasib baik ada sorang adik yang agak pakar menganyam buat semua. Hahaha

Cantik gak suasana malam kat sini. Huhu

Ni baru balik rumah. Esok nak kena bangun awal sebab nak datang awal. Biasa la committee. Hehehe. Semangat nak makan-makan ni.

Tu je lah. Sampai sini je cerita. Panjang sangat kisah satu hari aku yang tak seberapa ni. K bai!

Monday, 26 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamuaikum

Semalam dan beberapa hari lepas aku ade update blog. Semuanya guna apps kat smartphone. Yang penting bila aku dah taip & post, aku tak pernah nak belek balik sebab aku update secara spontan. Kadang-kadang masa makan, masa pergi rumah terbuka. Yakni semuanya masa-masa yang tak sesuai nak tengok phone la. Bila aku buka blog sendiri, tak de ape-ape. Haih geram pulak rasenye. Penat jugak taip panjang-panjang. 

Tu je lah nak mengomen. Aku rasa macam nak komen panjang pasal kes kemalangan kat Malaysia ni tapi tunggu kejap. (Ntah-ntah tak buat langsung. Hehe) 

K bai!

 

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Jom makan kuih raya

Sambil bekerja

Oh, karipap pulak sampai. Jemput tengok. 

P.s: memang dah takde tempat lain nak letak. Kbai

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum

Pagi tadi kononnye ade kelas, tapi cancel. So kononnye nak panggil kengkawan datang rumah beraya, tapi sambung tido balik ๐Ÿ˜“

Mak pulak ajak pergi makan lunch kat kenduri kawen jiran setaman, yes! Eh, Alhamdulillah rezeki ๐Ÿ˜

Agak tak tahu nak buat ape, sembang2, dan2 lak ade orang ajak datang rumah. Yes! Eh Alhamdulillah. Rezeki. Rumah dia kul 4:30 sampai 8pm, so aku plan makan sedang2 je. Tapi agak penuh la perut. 

Pukul 2 ade orang lain ajak beraya rimah dia, terus shoot la! Perut penuh pun tak kisah, janji silaturrahim terbina. Cewah. Aku ni bab makan laju je.. Hehehe

Sekarang ade kat rumah member lagi. Tengah nak "defrag" perut kasi ke bawah sikit. Lepas ni nak sambung untuk round ke 20 aku rasa. Hihihi

Tu je lah. K bai!

Saturday, 17 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahim

Selamat Hari Raya semua. Dah masuk keje? Aku belum masuk sebab cuti sampai esok. Huhu. Bila duduk rumah, eh silap. Bila cuti macam-macam la agendanya. Keluar tengok wayang la, beraya memang sakan habis. Habis semua makanan aku sebat. Aiseh. Rosak diet aku. 

Semalam pergi rumah member sekolah rendah merangkap kawan sepermainan masa zaman comel-comot dulu. Hehe. Kononnye ramai la nak datang rumah dia, sekali yang sampai 2-3 kerat je? Adeh. Memandangkan aku ni ketua rombongan, jadi aku la bertanggungjawab makan lebih banyak. Ade la dalam 5-6 round tambah pinggan! Meletop perut.

Bila balik rumah, perut kenyang mata berat tapi 1 masalah - kawasan rumah blackout la pulak. Ape pun tak boleh buat. Handphone battery dah kong, pun tak guna gak. So pura-pura tido je la kan. Alkisahnya nyamuk suka bebenor rumah blackout - diorang pulak buat party. Ape lagi, sapu krim ajaib "nobite lotion". Alhamdulillah nyamuk tak berani dekat. Lepas sapu losyen, tutup telinga (sebab nyamuk serang bahagian muka) lalu tido. Panas? Lantak la. Hehehe


Ha tu dia... Losyen penghalau nyamuk. Kelas kau jah! Kensel adhock party nyamuk kat bilik aku. Miahahahaha!!!

Hari ni lak macam-macam gak aku sebat. Tengahari pergi kenduri kawen jiran tetangga. Makan cover baik punya sebab waras fikir malam nak makan lagi kat rumah makcik. Tapi sayang, bila sampai rumah makcik petang tadi, semuanya pun lupa!


Dari jauh aku dah bau kambing golek masak madu. Aduss boleh pulak aku bantai 2 pinggan penuh! Ini baru side menu, main dish nasi tomato tak timbang lagi berapa kilo aku telan. 

Masih tak sedar diri badan dah macam tong drum, balik dari rumah makcik, aku singgah rumah kawan secomot-secomel masa zaman kanak-kanak rebina dulu. Dapat pulak dia hidang mee goreng, kuey teow goreng & keropok goreng. Macam biasa la kan, semua aku sebat. 

La ni, dah tak boleh tido. Rase-rasenye esok berat badan aku naik berapa kilo eh?

Ps: Mata dah mengantok tapi tak boleh tido. Jom kira bulu teddy bear!

Pss: first time update blog guna phone & ambil gambar snap terus tulis blog kat phone  

Psss: kbai!
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *