Assalaamualaikuum
Hari ini saya letih. Semalam (jumaat) kerja seperti biasa sangat banyak dan terkejar-kejar kesana kemari.
Malam - main badminton. Walaupun masuk court 3 kali dan kalah ketiga-tiga kali game, aku sangat letih macam orang pertama kali bersukan setelah sekian lama meninggalkan profession sukan. Last main futsal minggu ke 2 puasa. Ni raya pun dah nak habis. Isk2..
Lepas main badminton terus p rumah abang yang jarak setengah jam driving. Aku kebetulan ade kupon Kenny rogers roaster percuma quarter meal, so makan share berdua ngan abang aku. Sexy kan kitorang sebab sharing is sexy 😘
Pagi-pagi bangun - aku paling lewat bangun. Ciss. Bertolak pergi muar ade kenduri kawen sepupu. Nasib baik masa tu walaupun kereta banyak tapi takde la sampai jammed teruk tak bergerak langsung. Kalau tak mesti alu yang dipersalahkan. Hehe
Orang lain kat rumah rewang buat kerja-kerja hiasan, hidang bagai, aku jadi baby sitter. Orang lain dapat budak sorang satu, aku dapat 2. Huhuhu. Seronok gak sebab kerja aku duduk main ngan deorang, sambil tengok tv. Hihihi
Tak lama lepas tu aku dengar bising-bising bunyi kompang. Cepat-cepat aku keluar jadi mamarazi kejap. Keh keh keh
Ha ni la pengantin. Sepupu aku pengantin perempuan. Biasa la masa bujang-bujang ni orang dok sibuk tanya "bila turn ko pulak?" Aku jawab dengan senyuman je la. 😝
Sampai ke petang aku jaga budak, sampai aku pun tido sama. Huhu. Bangun-bangun pack barang balik kl. bertolak kul 7, sampai kul 9. Abang ajak tido rumah dia tapi aku ade agenda lain. Sejam dia delay aku kat rumah tu. kena tolong dia siapkan kabinet dapur. Haih. Layankan saje. Huhuhu. Nasib bakk task aku simple je, tolong pegang. Keh leh keh
Lepas tu terus shoot pergi southgate. Esok ade event Merdeka Raya. Aku selaku committee yang bertanggungjawab kena la datang walaupun sekejap. Sampai-sampai orang nak balik dah. Nasib baik portion aku ade lagi nak buat.
Aku agak teruja nampak 2 jenis ribbon yang berbeza. Datang sorang laki minta buat ketupat lagi 8 ketul. Berusaha aku anyam ketupat guna ribbon, alih-alih anyam tangan sendiri. I giving up 😜. Wuwuwuwu. Lastly nasib baik ada sorang adik yang agak pakar menganyam buat semua. Hahaha
Ni baru balik rumah. Esok nak kena bangun awal sebab nak datang awal. Biasa la committee. Hehehe. Semangat nak makan-makan ni.
Tu je lah. Sampai sini je cerita. Panjang sangat kisah satu hari aku yang tak seberapa ni. K bai!
No comments:
Post a Comment