#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Friday 10 April 2020

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan teladan

Di dalam surah Al-Qasas ini, terdapat 3 perkara Utama iaitu
1- Kisah Nabi Musa
2- Allah mengajarkan nabi Muhammad SAW tentang dakwah,  serta balasan bagi orang beriman dan kafir
3- tentang Qarun

Kisah nabi Musa pada surah ini adalah lebih mendalam dari surah sebelum-sebelum ni yang mana Allah menceritakan dengan lebih terperinci tentang:

1- ibu kepada nabi Musa berpisah dengannya ketika Firaun menyerang mereka

2- Nabi Musa menjadi sebahagian daripada keluarga Firaun

3- Ibu nabi Musa bertemu dan menyusukan nabi Musa walaupun di bawah jagaan Firaun

4- Nabi Musa menumbuk seorang lelaki sehingga menyebabkan kematiannya dan Nabi Musa menjadi orang yang dikehendaki Firaun. Nabi Musa segera bertaubat dan diampunkan Allah

5- bagaimana nabi Musa menyorokkan diri selama hampir 10 tahun, menjadi pengembala binatang ternak dan berkahwin

6- nabi Musa kembali ke Mesir dan mendapat wahyu yang pertama serta diajarkan 2 mukjizat untuk berhadapan dengan Firaun di gunung Tursina

7- Nabi Musa ditemani nabi Harun kembali berhadapan dengan Firaun untuk kembali berdakwah

8- Firaun mempersendakan nabi Musa dengan meminta Haman membina bangunan yang tinggi untuk melihat Tuhan nabi Musa

9- Atas kesombongan Firaun, mereka dikepung dan ditenggelamkan ke laut

10- Mereka menjadi ketua-ketua kepada kesesatan, diiringi laknat di dunia dan dihina di akhirat

Allah berfirman bahawa nabi Muhammad tidak pernah berada di tempat kejadian, tidak tinggal bersama penduduk Madyan untuk belajar, tidak berada di gunung Tursina tetapi baginda tahu tentang kisah para nabi kerana wahyu yang diterima baginda untuk diajarkan kepada kaum nabi Muhammad yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul. Maka tidak ada alasan untuk berkata tidak mendapat sebarang peringatan ketika ditimpa bencana.

lepastu, Allah mengajarkan kepada nabi Muhammad ketika berhadapan dengan orang kafir, balasan serta kebinasaan yang mereka dapat serta balasan kepada orang yang beriman

Allah juga memberitahu bahawa nabi Muhammad tidak mempunyai kuasa untuk memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya melainkan Allah SWT sahaja.

Di akhirat kelak, orang yang menerima azab mengakui kesalahan mereka iaitu memuja dan metaati hawa nafsu sendiri, menyesal kerana tidak mengikut petunjuk bahawa tiada tuhan melainkan Allah

Siang dan malam adalah salah satu rahmat Allah (bekerja pada waktu siang dan berehat pada waktu malam) serta bukti kekuasaanNya

kisah Qarun pulak

1- Qarun adalah dari kaum nabi Musa yang sombong, berlagak pandai, zalim sebab dia kaya raya dan menyangkakan bahawa kekayaannya adalah disebabkan pengetahuan dan kepandaiannya.

2- dia jenis suka berlagak, menunjuk-nunjuk sampai orang cakap best nye kalau boleh jadi macam Qarun. untung laaa

3- lepas tu orang yang berilmu menjawab, jangan cakap camtu. pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman. kalau nak dapat pahala tu, masuklah dalam golongan orang yang bersabar

4- Qarun dan rumahnya tertimbus dalam tanah ketika diazab dan tak ada siapa pun yang dapat menolongnya

5- lepastu orang yang mengidolakan Qarun mula sedar bahawa: segala rezeki Allah yang bagi, Allah juga lah penyempit rezeki serta orang yang kufur nikmat tidak akan berjaya

Nikmat di akhirat untuk orang yang:

1- tidak bertujuan mendapatkan pengaruh / kelebihan di muka bumi
2- tidak melakukan kerosakan
3- bertaqwa

akhirat nanti siapa yang bawa amalan baik, akan dibalas dengan balasan yang lebih baik dari amalannya
tapi siapa yang bawa amal jahat, hanya dibalas mengikut apa yang dikerjakannya

Allah mewajibkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikannya. Allah mengulangi bahawa Dia sahaja yang tahu siapa yang membawa petunjuk dan siapa yang berada dalam kesesatan. Nabi Muhammad SAW tidak pernah berharap akan menerima al-Quran tetapi diturunkan sebagai rahmatNya. Allah meminta nabi Muhammad untuk:

1- tidak berhenti menyeru manusia beriman kepada Allah walaupun dihalang oleh orang kafir

2- jangan menjadi golongan musyrik

3- jangan sembah Tuhan selain Allah. Tiada Tuhan selain Allah

4- segala benda di dunia akan binasa kecuali zat-zat Allah

5- Allah sahaja yang memutuskan segala hukuman

6- kepada Allah juga lah tempat kita kembali

sekian. selamat membaca Al-Quran
Wallahualambissawab


Wednesday 8 April 2020

Kita masih lagi diceritakan tentang Al-Quran dan hari akhirat. Allah menegaskan di dalam surah An-Naml bahawa al-Quran adalah kitab yang jelas nyata kebenarannya yang menjadi petunjuk dan berita gembira kepada orang yang beriman.

siapa? merekalah yang

1- mendirikan sembahyang
2- mengeluarkan zakat
3- percaya kepada hari akhirat

hati-hati bagi mereka yang tidak mempercayai hari akhirat kerana Allah menjadikan amalan buruk itu baik bagi mereka dan mereka adalah golongan manusia yang rugi di akhirat dan turut tidak terlepas daripada azab seksa di dunia

Allah menyambung kisah nabi yang terdahulu di dalam surah An-Naml ni

1- Nabi Musa AS. Kisah bagaimana pada awal penerimaan wahyu, nabi Musa AS berasa amat takut sekali. di dalam surah ini Allah mengajar nabi Musa antara mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa AS sebagai persediaan untuk menghadapi Firaun. Sungguhpun telah diberikan pelbagai bukti kebesaran Allah, nabi Musa tetap dituduh menggunakan sihir yang nyata. Allah berfirman sesiapa yang bertaubat  akan diterima kerana sifat Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

2- Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS keduanya mempunyai kelebihan berkomunikasi dengan makhluk selain manusia. di sini Allah menceritakan tentang kisah Nabi Sulaiman bertutur dengan haiwan dan jin. kisah bagaimana nabi Sulaiman dapat membawa singgahsana seorang raja perempuan (yang menyekutukan Allah & perbuatan itu kelihatan elok kerana syaitan telah mengaburinya) menghadapnya lalu raja tersebut beriman kepada Allah SWT. Allah juga memperlihatkan bagaimana tingginya sifat bersyukur yang ada pada nabi Sulaiman

3- Kaum Nabi Soleh AS mersakan bahawa kehidupan mereka malang kerana dakwah nabi Soleh AS. dikatakan ada 9 orang di tempat tinggal kaum Thamud melakukan kerosakan dan pelbagai maksiat. lepas tu diorang plan nak bunuh nabi Soleh tapi Allah dah turunkan bala sebelum diorang sempat nak buat.

4- Allah cerita tentang nabi Lut dan pengikutnya yang dihalau keluar dari bandar, tetapi diselamatkan oleh Allah (kecuali isterinya) daripada hujan azab

Allah menggambarkan kepada nabi Muhammad SAW kisah terdahulu untuk menilai apa yang lebih baik, beriman atau menyekutukan Allah? Allah menyenaraikan segala ciptaan di langit dan bumi itu bukti tiada yang lain selain Allah.

Allah juga mengingatkan, siapakah yang memperkenankan doa-doa orang yang menderita, yang mengajarkan pelbagai ilmu di bumi, yang memulakan kejadian sekalian makhluk dan mematikan mereka? tiada yang lain selain Allah SWT

orang yang kafir tahu tentang perkara ini tetapi tidak mahu meyakininya. mereka masih mempersoalkan kebenaran hari akhirat

Allah meminta nabi Muhammad SAW mengembara dan memerhatikan kesan buruk orang yang berdosa. Allah memujuk nabi Muhammad SAW untuk tidak berdukacita apabila di kecam oleh orang yang tidak mahu beriman. mereka memperolok-olokkan dengan bertanya, bila akan berlaku azab itu? maka jawablah dipercayai akan datang kepada kamu sebahagian daripada azab yang kamu minta disegerakan itu

Allah meminta kita bersyukur dengan segala nikmat yang melimpah ruah
Allah mengetahui setiap perkara yang terpendam dalm hati & yang kita nyatakan

Al-Quran banyak menceritakan perkara yang berselisih dengan Bani Israil. Al-Quran petunjuk untuk orang yang beriman dan Allah akan putuskan antara yang beriman dgn yg bukan beriman dengan hukumNya.

bagi orang yang degil teruk ni, nabi Muhammad tak dapat nak bantu untuk menerima ajaran dan tiba masa nanti Allah akan mengeluarkan sejenis binatang dari bumi untuk menyatakan kepada manusia bahawa manusia tidak meyakini ayat-ayat & pengajaran Allah

di akhir surah ini, diceritakan tentang tiupan sangkakala serta waktu akhir zaman serta balasan yang diterima melalui perbuatan di dunia

Allah menyeru kepada kita bacalah Al-Quran untuk mendapat petunjuk & beramal dengannya


wallahualam bissawab
selamat membaca & semoga bermanfaat

Bila baca tafsiran surah Ash-Shu'araa (lepas surah al-Furqan) ni memang seronok sebab bila kita baca tafsir ni, perasaannya seolah-olah Allah sedang bercerita kisah para nabi yang terdahulu kat kita. Dalam surah ni, Allah meminta Nabi Muhammad SAW supaya tidak berdukacita ketika orang kafir menolak untuk beriman kepada Allah SWT. Allah akan turunkan mukjizat dari langit kalau Dia menghendakinya. Walaupun banyak bukti kekuasaan Allah kat muka bumi ni macam tanaman yang bagi macam-macam manfaat, kebanyakannya masih berdegil nak beriman kepada Allah. Disebabkan mereka masih mendustakan Al-Quran, mereka akan menerima azab atas perkara yang mereka ejek-ejek itu.
Seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Furqan sebelum ni yang mana Allah meminta nabi Muhammad SAW melihat kembali kisah Nabi yang terdahulu, maka semua itu Allah ceritakan dalam surah ini.
1- kisah nabi Musa AS dengan Firaun, mukjizat nabi Musa iaitu tongkat yang berubah menjadi ular dan membelah lautan untuk menyelamatkan nabi Musa AS dan pengikutnya serta meneggelamkan tentera Firaun. Ini pun dah tunjukkan kekuasaan Allah SWT, tapi masih ada kebanyakkannya yang tidak mahu beriman.
2- kisah nabi Ibrahim AS yang bertanya tentang berhala kepada bapa dan kaumnya, apakah berhala itu mampu memberikan apa-apa manfaat kepada mereka? Mereka mengakui tiada satu pun tetapi tetap meneruskan kerana orang terdahulu (datuk nenek) menyembah berhala. dalam surah ni Allah ada berikan doa nabi Ibrahim baca supaya diberikan ilmu pengetahuan, hubungan dengan orang-orang yang soleh, nama menjadi sebutan yang baik di kemudian hari, mohon menjadi ahli syurga Naim, ampunkan bapa dia yang sesat, minta kemuliaan di hari akhirat. Allah ceritakan juga tentang azab hari akhirat bagi mereka yang menyekutukan Allah. Ada yang meminta second chance sebab mula rasa menyesal, tapi tak dapat.
3- Kisah Nabi Nuh yang dipertikaikan oleh kaum dia. kenapa mereka perlu ikut kata-kata dia (beriman kepada Allah SWT) sedangkan pengikut nabi Nuh AS kebanyakannya orang yang berpangkat rendah dan dipandang hina pekerjaannya. Nabi Nuh kata dia tak kira siapa pun mereka sebab amal ibadah mereka dihitung Allah. Nabi Nuh tetap kena kecam & diugut, lalu nabi Nuh berdoa kepada Allah supaya menghukum mereka & selamatkannya dengan orang yang beriman. Maka mereka yang tak turut serta dalam bahtera Nabi Nuh AS, ditenggelamkan. walaupun banyak bukti kekuasaan Allah SWT, masih sedikit mereka yang beriman kepadaNya
4- Kisah Nabi Hud yang didustai oleh kaum Ad. diceritakan bahawa kaum Ad ni banyak bina bangunan besar yang kukuh, binatang ternakan yang banyak, tanaman yang subur serta sumber air yang baik. Bila nabi Hud AS ajak untuk beriman kepada Allah SWT, diorang sombong bahawa apa yang nabi Hud cakap tu semua adat kebiasaan orang dulu dan diorang tak akan diseksa. akhirnya mereka dibinasakan, pun masih ramai tak nak beriman..
5- Kisah Nabi Soleh dan kaum Thamud yang ada taman indah permai, pengairan yang baik, kebun tanaman & pokok kurma yang buahnya halus lembut & menarah gunung ganang untuk dijadikan tempat tinggal mereka. Mereka mengganggap nabi Soleh ni salah seorang dari golongan yang terkena sihir dan meminta bukti kebesaran Allah. nabi Soleh bagi tau kena ambil giliran minum air dengan sekor unta betina ni dan nabi Soleh dah warning jangan kacau unta betina ni, kalau tak nanti akan dapat azab kebinasaan. tapi diorang tikam unta tu sampai mati, mereka dibinasakan. pun begitu tak ramai yang nak beriman kepada Allah
6- Kisah nabi Lut AS yang mengeji perbuatan kaumnya yang LGBT. Bilamana masing-masing tetap tak nak ubah perangai, nabi Lut AS berdoa kepada Allah supaya menyelamatkannya, keluarganya & pengikutnya, maka yang lain hancur dihujani azab. Walaupun dah tunjuk kekuasaan Allah, tapi masih bnayak yang tidak mahu mengaku keimanannya kepada Allah SWT.
7- Kisah nabi Syuaib yang kaumnya menipu dalam perniagaan tetapi nabi Syuaib dituduh seorang yang golongan kena sihir oleh kaumnya. diorang cabar untuk gugurkan sesuatu yang mebinasakan dari langit kalau kata nabi Syuaib tu orang yang betul. Lepas tu pada hari awan mendung & mereka diseksa & di azab. Pun begitu masih tidak ramai yang nak beriman kepada Allah SWT
Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT melalui malaikat Jibrail, supaya memberi pengajaran & amaran kepada umat manusia dalam bahasa arab yang fasih terang & nyata. kenapa? juga diterangkan dalam surah ni. tetap ditegaskan sesiapa yang berdusta dengan Al-Quran, maka akan menerima azab yang tak terperi. mereka yang terlambat untuk bertaubat meminta untuk diberikan tempoh sedangkan bertahun-tahun telah menikmati kesenangan.
Allah beritahu kepada siapakah syaitan selalu turun - kepada setiap pendusta yang berdosa, yang mendengar dusta dengan bersungguh-sungguh, ahli-ahli syair (kecuali yang beriman dan beramal soleh), golongan sesat tak tentu hala.
sekian. wallahualam bissawab
selamat membaca
semoga bermanfaat

Sebelum ni aku pernah dengar seorang ustaz kata, kalau nak baca tafsir al-Quran, mulakan dengan membaca surah Al-Furqan sampai lah ke surah al-Ikhlas. lepas tu sambung dari al-Fatihah sampai surah an-Nuur. in shaa Allah senang faham.

Surah Al-Furqan ceritakan pasal penurunan Al-Quran ini untuk umat Nabi Muhammad SAW sebagai peringatan dan amaran.

apa tu?

1- peringatan bahawa Allah adalah Tuhan semesta alam, tiada sekutu dalam pemerintahan, tiada anak dan meciptakan sesuatu dengan sempurna. dalam surah ni juga menceritakan tentang kebesaran2 Allah SWT

2- amaran tentang azab bagi orang yang menyekutukan Allah iaitu orang yang menyembah selain Allah. menggunakan bahan yang mereka ciptakan sendiri, tidak berkuasa dan sebagainya

3- orang-orang kafir mendustakan kata-kata nabi Muhammad SAW, mempersoalkan kebenaran Al-Quran. mempersoalkan credibility Nabi Muhammad sebagai Rasul, kenapa mesti Muhammad? kenapa dia bukan orang kaya? kenapa tiada malaikat sebagai utusan? kenapa tidak diturunkan al-quran sekaligus tapi sedikit-sedikit? lepas tu pulak diorang menabur kata-kata dusta bahawa mereka yang beriman adalah tidak siuman dan menuduh bahawa al-Quran adalah penulisan dari nenek moyang yang dihafal oleh nabi Muhammad SAW. bila nabi Muhammad ajak mereka menyembah Allah, diorang ejek2 Rasullullah SAW.

4- diceritakan tentang bagaimana orang yang menyekutukan Allah itu diheret ke neraka jahannam dengan keadaan tertiarap dan mukanya menghadap ke bawah dan macam-macam lagi seksaan. manakala orang yang menerima ajaran nabi Muhammad SAW dan bertaqwa kepada Allah telah bergembira di syurga selama-lamanya

5- Allah menceritakan maka apabila tiba masanya, mereka yang sombong dan mendustakan ini menyesal kerana tidak menerima ajaran nabi Muhammad SAW dan meminta kurangkan seksaan tetapi Allah bagi lebih dari itu.

semua itu Allah jawab dan cerita dalam surah al-Furqan. Allah juga meminta nabi Muhammad SAW melihat kembali sejarah Nabi Musa dan Harun sebagai menterinya ketika turunnya kitab Taurat, sejarah Nabi Nuh yang umatnya ditenggelamkan, Aad dan Thamud serta Ashaabur-Rassyi dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu yang dibinasakan.

selamat membaca! wallahualam bissawab
semoga bermanfaat
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *