#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday 24 January 2010

semalam, 23 januari 2010

kami, sebilangan budak2 EPU merancang untuk mandi sungai Sendat. disebabkan masalah yang mungkin-boleh-dielakkan terjadi, maka perancangannya tergendala selama lebih kurang 4 jam la..

waktu zohor dah masuk, maka kami singgah solat Zohor kat masjid area kampung Laksamana (kot), yang penting kat Selayang lah. selesai solat, aku tgk sandal aku dah takde. mungkin aku salah letak. aku tawaf masjid 2 round, tak jumpa. sah! hilang....

camni lah bentuk sandal aku, cuma warnanya laen.

oh ya, sebenarnya, sandal yang aku pakai tu, bukan sandal aku. itu sandal Lan, budak kelas aku masa undergrade dulu. kitorang tukar sandal sebab sandal kitorang sama, cuma warna laen. MINTA MAAF LAN!
aku tak tau Lan dah pakai bape lame, yang penting esok genap setahun 4 bulan aku beli sandal tu. sedih..

adik aku cakap; "sandal ko hilang? petanda tu"

bongek! nauzubillah! "ko jangan main gila Man.. kita nak g berenang ni.."

okeyh, stop cerita pasal kehilangan sandal tuh.

smpai jer kat sane, budak2 ni siap2 la nak bakar makanan. eh, bakar arang dulu bla bla bla..
aku teruja tgk air terjun mengalir. perut lapar bunyi keruk2, langsung tak ingat dah. banyak kali aku ajak deorang turun sungai, tapi masing2 nak tunggu maanan siap. adoi, aku tak tahan dah ni..ingat nak terjun sorang2 tapi segan.

DEBUSH! DEBUSH! DEBUSH!

yay! akhirnya dapat mandi. aku terjun sane, lipat sini..peh! best sangat! airnya sangat dalam. sepanjang aku mandi, kaki aku tak jejak tanah. boleh terjun tiruk, terjun katak, terjun balak.. seronok nye pusing2! dok bawah air terjun. peh! aman dan damai! nasib baik aku pandai berenang.

berlagak bukan?

kawan aku terjatuh, dan aku sedang berpaut pada kakinya. disebabkan dia jatuh, aku tenggelam. dia tolak aku ke bawah, aku makin tenggelam. aku terkapai2, air masuk mulut, aku hampir lemas. betapa seksa aku dalam air. hampir ke udara, aku ditolak ke bawah semula sebelum sempat tarik nafas dan hanya menyedut air. bayangan maut sempat terjah ke minda. nasib baik sorang kawan sampai untuk tarik kawan aku tadi. cepat2 aku apung ke udara. muntahkan semua air yang aku telan.

Alhamdulillah, aku masih hidup.

tapi aku tak serik. sambung balik terjun tiruk sana sini sambil menjauhkan diri dari orang yang duduk di tebing. takut2 jadi lagi. betul2 hidup berani untuk gagal. aku berenang sendiri, boleh. tapi kalau bawa orang, boleh..boleh lemas bersama.

hari ni: 24 Januari 2010

"ibu, sungai semalam kan, dalam~"
"habes tu ko mandi ker?"
"haah..best! Luqman mandi pon kaki dia tak cecah lantai"
"kenapa mandi jugak? kan dah pesan jangan mandi tempat dalam!"
"hehe" rahsia tau! jangan bagi tahu mak aku okeyh~ terima kaseh. :D
myself

Thursday 21 January 2010

let us to Istighfar 3 times; Astaghfirullahal 'Azim, Astaghfirullahal 'Azim, Astaghfirullahal 'Azim.

semoga Allah melindungi Islam dan umatnya.

Rabbana la tuziq qulubana, ba'da iz hadaitana wahablana min ladunka rahmah. innaka antal wahhab.

semoga mereka segera bertaubat.

penghina Islam
juga penghina

cara untuk report abuse ke wordpress
myself

Tuesday 19 January 2010


klik untuk keselesaan mata ;D

ingat tak pasal PayPal Wishlist yang sebelum ni ramai orang dok promote? aku dah dapat duitnya, tapi bukan nak bangga pon, setakat 16 orang join aku. huhuhuhu

cuma



macam mana nak guna? <- faham2 lah aku ni buta IT. *senang2 la aku kene tipu pasni*
aku tak tahu halal ke tak sumber nya ni
kalau aku belanje semua orang kawan2 guna duit ni, boleh ker? perut tak kembung kan?
myself


Nama: Man
Lokasi jatuh: Taman Pelangi
Cerita pengalaman: "kat area Duke tu, masa nak belok aku dah rasa pasir2. pastu, makin lama, moto aku makin rendah....rendah...rendah...aku terus jatuh terseret. aku tahan muka dengan tangan."
Keadaan motor: sihat, tak perlu baiki apa2.
Ulasan: kali pertama jatuh/kemalangan motor terus dapat hadiah parut.
myself

Saturday 16 January 2010

semalam aku jalan2 baca blog orang. lepas tu aku tertarik kat entry satu blog ni,

Only Mind Can Play This Mindflex



tak tahulah kalau korang dah tau pasal game ni ke tak, tapi aku nak cerita jugak. aku tertarik kat game ni sebab ia menggunakan gelombang dari otak untuk hantar arahan kepada mesin. bende yang ala2 topi tu lah alat pengesan gelombang dari otak. ia akan menghantar isyarat tersebut ke kipas yang ada dalam konsol. kipas tu yang akan apungkan bola. semakin tinggi konsentrasi, semakin kuat kipas tu berputar, semakin tinggi bola terapung. nak tahu lebih lanjut pasal game ni, boleh tengok kat sini. (hensem juga lelaki yang jadi model ni. hahahahaha~!)

konsep game ni sama lah macam konsep EEG-electroencephalogram. EEG ni digunakan meluas kat bidang perubatan, biasalah nak tengok lakaran/isyarat/gelombang otak seseorang. otak manusia menurut kajian ada 5 jenis gelombang iaitu Alpha, Theta, Gamma, Beta dan Deta. setiap jenis gelombang terdapat pada lokasi dan mempunyai maksud tersendiri. disebabkan aku dah setahun tinggalkan bidang ni, jadi aku sendiri pun lupa sket2 pasal EEG ni.


kalau korang g hospital, cuba tgk kat ICU, ade tak pesakit yang koma dan dipakaikan topi berwayar? kalo ade, maknenye doktor nak tengok aktiviti otak pesakit tu. kalau otak dah mati (tak de sebarang aktiviti) pesakit tu boleh lah diisytiharkan sebagai sudah mati. jangan tertipu dengan dadanya yang berombak kerana ianya hanyalah bantuan pernafasan dari mesin ventilator sahaja.

teringat masa undergrad buat lab EEG ni. aku sebagai bahan eksperimen. aku disuruh kira 1+2+3+..... sampai la yang ke 100 contohnya, dalam masa 10 saat. masa tu, mata kene fokus kat satu tempat, takleh bergerak, walaupun berkelip akan menghasilkan hingar yang ketara. menangis2 aku masa tu kan Izu. dah la kene buat banyak kali sebab brainwave aku pelik. haish~ kenangan2~

tapi bila tengok teknologi baru ni, aku rasa lab aku tu mmg jauh ketinggalan. agak2, game ni leh diapplikasikan untuk budak2 SEP/SEB x? huhuhu

p/s: Zuliey, ade brani buat sbg tajuk psm? amacam kin2, ak tukar tajuk research tak? hehehehe
myself

aku mahu buang iklan nuffnang. bukan sebab earning aku tak banyak, tapi sebab aku rasa serba salah. perangai aku ni satu, kalau aku fokus kat satu perkara, perkara lain aku lupakan. contohnya, aku fokus klik nuffnang orang, lepas tu aku tak baca pon entry dalam blog tu, letak "zzz" kalo xde, letak nama iklan kalo ade. lepas tu bla cari blog lain.
aku rasa tak best. sebab niat asal aku buat blog bukan nak klik ads orang. aku dah lama fikir pasal perkara ni. sampai entry2 orang2 yang aku follow pon aku buat tak tau. xmo ah cenggitu.. aku follow ikhlas. tapi, jadik tak ikhlas la bila aku tak baca. rugi dah. tak kisah la macam mana cara penulisannya, janji aku leh baca n faham. dah la aku ni malas baca paper. tapi sekurang2nya aku tau la sket2 pasal dunia selain aku.
pernah gak sebelum ni aku ungkit pasal perkara ni, tapi tak terfikir nak buang ads nuffnang. yelah, orang berbudi, kita berbahasa. tapi bila aku baca entry suki, aku lagi berkobar2 nak buang iklan tu. aku rasa resah, eh bukan..ape aa perasaan tu? geram ek? bukan..annoying kot. ha ye lah. ape2 je lah. tak tau nak cakap sampaikan cenggane.

korang rasa?
a) buang je iklan nuffnang tu..
b) selamber letak, kalo ade orang kate dah klik ads, bolayankan aje
myself

ini adalah sambungan dari entry sebelum ini.

lepas interview, aku pun melangkah longlai balik ke rumah. tapi sebelum ke rumah, aku singgah JJ Bukit Raja. hehe, saja nak tengok pemandangan JJ kat situ. parkingnya mak aih, penuh! disebabkan aku malas ak cari parking, dengan BERANInya aku  aku park la kete kancil comel kemek ayah aku tu kat celah2 ruang yang aku rasa sesuai di hentam kereta lain lepas tu.

aku jalan2, 'ter'masuk kedai kamera. usha2. dengan yakin sekali aku berkata, "micro sd 1 gig berapa ringgit ek?"
"aiyaaa..sikalang olang tala jual 1 gig lo..2 gig paling kecik.."
ooo.ye ker..*malu1* aku tny harga n so on....
okeyh lah..jap ek, cucuk duit.
aku datang balik, dia bagi aku try. aku cucuk, eh tak detect la.. maybe tak support kot...
"you pny HENPON pakai micro sd ka?"
ye lah..saya pernah pakai before ni..lepas tu kawan saya hilangkan, saya beli la yang baru.
"bukan la. i rasa u punya HENPON bukan pakai micro sd la.."
bermula perdebatan kami... kami siap tukar2 memori stick! akhirnya terbukti...
"you punya pakai M2 kan.."
heeeeeheeeeeeheeeee.... *malu2* okeylah..sori eks.terima kasih...kat mana jual eks?
"kat kedai HENPON lo.."
aku melangkah keluar diiringi senyuman sumbing mereka berdua. "bubbye~" aku rasa masa aku langkah keluar dari kedai tu, mesti orang ingat aku pakai bedak 2 inci!

dan sebenarnya, aku sedang mencari shin screen guard protector, bukan memory stick.......

*** hari ni kene bayar RM0.20 untuk beg plastik kat Giant!
myself

AMARAN: ENTRY INI SANGAT PANJANG DAN KARUT. JIKA ANDA HIDUP BERANI UNTUK GAGAL MEMBACA, SILALAH TERUSKAN YE~

pagi ni aku g walk in interview Vista Point kat Bukit Raja*. disebabkan aku tak pernah memijakkan kaki kat kawasan tu, aku pon tanya la Mr Gugel malam tadi. siap apal nama jalan, selok belok mane aku nak ikut, BOM! tido. bangun *.

mulanya, perjalanan aku lancar. aku ikut step by step apa yang aku belajar dari Mr Gugel malam tadi. lepas je tol (lebuhraya Baru Lembah Klang) aku menguap**. ya, aku menguap.

aku teruskan perjalanan. okeyh, jumpa tol Lebuhraya Selat Klang. dah betul la ni kot. tapi apesal aku rasa tak sedap hati? mungkin sebab aku nampak signboard kat belah kiri tertulis: "Awas kawasan kampung". tapi aku fikir, mungkin kat depan sana jumpa la Pesiaran Bestari yang di perkatakan oleh Mr Gugel. tapi ati aku makin tak sedap. aku buat u-turn. lalu balik tol Lebuhraya Selat Klang. aku nampak Kawasan Perindustrian Bukit Raja. aku jalan2 dalam tu. aku tgk suasana kawasan tu menyeramkan. takde orang pon. ade la orang yang menakutkan aku untuk ditanya jalan. aku pusing balik.

masuk balik Lebuhraya Selat Klang. aku pusing jalan tadi, tapi jauh skit aku masuk. aiiihh..tak boleh jadi ni. aku patah balik, main masuk mana2 simpang yang aku rasa berpotensi. minyak dah low, aku tak yakin pulak jalan ni. berhenti kat petronas, aku kol semua kawan2 aku. tapi kawan sorang kawan aku tgk gugel, bagi jawapan yang sama dgn jawapan Mr gugel. aku pon isi lah minyak in case perjalanan aku jauh lagi plak kan. aku tanya pakcik yang tolong isi tank aku tu, dy kate, "awak terus ni, nampak traffic light belok kiri, lepas tol 60 sen tu, ade bangunan baru kat belah kiri, masuk situ. tapi saya tak tahu la kilang yang awak nak pergi tu."

adoi..aku pon ikut je cakap pakcik tu. jalan dengan konpidennye kat lorong kanan sambil makan asam. masa aku buang biji asam tu, sekilas pandang ternampak signboard ade tulisan "keluli". aku teringat, company tu kat Jalan Keluli 1. terlepas!!! bongek la..cepat2 aku wat u-turn kat traffic light depan JJ Bukit Raja.

lepas u-turn berkali2, akhirnya aku sampai ke destinasi~
========================================
**masa aku menguap, mata terpejam, aku tak nampak signboard "Taman Perindustrian Bukit Raja". masa aku u-turn lepas JJ Bukit Raja, aku lalu balik kawasan lepas tol Lebuhraya Baru Lembah Klang, n ade signboard "Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan" disitu. n aku sangat geram kerana aku pusing2 di tempat yang salah, dan destinasi hanya sekilometer dari tol Lebuhraya Baru Lembah Klang. aku juga telah membazir RM2.40 kat tol Lebuhraya Selat Klang. haih~!
=========================================
sampai je depan kilang, dengan yakinnya aku g gate utama. pakgad tahan. "saya nak g interview". pakgad suh park luar ..okeyh. nak masuk plak, kene isi form. dah siap tulis, dgn yakin aku blah cenggitu jer.

"eh awak! tunggu dulu" apentah dy conteng form aku, "sain ni"
okeyh.
"awak sain kat mana tu?" *mesti dalam hati dy kata, teruk tol budak ni*
adoi, budus! aku sain kat staff's signature. "alamak, sori. macam mane eks?"
"ee budak ni. dah2. sain je kat tempat awak."
malu giler aku! dah la ramai orang kat guard post tu!
=========================================
sampai, isi form, tunggu turn, nama kene panggil. untuk tunggu depan pintu bilik plak. lama aku tahan diri nak terkucil, terpaksa g toilet gak. dalam toilet, aku terpicit kepala paip yang mana muncungnya tepat mengaha ke muka aku. SPLASH! tudung aku basah sebelah. budus!!!! aku kuar toilet dalam keadaan spek + tudung + muka yang basah. HR yang called aku tu senyum2 je tgk aku. eeee memalukan diri sendiri!
takpelah, naseb bek dalam ekon. cepat kering. sambil2 tunggu, borak2 ngan sorang mamat tu. tetiba sorang eng lalu. aku bisik dalam ati "isk, macam garang jer. mintak2 bukan dy yg interview aku"
==========================================
"Nuraini Huda, awak tunggu dalam bilik dulu ye. En ni pergi cleanroom sekejap." oke.
"maaf kerana menuNggu.."
erkkkk...en yang ku umpat dalam hati tu!
alkisahnya..jawapan aku semua berterabur.
===========================================
tak kesahlah usaha ada, tinggal tawakal. kalo ade rezeki, dapat la dalam 2 minggu lagi. kalo takde, usaha cari kat company laen plak. hahahaha! WISH ME LUCK!

Today's Lesson:
jangan menguap semasa memandu. nanti mata tertutup jalan, dan
jangan makan makanan yang kita kene buang biji/kulit. nanti bila tunduk nak buang, terlepas simpang semasa memandu ke jalan yang tak pernah pergi.
lain toilet, lain paipnye!
hentikan tabiat mengumpat walaupun ianya dalam hati.
myself

Tuesday 12 January 2010


Salam semua.
Ini adalah suatu entri khas. Entri yang mungkin menyaksikan sejauh mana komitmen blogger semua untuk memperlihatkan kepada semua bahawa blogger adalah orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya.



Kita bertanggungjawab terhadap rakan-rakan blogger kita samada dalam keadaan susah dan senang. Kita adalah blogger prihatin terhadap rakan-rakan blogger, terhadap masyarakat dan kepada negara.
Terpanggil kepada permasalahan en. megat, saya meminta semua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda kita prihatin.
Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menyumbang RM1 kepada en. megat. Anda boleh mengikuti apa yag tersurat dan tersirat tentang en. megat di post ini: Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak

myself

Sunday 10 January 2010


1) Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif


ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


2) Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

3) Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah
menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi
dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh,
suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam oarng perempuan datang bulan (maaf)

4) Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

5) Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin,tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

6) Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Rumusan
Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang
dalam hidup

wallahua'lam bissawab~


Dr Fadzilah Kamsah


myself

Tuesday 5 January 2010


Ini ialah gambar kami; ahli Briotlagend yang terdiri daripada pelajar BRIOT batch 2002-2003 bergembira dan berBBQ di Marina Resort selama 2hari satu malam pada 2-3 Januari 2010.
Gambar ehsan Komuniti Briot.


Seronok giler! lepas ni aku tak mahu lepaskan peluang berkumpul lagi~!!!
myself
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *