#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Monday 21 February 2011

aku tak pandai menipu. sebab selalunya penipuan aku akan kantoi (kantoi dalam bahasa melayu sebenar ape ek? oh, terbongkar) akhirnya dalam masa beberapa saat. kadang2 aku dimarahi kerana terlalu jujur. adakah kejujuran itu benar2 akan menjatuhkan seseorang? aku tak pandai nak berselindung.

aku jawab semua soalan dengan jujur. aku reveal semua kekurangan aku secara tak sengaja. macam orang mabuk tengah tido main lepas je semua cerita. aku degil kerana aku melanggar arahan seorang ketua. aku seorang yang cepat bosan. lalu aku ditolak. mentah2 macam telur goyang. sedapnye.

takper. kalo ditawarkan pon aku tetap akan menolak.

hahahahaha *gelak sambil cekak pinggang.

signature2
awak punya background is medic. kami takut awak tak boleh jawab soalan teknikal.
belum cuba belum tahu. cuba lah jujur sikit macam aku. grrr

sebenarnya aku tengah dengar lagu Jauhi Aku - Gensekii. hehhe

Sunday 20 February 2011

letih fizikal
mencari rezeki sesuap
memenuhi permintaan hobi
passion
letih mental
menjaga kepingan hati
harap masa mengubati
signature2

Saturday 19 February 2011

aku bersalah kerana telah melakukan satu kesalahan lalu menyebabkan orang lain dipersalahkan. aku ingin memperbetulkan keadaan dengan memberitahu perkara yang sebenar, tapi aku tak tahu bagaimana caranya sebab perkara ni tak melibatkan aku secara langsung. aku cuba berurusan dengan seseorang, tapi dia seolah tak mahu bekerjasama. atau pendekatan aku yang salah, aku tak tahu. kalau aku masuk campur secara tiba2, mungkin suasana menjadi bertambah keruh. dahla aku punca kekeruhan. dan aku mesti betulkan keadaan. tapi aku buntu. tak tau apa cara lagi yang ada. aku tak tau nak klassifikasikan ini sebagai salah faham ke, ape. tapi yang penting punca dari aku yang degil. aku tak kisah kalau mereka salahkan aku sebab aku memang bersalah. tapi dia tak bersalah macammana aku nak buang title "PESALAH" itu dari dia. puncanya, aku tak mau dengar kata. dan aku dah heret orang lain sekali. apa yang penting sekarang, aku dah mulakan, aku mesti habiskan. tak kira apa yang terjadi lepas ni. biar masa ubat segala. *huarghhhhhhhhhh*

maafkan aku.
signature2
marah ibarat memaku dinding. memaafkan ibarat mencabut paku dari dinding.
sungguhpun paku telah tiada, kesannya tetap ada pada dinding.

Monday 14 February 2011

bestnyer kalau aku stare lame2 keyboard aku ni, dia taip sendiri apa yang aku nak luahkan dengan bahasa yang semua orang boleh paham. takdelah jadi macam entry aku sebelum nih. malas giler nak menaip. tapi banyak bende aku nak SHARE. kenapa aku capitalize kan perkataan SHARE tu? adeih.makin diingat makin sakit hati. itulah dunia, kalau diturutkan sangat, hilang kawan pon tak heran. janji bisnes jalan. bisnes la sangat. barang takde, tapi kene keluar modal. tetiba dapat untung. lainlah kalau macam kawan aku ni. barang ada. aku percaya lah aku ini ialah bisnes walupun ada unsur2 mlm. tapi at least dia buzz aku promote barang. ala, macam korang selalu tag aku kat gambar2 product. adalah nampak jual beli dengan pertukaran barang. ini tak, konon dah lama tak jumpa sebab rindukan kawan2. tapi macam haram endingnye. tipah tertipu bang! buat aku rasa tak mo jumpa kawan2 lama yang lame tak contact tetiba ajak minum. dah lah malas nak ingat. biarkan mereka dengan dunia mlmnye. semoga cepat kaya.

nah layankan

signature2

Saturday 12 February 2011

aku nak expose gambar seksi aku ni. agak-agak ada orang nak tengok tak? lagi-lagi hari kekasih dah nak dekat. ni lah masanya tunjuk gambar sexy. ye tak? senang sikit nak berpacaran.


huh!
ada pulak orang request. nak gambar seksi aku katenye. 

aku jawab, aku takde gambar.

dia tunggu. nak jugak. aku cakap takde. tunggulah macam mana pun. aku takkan bagi.

dia tak putus asa. suruh pass kemudian. aiseh, ni yang aku lemah. korek2 disk nasib baik terjumpa! gambar ni. aku rasa ni lah pose terbaik yang aku ada. penat gak mengangkang. aku dah siap framekan. bentuk heart gitu. ni lah yang paling sexy dalam simpanan aku. walaupun berhutan sikit, tapi yang tu boleh kasi ejas kan? jap2. sebelum tengok, pergi amek tisu banyak2. nanti berdarah hidung korang tengok, aku tak mahu tanggung apa2.


















sebab tu aku malas nak tunjuk. haish

signature2
kene cari pakwe sendiri cepat2. kalo tak ni lah jadinye. _-_,

Thursday 10 February 2011

JSDO82 9U2E NQ !#*@(#!!!!
 
)#*$&$&@&&*@(JDH8#AUSHDUD83391210 DASA1232RSA&^&*E1ID)^0W3E 73&*@&#*#(!
 
98982898F NSDPE8UEN  RYQ3Y789888*& 8&**3 28 *&*(&*@* *** 8ISDA8QY[PI80QWHD
 
SEKIAN
signature2

Sunday 6 February 2011

KAHWIN. rupa-rupanya bukan saja pengerat hubungan silaturrahim antara 2 buah pasangan, keluarga masing2, malah dalam tak sedar meyatukan keluarga bau2 bacang.

ayah, lepas pergi kenduri sepupu ayah, kita pergi kenduri kawan Huda. ni kad dia.

...


hmm... alamat ni dah dekat..

...

tengok sikit nama bapak dia..







...








haaaa! rumah ni lah yang kita nak pergi nanti. ni, bapak dia ni sepupu ayah.

Selamat pengantin baru dua-pupu-baru-tahu =.='


signature2
sape2 lagi orang Muo, check balik susur galur. ntah2 kite sedare. huhhu~

Thursday 3 February 2011

cuti. kadang2 buat aku tak keruan tapi lebih kepada: SERONOK. walaupun hanya sekadar duduk rumah. sorang2 meroyan tak buat apa2 kan. tapi. ntah. aku rasa best. jarang dapat masa terluang camni.

aku ni peminat fanatik novel tulisan Ramlee Awang Murshid. itu pun sejak diperkenalkan kawan aku masa sekolah menengah dulu. dia sarankan aku baca Mandatori. peh. 5 bintang aku kasi. jalan cerita dia menarik. bukan tu je, banyak la motivasi, ilmu2 bermanfaat yang dia share. kebanyakan cerita dalam novel yang dia baru terbit tu up-to-date la. aku ingat lagi masa tu Acheh dilanda tsunami, dia dah keluarkan novel berkaitan. hebat2. aku kagum dengan dia. kalau pergi kedai buku, memang novel dia aku cari dulu. sekarang ni lah masanya aku nak habeskan cerita baru dia - Rayyan Fantasi. 

hati kalo dah suka, kentut busuk pon boleh kate wangi kan. eh, ape aku merepek ni ntah. ooo..aku baru teringat sesuatu. aku suka baca komik gak. tapi mesti penulis/pelukis dia Zint. kalau orang lain punya hasil kerja, aku pikir 5-100 kali la nak beli. mintak maaf ye. tapi itulah hakikatnya. kadang2 ada gak orang cakap cerita dia tak best lah. lawak busuk lah. tapi ade aku kesah. macam aku cakap tadi, aku dah jatuh cinta dengan lawak2 bongek dia. hahahaha.

sejak aku masuk u, aku fanatik dengan cerita2 dari matahari terbit. aku suka sebab cerita dia tak lucah. pakaian gadis2 dia pon agak sopan la compare dengan cerita inggeris. cerita dia bermotivasi. ada moral la disebaliknye. hero pon macho. macam Takuya Kimura. terbaik lah. orang kate cerita Jepun pelik2, sebab tu perangai aku pelik. tapi apa gua kesah bro? yang penting aku suka. hahaha..sekarang ni baru nak tengok cerita Code Blue 2. padahal tahun lepas aku beli dvd tu. Liar Game final stage pon tak terusik lagi. huhhu

anime. pon suke gak. sampai kene ejek. orang panggil aku anime. haish. aku tak peduli. aku suka je. barang2 anime pon ade gak aa aku kumpul. tak banyak la tapi. bagi aku, ia tak memudaratkan. ye dak. bila ko suka apa yang aku tak suka, aku suka apa yang ko tak suka tu lah yang menyerikan hidup kita kan. balik2 kita suka bende yang sama, kadang2 tak berkembang sangat. lame2 jadi bosan agaknye. hahaha. nanti mula lah berebut.

kesimpulannya. aku suka hari cuti. tinggal 2 hari je lagi. )':
signature2
..tapi, janganlah paksa orang lain untuk suka apa yang kita suka..

Wednesday 2 February 2011

early in the morning, phone alarm ringing. 5 am. turn it off. second alarm. 6 am. turn it off. 7 am. turn it off. and at last i woke up at 8:30 am. haish. aih, malas la nak speaking. mari bertukar. aku sengaja letak 3 bijik alarm pagi2 buta. konon boleh la bangun awal terutamanya nak solat subuh kan. melepas juge. burok.

keterbiasaan bangun awal ni yang buat aku tak keruan. dari pagi sampai ke petang, dok meniarap mengadap laptop. tak cramp pon. sebab aku ade la sekali sekale jalan2 online kat bilik lain.

aku rasa laen. sejak bekerjaya, jarang aku dapat dok umah lepak2. aku rasa macam kehilangan pon ade gak. hahaha. aku dah set dalam otak tak mau tengok laptop company. bahayaaaa

"bilik ko sepah giler. sakit mata aku tengok."

okeh. agak rajin lalu aku kemas. aku tengok lappy tu, dari semalam dok stand by. nak kene turn off ni. bateri dah la cam haram. karang ter"off" sendiri naya. banyak fail tak save. tapi masalahnye, aku kene unlock lappy dulu. apa caranya off tanpa unlock. macam takde. aku tekad untuk buka tapi, jangan tengok. terus save fail2 semalam, shut down.

aku unlock. terpandang satu emel. takpe2..biarlah. tapi jari aku laju je taip ssl.vpn dot dot dot. typing..typing..typing.. sent. aaaah! aku cuti hari ni. stop2. tutup

tapi lcd je la.
signature2
workaholicasimse#%^!%#!

Tuesday 1 February 2011

signature2
Aizat - Years From Now

Powered by mp3skull.com

gaya tenang
tak tau dibuat2 atau memang tenang
kalau aku, bengang
pernah tanya, jawapannya tak.
pura-pura. nilaian aku

i've made my mind.

baik atau tak, aku tak pasti. tapi kadang2 aku nak jadi selfish. sebab rasa tak dihargai. perasaan aku. kadang2 aku kesian pada yang tak de kaitan tapi terlibat. mungkin mereka tak heran. buat penat je kesian. kata aku.

world is not fair!

ada mereka kesah? bertepuk gembira barangkali. 
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *