#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Wednesday 29 August 2018

Hari Ahad, 21 Jan 2018 team futsal aku ada 1 day tournament. Aku sekarang team manager sebab lutut dah kiok seram nak main futsal balik. Tapi dalam masa yang sama aku nak training kayuh basikal jugak. So aku ambil inisiatif kayuh dekat kawasan rumah ajelah.

Niat hati nak kayuh dari Gombak sampai Janda Baik dan buat loop dalam tu tapi bangun lewat pula pagi tu. Lebih kurang jam 8:15 pagi baru keluar kayuh dan aku target sampai rumah sebelum jam 11. Maka cukup la kayuh sampai bawah jambatan dekat Genting Sempah, tempat cyclist berkumpul, then patah balik Gombak.

Sampai je rumah, ayah suruh masak lauk. Alamak. Aku diam je lah. Basuh basikal dulu then cepat-cepat masak. Aku buat telur dadar goreng, sayur kobis campur kacang panjang goreng dan sambal ikan bilis. Ingat nak buat sambal ikan tapi tak sempat sebab ikan baru keluar dari freezer.

Lepas bertukang kat dapur, aku terus masuk bilik dan siap2 mandi. Tengok jam dah pukul 12:30 tengahari. Lepas mandi, makan tunggu waktu zohor alang-alang dah nak masuk waktu kan. Sambil-sambil tu tengok juga update team macam mana boleh proceed ke peringkat seterusnya ke tak kan.

Lepas zohor terus gerak ke Challenger Ampang. Parking penuh sebab ada orang buat acara dekat tapak tempat letak kereta. Masa tu team futsal kitorang baru 1 game main & menang so berjaya masuk ke next stage. Tak ada grouping so memang main kalah mati dari awal pusingan.

Alhamdulillah selepas beberapa game, kami menang yaw! Tahniah kepada pasukan futsal wanita Putraria FC sebab menjuarai perlawanan futsal di Mini Karnival DSTAR Arena 2018.

Sekian terima kasih~

Hai awak. Datang sini kayuh dari rumah berapa km? Makan apa tadi? Masak sendiri ke makan kat kedai? Makan dengan siapa? Lepas kita main basikal ni, nak minum ke terus balik? Esok masuk kerja jam berapa?

Soalan itu hanya terpendam di dalam hati. Mataku mampu memandangnya dari jauh. Kenapa aku masih ambil berat? Satu keluhan besar dilepaskan. Aku rasa janggal bila berada dalam satu kelompok dengan orang yang aku pernah sayang. Silap. Teramat sayang. Tetapi hubungan itu terputus begitu sahaja. Rasa ditipu dek janji manis yang diberikan dulu. Pelbagai perasaan mula menusuk jiwa. Rindu. Benci.

"Hey! Pakwe ade depan mata pun menung ke?" Bahu ditepuk, lantas isyarat memotong leher diberikan. Terkejut. Bersalah. Bercampur aduk. Kepala diangguk. Bibir dikatup. Tidak senyum hampir sedih. Aktiviti kayuhan tetap diteruskan. Begitu juga kehidupan.

Thursday 16 August 2018

Aku tulis aku padam. Aku tulis aku padam. Masalah betul lah.

Sebenarnya aku nak tulis bukan pasal masalah yang aku hadapi sebab aku bukan jenis suka jaja cerita kat semua orang, cuma nak luahkan je sesuatu.

Kalau kata kita ada masalah, dan ada orang yang tegur "beb, aku nampak kau macam ada masalah. Kalau kau tak keberatan, cerita kat aku. Kalau tak boleh tak ape. Aku faham. Aku bukan nak masuk campur tapi aku risau tengok keadaan kau" macam ni, jangan lah buang dia dari hidup kita. Rugi oi.

Kalau kita bertegas tak nak cerita sekalipun, sekurang-kurangnya boleh la ajak dia jalan-jalan ke, kayuh basikal ke, makan tengahari ke. Ape sajalah asalkan kita tak stress melampau sehingga membawa kepada depression yang teruk.

Tapi, kalau kita jumpa orang yang lepas kite ngadu, kita pulak yang kena maki balik, baik tak payah. Buat tambah stress je kan.

Itu sajalah yang aku nak bebelkan. Mungkin ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang meninggal dunia tapi aku tak tau siapa. Kikiki

Sunday 12 August 2018

Aku ada sebotol perfume yang dah habis isinya. Botolnya cantik, yang wangiannya sangat harum. Hari-hari aku akan sembur sedikit di pergelangan tangan aku supaya berasa segar dengan wangian tersebut. Lagipun aku pakai sikit-sikit sebab aku tau susah nak beli perfume ni.

Lama kelamaan, perfume tu pun habis. Botolnya diperbuat daripada kaca dan aku masih simpan di meja solek. Puas cari botol dan wangian yang sama tapi tak jumpa. Jadi aku hanya beli wangian yang lebih kurang sama baunya tapi lebih murah harganya.

Satu hari aku fikir tak guna pun aku simpan botol kaca ni. Buat semak je. Lagipun sekarang banyak dah design botol perfume yang cantik-cantik. Jadi aku asingkan botol tersebut ke dalam beg plastik bersama-sama sampah kering yang lain di dalam bilik.

Selang beberapa hari, aku membeli anak pokok untuk diletakkan di dalam bilik dan cecair untuk melebatkan daun pokok. Ianya perlu dibancuh bersama air paip dan disembur pada daun pokok. Aku teringatkan botol perfume yang aku buang baru-baru ni. Mungkin boleh dicuci dan digunakan sebagai penyembur anak pokok.

Aku punggah beg plastik yang aku letakkan sampah kering. Malangnya, botol tu dah sedikit pecah. Walaupun masih boleh digunakan tetapi agak bahaya kerana ada bahagian yang boleh melukakan kulit. Nak tak nak terpaksalah aku beli botol lain yang pastinya tak sama cantik dan wangi seperti botol tu.

Macam tu lah kadang-kadang hati seseorang yang dah dilukakan . Walaupun ada masa mereka memaafkan kita, tetapi kesannya masih ada.

- cerita sekadar rekaan. Mungkin ada kena mengena dengan yang masih hidup atau meninggal dunia tapi tak tau siapa.

Saturday 11 August 2018

Hari ni aku ada buat satu kesalahan. Aku menulis dan post sesuatu di satu akaun media sosial tanpa berfikir terlebih dahulu adakah ayat aku tu baik ataupun tidak. Sudahnya aku dimarahi. Mujur aku cepat tersedar & minta maaf kepada semua orang. Akaun media sosial tersebut, aku turut delete sebab aku tak nak terus menerus melakukan kesalahan ketika menggunakan akaun tersebut.

Azam aku lepas ni, berhati-hati sebelum menulis & melakukan sesuatu perkara. Aku berdoa supaya Allah ampunkan dosa-dosa aku dan membimbing aku ke jalan yang benar. Amiin.

Friday 10 August 2018

Life aku lately macam-macam jadi. ada masa aku happy nye ya amat syukur Alhamdulillah, ada masa aku sedih sampai meleleh air mata, makan pun tak lalu. nak tidur asik terkenang-kenang - apa aku nak buat lepas ni? rasa nak mai pun ada. camtu lah kalau kita exaggerate kan masalah sendiri.

gambar ketika kayuhan criterium Eco Ardence, 8 Aug 2018

Dapat quote Albert Einstein ni, syok jugak guna;
Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving
Aku setuju sebab aku tak pernah pandai imbangkan badan atas basikal kalau tak kayuh. kalau dapat pun mungkin dalam 5-10 saat je pun. hahaha.

Awal-awal sebelum beli basikal, aku tak tau pun yang aktiviti berbasikal ni tak senang. Dari segi kayuhan, teknikal, tactical, kewangan, stamina, strength, pemakanan, tidur lah macam-macam lagi lah. Semua main peranan. Mana tak nye, kecik-kecik dulu kayuh macam tu je. Bila penat berhenti. Niat asal beli basikal pun sebab nak kuatkan lutut yang sakit. Lama-lama tu dah mula seronok sebab dapat ramai kawan, banyak masuk event dan sebagainya, mula la nak upgrade basikal. Tapi aku selalu nasihatkan diri sendiri (memandangkan aku ni bukan orang kaya/berada/lebih dari yang mampu), kayuh je guna apa yang ada dan upgrade kekuatan diri sendiri.

Apa kaitan balancing bike dengan life?

Pertama sekali basikal tu ada 2 roda je kan, kalau kaki atas pedal dah kena kayuh baru boleh bergerak dengan stabil. Kita sebagai manusia (rider) yang menggerakkan (kayuh) life (basikal) kemana arah nak dituju. Kalau sentiasa gembira & tak pernah bersedih macam tak lengkap la hidup ni. Sama juga masa kayuh, ada masa kita naik bukit, ada masa kita turun bukit. Kadang-kadang langit cerah, panas terik, masa pergi redah embun pagi masa balik rumah matahari dah nak terbenam, ada masa hujan renyai. kalau hujan lebat terpaksa lah berhenti sekejap untuk berteduh.

Basikal pulak kalau kayuh mesti kedepan. Kurang sangat orang kayuh kebelakang. Kehidupan kita macam tu jugak. Kita pun memang nak sentiasa maju kehadapan ye dak. Tak kira apa pun rintangan dan halangan, mesti cari jalan macam mana nak sampai ke destinasi.

Main basikal pulak ada masa kita kayuh sorang-sorang, ada masa kita kayuh dengan kawan-kawan. Ada yang memang dah kenal lama ada yang baru kenal masa perjalanan. Yang tak tahu selama ni dah bertahun kawan kat facebook pun ada. alahai bulatnya dunia.

Tayar pulak, sentiasa berputar. kalau kita duduk dekat 1 point kat tayar tu, mesti kadang-kadang kita kat depan. kadang-kadang kat belakang. maksudnya sekali kita diangkat untuk menjadi seorang ketua, bukan selamanya kita seorang ketua. ada masa kita pun tetap jadi pengikut. jadi sape-sape yang diangkat untuk jadi ketua dlam satu organisasi tu, jangan la berlagak sangat macam kita lah yang paling tinggi pangkatnya di muka bumi ni.

Point yang sama, ada masa kita berada di atas, ada masa kita di bawah. pendek cerita dalam kehidupan harian, jangan terlalu taksub dengan kejayaan kita. perlu ingat jugak, tanpa sokongan orang lain, mungkin kita tak akan maju ke hadapan sebab tayar itu bulat!

sekian bebelan aku pada diri sendiri hari ni. didoakan semoga yang bersedih hati tu terubat jugak la hatinya ye. yang bergembira tu, teruskan kecapi kegembiraan tanpa melupakan Allah yang Esa.

Friday 3 August 2018

Segala persediaan fizikal dan mental dijalankan. Boleh dikatakan sebulan sebelum perlumbaan, aku dah mula training, jaga pemakanan dan yang penting, pastikan bekalan air dalam badan mencukupi. Sehari sebelum perlumbaan, aku dah siap-siap tidur kat rumah kawan yang lebih dekat dengan lokasi. Basikal, nombor plate & bekalan semua dah ready.

Aku berjaya menyelit dalam peloton pertama untuk beberapa kilometer pertama sebelum mereka (baca: rider yang kuat-kuat & laju-laju / pro-rider) mula breakaway dekat flyover. So lepas tu aku duduk dekat peloton lain, yang aku sempat cangkuk. Seronok memang seronok sebab less effeort tapi high speed untuk orang macam aku.

Tak tau lah ntah macam mana, tayar depan aku bergesel dengan tayar orang depan aku. Jadi aku tercampak ke kiri jalan, syukur Alhamdulillah tu kawasan rumput. Aku bangun dan tengok meter, baru KM65, masih berbaki 100km lagi. Aku pastikan tak ada sebarang kecederaan pada kepala, badan, kaki dan tangan. Then aku check basikal, semua OK kecuali rantai jatuh. Nombor plate aku diambil oleh komisar. memang dah prosedur barangkali. Lepas betulkan rantai, aku sambung kayuh.

The moment aku bangkit & kaki mula kayuh, seluruh upper body aku terasa sakit terutamanya pinggang dan bahu. kaki terasa berat yang mana aku sangkakan memang aku dah habis kudrat. Aku nak cangkuk peloton yang lalu sebelah aku pun rasa tak larat.Nak tak nak memang aku terpaksa kayuh sorang diri. Apa yang aku fikirkan, aku tak nak DNF (Did Not Finish) tapi kalau komisar stop aku dari teruskan kayuhan, aku redha je lah.

so sampai tengah jalan, ada sorang abang tu cuba tarik aku. Speed pun tak laju dalam 30kmph je tapi still, aku tak boleh nak follow. boleh bertahan speed 25 je. so abang tu tolak aku dari belakang dan cakap "beratnye". Aku diam je la. tengah pewai ni tak larat dah nak gelak. Dia suruh aku berhenti tepi jalan. Rupanya aku susah nak kayuh sebab brake belakang bergesel dengan tayar.

Lepas dah betulkan brake, kitorang sambung kayuh. kami pacing motor sebab dia tarik dalam 30-33 kmph. tapi dalam beberapa km lepas tu aku toleh belakang takde sape pun ikut. rupanya abang yang tolong aku tadi dah lama terlepas. nak tak nak aku terpaksa jugak la habiskan sorang-sorang. motor tu pulak tarik sampai water station yang ke 2 je. so sampai akhir, aku kayuh lah sorang-sorang. Alhamdulillah aku berjaya habiskan sebelum COT (Cut Off Time), dalam keadaan badan yang sakit-sakit. nak bongkok masa downhill, sakit pinggang. nak offsaddle, sakit bahu. so layan je lah.

Keluar result, rupanya aku dapat placing nombor 9 dan aku yakin kalau aku tak terlibat dengan kemalangan pada awal tu, besar kemungkinan aku dalam top 5.

tapi aku yakin yang semua kejadian ni ada hikmahnya yang Allah nak bagi. harap di lain race, i'll be back stronger. jyeahhh
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *