#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday 12 August 2018

Bila dah buang, susah nak baiki

Aku ada sebotol perfume yang dah habis isinya. Botolnya cantik, yang wangiannya sangat harum. Hari-hari aku akan sembur sedikit di pergelangan tangan aku supaya berasa segar dengan wangian tersebut. Lagipun aku pakai sikit-sikit sebab aku tau susah nak beli perfume ni.

Lama kelamaan, perfume tu pun habis. Botolnya diperbuat daripada kaca dan aku masih simpan di meja solek. Puas cari botol dan wangian yang sama tapi tak jumpa. Jadi aku hanya beli wangian yang lebih kurang sama baunya tapi lebih murah harganya.

Satu hari aku fikir tak guna pun aku simpan botol kaca ni. Buat semak je. Lagipun sekarang banyak dah design botol perfume yang cantik-cantik. Jadi aku asingkan botol tersebut ke dalam beg plastik bersama-sama sampah kering yang lain di dalam bilik.

Selang beberapa hari, aku membeli anak pokok untuk diletakkan di dalam bilik dan cecair untuk melebatkan daun pokok. Ianya perlu dibancuh bersama air paip dan disembur pada daun pokok. Aku teringatkan botol perfume yang aku buang baru-baru ni. Mungkin boleh dicuci dan digunakan sebagai penyembur anak pokok.

Aku punggah beg plastik yang aku letakkan sampah kering. Malangnya, botol tu dah sedikit pecah. Walaupun masih boleh digunakan tetapi agak bahaya kerana ada bahagian yang boleh melukakan kulit. Nak tak nak terpaksalah aku beli botol lain yang pastinya tak sama cantik dan wangi seperti botol tu.

Macam tu lah kadang-kadang hati seseorang yang dah dilukakan . Walaupun ada masa mereka memaafkan kita, tetapi kesannya masih ada.

- cerita sekadar rekaan. Mungkin ada kena mengena dengan yang masih hidup atau meninggal dunia tapi tak tau siapa.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *