#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Friday 10 August 2018

Roda Kehidupan

Life aku lately macam-macam jadi. ada masa aku happy nye ya amat syukur Alhamdulillah, ada masa aku sedih sampai meleleh air mata, makan pun tak lalu. nak tidur asik terkenang-kenang - apa aku nak buat lepas ni? rasa nak mai pun ada. camtu lah kalau kita exaggerate kan masalah sendiri.

gambar ketika kayuhan criterium Eco Ardence, 8 Aug 2018

Dapat quote Albert Einstein ni, syok jugak guna;
Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving
Aku setuju sebab aku tak pernah pandai imbangkan badan atas basikal kalau tak kayuh. kalau dapat pun mungkin dalam 5-10 saat je pun. hahaha.

Awal-awal sebelum beli basikal, aku tak tau pun yang aktiviti berbasikal ni tak senang. Dari segi kayuhan, teknikal, tactical, kewangan, stamina, strength, pemakanan, tidur lah macam-macam lagi lah. Semua main peranan. Mana tak nye, kecik-kecik dulu kayuh macam tu je. Bila penat berhenti. Niat asal beli basikal pun sebab nak kuatkan lutut yang sakit. Lama-lama tu dah mula seronok sebab dapat ramai kawan, banyak masuk event dan sebagainya, mula la nak upgrade basikal. Tapi aku selalu nasihatkan diri sendiri (memandangkan aku ni bukan orang kaya/berada/lebih dari yang mampu), kayuh je guna apa yang ada dan upgrade kekuatan diri sendiri.

Apa kaitan balancing bike dengan life?

Pertama sekali basikal tu ada 2 roda je kan, kalau kaki atas pedal dah kena kayuh baru boleh bergerak dengan stabil. Kita sebagai manusia (rider) yang menggerakkan (kayuh) life (basikal) kemana arah nak dituju. Kalau sentiasa gembira & tak pernah bersedih macam tak lengkap la hidup ni. Sama juga masa kayuh, ada masa kita naik bukit, ada masa kita turun bukit. Kadang-kadang langit cerah, panas terik, masa pergi redah embun pagi masa balik rumah matahari dah nak terbenam, ada masa hujan renyai. kalau hujan lebat terpaksa lah berhenti sekejap untuk berteduh.

Basikal pulak kalau kayuh mesti kedepan. Kurang sangat orang kayuh kebelakang. Kehidupan kita macam tu jugak. Kita pun memang nak sentiasa maju kehadapan ye dak. Tak kira apa pun rintangan dan halangan, mesti cari jalan macam mana nak sampai ke destinasi.

Main basikal pulak ada masa kita kayuh sorang-sorang, ada masa kita kayuh dengan kawan-kawan. Ada yang memang dah kenal lama ada yang baru kenal masa perjalanan. Yang tak tahu selama ni dah bertahun kawan kat facebook pun ada. alahai bulatnya dunia.

Tayar pulak, sentiasa berputar. kalau kita duduk dekat 1 point kat tayar tu, mesti kadang-kadang kita kat depan. kadang-kadang kat belakang. maksudnya sekali kita diangkat untuk menjadi seorang ketua, bukan selamanya kita seorang ketua. ada masa kita pun tetap jadi pengikut. jadi sape-sape yang diangkat untuk jadi ketua dlam satu organisasi tu, jangan la berlagak sangat macam kita lah yang paling tinggi pangkatnya di muka bumi ni.

Point yang sama, ada masa kita berada di atas, ada masa kita di bawah. pendek cerita dalam kehidupan harian, jangan terlalu taksub dengan kejayaan kita. perlu ingat jugak, tanpa sokongan orang lain, mungkin kita tak akan maju ke hadapan sebab tayar itu bulat!

sekian bebelan aku pada diri sendiri hari ni. didoakan semoga yang bersedih hati tu terubat jugak la hatinya ye. yang bergembira tu, teruskan kecapi kegembiraan tanpa melupakan Allah yang Esa.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *