Hai awak. Datang sini kayuh dari rumah berapa km? Makan apa tadi? Masak sendiri ke makan kat kedai? Makan dengan siapa? Lepas kita main basikal ni, nak minum ke terus balik? Esok masuk kerja jam berapa?
Soalan itu hanya terpendam di dalam hati. Mataku mampu memandangnya dari jauh. Kenapa aku masih ambil berat? Satu keluhan besar dilepaskan. Aku rasa janggal bila berada dalam satu kelompok dengan orang yang aku pernah sayang. Silap. Teramat sayang. Tetapi hubungan itu terputus begitu sahaja. Rasa ditipu dek janji manis yang diberikan dulu. Pelbagai perasaan mula menusuk jiwa. Rindu. Benci.
"Hey! Pakwe ade depan mata pun menung ke?" Bahu ditepuk, lantas isyarat memotong leher diberikan. Terkejut. Bersalah. Bercampur aduk. Kepala diangguk. Bibir dikatup. Tidak senyum hampir sedih. Aktiviti kayuhan tetap diteruskan. Begitu juga kehidupan.
No comments:
Post a Comment