#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Friday 14 April 2017

Hari tu kan, ada lah sorang yang agak hebat jugak dalam bidang yang dia ceburi bagi statement yang menyakitkan hati pendengar yang mungkin mengangkat dia sebagai idola. aku tak lah mengagumi dia sangat. sebab bagi aku manusia ni sama je semuanya. yang buat masing-masing berbeza cuma cara masing-masing berfikir dan bertindak atas sesuatu kehendak. kalau usahanya lebih, kena pulak cara yang betul, maka hebat lah orang tu berbanding orang lain. lagi pun segala nikmat & hikmat ni semua milik Allah yang mutlak. semua ni pinjaman je. hehe

tapi yang buat ramai sentap bila dia seorang yang dikira antara orang yang terbaik, mengeluarkan kenyataaan seolah-olah menghina orang yang baru mula belajar atau berjinak-jinak dalam dunia sukan. tapi dia memang dah minta maaf secara terbuka dekat facebook dia walaupun statement mengecilkan hati tu keluar kat tv. katanya, pihak media yang potong banyak maka jadilah ayat yang seakan menghina itu.

yang kecil hati, terasa, confirm lah meradang. yang baik dengan dia atau nak jaga aib dia pulak cuba backup dia.

tapi apa yang aku nak sampaikan, dalam dunia yang penuh fitnah ni, tak kira lah setinggi mana kedudukan kita, bila melakukan sesuatu perkara, eloklah untuk mengelak dari meletakkan diri kita dalam kancah fitnah. bila bersembang tu, gunakan ayat yang baik-baik. doakan yang baik-baik. jangan bagi ruang untuk orang meletakkan kita dalam kutukan dan kritikan masyarakat.

bukan senang, tapi berdoalah supaya kita semua terhindar daripadanya. salam Jumaat & salam Surah alKahfi

Barangsiapa menempatkan dirinya atau pergi ke tempat yang menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal jika orang lain bersangka buruk padanya! (Saidini Umar Al-Khatab) 

Sunday 9 April 2017

i'm afraid to fight
no
i'm afraid to lose
fall and fail

but one thing i know
i am a defender
really good at it
using my whole body
and heart
as a shield

i end up
hurting myself

no one know
how much the pain

or does anyone care
like i did


Coward
9 April 2017

Monday 27 March 2017

Assalamualaikum

ingin dapatkan pakej aiskrim pada majlis anda?


kami ada menawarkan pakej aiskrim yang berpatutan dengan peruntukan kewangan anda. sesuai untuk majlis perkahwinan, hari jadi, hari keluarga, hari sukan, rumah terbuka dan sebagainya!

setiap pakej akan mendapat satu mangkuk Banana Split percuma.

hubungi nombor yang tertera sekarang!

Wednesday 15 March 2017

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Dah lama tak menulis. Hari ni dapat menulis balik sebab kereta tak ada. Selama ni aku seorang pemandu Grab Car memandangkan pekerjaan tetap amatlah payah nak dapat. Setahun jugak la aku menganggur ni.

Aku tak ada kereta - ye. Sebab kemalangan jalan raya. Dalam tempoh setahun, dah 5 kali aku mengalami masalah kenderaan, 3 daripadanya adalah terbabit dengan kemalangan.

Kes pertama, aku langgar lori. Ye L O R I. Aku langgar belakang lori. itu memang salah aku. Masa tu aku tak perasan lori tu brake, maka aku terhentam bontot lori. Memandangkan kesannya amatlah sedikit, lori tu tak perasan langsung aku langgar dia. Tapiiiiiiiiiii....... bonet kereta aku kemek teruk. Hairan kan. tapi memandangkan macam tak beri kesan langsung kat enjin aku biarkan je lah kemek tu.

Kes kedua, aku keluar dari parking depan rumah. Ye, depan rumah. Bila bergerak aku rasa tayar depan sebelah kanan terjungkit. Bila keluar kereta aku tengok papan sebesar tapak tangan melekat dekat tayar. Ok lah dah nampak apa yang berlaku, terus pergi bengkel tampal cacing. Macam pelik jugak tiba-tiba ada kayu berpaku kat tempat parking depan rumah. tapi takpe, kita bersangka baik saja lah ye. RM5, selesai semua.

Memandangkan mileage kereta dah naik, maka terpaksalah hantar kereta ke bengkel untuk rutin service. tapi disebabkan bonet depan kemek, aku pun repairlah kereta, 2 bulan jugak lah tak ada kereta. Melanguk. hati gembira kereta dah dapat & cantik. Selang 3 hari, dalam perjalanan nak ke birthday party kawan, kereta aku kena langgar dari belakang. kereta depan emergency brake, aku pun ikut sama. kereta belakang tak sempat brake terus hentam kereta depan sekali. jadilah aku sebiji sandwich yang malang. bumper depan yang baru tukar, retak. bonet belakang kemek ke dalam, sampai mangkuk letak tayar simpanan pun sama kemek. kereta belakang tak berapa kemek, pecah geli-geli je. kereta depan kemek sikit je pun, tapi paling bising antara kitorang bertiga.

Ini pengalaman pertama aku terbabit kemalangan serious ni. aku cuba bertenang sebab ramai orang luar berhenti nak "menolong" - hantar bengkel saya.. hantar bengkel kawan saya.. hantar bengkel nenek saya.. Aku tengangkan fikiran, call adik aku yang berpengalaman jadi pomen beberapa tahun. "kau snap gambar kereta depan & kereta belakang yang kemek tu, sekali dengan no plate, ambil nombor telefon kereta depan & belakang, then blah. kereta ko boleh jalan lagi kan" saya yang menurut perintah, buat apa yang diarahkan lalu pergi dari situ.

Kereta belakang macam biasa cuba negotiate agar aku tak buat laporan polis dan memberikan janji manis bahawa dia akan tanggung kos membaiki yang hanya dalam RM1000-RM1500 dengan cara ketuk & cat bagi cantik dalam masa seminggu. tak buat laporan polis? ketuk je? boleh percaya ke ni.. reverse sensor aku pecah. body kemek teruk nak ketuk. yang patah2 tu macam mana. takpelah.. sekurang-kurangnya kalau ada laporan polis aku boleh claim insurance, kerata nampak baru, dapat genuine part pulak tu. takpelah. aku tolak dengan baik.

kereta depan pulak, minta kat aku RM150 nak ketuk dan cat kereta dia. dia cakap tak perlu report polis pasal kereta dia sebab dia kata tak nak aku kena denda. baiknya hati. aku tanya pegawai polis yang ambil keterangan aku, katanya kereta depan kalau ada 100 ke infinity sekalipun, tetap boleh claim insurance kat kereta belakang sekali. Oooooo... nasib baik aku tak bayar ape-ape. aku tanya jugak pegawai polis tu, aku kena denda ke? TAK. tetaplah kereta belakang sahaja yang menanggung.

maka selesai semuanya, tambah lagi 2 bulan jugaklah aku melanguk tak ada kereta. tapi kali ni aku boleh claim lost of use. bengkel yang kita hantar untuk repair tu akan bagi semua dokumen, kita bawa pergi ke tempat insurance kereta belakang & claim pun tak ambil masa yang lama.

kes keempat, aku masuk parking dalam sebuah pusat beli belah sebab nak singgah solat. sambil-sambil tu beli makanan isi perut lapar. tengok-tengok barang kut ada yang murah-murah ke kan. bila balik, tengok tayar depan belah kanan dah flat habis. ada kesan koyak kat belah tepi tayar. tengok gaya macam dah flat sebelum parking lagi. maka aku redah ajelah sampai kedai tayar. kalau tukar tayar spare pun bukan boleh pakai lagi tayar tu. bila check memang x jumpa paku ke ape benda tajam. mungkin cacing sebelum ni tertanggal kut.

kes kelima, aku buat Grab Car. dalam kereta ada penumpang. sorang lelaki sorang perempuan & bukan warganegara. tak tahu apa masalah aku hari tu. nak kata stress, tak pun. sejak kena hentam dari belakang dulu, memang aku bawa kereta secermat mungkin. tapi tak tahu hari tu, orang cakap menda dah nak jadi kan. traffic light hijau, aku belok kekanan. ikut waze je. baru belok sekejap, tetiba ada motor betul-betul depan aku. Ya Allah aku salah lorong. patutnya aku duduk belah kiri, tapi aku duduk belah kanan. motor sempat elak kekanan sikit lalu terbanglah beliau lalu menghentam sebahagian kereta aku. bumper, bonet depan, body kanan sebelum pintu - kemek. cermin depan, lampu kanan & signal kanan depan pecah. rider? Alhamdulillah luka kecil. aku mengaku salah, minta maaf, ambil gambar, tukar-tukar no phone & masing-masing berlalu. aku buat report polis, denda RM300 dan SEDIHNYA.

5 kejadian dalam setahun. 3 kemalangan jalan raya. hilang punca pendapatan berkali-kali.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

wahai Allah, engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya engkau. Padamu aku bertawakkal, dan engkau adalah Tuhan dari Arsy yg Maha Besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakinya pasti pula tidak akan terjadi, dan tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus. Amiin.
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *