#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Friday 10 April 2020

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan teladan

Di dalam surah Al-Qasas ini, terdapat 3 perkara Utama iaitu
1- Kisah Nabi Musa
2- Allah mengajarkan nabi Muhammad SAW tentang dakwah,  serta balasan bagi orang beriman dan kafir
3- tentang Qarun

Kisah nabi Musa pada surah ini adalah lebih mendalam dari surah sebelum-sebelum ni yang mana Allah menceritakan dengan lebih terperinci tentang:

1- ibu kepada nabi Musa berpisah dengannya ketika Firaun menyerang mereka

2- Nabi Musa menjadi sebahagian daripada keluarga Firaun

3- Ibu nabi Musa bertemu dan menyusukan nabi Musa walaupun di bawah jagaan Firaun

4- Nabi Musa menumbuk seorang lelaki sehingga menyebabkan kematiannya dan Nabi Musa menjadi orang yang dikehendaki Firaun. Nabi Musa segera bertaubat dan diampunkan Allah

5- bagaimana nabi Musa menyorokkan diri selama hampir 10 tahun, menjadi pengembala binatang ternak dan berkahwin

6- nabi Musa kembali ke Mesir dan mendapat wahyu yang pertama serta diajarkan 2 mukjizat untuk berhadapan dengan Firaun di gunung Tursina

7- Nabi Musa ditemani nabi Harun kembali berhadapan dengan Firaun untuk kembali berdakwah

8- Firaun mempersendakan nabi Musa dengan meminta Haman membina bangunan yang tinggi untuk melihat Tuhan nabi Musa

9- Atas kesombongan Firaun, mereka dikepung dan ditenggelamkan ke laut

10- Mereka menjadi ketua-ketua kepada kesesatan, diiringi laknat di dunia dan dihina di akhirat

Allah berfirman bahawa nabi Muhammad tidak pernah berada di tempat kejadian, tidak tinggal bersama penduduk Madyan untuk belajar, tidak berada di gunung Tursina tetapi baginda tahu tentang kisah para nabi kerana wahyu yang diterima baginda untuk diajarkan kepada kaum nabi Muhammad yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul. Maka tidak ada alasan untuk berkata tidak mendapat sebarang peringatan ketika ditimpa bencana.

lepastu, Allah mengajarkan kepada nabi Muhammad ketika berhadapan dengan orang kafir, balasan serta kebinasaan yang mereka dapat serta balasan kepada orang yang beriman

Allah juga memberitahu bahawa nabi Muhammad tidak mempunyai kuasa untuk memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya melainkan Allah SWT sahaja.

Di akhirat kelak, orang yang menerima azab mengakui kesalahan mereka iaitu memuja dan metaati hawa nafsu sendiri, menyesal kerana tidak mengikut petunjuk bahawa tiada tuhan melainkan Allah

Siang dan malam adalah salah satu rahmat Allah (bekerja pada waktu siang dan berehat pada waktu malam) serta bukti kekuasaanNya

kisah Qarun pulak

1- Qarun adalah dari kaum nabi Musa yang sombong, berlagak pandai, zalim sebab dia kaya raya dan menyangkakan bahawa kekayaannya adalah disebabkan pengetahuan dan kepandaiannya.

2- dia jenis suka berlagak, menunjuk-nunjuk sampai orang cakap best nye kalau boleh jadi macam Qarun. untung laaa

3- lepas tu orang yang berilmu menjawab, jangan cakap camtu. pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman. kalau nak dapat pahala tu, masuklah dalam golongan orang yang bersabar

4- Qarun dan rumahnya tertimbus dalam tanah ketika diazab dan tak ada siapa pun yang dapat menolongnya

5- lepastu orang yang mengidolakan Qarun mula sedar bahawa: segala rezeki Allah yang bagi, Allah juga lah penyempit rezeki serta orang yang kufur nikmat tidak akan berjaya

Nikmat di akhirat untuk orang yang:

1- tidak bertujuan mendapatkan pengaruh / kelebihan di muka bumi
2- tidak melakukan kerosakan
3- bertaqwa

akhirat nanti siapa yang bawa amalan baik, akan dibalas dengan balasan yang lebih baik dari amalannya
tapi siapa yang bawa amal jahat, hanya dibalas mengikut apa yang dikerjakannya

Allah mewajibkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikannya. Allah mengulangi bahawa Dia sahaja yang tahu siapa yang membawa petunjuk dan siapa yang berada dalam kesesatan. Nabi Muhammad SAW tidak pernah berharap akan menerima al-Quran tetapi diturunkan sebagai rahmatNya. Allah meminta nabi Muhammad untuk:

1- tidak berhenti menyeru manusia beriman kepada Allah walaupun dihalang oleh orang kafir

2- jangan menjadi golongan musyrik

3- jangan sembah Tuhan selain Allah. Tiada Tuhan selain Allah

4- segala benda di dunia akan binasa kecuali zat-zat Allah

5- Allah sahaja yang memutuskan segala hukuman

6- kepada Allah juga lah tempat kita kembali

sekian. selamat membaca Al-Quran
Wallahualambissawab


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *