#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Wednesday 8 April 2020

Surah Ash-Shu'araa

Bila baca tafsiran surah Ash-Shu'araa (lepas surah al-Furqan) ni memang seronok sebab bila kita baca tafsir ni, perasaannya seolah-olah Allah sedang bercerita kisah para nabi yang terdahulu kat kita. Dalam surah ni, Allah meminta Nabi Muhammad SAW supaya tidak berdukacita ketika orang kafir menolak untuk beriman kepada Allah SWT. Allah akan turunkan mukjizat dari langit kalau Dia menghendakinya. Walaupun banyak bukti kekuasaan Allah kat muka bumi ni macam tanaman yang bagi macam-macam manfaat, kebanyakannya masih berdegil nak beriman kepada Allah. Disebabkan mereka masih mendustakan Al-Quran, mereka akan menerima azab atas perkara yang mereka ejek-ejek itu.
Seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Furqan sebelum ni yang mana Allah meminta nabi Muhammad SAW melihat kembali kisah Nabi yang terdahulu, maka semua itu Allah ceritakan dalam surah ini.
1- kisah nabi Musa AS dengan Firaun, mukjizat nabi Musa iaitu tongkat yang berubah menjadi ular dan membelah lautan untuk menyelamatkan nabi Musa AS dan pengikutnya serta meneggelamkan tentera Firaun. Ini pun dah tunjukkan kekuasaan Allah SWT, tapi masih ada kebanyakkannya yang tidak mahu beriman.
2- kisah nabi Ibrahim AS yang bertanya tentang berhala kepada bapa dan kaumnya, apakah berhala itu mampu memberikan apa-apa manfaat kepada mereka? Mereka mengakui tiada satu pun tetapi tetap meneruskan kerana orang terdahulu (datuk nenek) menyembah berhala. dalam surah ni Allah ada berikan doa nabi Ibrahim baca supaya diberikan ilmu pengetahuan, hubungan dengan orang-orang yang soleh, nama menjadi sebutan yang baik di kemudian hari, mohon menjadi ahli syurga Naim, ampunkan bapa dia yang sesat, minta kemuliaan di hari akhirat. Allah ceritakan juga tentang azab hari akhirat bagi mereka yang menyekutukan Allah. Ada yang meminta second chance sebab mula rasa menyesal, tapi tak dapat.
3- Kisah Nabi Nuh yang dipertikaikan oleh kaum dia. kenapa mereka perlu ikut kata-kata dia (beriman kepada Allah SWT) sedangkan pengikut nabi Nuh AS kebanyakannya orang yang berpangkat rendah dan dipandang hina pekerjaannya. Nabi Nuh kata dia tak kira siapa pun mereka sebab amal ibadah mereka dihitung Allah. Nabi Nuh tetap kena kecam & diugut, lalu nabi Nuh berdoa kepada Allah supaya menghukum mereka & selamatkannya dengan orang yang beriman. Maka mereka yang tak turut serta dalam bahtera Nabi Nuh AS, ditenggelamkan. walaupun banyak bukti kekuasaan Allah SWT, masih sedikit mereka yang beriman kepadaNya
4- Kisah Nabi Hud yang didustai oleh kaum Ad. diceritakan bahawa kaum Ad ni banyak bina bangunan besar yang kukuh, binatang ternakan yang banyak, tanaman yang subur serta sumber air yang baik. Bila nabi Hud AS ajak untuk beriman kepada Allah SWT, diorang sombong bahawa apa yang nabi Hud cakap tu semua adat kebiasaan orang dulu dan diorang tak akan diseksa. akhirnya mereka dibinasakan, pun masih ramai tak nak beriman..
5- Kisah Nabi Soleh dan kaum Thamud yang ada taman indah permai, pengairan yang baik, kebun tanaman & pokok kurma yang buahnya halus lembut & menarah gunung ganang untuk dijadikan tempat tinggal mereka. Mereka mengganggap nabi Soleh ni salah seorang dari golongan yang terkena sihir dan meminta bukti kebesaran Allah. nabi Soleh bagi tau kena ambil giliran minum air dengan sekor unta betina ni dan nabi Soleh dah warning jangan kacau unta betina ni, kalau tak nanti akan dapat azab kebinasaan. tapi diorang tikam unta tu sampai mati, mereka dibinasakan. pun begitu tak ramai yang nak beriman kepada Allah
6- Kisah nabi Lut AS yang mengeji perbuatan kaumnya yang LGBT. Bilamana masing-masing tetap tak nak ubah perangai, nabi Lut AS berdoa kepada Allah supaya menyelamatkannya, keluarganya & pengikutnya, maka yang lain hancur dihujani azab. Walaupun dah tunjuk kekuasaan Allah, tapi masih bnayak yang tidak mahu mengaku keimanannya kepada Allah SWT.
7- Kisah nabi Syuaib yang kaumnya menipu dalam perniagaan tetapi nabi Syuaib dituduh seorang yang golongan kena sihir oleh kaumnya. diorang cabar untuk gugurkan sesuatu yang mebinasakan dari langit kalau kata nabi Syuaib tu orang yang betul. Lepas tu pada hari awan mendung & mereka diseksa & di azab. Pun begitu masih tidak ramai yang nak beriman kepada Allah SWT
Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT melalui malaikat Jibrail, supaya memberi pengajaran & amaran kepada umat manusia dalam bahasa arab yang fasih terang & nyata. kenapa? juga diterangkan dalam surah ni. tetap ditegaskan sesiapa yang berdusta dengan Al-Quran, maka akan menerima azab yang tak terperi. mereka yang terlambat untuk bertaubat meminta untuk diberikan tempoh sedangkan bertahun-tahun telah menikmati kesenangan.
Allah beritahu kepada siapakah syaitan selalu turun - kepada setiap pendusta yang berdosa, yang mendengar dusta dengan bersungguh-sungguh, ahli-ahli syair (kecuali yang beriman dan beramal soleh), golongan sesat tak tentu hala.
sekian. wallahualam bissawab
selamat membaca
semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *