#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Saturday 10 December 2011


3 Dec 2011, UMW Toyota was sponsoring an event called Amazing Trails of the Thril Seekers 2011. this event is opened to all Toyota owner. it started since early of Nov11 where the participant should form a team or 3 or 4, doesn't matter whether the team member is a Toyota  owner or not. not all registered team would be accepted to join the event until we collect as many cheers as we could. even though we just get 5 cheers, we did manage to be in top 30 and participate the event on 3rd Dec 2011.
the event begins at Bazar Putrajaya. the team must select 1 person, and that person should wear creatively with the cloth buy at the Bazar. each team provided with RM100 to spend.

luqman with hat, shirt and selendang(?)


not only spend and pictures, but we should get cheers from friens at facebook too! this is the time where we call everyone early in the morning to help us, and the vote open only for 30minutes! sigh...

going to the next station which is more interesting -wall climbing. this is the very first time for us to climb a wall. i got sprained  right leg but it doesn't stop me to participate. hehe.. in this station, we are given 15 minutes to climb as many times as we can. there are 3 levels on the wall, of course each levels hold different scores. thought about winning? imposible..


going to last station, the best experience that i ever had - go kart!!!!!!!!!! BROOM BROOM BROOM~  yeah our 1st time experience too. at this station also have a picture together and cheers from friends are needed.  i don't care about that. what i want is only race it. yeah. got a lot of black spot on white shirt and face too when the water pools after rain. don't know how to express the enjoyable moments but i do really enjoy it!


we heading back to UMW Toyota  HQ at Shah Alam for the closing ceremony and lunch. my stomach full of very delicious and tasty cheese cake and mango pudding... slurppp.... should tapao some of it to home. hehe..


that all i hace. even though not winning any of it, but i realy enjoy everything. going back at 3pm, with a very heavy head. this is the moment where the fever started....... huhhuhuhuhu...

signature2

Sunday 20 November 2011

Even if you fall to the bottom
Your life is not go to the end
Even if you fall, it will go on
Life won't end easily







but if you live,






there will will be a horrible day






there will be an amazing day






that is what we call ~~~~~~~~~ LIFE
signature2
curi kat Nobuta wo Produce Maruko. kon~

Sunday 23 October 2011

Assalamualaikum


aku ada satu senjata teragung untuk di share secara percuma okay. mula2, baca Bismillahirrahmanirrahim. lepas tu baca doa kat bawah.




happy moments - praise Allah 

difficult moments - seek Allah

quiet moments - worship Allah

painful moments - trust Allah

every moments - thank Allah





renung-renungkan. selamat berdoa dan beramal~



signature2

Friday 21 October 2011

aku ni selalu sangat tak ada masa, sibuk la konon kan. mane tak nye, masa banyak perabih kat tempat lain. inilah yang sering diperkatakan rezeki ada di mana-mana, usaha tangga kejayaan cewah!




Tarikh: 16 Oktober 2011
Tempat: Tongga De Futsal, Seri Kembangan



Tarikh: 9 Oktober 2011
Tempat: Kepong






esok? erm. tak tahu lagi. macam biasa, kalau ada rezeki, ada la hasilnye~ wehuuuuuuuu
signature2


tarikh sepatutnya: 20 Oktober 2011
tarikh dapat 21 Oktober 2011
tempat: Sensata
lebih specific: cubicle aku

hahahaha... tenkiu Zanna & Mira merangkap rumets housemets, officemates mates2 .


Saturday 15 October 2011



Last Hari Raya AidilFitri holiday, we grab a chance to have a visit at Melaka Banda Hilir, which carries a lot of histories about Melaka. The picture below was snapped at in front of the Christ Church, Melaka. What make this photo as the happiest moment is when the boy - Hamizan (close his eyes) was bravely squeezing and slapping the snake will all his heart, making the snake to move and twist. Even though the boy was too scared of what he done to the snake, he didn't move but only act like that. The girl behind - Syasya previously was holding the snake but suddenly she started to cry heavily and run away. The girl with pink-white stripes shirt - Sara, never touch the snake even though she is the one who wanted to touch and have a photo with the reptile at the first place. Of course, we laugh all day long happily!!







signature2




signature2
i wanna know the truth instead of wondering why




bising katanya mengganggu
senyap katanya merajuk
hal peribadi usah disentuh
kelak nanti menjadi musuh



Saturday 1 October 2011

aku rasa sakit hati dengan diri sendiri. ini semua salah aku sendiri. aleh2 aku memfitnah. aku tak tahu nak kata apa. nak dimarahkan, diri sendiri. huuuuuu. apepun, aku redha dengan apa yang terjadi.....


















inilah akibatnya bila duduk rumah sesaja tak buat apa melainkan mengadap laptop buruk ni. kikiki.. peace no war!


signature2

Thursday 1 September 2011





kalau ikutkan hati aku, nak bagi tajuk ni "wordless everyday" tapi takut nanti ada sorang makcik tu jeles pulak. ape namenye ek? alahai.. Hailin? bukan2.. Halien? isk bukan jugak.. erm... haaa... Haleen Hayden. hahahaha

Lokasi: Bandar Hilir, Melaka, Malaysia
Tarikh: 1 September 2011


signature2

gambar ni aku snap secara spontan guna henpon jer. cantik jugak kan? hihihi

Saturday 27 August 2011

setiap minggu surau kat taman perumahan aku aka Surau Darul Muhajirin pasti akan buat majlis berbuka puasa. aku hari ni hari pertama dalam bulan Ramadhan ni berbuka dengan jiran tetangga kat surau. selama ni berbuka kat rumah atau ngan member-member kat luar. 


sampai aje aku duduk bersila sorang-sorang. mak aku duduk ngan kawan-kawan dia dekat meja belakang. aku segan la nak duduk atas kerusi memandangkan kudrat untuk aku bersila atas lantai lebih kuat kan. 


tengah termenung dengar pak imam baca zikir, aku tersedar sesuatu.


"Huda kan?"
aku tengok anak mata makcik ni. macam pandang tempat lain. aku nak toleh belakang, tapi nanti macam memalukan dia pula. 
aku senyum. "haah."
"ha.. lama tak nampak"
aku senyum lagi. dia tambah lagi
"kurus dah sekarang.."
aku senyum lagi tambah sikit ketawa kecil ala-ala gadis ayu ketawa. 


hehhe~ dalam 10 orang kata aku gemuk ada juga yang kata aku dah kurus. yay!


signature2

dalam kesempatan ini, saya dengan rasa rendah dirinya menyusun 20 jari termasuk tangan dan kaki meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terkutuk, terumpat dan segala perkataan yang menghiris kalbu. hihi. dan semoga Allah menerima amalan kami dan anda. 

تقبل الله منا ومنك

Tuesday 23 August 2011

just can't sleep early

signature2

Monday 22 August 2011

aku sedang berlari. mengejar. tidak sekali dikejar. sesuatu yang tak pasti. tak tahu sejak bila dari mana bermula. ada penghujung tapi tak tahu apa ada di sana.

mengah. aku tetap tidak berputus asa. terus mengejar.

aku tiba di sebuah lautan yang luas. dari mata kasarku, indah. aku cuba berenang merentasinya tapi hampir tenggelam. ramai lagi bersamaku. ada yang terus tenggelam. ada yang terapung megah. lebih hebat mereka yang berada di atas kapal pelbagai corak bendera. sebagai pemerhati.

perasaan tentang keindahan tadi semakin pudar.

pada anak kapal, siapa yang timbul itu hebat. beruntunglah mereka tatkala mendapat janji, anugerah dan ganjaran yang tak ternilai. pada kelasi, siapa yang tenggelam itu lemah dan lemas. kuburkan mereka di darat. kasihan mereka. pada kapten, yang masih berusaha untuk terus timbul itu biasa sahaja.

ku lihat, sedikit demi sedikit manusia itu berundur. pulang ke daratan dan mencari lautan lain yang ku kira lebih indah untuknya. tekad.

aku. mujur ada yang sudi membantu. menghulur tangan sedikit demi sedikit membuat ku dan beberapa rakan manusia sedikit terapung dan kelihatan. lebih bersemangat. walau adakala aku hampir putus asa. aku tenggelam bersama perasaan itu. sentiasa berusaha untuk terus timbul. apakah dan sampai bilakah aku mampu terus merentasi lautan ini?


signature2
perasaannya seperti mahu kembali pulang ke darat dan teruskan berlari mengejar sesuatu yang tak pasti itu. dan ini tidak mungkin akan berlaku kerana aku perlukan sebuah KEPASTIAN!

Sunday 21 August 2011

Assalamualaikum WBT.


Hai kawan-kawan. mari kita belajar tentang tulang.


tulang ialah organ kaku yang mempunyai pelbagai bentuk dan struktur. seorang manusia yang baru sahaja lahir di dunia yang fana ni ada la dalam 300 batang tulang. tulang ni walaupun tak flexible, tapi tetap bertumbuh. sebab tu masa lahir kenit je aku ni, dah capai umur sekarang, peh, tinggi. tapi tak cecah tiang lampu tepi jalan lagi la. kalau berdiri sebelah Nicole David, aku kalah sikit kot. haish.. nak tinggi lagi sempat lagi neh sebab belum cecah 25 lagi. hiks ;)


banyak kepentingan tulang ni. mensruktur bentuk badan, erm.. memudahkan pergerakan, melindungi organ-organ, mengunyah makanan.. ape lagi eks.. ah lu pikir la sendiri. malas nak perah otak dah.


ada satu tulang ni. kedudukannya pada atas rib cage. bentuknya adalah macam huruf s tak berapa nak jadi . orang London panggil tulang ni "Beauty Bone" kadang-kadang deorang suka-suka ja panggil "Collar Bone". tapi orang sains ke fizik ke, doktor ke suka sebut "Clavicle Bone". ala, kalau gadis-gadis ayu lagi manja beli rantai, loketnya mesti nak terletak antara dua tulang. tulang tu la yang aku maksudkan. orang latin pula suka panggil clavis. maksudnya kunci. tak tahu lah apa kena ngena tulang ni dengan kunci. 


satu-satunya tulang yang kedudukannya melintang. tapi kalau kita baring secara mengiring, keadaannya akan bertukar menjadi satu-satunya tulang yang kedudukannya menegak. datangnya sepasang. sebelah kiri satu, sebelah kanan satu. 


aku tengok cermin tadi. aku ternampak yang tulang kanan lagi besar dari tulang kiri. obvious sangat. apesal eks memang macam tu ker? cuba tengok cermin.. ke aku sorang je macam tu? huwaaaa...

signature2

Saturday 20 August 2011

Wahai teman ku
orang sanjungan ku
betapa mulianya hatimu
membimbingku ke arah wawasan maju

teman yang ku sayangi
kaulah pedoman ku hari ini
kau sahajalah tempat ku bersukaria
adakalanya tempat mengadu

teman,
kau lah satu-satunya buah hatiku
tidak ada lain selain dari mu
anggaplah, apa yang menimpa diri mu
diri ku turut merasainya

signature2

macam mana ada sajak ni dalam simpanan aku, aku tak tahu. siapa yang beri, aku tak tahu. almaklumlah nak raya ni tengah kemas-kemas bilik, secara tak sengaja terjumpa pula benda alah ni. huhu.. siap ada kad2 yang konon-konon nak hantar, tak terhantar. ada sampul, tapi kad entah memana. ada kad tapi takda sampul (oke lagi kan) macam-macam lagi lah.. bila baca balik kelakar pulak rasa huhhu~

agak-agak nak kad raya dari aku, boleh la tinggalkan alamat. kalau malu, tak dapat. hahaha.. kalau rasa alamat tu privacy, letak la kat ruang sini. okelah. selamat maju jaya. eh salah, selamat beramal di bulan ramadhan 10 yang terakhir.

Sunday 7 August 2011

Assalamuaaikum WBT salam sejahtera.


walaupun blog ni tak berapa nak berhabuk tapi ada la sikit2 rasa selesama datang menerjah bila sampai sini. tak tahu nak cerita apa sebab memang tak ada cerita menarik. yang bosan ada. contohnya hari ni bangun sahur makan nasi tidur balik lepas solat Subuh dan bangun jam 12 tengahari kemudian. peh hilang kelazatan pahala puasa tu. huhu. 


semenjak dua ni aku selalu teringat-ingat ayat kawan aku. "ada ke orang jujur kat dunia ni?" ada pernah ku ceritakan kat entry yang lepas. aku tak rasa ini sesuatu yang baik. entahlah. sedangkan aku sendiri tak pernah jujur 100% perfect. jadi aku tak boleh la nak persoalkan ketidakjujuran seseorang. ye dak. lantaklah. whatever it is, let it be. whoever they are, let them be as what they want to be. i do care, but i don't wanna get bothered with that. malas nak masuk campur atau jaga tepi kain orang lain. baik aku jaga diri aku sendiri kan.


sekarang bulan puasa. limited sikit aktiviti lasak siang hari. mane nak re-hydrate lagi-lagi waktu tengah terkinja-kinja kat tengah panas nanti. cari nahas namanya. malam hari boleh, tapi lepas kul 11 malam. peh memang mencabar bila nak bangun sahur pagi esoknya. aku rasa performance aku sebagai goalkeeper berkaliber dah merosot. kenapa aku sendiri tak tahu. malas nak jadi keeper pun ade gak perasaan tu. alahai. jangan la macam ni. I-Metro dah dekat kot. lepas raya. takkan nak training time raya. kompem masa tu perut tengah senak dengan lemak daging masak rendang ayam masak lemak cili api. peh meleleh air liur. 


sebut pasal raya, teringat pula kerja. berapa hari aku nak apply cuti pun aku tak tahu sebab aku rasa nak cuti seminggu jugak. tapi tetiba ada berita tak baik menyusul menjelang raya. orang lain seronok terkinja-kinja kat kampung masing-masing takkan aku nak bersedih terkial-kial kat opis sorang-sorang. ini dah masuk raya kedua nih. oh~ ini tidak adil tidak adil bagi ku. baru ku tahu kenapa setiap kali tengok jobstreet, "fresh graduate are encouraged to apply". sebab kebiasaannya freshie ni bujang trang tang tang! mana ada family sendiri jadi senang dibuli. huk. 

signature2

Monday 1 August 2011

Assalamualaikum WBT


lama gak tak jenguk blog aku sendiri. sibuk? ya. malas? ya. sibuk + malas = berhabuk. walaupun theory itu kelihatan tak bernas tapi berasas. tapi hari ni kurang sibuk dan agak rajin sebab aku cuti. haha. saje kan pilih 1 Ogos, 1 Ramadhan utk cuti.


sibuk ada banyak cabang. tapi datang dari satu akar iaitu sibuk hal dunia. kalau ikutkan peratusan sibuk tu, 60% datang dari tempat kerja, 30% datang dari futsal dan 20% datang dari diri sendiri. diri sendiri. ye. pura2 sibuk. rehatkan diri. kemas bilik dan cuci akuarium berkeladak sampai tak nampak isi tu pun kira sibuk la juga kan. hehe.


ha. sebut pasal futsal. aku rasa hampa. sehampa Malaysia kalah dengan Singapura baru2 ni. menonggeng. malu pun ada. hari Sabtu, 1st time seumur hidup aku sepak bola, kena skaki striker, masuk gol sendiri. malu besar la aku memang pengajaran seumur hidup. stupid mistake yang terang2an aku buat. dah la aku harap sangat aku perform betul2 game tu sebab itu last game sebelum masuk bulan Ramadhan. tapi aku sendiri yang hampakan diri sendiri dan orang lain. haiyoo. takpe. lesson learn. mungkin ada hikmah disebaliknya. huhhu..


hikmah. dapat tgk anak buah aku main netball. sampai2 kakak aku cakap: hari ni Syasya menang je. tak pernah kalah lagi ni.
pergh. sentap ulu hati aku yang baru lepas kalah sebab diri sendiri ni. huhhu. xpelah, aku kalah dia menang. kira okay la tu kan. sobs. *menyedapkan hati sendiri.





ni lah syasya dengan trophy nombor 2. kalah final. seri 7 sama 0-2 masa tambahan.


malam, makan kek. birthday Luqman. panjang mengalahkan aku. aku jalan berdua ngan dia mesti orang kata dia abang. huhhu~


Ahad.
pergi Wet World Shah Alam. tak delah best sangat tempat tu. tapi best sebab aku gi ramai2 dengan family. main gelongsor berkali2. gelongsor yang sama. sanggup turun gelngsor naik balik. bila rasa tak seronok, main panjat2 kat ape kenamenye ntah. agak bosan, beli pelampung. sanggup beratur panjang berkali2 semata2 nak main gelongsor yang konon terpanjang tu. main n mandi sampai lebam orang muda mudi macam aku kata.


dah penat. balik. on da way balik tu lalu federal highway. lalu depan mid valley, terus singgah. beratur beli tiket Captain America on da spot. nak tengok yang biasa dah habis, so beli 3D. 1st time jugak aku beli tiket 3D. tapi yang tak bestnya dok barisan ke4 dari depan. takpelah. ape leh buat. ni la dinamakan aktiviti tak dirancang. huhu. bagi aku ceritanya tak bape nak best, pastu ending nya kureng. kalau ada 5 bintang, aku bagi 3 je kot. tak best ah. hahaha.. tapi sebab aku tengok 3D, puas gak la. lagi2 part Roger baling shield tu tepat kat muka aku, termengelak la jugak badan penonton2. huhhu


dah la tuh. selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat Islam seluruh dunia. semoga kita mendapat keberkatan dari amal ibadah yang kita kerjakan pada siang dan malam hari InsyaAllah.


signature2

Wednesday 27 July 2011




signature2

Tuesday 28 June 2011




Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan.
WW Wordless Wednesday
signature2

aku dan futsal.


mane boleh pisah kott..asal ader dengar2 pasal tonement mesti aku nak join. naseb ler baik aku ni keeper; post yang agak panas untuk team wanita kan.. bukan senang kott nak cari keeper perempuan. kekadang aku sendiri ponn malas nak jadi keeper. penat woah. kalo jatuh kene cepat2 bangun. kalo wat mistake sikit, u know i know lah. bolos la jawabnyer. tapi best kalau team tu tak fight maner. sebabnye aku dok melepak kat gol post sensorang senyap2. hehehe. time tu lah aku akan tukar ngan mane2 player kot2 ade keeper simpanan ker kan. kalo ade lah. erm biasanya bukan aku cari team, tapi team cari aku. hehehe.. sekali sekale angkat bakul sendiri.. tapi, kalau team cari aku, biasanya aku dalam bahaya. sebab - mereka menaruh harapan kat aku. ayok. kalo kalah mesti dipersalahkan kan. aiseh. inilah kehidupan pancaroba.


tapi ada satu habit aku selalu buat. sejak sebulan dulu, aku suka minum redbull. kalau tak redbull, revive isotonik. tapi revive ni tak de bagi penangan ape pon. yang penting redbull, sekali minum, nak tido amatlah payah. macam sekarang. aku tak leh tido la pulakkk.. esok keje mahu aku terlelap bagai. aku rasa dah 2x aku kene sound pasal tido tak cover time meeting kottt... alahai. camno deh? sekarang aku kat gombak. nak redah jammed esok pagi op kos kene bangun awal untuk selamat sampai awal kan.. 


sekarang ni aku tengah plan, nak jawab ape kot2 terlajak tido esok pagi ni..arghhhhhhhhh jealous tengok orang lain dah tido heiiiiiiiii!!!


ow yeah. nombor 2 pon jadi. mini tournament dapat ler air revive isotonik.. jadilahhh



signature2
aku rasa blog ni ada ciri2 highlight yang kita kene bagi kat boss..erm macam weekly report la kot. sebab ape yang kita buat mesti kita update kan kan best kalo aku dapat update highlight sesuka hati bila nak bagi macam update blog sesuka hati. huk huk~

Saturday 25 June 2011

alkisah tiap2 minggu tiadalah cerita lainnya melainkan perlawanan futsal semata2. dan lokasi pertandingan tiadalah tempat yang lebih menggelapkan kulit melainkan putrajaya yang gelanggangnya bogel mencucuk kulit dek tujahan sinaran matahari yang terik. kisah minggu lepas menggelikan usus perut aku tatkala aku sedang terkial2 mengorek duit keluar dari dompet ditangan kiri manakala tangan kanan penuh menyepit keropok lekor seringgit harganya dihadapan sebuah gerai air milo.

datang seorang kanak2 perempuan datang menghampiri. mukanya penuh tanda tanya. ada sedikit minat terpancar. aku diam. berkira2 dia begitu berminat terhadap keropok lekor aku. lalu aku menghulur seplastik keropok lekor seraya berkata, "nak keropok ke adik? amiklah satu". walaupun agak kedekut bunyinya, tapi ketulusan sekeping hati menghulur sekeping keropok lekor adalah lebih mulia.

"ini ape?"

tiada apalah lainnya yang ditunjuk melainkan dompet aku yang comel. apa lagi yang perlu aku jawab selain berterus terang, "ini dompet dik. tempat akak simpan duit."


kelihatan nazak dipenjuru kiri, adakah ini masanya untuk mencari sang pengganti.


signature2
minggu ni agak ajaib bagi aku untuk menolak segala pelawaan perlawanan yang dijadualkan hari sabtu dan ahad semata menyediakan diri untuk masuk kerja seperti seorang doktor pakar yang menanti panggilan pesakit yang sedang nazak untuk dirawati.

Sunday 19 June 2011

kau, dia dan mereka.

drama bersiri 2 hari berturut2 masih melekat kat otak aku. cuba delete, payah. nak safely remove.. errr.. bahaya.. manusia ni macam2 wataknya. semua puncanya datang dari satu tempat: hati. bila perasaan marah mula menguasai diri sampai hilang kawalan, masa tu lah kita akan nampak kebodohan masing2 terserlah. yang punca satu hal, yang bercerita sambil berputar2 terbelit sampai susah nak urai, yang mendengar membabi buta, lagi parah bila percaya terus melenting. melatah. suruh mengucap tak mahu. mencarut maki hamun yang jadi bahan pembasah bibir. senang aje nak setel satu masalah bila kita jujur. jujur. sebut senang. cuba buat sekali tengokkk.. "ada ker orang jujur kat dunia ni?" entahlah. susah nak kata. sedangkan dengan diri sendiri pun boleh menipu. inikan pula sesama manusia. wallahualambissawab..

Life is one big road with lots of signs. So when you riding through the ruts, don't complicate your mind. Flee from hate, mischief and jealousy. Don't bury your thoughts, put your vision to reality . Wake Up and Live! _Bob Marley

signature2

Sunday 12 June 2011

Fuyoh. lama sangat ni tak buka blog. dekat sebulan kah? ye kott.. dashboard dah lain bebenor ghoman eh. memang..memang aku lambat. ape kan daya. hidup penuh dengan aktiviti memang macam neh. segala macam nak update tak terbuat2. futsal sana sini. orang kawen pun penuh gak. siap ada 2-3 majlis satu hari. dah tu pulak satu kat Kedah, satu kat Melaka. pening aku nak pergi mana satu. aleh2 aku pilih futsal gak. huhhu. biasalah sekarang dah bulan Rejab. esok lusa dah masuk Syaaban. bila sampai Ramadhan memang tipis la harapan nak buat torney/majlis. apata lagi masuk Syawal. training mesti dah makin kurang. kene lebihkan beramal. huhu.

macam-macam aku tempuh 2-3 minggu ni.ada yang putih mesti ada hitamnya. ada yang sial ada yang bertuah. cerita sama, watak aja berbeza. (haah, ini lirik lagu aku tiru.) apapun sekarang aku mampu tawakal kepada Allah. yelah, kita dah berusaha, dia yang menentukan. aku cuma berdoa aku berada di tempat yang benar lah. kekadang aku kesian kat mereka yang tak bersalah tu. tapi ape boleh buat. aku dah tersepit. aku suarakan atau aku diamkan, memang aku yang kena. tapi rules tetap rules, aku tetap suarakan. aku ada hak. okeyh stop it.

kesian kat bro yang mintak address butik Joma tu. jap ye aku gugel. hehe

peta butik Joma Shah Alam. klik gambar untuk pembesaran. butiknya kat building seperti yang dikotakkan dalam kotak merah tu, menghadap Federal highway. aku main redah je ikut direction kawan aku. tapi yang penting memang betul2 sebelah Federal Highway. kalo ikut pakcik gugel tu, nama jalannye Jalan Tinju. haih, pelik2 nama jalan neh. kalo tahu Tesco Shah Alam tu, memang dah dekat sangat la.
tu aje kot.

kedai ni buka office hour je. kalo hari sabtu buka sampai tengahari.

pesanan penaja:
jangan lupa / lengah2kan ganti puasa. Ramadhan dah dekat neh. kehkehkeh =)

Sunday 22 May 2011

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased. 

After the funeral ends, everyone went home. Munkar and Nakir come and tried to separate them so that they can questioned the dead alone about his loyalty to Allah. 


But the handsome guy said that: he is my friend. he is my accompany. i will never leave him until that I confirm he is belong to Heaven.

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

May Allah bestow this favour on all of us.

signature2

Tuesday 17 May 2011

cuba usha2 belah kanan blog aku ni, ada tak rupa iklan macam nih:
nak wat ape tuh? senang ajer..

klik kat 4 bijik icon yang gabak tu. ikut suka la nak share guna platform ape. tapi kalau tekan perkataan "share" tu, boleh copy ads url, paste kat mana2 tempat yang korang suka. 
lepas tu, jangan lupa isi email add korang pulak. mane de mende free kat dunia ni. orang nak berkira ngan kita, takkan kita tak nak berkira balik kan. ha, nanti korang akan terima email cemane nak redeem pendapatan.
kalau rase ayat aku ni berterabur tak cukup paham, boleh la lawat page ni: 
sonang ajo. tak payah nak jadi ahli Nuffnang pon korang boleh buat tau. dah.. aku nak siap2 gi sepak bola. buhbyeeee
signature2

bosan ah. tak tahu nak buat ape. nak main game tapi takde mood. aleh2 aku sambung wat keje sikit2. baru nampak ada gaya pekerja cemerlang kan. gaya tu penting.. muehehehe.. 

nasib baik malam ni ada orang ajak aku main futsal. terubat gak jiwa kosong neh. haha

dah ah. jom layan lagu yang aku baru dengar ni. best gak. lagu ini ditujukan khas buat jejaka-jejaka kacak di luar sana. oink oink








signature2

Sunday 15 May 2011

hello.. ye.. oke2 saya datang sekarang..
nak kemana tu?
A&E (Accident and Emergency). they need people to support.
okay.. a&e again..
yup..

saya nak jadi macam ayah! semua orang hormati. ayah tetap bekerja walaupun keluarga di rumah risaukan ayah. saya ingin bekerja keras sehingga mencapai tahap yang sama seperti ayah!
(cry)

saya tak dapat teruskan. saya minta maaf. saya pernah lalui kes yang mana saya tidak dapat selamatkan nyawa seorang budak. ada banyak doktor lain di sini yang boleh bantu anak awak.
saya juga berusaha untuk mencari yang lain tapi semuanya sibuk dengan pesakit masing2. saya tak tahu apa yang pernah terjadi dekat awak dan yang saya mahu ialah awak tolong selamatkan anak saya!

doktor.. bagaimana dengan kaki saya?
(gulp).....  okay... (kaki dah takde)
oh.. (lega)
....

doktor! doktor! tolong tengok jari mak saya.. ada darah.. tolong doktor..
erm.. jari mak awak tak ada apa2. tapi tak apa, saya akan panggilkan nurse untuk bersihkan luka jari mak awak.
terima kasih doktor!

inilah akiibatnya terlalu asyek tengok cerita Code Blue Season 2. dah lapuk, tapi ape aku kesah. cerita tetap best. sape yang on da way nak jadi doc atau ada terdetik rasa "menyesal aku tak pilih jalan jadi doktor", boleh la tengok cerita neh sebagai "pengubat jiwa".. haha.. lagi2 part doktor kena pam jantung manually, kena masuk bawah runtuhan bangunan, kena dihadapkan ke mahkamah sebab kes tak mintak sign by off, banyak lagi lah.. ni baru dunia.. seram2..

dialog2 kat atas tu semua aku curi n olah sket2 ayat2 dalam cerita tu except perenggan last. sebab yang tu memang terjadi kat aku masa kat PPUKM. hahahaha. aku bukan doktor, tapi anak dia dok panggil2 aku suh check condition mak dia. dah banyak kali kott aku kate aku bukan doc.. dia yang tak mo percaya.. tapi, supaya taknak kecewakan hati dia, aku jawab ajelah mcm tu dengan penuh bergaya. hahaha..

bila aku dok fikir2 balik, tak ada kott kerja kat dunia ni yang tak ada tekanan. bezanya tahap tekanan, bentuk n etc. mana2 pergi pon mesti ada at least sikit la kan. aku rasa tahap tekanan aku tak berapa banyak dan sekali bila datang memang tak tido malam la aku jawabnye since "patient" aku adalah sama setiap hari cuma "jenis penyakit" je yang selalu bertukar.

ni ialah lagu tema Code Blue Mr.ChildRen - Hanabi

Powered by mp3skull.com dengarlah. best lirik nya. ^.^
signature2
YamaP sangat hott :D

Saturday 14 May 2011


Assalamualaikum salam sejahtera. selamat hari minggu dan bercuti. hehhe. hari ni aku tak ada apa2 komitmen untuk mana2 game futsal. sangat bahagia. hilang satu perkara yang aku klassifikasikan sebagai masalah setelah aku menarik diri dari sebuah kumpulan yang agak ternama. aku memilih untuk tetap bersama kumpulan asal aku sendiri walaupun dikutuk oleh kumpulan ternama itu dengan mengatakan aku tak akan pergi jauh pabila bersama dengan mereka persetankan. aku tak pernah keluar dari team asal aku kot. tapi, aku rasa aku tak akan pergi kemana2 kalo bersama kumpulan ternama tu sebab deorang dah level tinggi. takkan pandang aku yang amatur ni. bagi lah komitmen tinggi macam mana pun, mesti akan letak orang yang level tinggi jugak sebagai 1st 8 - termasuk simpanan. aku tak rasa goalkeeper perlukan simpanan dalam mana2 tournament. cuba tengok aku yang level rendah ni, sah2 akan main same2 ngan orang yang level rendah tanpa ada rasa kecewa kalau kalah. ini kalau main dengan orang yang level tinggi, wat mistake sikit mesti rasa bertahun2 bersalah. tak mo lah. kalau nak khidmat aku sebagai keeper, aku akan pergi tolong dengan syarat team tu takde keeper. tolong aje aa, bukan tukar team.

dah lah. malas nak fikir pasal deorang. pi lantak lah.yang penting aku bahagia sebab baru je beli kasut baru. ape? kasut baru? hahaha.. ye lah aku beli kasut baru. abes duit simpanan aku bulan nih. cadang nak beli henpon baru, tapi lain kali ajelah. shopping kasut je dah beratus.


Kasut Futsal Joma

ha ni la kasut baru aku. nama dia Joma. dua tahun aku pikir2 nak beli. tak cari pon. haha. cuma tak de mase nak gi kedai ni buka weekday ngan hari sabtu halfday. macam opis hour pulak. butiknye kat shah alam pulak tu. takdelah jauh sangat dari subang, tapi cam tak de mase kott. tetiba semalam aje yang aku free, so aku beli terus lah. macam cantik aje. tapi tak tahulah kalau aku yang pakai cantik ke tak..hehehe.. Joma ni best sebab lembut je tapaknya. boleh perah tuu.. mane lah tahu peluh jantan tino keluar sampai basah kasut kan? tak pernah kot jadi kat aku ..heheh. yang penting Joma ni murah ajer harganya. tak sampai RM150 kott.. mula2 aku nak beli kasut yang namanya macam orang cina sebut nama ayah nana - Lozano tapi tak berapa nak cantik pulak sebab 1 kaler jer. yang ni warna warni. aku tak tahu lah ape ghoman eh kalau aku pakai ngan glove ijau striking aku nanti. 0.o


alang-alang dah sampai butik kan, tetibe terbeli pulak jersey sehelai. seluar keeper ngan baju fit tu memang dari dulu gak aku cari. tapi jersey tu je yang tak sengaja terbeli sebab macam cantik pulak. pastu rupenye satu set sekali ngan seluar. tapi sayang aa seluar pendek. pendek sgt pulak tu. biarlah. kalo short parat lutut pon bukan aku boleh pakai ponn. tapi takpe, boleh bawak tido. mau mimpi2 main futsal. muehehehe. aku nih dah mengalahkan duta Joma lagaknye. almost complete set Joma aje. nasib baik dia tak buat tudung. kalau tak mau aku beli sekali. heheh.



update: address joma boleh la ke link ni yer~



signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *