aku sedang berlari. mengejar. tidak sekali dikejar. sesuatu yang tak pasti. tak tahu sejak bila dari mana bermula. ada penghujung tapi tak tahu apa ada di sana.
mengah. aku tetap tidak berputus asa. terus mengejar.
aku tiba di sebuah lautan yang luas. dari mata kasarku, indah. aku cuba berenang merentasinya tapi hampir tenggelam. ramai lagi bersamaku. ada yang terus tenggelam. ada yang terapung megah. lebih hebat mereka yang berada di atas kapal pelbagai corak bendera. sebagai pemerhati.
perasaan tentang keindahan tadi semakin pudar.
pada anak kapal, siapa yang timbul itu hebat. beruntunglah mereka tatkala mendapat janji, anugerah dan ganjaran yang tak ternilai. pada kelasi, siapa yang tenggelam itu lemah dan lemas. kuburkan mereka di darat. kasihan mereka. pada kapten, yang masih berusaha untuk terus timbul itu biasa sahaja.
ku lihat, sedikit demi sedikit manusia itu berundur. pulang ke daratan dan mencari lautan lain yang ku kira lebih indah untuknya. tekad.
aku. mujur ada yang sudi membantu. menghulur tangan sedikit demi sedikit membuat ku dan beberapa rakan manusia sedikit terapung dan kelihatan. lebih bersemangat. walau adakala aku hampir putus asa. aku tenggelam bersama perasaan itu. sentiasa berusaha untuk terus timbul. apakah dan sampai bilakah aku mampu terus merentasi lautan ini?
perasaannya seperti mahu kembali pulang ke darat dan teruskan berlari mengejar sesuatu yang tak pasti itu. dan ini tidak mungkin akan berlaku kerana aku perlukan sebuah KEPASTIAN!
mengah. aku tetap tidak berputus asa. terus mengejar.
aku tiba di sebuah lautan yang luas. dari mata kasarku, indah. aku cuba berenang merentasinya tapi hampir tenggelam. ramai lagi bersamaku. ada yang terus tenggelam. ada yang terapung megah. lebih hebat mereka yang berada di atas kapal pelbagai corak bendera. sebagai pemerhati.
perasaan tentang keindahan tadi semakin pudar.
pada anak kapal, siapa yang timbul itu hebat. beruntunglah mereka tatkala mendapat janji, anugerah dan ganjaran yang tak ternilai. pada kelasi, siapa yang tenggelam itu lemah dan lemas. kuburkan mereka di darat. kasihan mereka. pada kapten, yang masih berusaha untuk terus timbul itu biasa sahaja.
ku lihat, sedikit demi sedikit manusia itu berundur. pulang ke daratan dan mencari lautan lain yang ku kira lebih indah untuknya. tekad.
aku. mujur ada yang sudi membantu. menghulur tangan sedikit demi sedikit membuat ku dan beberapa rakan manusia sedikit terapung dan kelihatan. lebih bersemangat. walau adakala aku hampir putus asa. aku tenggelam bersama perasaan itu. sentiasa berusaha untuk terus timbul. apakah dan sampai bilakah aku mampu terus merentasi lautan ini?
Tips Yang Aku Ambil Berat Ketika Memilih PERFUME Yang.....???Meh singah kembali dengan serangkap coment dari anda :-)
ReplyDeletehttp://zulzol.blogspot.com/2011/08/tips-yang-aku-ambil-berat-ketika.html