#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday 21 August 2011

Tulang

Assalamualaikum WBT.


Hai kawan-kawan. mari kita belajar tentang tulang.


tulang ialah organ kaku yang mempunyai pelbagai bentuk dan struktur. seorang manusia yang baru sahaja lahir di dunia yang fana ni ada la dalam 300 batang tulang. tulang ni walaupun tak flexible, tapi tetap bertumbuh. sebab tu masa lahir kenit je aku ni, dah capai umur sekarang, peh, tinggi. tapi tak cecah tiang lampu tepi jalan lagi la. kalau berdiri sebelah Nicole David, aku kalah sikit kot. haish.. nak tinggi lagi sempat lagi neh sebab belum cecah 25 lagi. hiks ;)


banyak kepentingan tulang ni. mensruktur bentuk badan, erm.. memudahkan pergerakan, melindungi organ-organ, mengunyah makanan.. ape lagi eks.. ah lu pikir la sendiri. malas nak perah otak dah.


ada satu tulang ni. kedudukannya pada atas rib cage. bentuknya adalah macam huruf s tak berapa nak jadi . orang London panggil tulang ni "Beauty Bone" kadang-kadang deorang suka-suka ja panggil "Collar Bone". tapi orang sains ke fizik ke, doktor ke suka sebut "Clavicle Bone". ala, kalau gadis-gadis ayu lagi manja beli rantai, loketnya mesti nak terletak antara dua tulang. tulang tu la yang aku maksudkan. orang latin pula suka panggil clavis. maksudnya kunci. tak tahu lah apa kena ngena tulang ni dengan kunci. 


satu-satunya tulang yang kedudukannya melintang. tapi kalau kita baring secara mengiring, keadaannya akan bertukar menjadi satu-satunya tulang yang kedudukannya menegak. datangnya sepasang. sebelah kiri satu, sebelah kanan satu. 


aku tengok cermin tadi. aku ternampak yang tulang kanan lagi besar dari tulang kiri. obvious sangat. apesal eks memang macam tu ker? cuba tengok cermin.. ke aku sorang je macam tu? huwaaaa...

signature2

2 comments:

  1. selalunya aku dgr.. loket antara dua gunung atau dua bukit atau dua dataran merdeka.. bukan antara dua tulang yg dipanggil clavis.. keh3 :p

    ReplyDelete
  2. oh salah ek?
    mungkin sebab kau bukan gadis? haahaha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *