#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Friday, 11 December 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

aku akui, aku seorang yang nakal.

Tasik Kenyir, Terengganu. 1997.
Sekumpulan kanak-kanak riang bermain air bersama keluarga. ibu bapa sibuk berbual sambil memerhatikan anak masing-masing dan memastikan mereka bemain dengan selamat. suasana riang sekali tetapi aku berasa kurang selesa. orang ramai dalam satu ruang sungai yang sempit. Airnya pula cetek setakat paras pahaku. ya, aku sedang berlagak kononnya pandai berenang.

"Huda, jom kita berenang kat sebelah sana. takde orang." ajak kakak.

tanpa menjawab ajakannya, aku terus terjun ke tempat yang dimaksudkan. debush~

ketika itu,

aku tak pandai berenang.

kakiku tak mencecah dasar.

aku cuba panjat timbunan batu yang menjadi tembok pemisah antara kawasan cetek dan dalam. tak boleh. arus deras, batu licin. kakak cuba tarik, tak terdaya.

aku mahu hidup. hanya ada satu cara untuk hidup.

berenang.

dan aku tak pandai berenang. tapi aku tak cepat melatah. maka tak ada siapa faham situasi kami. aku cuba berenang.

aku kayuh kaki, kayuh tangan. syukur aku pernah baca buku tentang asas renang satu ketika dulu. baca buku? ya.

letih, bagi aku jaraknya sangat jauh untuk sampai ke tebing. berkali-kali aku berhenti dan apungkan diri untuk ambil nafas. serangga-serangga kecil melompat2 riang dihadapanku seolah-olah sedang mengejekku. ketika itu otak aku ligat berfikir, bagaimana ia boleh berjalan di atas air tanpa tenggelam? kan bagus kalau aku boleh melakukannya sekarang. oh! tidak, aku harus teruskan hidup. tinggalkan dulu soalan itu.

sampai di tebing. 2 orang pakcik bertanya, "letih?" aku tak peduli. ku pekakkan telinga. yang penting aku hidup. Alhamdulillah. aku berani dan aku tak gagal. aku teruskan keseronokan bermain air dan meluncur di air terjun tanpa memikirkan kejadian tadi. seolah-olah tiada apa yang berlaku.

aku memang nakal. esokya.

semua orang dewasa sedang sibuk bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. aku bersama seorang rakan, jauh lebih muda dari aku, bermain-main berhampiran dengan tasik. makin lama, kami semakin berani mendekati tasik. aku pernah dengar tasik kenyir itu "keras". aku mula mendekati air. aku melangkah dengan kaki kanan.

tenggelam dalam tanah. cuba berjalan. kaki kiri turut tenggelam. kakiku kaku keras dalam tanah . aku cuba bergerak. gagal dan semakin tenggelam ke paras paha. aku dengar emak rakanku menjerit dari atas bukit menyuruh anaknya naik ke atas tinggalkan aku. dia melawan. takut melihat keadaan aku.

aku mahu hidup. aku tak mahu gagal.

aku terus berusaha utuk keluar. sandle putus. aku angkat kaki sedikit demi sedikit. gagal dan tenggelam semula. aku agak tertekan kerana rakanku tadi menjerit-jerit ketakutan melihat keadaan aku.

aku mahu terus hidup. atasi tekanan itu. jangan gagal.

sedikit demi sedikit aku tarik kaki. aku tak peduli. aku mahu hidup. akhirnya aku dapat keluar. sandle yang putus tadi ku biarkan saja ditelan bumi. itu sandle kakak. aku dimarahinya. lagi marah dia melihat seluarku kotor dipenuhi kesan tanah berwarna putih. aku tak peduli dan aku bersyukur. suara bebelan itu tandanya aku masih hidup. Alhamdulillah.

aku berasa bangga pada diri sendiri. aku berani. walaupun hati meronta-ronta ingin meminta tolong. tapi, tanpa mencuba, aku takkan tahu adakah aku akan gagal. dan yang pasti, aku berjaya melepasi tahap kegagalan untuk mencuba. dan Alhamdulillah, aku masih hidup. banyak lagi perkara yang aku perlu tempuhi dengan berani tanpa gagal, InsyaAllah. pada aku, seseorang itu tidaklah sempurna sekiranya tak pernah gagal. pengalaman mengatasi segalanya. hidup berani untuk gagal. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.
=========================================================
menurut kamus dewan, berani dan gagal membawa maksud berikut;
contest hidup berani untuk gagal

contest hidup berani untuk gagal
dan aku berani mencuba peraduan ini.


Ini adalah peraduan terakhir untuk penutup tahun 2009 yang dianjurkan oleh denaihati. Semoga peraduan ini akan memberi manafaat kepada ramai teman-teman blogger dan semoga peraduan ini juga dapat merangsang MINDA BAWAH SEDAR kita untuk terus mengharungi 2010 yang lebih mencabar.
Preaduan ini berjaya dianjurkan atas sokongan penganjur yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicksBerani Gagal NetworkOne Malaysia BlogshopsAnisha Online Mall dan Saudacare.
saya tahu peraduan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog Roslan Nazri.
dan aku harap aku tak gagal. doakan aku. terima kasih.

myself

22 comments:

  1. Tahniah sahut cabaran Berani gagal dengan kisah yang sangat menarik. Blog ni peserta ke 91.

    ReplyDelete
  2. thanx kasi diriku referal...nice story here.. =)

    ReplyDelete
  3. make mistake and learn from that... klik klia

    ReplyDelete
  4. @Sharinginfoz terima kasih
    yups~ kita harus lebih cemerlang hari ini dari semalam :D

    ReplyDelete
  5. @rash terima kasih~!
    marilah join contest ini~
    hehe

    ReplyDelete
  6. salam kembara mek geber..

    haku memang takot memalam kat dlm utan..

    tp sbb perot dah nyenak2..

    maka tepaksa gak la haku sensorang g melepas kat dalm gelap tu..

    berani x haku walopon selalu gagal nak kuar sbb takot?

    ngee..

    ReplyDelete
  7. lorh~ ko takut ker?
    awat tak roger2 aku, leh aku temankan~
    berani dowh ko ni~!
    tak sangke aku~ hehehee
    :P

    ReplyDelete
  8. gud luck utk contest ni..hehe

    ReplyDelete
  9. benar sekali. kita memang harus berani gagal sebagai langkah awal tuk sukses

    ReplyDelete
  10. yups~ belum cuba belum tahu~ jadikan pengalaman sebagai guru..hehe

    ReplyDelete
  11. Yes... i agree with you...,
    thanks for this great post.

    ReplyDelete
  12. tengs for d positive feedback~
    ;)

    ReplyDelete
  13. biler igt balik kisah kat tasik kenyir..aku mesti nak gelak..hohoho..huda.. huda...nasib baik aku tak terjun dulu..nasib baik aku pk dulu..ko dah kedebushhh...(sbb..aku mmg tak reti berenang)

    yg best, air terjun slider...suarku koyak dr tgh2 celah ke bawah..nasib baik pakai tracksuit yg dlm tuh ade kain..kalo plastik..mau aku malu seribu tahun....

    ReplyDelete
  14. mane aa aku taw..nasib bek aku reti la jugak berenang tym tu

    haah aku ingat ko pny suar koyak
    sbb tu ko naik awal
    wahahahahahahaaaa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *