#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Thursday 26 November 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILAHDHA






myself

Wednesday 25 November 2009

kalau kau terbaca, kau boleh marah. nak mengumpat kat belakang pun aku tak kesah sebab aku dah penat tanggung dosa umpat kau. banyak lagi dosa lain aku nak tanggung.

bertahun gak aku pendam. ingatkan aku sorang je yang terasa, rupanya mereka (mulan n jas) pun merasa. dain? oh, aku jarang kontek dia. aku dgr2 dari mulan n jas je.

aku tak tahulah apa salah kami. sejak hari tu, kau sepi. jahat la aku ni kalau aku kata kau cuba putus kawan. kawan?

sejak kau kawen. malam tu, kami berempat lepak2 sampai tido umah kau. yelah, spent time untuk orang yang nak tamatkan status bujang. aku rasa, tu la last day yang kita gelak besar same2. mungkin bukan terakhir untuk mereka.

umah jauh? mesej sudah. kredit abes? internet ada. xde masa? bohong la tuh. active blogger, fb gak. slalu je dapat email forward2 kat semua orang. dulu la, sekarang dah tak dapat. lost contact? haha. sangat tak logik. aku akui lah, aku lost kontek ngan nurul n amni.

mungkin tak standard kawan ngan orang bujang. so, kalo nak borak2 pon, kene ngan orang2 yang dah kawen agaknye. eh lupa lak, saidah n finas belum kawen rasenye. hurm..ntah lah.

bila orang tanya aku, mana kau? aku jawab je 'ntah. aku tak pernah kontek kau'

n aku tulis bukan nak merayu kau balik kawan ngan aku. cuma penat mengumpat. so aku decide untuk cerita depan2 pasal kau lupakan kami. kami sedar siapalah kau kami. xkesahah esok raya haji ke tak, aku mintak maaf la bagi pihak kami sebab selalu umpat kau. mungkin kami jahat. selalu bawak ko ke arah kantoi sampai kene denda n rotan masa kat skolah dulu. mulan pulak bising cam nyamuk. mungkin decision kau tepat. terima kasih lah kenangan2 manis pahit yang kau share ngan kitorang dulu. sorilah, aku ade lupa sikit. makin lame makin ter'erase'. kenapa ntah.

siapa kau? hanya kau saja yang mengenali kau.
myself

Saturday 21 November 2009

hai kawan2 sekalian. apa khabar anda semua. diharapkan anda semua sihat sejahtera. ecece. ade ape2 ke ni? haah, memang pon.

saje je nak bagi tahu yang ade satu domain free iaitu free CO.CC

tak reti lah nak explen camner, tapi cuba tengok kat websitenya:


CO.CC:Free Domain



boleh juga nak cek domain availability kat sini: 






itu saja dari saya~ terima kasih!
myself

Thursday 19 November 2009

bila aku sudah dewasa
aku akan membalas jasa
ibu ayah tercinta
jasamu tak ku lupa
mendidik ku hingga sempurna
zaman sekolah rendah dulu, aku selalu dendangkan lagu ni.


abang: dewasa tu bila?
bila dah besar lah.
abang: besar macam mana?
tunggu besar lah! eee






ada sesuatu yang tersirat di sebalik soalan abang aku tu. bila aku meningkat ke alam remaja, baru aku sedar akan "kesilapan" aku atau apa yang abang aku cuba sampaikan kat aku.

"bila aku sudah dewasa aku akan membalas jasa"

kenapa perlu tunggu dewasa? bukan ke hari2 kita boleh membalas jasa?

contoh:
"ibu, TERIMA KASIH kerana masak makanan yang sedap2 setiap hari. sekarang ibu rehat, biar saya basuh semua pinggan mangkuk"

lihatlah, ucapan TERIMA KASIH itu adalah sesuatu yang amat berharga. ia mampu membuatkan si ibu tersenyum bangga akan anak yang di lahirkan. langsung hilang segala penat lelahnya.

TERIMA KASIH, tak semestinya dengan perkatan. di jalan raya contohnya, angkat lah tangan sekiranya kenderaan lain memberi laluan kepada kita sebagai tanda kita sedang berTERIMA KASIH. ia akan menjalinkan satu ukhuwah sesama manusia.

bukankah ia satu tindakan yang manis~ mulai sekarang, amalkanlah untuk mengucapkan TERIMA KASIH!

untuk pengetahuan anda, anda telah diTAG untuk menyertai Kempen 1 Bulan 1 Adab yang dikendalikan oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). hehehe.. apa lagi? sertailah ia sekarang~ mudah saja, buat entry, letak banner, siap.

terima kasih~
myself

Wednesday 18 November 2009

ada satu pen.
menarik sangat! ape yang menariknya? mari cekidout!




bila di patahkan, akan jadi begini







menarik2~ bestnye kalau dapat!
myself

hari tu (minggu lepas) ada orang ajak kuar g tengok cerita 2012. so kitorang ber3 set aa hari ahad, kat Times Square, kol 2. tiba je hari yang dijanjikan, aku  rasa ade la dalam 2 lebih kitoang berjumpa n beratur nak beli tiket yang panjang nya tak payah cakap la. then ada sorang mamat bagitau yang tiket 2012 dah abes. yang tinggal hanyalah midnight, 1st row. adess. disebabkan kami bertekad nak tengok cerita tu gak, so kitorang berjalan ke Pavilion.


sampai je kat Pavi, beratur op kos la panjang berjela. tiket 2012 semuanya selling fast. tiket kol 5.45 dah abes. mula2 kitorang dok pk2 la, kalo dah sampai kaunter takde tiket nak tgk cerita ape. bila nak tgk cerita phobia 2, Panjang dah tgk. pisau cukur, Perut dah tgk. banyak la cerita2 yang deorang dah tengok. aku? satu cerita pon tak tgk lagi. hahahaha. last wayang, aku tgk setem. huh.

okeyh. sampai depan. kol 3.45 ada cukup 3 seat tapi asing2. masa2 lain dah abes tiketnya! yang tinggal pon malam. aku takleh balik malam. deorang lelaki, takpelah. dengan selambenya kitorang beli la tiket 3.45 tu dok asing2 pon asing2 la~ aku dapat seat no 1, 2nd row. panjang belakang aku. perut kat tengah 2nd row.

aku expect ceritanya dari awal sampai ke akhir, seronok lah. tapi, hampa. kebetulan orang sebelah aku tak masuk wayang, so aku gunakan kerusi kosong tu untuk letak kaki dan berbaring terus tertidur pada sejam yang pertama. dah la orang yang satu row ngan aku tu wat "wayang sendiri". isk2

bagi aku, jalan ceritanya tak best. best kat grafik nya jer. fakta sainsnya bagus digunapakai untuk menyedarkan kita tentang kedatangan hari kiamat. pada hari kiamat, salah satu tanda2 besar ialah matahari terbit di sebelah barat. betul la bila dia kata kutub utara menjadi kutub selatan akibat pergerakan teras bumi. bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur. jika kutub utara dan kutub selatan berukar kedudukannya, maka matahari akan kelihatan terbit pada sebelah barat.

yang2 lain2 part kapal terbang, cara family tu survive, karut semata2. boleh sesat kalau cetek ilmu. hari kiamat takkan terjangka dek pemikiran manusia. takkan "tanjung harapan" di Afrika selepas kiamat~ dan yang pastinya, tiada siapa yang akan terselamat pada hari itu, walaupun dengan bahtera yang besar di pergunungan Tibet. Allahuakbar.

itu saja. renung2kan dan selamat beramal~
myself

Saturday 14 November 2009

kesian aku punya facebook. aku dah lama tak online fb, tetiba satu hari aku dapat komen kat fb yang aku wat wall post untuk iklan pasal cara2 nak kuruskan badan. sengal seyh. suka2 hati jer pergunakan aku. sampailah aku dapat email macam ni:

Dear Huda Mcgyver,

We have detected suspicious activity on your Facebook account and have temporarily suspended your account as a security precaution. It is possible thatmalicious software was downloaded to your computer or that your password was stolen by a phishing website designed to look like Facebook.

You can regain control of your account by logging into Facebook and following the on-screen instructions.

Please be sure to visit the Facebook Help Center for further information regarding these security issues and let us know if you need assistance.


sesapa yang ada fb aku, yang dapat wall post karut dari aku, aku mintak maaf oke. itu bukan aku.



apa puncanya eks?
Miss Anis Syahirah kata sebab aku tak logout fb. betul la kot sebab aku memang tak pernah logout fb kat pc aku. huhu~
myself

Wednesday 11 November 2009

[Aku dah segan nak blogging. Ni semua Kamilah punya pasal. huh]
Aku terfikir sesuatu, apa matlamat hidup aku sebenarnya ni? Apa yang aku nak kejarkan?
Kecik2 dulu, pernah terfikir nak jadi cikgu. Masa tu kerjaya yang aku nampak dan jelas tugasnya, cikgu je la. So aku pun letak la kat biodata, kat slot cita-cita: cikgu.



Bila masuk sekolah menengah, aku terfikir. Nak jadi doktor la. doktor hebat ape. Orang sakit je, jumpa kita. Orang ada masalah kesihatan je, jumpa kita. Bagi panadol sepapan, dapat duit berkepuk2. Tapi bila belajar sains f2, aku kata tak mo jadi doctor. Tak suka menghafal.
Jadi aku decide nak jadi jurutera. Aku nak bahagian elektrik. So aku masuk sekolah teknik. Pulun la belajar. Masa kat teknik jugak aku start aktif sports. Sebelum tu akif gak, tapi tak pernah wakil sekolah la. Mula rasa tak nak belajar. Macam nak bersukan jer. Sampai ke peringkat tinggi2. Jadi atlet la kononnya. Tapi bila fikir2 balik, kalau buatnya tiba2 patah kaki/tangan, nak jadi ape? Adoi.
Jadi aku teruskan usaha nak jadi engineer. Masuk matrik, belajar bersungguh2. Masa tu g sure heboh kat Ipoh, then ade sorang pakcik ni cerita yang anak dia punya kawan ramai kene tendang sebab pointer tak lepas. Aku jadi cuak, terus jadi pelajar paling rajin. Hahahaha~ -kawan2 matrik, abaikan la ye- tapi tetap ada selit2 angan2 nak jadi atlet. Haha. Main ntahape2 ade hati plak.
Masa isi borang UPU, tak tahu nak amek kursus ape. Rupanya elektrik ni banyak cabangnya. Jadi aku pilih semua yang ada perkataan elektrik/elektronik. Maka tersangkut pula kat elektronik perubatan. 1st n 2nd year aku main2. Bila masuk 3rd year baru aku berusaha kejar pointer. Sengales~ dah nama pun elektronik perubatan, kene hafal juga semua dari ujung rambut ke ujung kaki.
Bila dah grad, tatau nak jadi apa. Kat hospital bukan nak ramai sangat engineer. Sorang dua dah cukup cover satu hospital. Nak masuk kilang, pointer tak bagus. Aku dapat tawaran jadi cikgu. Jadi la untuk 2 bulan. Adoi, bosannya. Pagi2 g skolah, tengahari balik lepak2 kat umah. Life ada, kepuasan takde.
Dapat satu iklan scholar ke Jepun. Jumpa my beloved supervisor, pak Eko [cewah~ mesti dia bangge ngan aku] mintak pandangan. Dia bagi satu tajuk yang cukup mencabar [padan muka. Sapa suruh tanya dia]. Kenapa ntah aku sahut cabaran tu. Bidang biotechnology and nanotechnology. Berkaitan dengan human genome. Tak pernah disentuh seumur hidup aku. oleh kerana takde kerja, aku mentelaah, mengulangkaji, wat review, siap satu proposal. Hantar.
Sekarang, aku belajar berkenaan IC design. Takde kaitan ngan proposal master aku. Jadi, aku dalam dilemma. Siapa aku nanti?!! andaikata aku dapat scholar tu, adakah aku akan terus ke Jepun? Tak dapat, sambung je kat UTM dgn proposal yg sama? Atau tukar tajuk yang ada kaitan ngan IC design? atau terus cari dan kerja kat company2 yang berkenaan? Nantikan cerita yang hangat hangit ini tahun depan~!

myself

Tuesday 10 November 2009

Salam sejahtera semua~
aku nak minta maaf banyak2 sebab betul2 sibuk sejak kebelakangan dan mungkin kehadapan ni. jadi aku harap korang semua yang telah mengklik nuffnang, menziarahiku dan sebagainya, sejak Ahad 8hb 11, dengan jujurnya, meninggalkan link masing2 di kotak komen ni sebab *rasanya* cBox tak mampu nak save semua link. mana la tau, terlepas pandang or ter-auto-delete. jadi, aku akan berpeluang membalas balik~!

sila isi ruang kosong dengan perkataan yang sesuai:
"saya tatau la, ______ broadband seumpama ______ narrowband dan berperilaku seperti  ______ berukband yang signalnya melompat2 sesuka hati" kata pelanggan itu.

"sudah 2 jam saya menghadap laptop, tapi saya hanya dapat menulis blog. bila buka mana2 website, 

This webpage is not available. katenye. saya dah give up kerana perlu refresh lebih 5x" kata pelanggan ini.



-mungkin kerana sejak akhir2 ni hujan merata2 negeri, signalnya tak berapa bagus-kot.

sempt lagi nak bagi teka-teki:
ada seorang lelaki, menanam rumput di bumbung apartment bertingkat 8. satu hari dia membawa lembunya makan rumput di bumbung apartmentnya. ntah macam mana, dia terjatuh dari tingkat 8 tu.
peliknya, dia tak mati, tapi lembunya. kenapa?

terima kasih~! bye, mahu sambung belajar.

UPDATE:
link2 yang ditinggalkan telah disimpan disini
myself

Saturday 7 November 2009

bila tengok sikap penyokong KELANTAN yang tak berdisiplin

1) baling botol
game baru je start, diorang pun start buat hal. kesian aku tengok kat Shahruain (aku tatau eja nama dia) masa 1st corner kick tu.

2) baling mercun
masa ni corner kick gak. kesian kat Shahruain tu. (tapi macam comel masa dia lari2 mengelak mercun. =D)
ada lagi sorang, aku tak tau la kamera man ke sape2 ntah, terkena mercun kat leher. isk2.. kalau terkena mata mau buta tak nampak jalan di dunia.

3) bakar kerusi penonton
bila dah disediakan kemudahan, dibakar pula. kalau tak disediakan, bising. kerajaan itu ini.

dah la team kalah, penyokong buat hal pulak. sebelum kalah lagi dah baling2 botol, mana la nak berkat doa dia supaya team Kelantan menang kan? doa orang teraniaya termakbul. adat kehidupan, kalau ada yang menag, mesti ada yang kalah. jadi, terima la dengan hati terbuka~

memang awal2 lagi aku dah sokong N9 (Selangor xmasuk final nak wat camner) tapi aku nampak la yang corak mainan Kelantan agak kemas. passing pun oke, main tak berkumpul, cuma finishing je takde. tapi aku suka Keeper N9. dia sangat alert. lagipun N9 kuat kat pasangan kembar tu.

// first time ni tengok bola lagi2 Malaysia punya game. huhuhuhu

myself

pesanan: kalau malas nak baca bebelan aku, baca yang BOLD sahaja ya~

sejak akhir2 ni dah ada 2 kes KEMALANGAN JALAN RAYA melibatkan kematian/cedera parah terhadap orang yang boleh dikatakan adalah kenalan kepada kenalan aku. dan kedua2 kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu2 yang lain. salah satu di berita ini. (yang lagi satu tak dapat cari sebab arkib berita seminggu jer)

apa yang aku cuba sampaikan ialah, jika kita tak berhati2 di jalan raya, bukan sahaja MENYUSAHKAN diri sendiri, malah orang yang tak bersalah turut terlibat akibat dari kecuaian kita.

contoh2 orang yang tak bersalah:
1) orang yang dilanggar
2) orang yang melanggar orang lain untuk mengelak dari melanggar pemandu cuai
3) orang lain yang dilanggar oleh (2)
4) ORANG LAIN KERANA ADA PENONTON KEJADIAN ITU SEHINGGA MENYESAKKAN JALAN RAYA

geram sebenarnya. bayangkan xcden kat lane arah bertentangan, tapi arah lain jammed sama. dah la tengah kejar masa. kalau sesak setakat 1-5 meter takpe la jugak. dah la kat MRR2 tu terkenal dengan jalan jem, tambah plak eksiden 3 biji kereta kat situ tadi. adoiyai. MAKA, balik Gombak aku lalu Jalan Tu Razak jer sebab dah tau jalan tu jammed.

Huda dan pembaca, SILA BERHATI2 DI JALAN RAYA~
myself

Friday 6 November 2009

aku ni dah macam giveaway seekers pon ade gak. hehehe. kali ni hadiahnya menarik seyh:



waaahhhhhhhhhh~~~!!!! korong kotokkan ngolok oko no* uh.. kalo dapat, leh bagi hadiah kat anak2 buah aku. pasti aku adalah makcik yang HEBAT lagi BAIK HATI. huwahahahahahahaha~ ya, aku sedang menganyam bakul di sekeliling aku sambil terangkat dengan sendirinya dek angan2 yang besar menggunung ni.

eh korang nak join gak ker? lorh, nah linknya. cepat, sebelum 15 NOV oke~ jumpa di sana~~

*translate: tolong katupkan mulut aku ni
myself


hari ni, aku nak promote satu blog. erm akak2 ni namenya Cik Rai dan Cik Akma. dari pemerhatian aku, mereka mengkhususkan hiasan untuk majlis2 perkahwinan. eh, jangan salah sangke ye. aku tak sampai jodoh nak kawen lagi oke~ sebenarnya aku nak masuk giveaway jer. hihihi. bosan kan jadi aku. hari2 update blog sebab nak giveaway jer. who cares~ ade rezeki, dapat la, kalau takde usaha lagi. betul tak? nah tengok:


made with love

cantik la.. warnanya pun merah. aku suka warna merah ye everibadi. kalau dapat, leh aaa aku isi henpon aku yang tak berapa canggih tu. takpon, boleh isi duit syiling. bukan ape, kalau naik train, senang ade duit kecik. huhuhu.

eh, tunggu ape lagi, korang join la giveaway ni  jugak ye~ daaaaa
myself

Wednesday 4 November 2009



tak sangke, pagi tadi dok tulis entry tak de mase, malam ni tak le tido sudah~ training lah sekarang. keluar kol 7.30 pagi, sampai umah plak kol 6 ptg. 1st n 2nd day cam penat aa. tapi hari ni tak rase dah. so boleh lah teruskan untuk 3 bulan. huhuhu.

nak membebel rambut aku ni makin panjang la pulak. nak beli sepit rambut, tak mampu. huk huk. poyo lah Huda, cuba berhenti menipu. baik, dah berhenti.. hari tu dah masuk giveaway yang Zhaneez - craft wat, tapi cam tak dapat jer. di sebabkan aku ni seorang yang tak mahu mengalah, maka aku nak join giveaway lain pulak



kali ni, datang dari mikylayna lak. ekekeke. aku tatau la, nape aku suka masuk giveaway ni. manalah tau satu hari tuah badan dapat hair clip percuma. hehe. ye lah, comel2 kan. aku ni dah la tak pandai nak cari mende2 girlish ni kat kedai. masuk kedainye pun tak pernah. jadi dari sinilah aku baru dapat menjinak2 kan diri dalam bidang girlish ni.

nak tengok hair clipsnye? comel~ jangan jeles. ceh, cakap macam dah dapat jer


aku tak peduli. aku paling suka yang warna merah tu, atas, 1 dari kanan. pastu yang bunga warna putih, bawah, dua dari kanan, pastu yang biru, bawah, 1 dari kanan. pastu nak gak yang kuning, atas, 1 dari kiri. yang oren tu pon cantek gak. tengah atas. eh, lagi 2 tu pon cantik lah. haiz, kan best kalau dapat semua.

kalau korang nak tau, dia bukan jer buat hair clips ni. macam2. cuba lah tengok gambar2 kat bawah ni.



comel2 bukan? maka atenye boleh korek2 lagi koleksinya di mikylayna ye~ kalau nak belikan untuk aku satu pun sangat dialu2kan. ee sape yang nak belikan tah. suke2 jer mintak. nak jugak! nak jugak!
myself

Tuesday 3 November 2009

wahai pembaca sekalian,
saya tak dapat mengemaskini blog buat masa ini kerana jadual yang agak padat sejak akhir2 ini.
terima kasih kepada yang melawati blog saya serta mereka menembak berkali2 nuffnang saya. saya akan mengumpul dan mencuri masa lain kali untuk menembak nuf anda pula.
sekian. lots of love,
myself
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *