#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label buddy. Show all posts
Showing posts with label buddy. Show all posts

Sunday, 12 May 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Hi semua orang. hari tu, 3 May 13 aku dapat email dari Nuffnang kata aku dapat invitation untuk tengok cerita Star Trek. wahlah. betapa gembiranya dalam hati sebab bukan dapat 1, tapi 2.

kitorang tengok cerita Star Trek kat One Utama 9 May kul 9:30 malam. since dapat 2 tiket so aku ajak kawan futsal aku yang mana seorang gadis juga untuk tonton same2. dapat spek 3D yang jenis bingkai tebal warna hitam. macam biasa la spec tu besar so aku yang bertudung ni tak de la nak selit masuk dalam tudung.




pendapat aku cerita ni aku kasi 5 star. kalau compare dengan Ironman 3, cerita ni lagi best dari Ironman 3. kenapa?

sebab Star Trek:

1- tak bosan. kurang percakapan lebih pergerakan (action)
2- gambar lebih cantik - mungkin sebab aku tengok 3D. Asik elak sana nsini je.. takut kena serpihan besi. huhu. macam2 aksi lagi ah.. phew~
3- cerita penuh tanda tanya. bila ending baru la.. oh itu.. oh ini... oh hebat!!!
4- unsur-unsur lawak yang betul-betul lawak. lagi-lagi bila si ehem2.............
5- ade banyak moral of the story - semangat setiakawan, semangat untuk berusaha bla bla bla n bla..

aku cerita panjang mungkin tak best. ape kate korang tengok sendiri~ hehe selamat menonton.

sebelum tu, TERIMA KASIH NUFFNANG. Nanti kasi tiket free lagi yer~ bye2!
signature2

Wednesday, 20 April 2011

ada sang kucen. rindu kat aku katenyer. hehehe.. ade mase kite jumpe yer..miau..miau..




Even though we've changed and we're all finding our own place in the world, we all know that when the tears fall or the smile spreads across our face, we'll come to each other because no matter where this crazy world takes us, nothing will ever change so much to the point where we're not all still friends - thinkexist.com


signature2

Monday, 1 February 2010

tak taw nak cite ape. yang penting, aku seronok bila lepak ngan korang. walaupon korang suka buli aku, aku redha jer la memandangkan aku ni seorang yang baik lagi sopan santun. hehehe. apepon, lepas ni aku harap korang tak lupakan aku + kenangan2 kite bersama. penat aku mandrem korang hari2. hahaha ini tipu. insyaAllah panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi~





semua kecuali sorang jer tak datang


IC Design Group -> 2 dari kanan sampai 5 dari kanan = pembuli tegar.

hottie~

budak2 ES1 yang membaca, sila dengar dan hayati lagu ini sampai abes keyh~



Winds of Change – Scorpions Music Code
myself

Wednesday, 25 November 2009

kalau kau terbaca, kau boleh marah. nak mengumpat kat belakang pun aku tak kesah sebab aku dah penat tanggung dosa umpat kau. banyak lagi dosa lain aku nak tanggung.

bertahun gak aku pendam. ingatkan aku sorang je yang terasa, rupanya mereka (mulan n jas) pun merasa. dain? oh, aku jarang kontek dia. aku dgr2 dari mulan n jas je.

aku tak tahulah apa salah kami. sejak hari tu, kau sepi. jahat la aku ni kalau aku kata kau cuba putus kawan. kawan?

sejak kau kawen. malam tu, kami berempat lepak2 sampai tido umah kau. yelah, spent time untuk orang yang nak tamatkan status bujang. aku rasa, tu la last day yang kita gelak besar same2. mungkin bukan terakhir untuk mereka.

umah jauh? mesej sudah. kredit abes? internet ada. xde masa? bohong la tuh. active blogger, fb gak. slalu je dapat email forward2 kat semua orang. dulu la, sekarang dah tak dapat. lost contact? haha. sangat tak logik. aku akui lah, aku lost kontek ngan nurul n amni.

mungkin tak standard kawan ngan orang bujang. so, kalo nak borak2 pon, kene ngan orang2 yang dah kawen agaknye. eh lupa lak, saidah n finas belum kawen rasenye. hurm..ntah lah.

bila orang tanya aku, mana kau? aku jawab je 'ntah. aku tak pernah kontek kau'

n aku tulis bukan nak merayu kau balik kawan ngan aku. cuma penat mengumpat. so aku decide untuk cerita depan2 pasal kau lupakan kami. kami sedar siapalah kau kami. xkesahah esok raya haji ke tak, aku mintak maaf la bagi pihak kami sebab selalu umpat kau. mungkin kami jahat. selalu bawak ko ke arah kantoi sampai kene denda n rotan masa kat skolah dulu. mulan pulak bising cam nyamuk. mungkin decision kau tepat. terima kasih lah kenangan2 manis pahit yang kau share ngan kitorang dulu. sorilah, aku ade lupa sikit. makin lame makin ter'erase'. kenapa ntah.

siapa kau? hanya kau saja yang mengenali kau.
myself

Monday, 12 October 2009


hari ni nak bagi tahu semua orang bahawa ada satu novel telah dipasarkan. tajuknya Rindu Akan Memanggilmu. boleh klik kat tajuk tu untuk mengetahui sinopsis tentang novel ini. boleh juga klik kat sini untuk mengetahui ape kaitannya dengan aku. hewhew~ cari ya. baca, jangan tak baca.

sedikit fakta tentang membaca:
sekiranya kita membaca, kita akan dibawa ke tempat/destinasi yang diimaginasikan/digambarkan oleh penulis. secara tak langsung kita akan mengalami satu pengembaraan dan pengalaman yang tak terhingga dan percuma walaupun kita belum pernah jejakkan kaki ke situ! kita juga akan berasa seolah2 kita adalah hero/watak utama cerita itu! hahahaha!!!
(harap2 ini memang fakta bukan auta. hehe)
myself



お誕生日おめでとうございます。

生日快乐

Happy Birthday
Grab a Graphic from pYzam.com)

Ekin-chan. mintak maaf. bukan aku lupa, tapi aku tak ingat. dah tulis dalam otak, tapi tak baca. harap mung maafkan aku eks. kitekan kawan. ucapan aku, semoga berjaya dengan cemerlang, dunia dan akhirat, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki (buleh belanje aku selalu. hehe) tu je lah. Hehe


---


today's lesson:

ayat atas sekali tu, berbunyi "OTANJOUBI OMEDETOU GOZAIMASU". itu adalah ucapan dalam bahasa jepun. character ke 2-4 adalah tulisan kanji, manakala yang lain pula dinamakan Hiragana. kalau full hiragana-

おたんじょうびおめでとうございます


ayat yang ke2, mesti anda tahu bukan~ itu di sebut "SHENG RI KUAI LE", dalam bahasa Mandarin. semuanya ditulis kanji.
jika anda cekap, tulisan kanji pada kedua2 bahasa adalah sama. ini adalah kerana tulisan kanji memang begitu. tak leh ubah2. hahahahaha (tatau nak eksplen sebab aku pon masih merangkak. mintak maaf~

myself

Friday, 2 October 2009

here, i wanna share something with you my dear readers. it is about a novel.
surprise? why am I promoting a LOVE NOVEL STORY?

the answer is: the author is one of my best friend, who is still studying at UTM. more, she is older a year than me and we always use "aku-kau", "oi", "bongek" as to replace our name. this is her first novel published. she also loves to write poem especially to express her feeling(?) or just imagine that she is expressing others feeling(?). ah, leave the question mark to herself. also, she likes to write a short story. in Malay which we call it cerpen (sorry that i don't know what they call it in English). if you are feeling curious and wanna know more about the story above, you are invited and don't be hesitate to click this link: Rindu Akan Memanggilmu. also, you can get this novel from any bookstore! (only when the novel is published soon. hehe)

p/s: if you found any English error here, feel free to correct it oke. i am really appreciate it~
myself

Monday, 28 September 2009

someone send me this:

n.u.r.a.i.n.i.h.u.d.a.......u like to work but always wanna break, u feel like u hv to equal up to people's standard, u r social butterfly, u can be very quiet when u hv somthng on ur mind, u always smiling and making others smile, u r not judgmental, but u have trouble trusting people

believe it or not?

myself

Tuesday, 22 September 2009

aku rasa nak delete semua mesej dalam inbox henpon. yelah, henpon tak canggih mane maka inboxku telah penuh. setiap masa kene pikir2 ape yang aku nak delete. jadi aku akan abadikannya disini.

Walau Langkah Tak Bertemu,Tangan Tak Berjabat,Ucap Tak Terdengar,Mata Tak Bertatap, Tapi Izinkan Hati Memohon Maaf,ZahiR & Batin..SALAM AiDiLfitRi..

Selamat hari raya aifilfitri. Maaf zahir dan batin. Ikhlas dari nadiahusin

Slm.. Selamat Menyambut Aidilfitri..mohon ampun & maaf jika ada salah& silap..Smg gembira slalo..Pogoshippoyo(miss u all) ..ayien

Salam Aidilfitri Maap Zahir dan Batin ikhlas dr saifulfaizee..selamat ari lebaran sume..

Selamat hari raya Aidilfitri..maaf zahir batin..semoga aidilfitri ini membawa seribu erti buat kita..ikhlas,wawa. (sebenarnye sender adalah Emy kawan netball, tapi mungkin dia tak tukar dulu sebelum hantar. hihi)

Korg..slmt hr ry..maaf zahir batin.. Minta dhalalkn r mkn minum ak,ilmu yg dkongsi kt ak,duit minyk,duit tol or ap2 jns duit r yg ak tlupa nk byr ke(klu ad bgthu tau hee), tlebih byr ke n tkurang byr.. (Lis)

Akal kdg2 salah m'tafsir,mata kdg2 salah melihat, mulut kdg2 lebih berkata,hati kdg2 slh menduga,krn i2 maaf dipohon,selamat hari raya,'Y benar norsyazwani >_<'

Selamat hari raya aidilfitri.m0h0n maaf ats sume kslhn.maaf dipinta ikhlas dr hati, bkn sekadar mengucapkan ucapan.m0ga b'bahagia dhari rya..-(",)/- mira sahar

Walau Langkah Tak Bertemu,Tangan Tak Berjabat,Ucap Tak Terdengar,Mata Tak Bertatap, Tapi Izinkan Hati Memohon Maaf Atas Segala Slh & Silap.Slmt Hari Raya Aidilfitri,Maaf ZahiR Dan Batin..dr aizuuddin&keluarga~:-) (aku tak sure siapakah beliau. huhu)

Seblum sampai ke pnghujung Ra'dan; Sebelum terlupa hajat nak dismpaikan, Seblum orang berpusu2 nak hantar ucapan; Dan seblum network line trafik Jam...!
D* some text missing * (alahai kasihan, mesejnya tak kesampaian..Ena yang bagi ni)

TaKbiR BrGema mErCuN bRbunNyi,iTuLh tNdE rYe tiBe Lgi, sALah daN siLaP hrP dMaaFi, dr uJung kPaLE kE uJuNG kKi.SlaMat aRi raYE AidiLfitRi -dr amy@lyanaMardhiah;)

Ramadhan b'lalu Syawal m'jelma, Takbir b'gema m'gegar jiwa, Ampun dan maaf b'sama dipinta,Moga silaturrahim kekal selamanya..
Salam aiDiLFiTRi
-eja-

Hello,ape khabar?wish u selamat hari raya aidilfitri...keep in touch..;-) (Kim Soon)

Posto...Posto...
Kad Raye smpai
(ada gambar sampul kad)
buka la!!
$Lmt Hari Raye
A!D!LF!tR! Maaf ZaH!rBat!N...-niza

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin (yg ni aku tak tau sapa tuannye. huhu)

pantun (edisi apek)
hali laya sula mali,baju laya 1 loli,1tawun 1 kali,gua mikin silap gua vely soli maa.... Celamathali laya alil fitri, soli zahir dan batin (Fiza JPB)

Sempena lebaran yg bakal menjelma,sy menyusun 10 jari memohon kemaafan atas keterlanjuran kata dan perbuatan.selamat menyambut hari raya aidilfitri,maaf zahir batin -hafiz mokhtar,mpputm-

ada ketika mata silap mmandang,telinga slh m'dgr,lidah t'lanjur b'kata,fikiran khilaf menafsir & hati silap m'duga.mohon maaf atas sgalanya & salam aidilfitri.
-alia/yot

em..Jauh ni!
Camne ek?
Try jerit ajela..
$lamat Hari RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN..;-)
Ciput@shaliza

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...;-) (yang ni pon tak tau sape. tu la tak save no lagi)

salam ramadhan.. semoga dilimpahi rahmat & hidayah Allah slalu!
Frm Nadia;-)

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Mengerakan Ibadah Puasa. Semoga segala ibadah & amalan dilimpahi rahmat & diberkati Allah swt...ayien :p

For things i did wrong, for words which might hurt, for jokes u can't take, for advice u can't accept & for attitudes u can't compromise....
1001 apoligies from the deepest of my heart!
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. (Zuli)

Salam aidilfitri.
Maafkan kalo ade slh n clap. Halalkan ape2 kalo penah t'ambl. Maaf zahir batin. Nazurah

Salam idul fitri,slamat ari raya maaf zahir n batin.Smoga ibadah kita semua dibln ramadhan ditrima Allah sWT.Ikhlas dari Ismail Ahmad.Jmpt dtg raya kat umah

>Bicara kadang2 tak t'jaga..
>janji kadang2 t'abai..
>hati kadang2 b'prasangka..
>sikap kadang2menyakitkan..
Hdp ini m'jadi terlalu indah jika msh ada rasa kemaafan sesama kita,.@.. Selamat hari raya aidil fitri.. maaf, zahir & batin (Liza)

Andai terlanjur sikap dan kata, mohon di maaf utk segala, salamlebaran di syawal mulia, moga ikatan sentiasa terpelihara.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN - ikhlas dri Aily

Salam aidilfitri...slmt hr rye! Mohon maaf zahir batin dn halalkn mkn minum..Smoga kte sume drahmati ALLAH..-Jannah Mahmood-

lapar puasa terketar2,
bila berbuka lega rasanya,
kad raya tak sempat nak hantar,
cara sms pun dah kira ok lah ye..! (Leih)

SELAMAT 'IDUL FITHRI 1 SYAWAL 1430 H. MOHON MAAF LAHIR & BATIN (dari Raihanah) (dia ade bagi sesuatu tapi takleh baca kat henpon aku) m0ga ramadhan y brlalu ini membuahkan akhlaq y mulia dan taqwa kpada 4JJ1 insyaALLAH

selamat hari raya saya ucapkan..jika ada salah & silap harap dimaafkan..halalkan makan & minum..ceria ceria slalu..;-) >~nadia~<
myself

Wednesday, 16 September 2009

mula2 pasal utmkl. bukan aku intai la. ko mesti tak ingat struktur bilik tu. isk2. dalam tolet tu kan ade shower ngan toilet. share ngan bilik sebelah. aku silap cakap, yang takleh tutup tu bukan shower, tapi toliet's main door. takpe2, nanti ko leh la g utmkl balik tgk2 ye. hehe
lagi satu mase kite hantar team sendiri tuh. sis memang macam mak2 la. aku tak tahan ko terus telangkupkan henpon bajet sis tak nampak lampu kat tepi2 henpon tu. aku pon pura2 tido gak aa. tak pasal2 plak nanti aku yang kene pijak. dah la kite punye position terbalik ngan diorang. huhu

wah2, pasal Andrew aku memang tak tahu ape2. completely zero. huhu. (tau jugak ko pasal dia kan. LOL~) tapi kalo sebut pasal sebok2 suh orang laen tgk tu, aku tau la ade orang tu. tapi tak ingat rupenye cenggane. hehe

tu la. aku sekarang ni pon nak g memane sorang2 jer. sian aku kan. huhu. kalo nak jalan ngan orang lain, possibility nak wat keje gile tu amatlah rendah. ape lagi main futsal. huhu. tu la ko, aku ajak ko ikut aku ko tak mau. hehe

ah perut tu, cerita takkan abes la kalo nak cerita pasal dia. yang pasti, kebongekan tu memang untuk dia. tapi aku rindu la nak korang open table. hehe dats ol~

eh2, tetiba teringat ada satu perkara yang patut aku ulas balik, iaitu entry ini. hehe poyo jer.

bukan aku ngan Ayien la. ko mesti dah lupa yang ko propose dia kat Sogo depan kedai apentah tuh? isk isk isk. sebenarnye bukan ko curang kat aku ker tym tuh? haiz~ Sis n K ida boleh menjadi saksi. lalalalala. bila la nak dapat duit 1k ni?
myself

kali ni untuk Zuli plak. same la ngan kawan aku 2 orang b4 ni. aku lupa. oke. lagi sekali aku lupa. hahaha. mintak maaf ye.


apepon, selamat maju jaya~
myself


walaupon agak lambat (honestly almost forget)
terimalah~ ngee (rasenye mereka tak bace ni.hoho)
myself

Friday, 11 September 2009


5 fakta pemberi award :

:..Nama die Ulie..:
:..kenal tym kat BRIOT..:
:..Same department in prefect (budak PA)..:
:..dia dah kawen..:
:..tengah tunggu rezeki baru =D ..:
:....:


:p10 fakta diri sendiri :

:..anak ke4 yang baik..hehe..:
:..suke tgk cerita Jepun/thriller..:
:..tak suka jogging..:
:..tapi suka bersukan kalau ade tonemen/kawan..:
:..tak suke g shopping complex kalo takde tujuan..:
:..Suke lepak kedai buku. tak tau kenape..:
:..sedang menguruskan diri (ada 2 maksud tu)..:
:..tak pandai berbisnes. slalu mak aku jualkan, aku supply barang. hehehe..:
:..banyak cakap kalo aku rapat ngan orang tu. tapi sekarag kene banyak cakap sebab dapat title cikgu..:
:..suka mengarut tapi tak suka mencarut..:


beri award pada 10 orang dan describe mereka

Liza si kucen: tak berapa suka kucing tapi ala2 kucing
Yot: sebab dia bongek. suka pakai kasut sebelah lain2
Huda: kawan mase f1f2. tak pernah bersua muka sejak ujung taun f2. tapi still keep in touch. huhuhu
Mardotti: x-tutor kat matrix. sangat rock!
Anis: padan muka aku tag ko gak. hahaha
Siti: aku 'fan' dia espeseli tym iklan. hehe
Zuba: aku suka tym dia menyanyi. hewhew
Zuli: junior yang entahapehapentah
k Naemah: suka buli aku kat lab
Wani: nanti dah g obersi jangan lupakan aku ye~

huhu~
myself

Sunday, 30 August 2009

ntahla..takde memori yang mengingatkan aku tunjukkan Liza kat Bubble. yang penting aku tau dia Bubble pon sebab orang dok sebut2 name dia. huhu. yang budak kelas dia pon kenal sebab 1) diorang budak kolej aku. kadang2 ade aktiviti aku join, diorang pon join sekali. 2) kawan2 aku ramai bergosip pasal diorang. aku dengar2 jela. pastu bila makan kat k9, diorang tujukkan la kat aku yang mane satu. kadang2 aku tak tau pon diorang semua dak kelas dia. huhuhu

kat UTM KL tu, ade la orang kat bilik sebelah. dia siap kunci pintunya mase aku masuk toilet. huhu. tapi diorang dah tido. aku rase kitorang sampai takde la lewat sangat dalam kul 10++ malam camtu la. awalnye diorang tido. huhuu. 'keadaan' tu takpe lah. tak ingat la tu. lain kali. hehehe. hint: pintu shower tak leh tutup.

Adrew tu? ape yang bagus? (tapi sebenarnye tengah takleh bayangkan Andrew tu yang mane satu mukanya. hehe)

haah yang kat JJ tu. macam nak pecah perut gelakkan orang yang tengah mencangkung tu. aku rase dia cina kot. nasib baik dia tak pasan kitorang. kalo tak mesti dia ingat kitorang nak ejek dia ke ape kan. lawak aa. tapi aku ingat lagi Zuli n Faz kate diorang tak cari kita pon. yeye jer. huhu.

haah Perut. mase tu kan baru bukak sem. aku rase dia dok umah, melantak tak ingat dunia tu yang perut dia menonjol. dah la kalah, ade hati nak ajak lawan lagi. yang takleh bla tu, siap training tu. kelakar. kali ke2 mase dia team ngan DD n Faz pon, kalah jugak kan. huhu. tak dapat lagi la dia nak kalahkan kami. hahaaha bangge. malam tu, lepas main, kitorng pilih la makanan western kat k9 yang paling mahal sekali. hahaha. yang takleh bla kali ke2 dia kalah, siap tak bawak wallet. jahat tol.

macam-macam~
myself

Thursday, 27 August 2009

::.mereka adalah kawan rapat.::

myself

Wednesday, 26 August 2009

kenal
aku ek yang tunjukkan Bubble kat ko. haha. lupa la. erm, kebetulan, kite selalu terserempak ngan orang yang aku kenal kot. sebab tu nampak macam aku kenal semua orang. huhu. lagi satu, ko lupa selalu lupa orang yang kenal sampai aku kene ingatkan orang tu kat ko. huhuhu

bilik
yea! betul! aku ingat! aku tak tau la perak sangat sampai terbukak bilik sebelah mase mandi. ko ingat tak? oh ya, bilik kat kolej ke2 tu, macam mane ek. 2 bilik share 1 toilet. so, mase nak mandi tu, aku tnmpak la pintu, secara tak sengaja aku bukak, ingatkan bilik sidai baju (penuh ngan baju mase tu), rupenye bilik orang. malu seyh. aku teringat 'keadaan' mase ko nak mandi. haha. shhhh..

grand final
huwarghh!! simpan lagi gambar tu? takde memori langsung. aiseyh. gemuknye aku. dush2!!
aku ingat, orang cina tu bising2 kat tepi. team harapan la. boleh menang la. macam2 aku dgr orang tu cakap. malu gile mase kalah. lagi2 tym bolos. orang2 belakang gol macam2 cakap. rilex keeper. kamon keeper. adui pressure aku tym tu.

abang A
Abg A ade jumpa aku (aku nampak ko dok sebelah dia), dia kate, saya ingat awak tak main sebab awak pakai baju lain. tak pakai baju keeper. eh, aku kan keeper? ape masalahnye pon kalo aku tak sarung baju keeper atau baju aku laen dari yg laen? tapi aku senyum je la. budak baik memang camni. haha. lg 1, abg A pon perasan yang kitorang ni insan terpinggir. team lelaki pon ada yg tny2 jugak kan Liza kan. kesian kami. hukhuk

Johor
mase tu, kitorang ade dinner konon nak celebrate tonemen hari tu. lagi pon dak laki menang no 2. tak silap aku, mase tu bulan puasa. Liza siap cakap: ko jgn makan banyak2. nanti termuntah tym training aku tak tau. haha. lawak. pastu, abang A tny, tak ajak geng2 laen ker. so dengan penuh basi2 kitorang pon cakap, jom la. g main. haha bungex~

Gaduh ka
haah, wat pe nak gaduh2. wat gaye tenang je. selalu kalo panggil kucing kan kene sebut meow2. sebab tu aku msg ko cenggituh. huhu.

makan
aku sebenarnye memang dah kenyang. tapi, aku ni jenis tak suke pembaziran, so terpakse lah aku habiskan lauk kepah lebih2 tu. nanti sedih je kepah2 tu takde sape nak makan. huhuu. lagi pon, aku banyak sangat minum air. tu yang cepat kenyang. hoho

kosmo 2008
ah! tu pon aku benci. venci mak! tym tu kitorang tengah baring2. ade yang tertido agaknye. dah la Ciput ngan (sape ek name dia..hehe) keluar g kedai. tetibe kene panggil tak pasal2. undergrad 5 min. tak sampai seminit dah count. ape kes? yang tak puas ati tu, tak de pon announcement 'undergrad, bersedia di gelanggang sekian2 selepas perlawanan sekian2'. bongek kan? peliknye, team lawan dah get ready kat gelanggang. nak kate kitorang pekak, dok bawah speaker. memang tak puas hati! dush2!! yang last min gol tu, memang aku pasan pengurus Johor n pembantunye kat corner court kitorang maen. aiseyh. 1 to 1 jugak. sori kawan2, tak sempat nak save bola.

peluk
lawak. kat gelanggang. berguling2 kitorang. harap2 takde orang sempat snap gambar mase tu. hahahaha. mase tu aku terkedu. sadis. bengang. tak puas hati. semua ade. sampai luar makcik ni nangis. coach siap pujuk. LOLZ! lepas tu, kitorang g makan. kat meranti kot. huhu

kek
sedap la. lagi2 coklat indulgence/banana. peh sedapnye! manelah tak lapar. orang tido, dia berjaga. pastu, tengahari aku kejut dia untuk makan je. tapi biaseye dia tak menolak. dia bangun, mandi, terus g makan. haha.

Allyssa (camni kot ejanye)
dia ni lawak sangat. pak Eko bawak dia tym cuti sekolah. dia punye telo Indonesia pekat. aku sendiri pon tak paham. satu hari tu, Echa main2 sampai haus + peluh2 + terkucil2. so aku bawak dia g bilik student master. kat bilik tu, ade air mineral yang tapis2 tu. bawak dia g sane. haus memanjang, air pon abes. kat sane plak, takde orang. aircondnye plak sangat sejuk. si Echa ni pon tahan la aku. tak bagi balik. aku siap mesej Izu jemput aku, Izu plak kene halau. sian dia. aiseyh. aku pon layankan je la. ajak main sep sep sep. borak2 walaupon aku tak paham. haha. then, dia raba2 kaki aku. terasa la henpon dalam poket. dia ni walaupon istimewa, tapi pandai + hyper. dia amek henpon, nak tepon mas Haikal. isk. merepak jer. dia nak dail no ntah sape2. sebab tu la aku kol Liza. haha. biar dia je layan minah tu. sampaila pak Eko datang jemput kami. Dr. cakap, Echa cakap kat Liza dalam bahasa mereka, jangan balik dulu, sebab dia nak ucap selamat tinggal. lawak kan~ rindu plak nak main2 ngan Echa lagi. huhuhu

Gurau
aku rase bukan cenggitu ejaannye (asculator). tapi abaikan. aku tak ingatla plak ko punye siku luka. tapi aku ingat la aku kejar ko sebab ko sepak pungkok aku. cess. pastu, makcik ni berangan ape ntah, spek tertinggal dalam panggung. kite tgk cite ape a mase tuh? tak ingat la. siap masuk balik dalam panggung, mintak pekerja tu tolong carikan. tak jumpa. aku yang drive balik UTM lepas tu kan? huhu

dets ol. ngantuk suda~
myself

Tuesday, 25 August 2009

entry kali ni mungkin jawapan, mungkin jugak alasan untuk persoalan2 kat sini. hehew

pasal blogging ni, banyak kali cakap tak minat. sitikus endang n apeez pernah gak ajak buat blog. mase 2nd yer kot, tapi tak minat. bute IT cakap je lah. haha. pastu, bila hari2 dok bukak blog orang situ sini sana sini, macam menarik plak. g pon tgk macam2 rhtym orang tulis kat blog. gembira, sedih, marah, geram, jiwang, semua adela. memang saje bagi link secara intrinsic. konon tak nak orang tau aku dah ade blog. tapi tak menjadi. haha.

pasal training tu, haah aku tego ko. mase tu kite takleh training kat komplex sukan lagi. malam tu kene g kat kolej mane tah. pastu, aku cakap kat ko, ala2 macam ni la ko budak kp kan. alang2 on da way tu, ko singgah la blok aku. aku tak tau sgt la tempat tu. pastu ko tny aku blok mane, kolej mane, tukar2 phone no. owh ya, makcik ni ade masalah ingat tempat. aku pon ade gak masalah mcm tu, tapi tak la seteruk dia. wakaka. dia tak tau pon kewujudan blok aku mase tu. isk isk isk T_T. yang pasal seluar tu, aku tau. ko ade cite kat aku. aku mmg tak tau aa nak cakap ape. mungkin bagi deorang, kalo tgk stokin, leh tau sape tuannye kot. ye ker? tak penah lak try. haha

yang Batu Pahat tu, memang berhasil. dari grouping, sampai la semi final. tak bolos langsung. padahal, aku la manusia paling cuak. lolz! teringat plak mase baling bola direct kat kak Ida. k Ida berdiri betul2 kat depan pintu gol belah kanan aku, kat tiang. then, bola sampai betul2 depan dahi k Ida. dia touch sikit jer, terus gol. best2. itulah antara balingan2 terbaik yg penah aku wat. ekeke. yang pasal bolos mase final set ke2 tu, rileks la. mase tu kn deorang main crossing. striker dia pon kat dalam D. memang tak sempat la nak save pn. teammate yg laen pon tak sempat nak turun, so takleh wat ape lah. huhu. (tak dapat aku wat catatan sendiri, johan tanpa bolos. wakakaka)

yang katil tu, yela. aku bukan biase tido kat tempat orang. sket2 terjaga itu pon sopan jugak la aku bergerak. kalo ikutkan biasenye kalo aku terjaga keadaan cenggituh, aku duduk terus. xde nak pusing2 dah. huhu

Buble tu aku ingat. ko ade cite gak tapi aku ni kan low profile, mane la aku kenal sesape kat dalam team tu. kalo kenal pon, maybe setakat muka, bukan name. huhu. wei, aku la yang dok sebelah ko. T_T. mase tu aku dah boring tahap gaban, layan kan je la. hehe.

bilik aku bukan sepah, tapi keseniannye tersembunyi. malas nak tunjuk skill mengemas. eleh, mase aku kemas bilik sekali tu, ko ade nampak kan. ko ckp aku kemas bilik sebab ko nak dtg. padahal aku memang in da mood untuk mengemas. baisenye kalo bilik aku kemas, maknenye aku tgh tenang la tu. hehe. haah, dia memang suke baling barang kat bilik aku. baling selimut la, bantal la. semua bende atas katil aku dia baling. isk2. teringat pasal "ulat itam" kat bilik dia mase dia pasang kipas kuat2. hahahaha~!

tak sangke, mendayu2 jugak suare aku ni kan. Liza~ harharhar!! tula. best2. lagi satu makcik ni memang suke menyanyi. tak kire tempat, tak kire mase. tak tau la kalo dia penah mengigau menyanyi kan. tengah makan, tgh drive op kos la. kalo tgh borak tym dia drive, tetibe kat radio ade lagu kegemaran dia, mesti dia suh senyap. nak nyayi. dia pasang lagu tu kuat2 (radio kat kete dia memang dah kuat), melalak la dalam kete. sampai aku yg sopan ni pon terikut2. hahaha.

pasal moto tu, memang la xde eksiden. aku bawak dia malam2. tym tak banyak kete. pastu, tak leh rempit2. kalo tak kene tumbuk. paling laju pon 60 kmph jer (agaknye la sebab meter rosak. hehe). lagi pon yang aku dok eksiden tu, bukan aku yang salah. 1st tym tu orang laen bawak, 2nd tym tu, kene langgar. hampesnye driver kancil. sakit tau. dah la lepas tu ade tonemen, esoknye paper e3 final. eee marah betol. pehal lak nak emo kat sini? haha

kebanyakan kalo g makan ke, training ke, ape2 la yang kene kuar, dia yang amek aku. pastu, aku aa mesej dia da siap sebab aku mmg tak suka orang tunggu aku. baik lagi sopannye. tapi kalo jemput dia, tak penahnye punctual. ade la jugak kadang2. 1:10. huh. dah tau lambat, dok lambai2 lagi kat bilik dia. bilik dah la tingkat atas sekali. dok dongak2 la aku bebel suh turun cepat.

aku ni bukan tak mo pakai kasut yang ladies2 ni. tapi kaki aku ni, rangkenye besar sgt. slalu kalo g kedai mesti takde saiz. kalo ade pon, A shape. aku nak B shape. aku tak suke la pakai kasut tak selesa. melecet la plak nanti. nak bergerak pon tak sedap. rase nak tanggalkan kasut pakai kaki ayam lagi bagus. so aku pakai je la kasut BUM tu. eleh, at least ade la jugak bunge kat kasut tu. huhu.

toilet dah kosong. mahu mandi. selamat bertarawekh~
myself

semalam, Dr F bawa anak dia datang lab. pastu ntah mcm mane aku leh sukerela ajar BM kat Fara. Fara cakap, aku ni cikgu yang garang mengalahkan cikgu tuisyen dia. haha padan muka. pastu, dia keluarkan rubik cube. wah..antara puzzle kegemaran aku tu. aku suke main sudoku, kakuro, n rubik cube.

cakap pasal rubik cube, teringat kat sorang mamat paling tak leh blah kat utm. haha jgn marah (jgn risau, dia tak tau pon psl blog ni). dia ni dulu satu kelas ngan aku mase f5, same2 prefect, tapi tak pernah la berborak pon. bla dah masuk u, baru start roger2. itu pon lepas dia masuk tum skudai. dia ni suke belanje orang, tapi tunggu la dalam seminggu dia mintak kita belanje balik. tak kesah la. janji ikhlas. huh. pastu, dia la yang start ajar aku main rubik ni. mase tu kitorang g JJ teberau, lepak ngan Nad skali sebab tym tu Nad ade training kat Johor. then dia ajak g Toys "R" Us, beli rubik katenye. aku pon taktau nape aku terpengaruh. aku pon belilah. huhu. kat situ jugak dia ajar aku care nak main. tengah jalan, tepi jalan, semua aku tak hiraukan. sampai Nad pon nak naik bosan. haha. pastu, tak puas ati, kitorang lepak tasik sampai Maghrib. dapat la aku blaja sampai step untuk dapatkan 2 lines. malam tu, aku main lagi. berlatih. hehe. tak dapat gak, aku call dia. sanggup tu. berguru punya pasal, kitorang lepak la kat arked kp. ha, azah. hampir terlupa sudah name tempat tuh. blaja la sampai aku terer. tapi bila balik bilik, terus tak ingat. haiz.


inilah lelaki itu. kenalkan, Perut.

usaha tangga kejayaan. jeng jeng jeng~


ha, yang atas tu la yang aku beli ngan dia. yang kat bawah tu, aku beli sendiri. addicted. huhu. dia ajar aku 3x3, tapi aku main sampai 4x4. hebat jugak aku ni ek? bla la. huhu. mau lawan tokey ka. haha. teringin nak beli yang lain tapi takde wang. nak jugak main yang 5x5, pastu ade lagi yang belit2 camne tah. ade tgk kat Oddee, orang tu wat sampai 20x20. gila. hurm. berangan2 jer la. huhu.
myself

Sunday, 23 August 2009

(translation)
Look look everybody
It's fun, isn't it?
Gnawing, licking and plunging claws into
Lots of kind of things
Meow Meow
I gotta go home now
A gentle place that I found
Before I knew it
I'm happy
Full of milk pleases me
Being rubbed after playing makes me happy
It's time to eat
And I'm full with yummy stuff
And lie down feeling happy
Flop... Sleepy...
Well well taking a walk
Where's a bag?
It's gone, turn around and look for it
And everybody else's gone
Meow Meow
I wanna go back home
I quit being all alone
I go back home in hurry
To say "I'm home"
Wiggling my tail, "Yoroshiku"
Stretch stretch stretch and jump onto bed
Let me tell you my story
I went on an adventure, was excited!
But here is the best place
Unyanya? Unyanya!
I'm happy
Full of milk pleases me
Being rubbed after playing makes me happy
It's time to eat
And I'm full with yummy stuff
And lie down feeling happy
I'm happy as long as I'm at home
Flop...Sleepy..

ade orang kate sopan sangat. ape yang sopannye? alamak Liza, tak leh berhenti wat lukisan2 la. ak just nak cari the best pic jer. huhu. jgn marah~
myself

uh. wek! dah lame dah aku bagi tahu ko tau. ko yang tak explore. tak caye tanye Zuli. kan Zuli kan. nenenenene~ ade ker dia balas balik kat sini. cess. tak pe. take these points:

ni tambahan untuk cerita pasal Liza c kuceng. mase ni, training utk kosmo zon selatan. tau tak, mase dia tak datang training lagi, aku pernah training 4 jam straight sebab geng2 tu tak bagi tau yang 2 jam pertama deorang tak dapat datang! so aku terpaksa tau training sorang2je pompuan. abg Amir n laen2 dok tny aku, mane yg laen. mane la aku amek tau. isk. marah. oh ya, makcik tu datang lambat. orang lain start training hari Isnin, dia datang hari Rabu. hustler la katekan. hari Rabu tu la aku start tegur dia. huhu. yela, pasal tertido tu tak tau la letih sgt kot. ape yang aku buat siang tu tah. hehe.

yang pasal dia train aku tu, mase nak g tonemen kat Batu Pahat. memang bongek makcik tu. ade plak mase tu dia yang ajak train same2 ngan dak2 laki kat court sebelah. aleh2 dia dok tepi tgk aku kee rembat. dah la masing2 sepak style macam main ngan dak laki2. siap main corner la. penalti la. sampai kol 1 pagi kot. balik tu tangan aku penuh ngan lebam. sad.

haah, mase grand final kosmo. ingat lagi mase tu dia ni macam pendiam je. suke menyendiri. main henpon sendiri. siap bawak nota lagi naik bas. mase tu otw g UM. sebab bosan tahap gaban, aku layan la geng2 tu main permainan yang biasa main dalam bas. ala, main teka2 lagu la.. ntah ape2ntah. tapi semua tu dusta belaka! tipu tertipah bang! dia la manusia paling bising, paling nakal macam kucing cakar2 barang sebab nak tumbuh kuku. betol. tak tipu.

oi nenek. ko silap la. aku yang ajak ko makan kat tasik tu. huh. mule2 ko ajak makan kat bilik aku. (bilik aku romantik kot. haha) tapi aku teringat mase aku makan kat situ ngan Perut, Dayah, Nana n Nad mase Nad konvo taun lepas. sebab tu aku ajak makan kat situ. gelap. ade orang memancing kat tepi tasik. takut plak kalo tertangkap bewak. haha.

wayang? malas nak layan. huh. ingat lagi tgk cerita The Curious Case of Benjamin Button. adoi. rase nak pengsan. dah la aku tak minat tgk cerita mendatar mcm tu. tapi layankan aje walaupon aku dah predict what will happen in the end of the story. tapi lepas tgk tu semua orang cakap cerita tu antara cerita yang best. sori la, i memang tak minat cerita yang rilex2 ni. huhu

aha, yang kartun kat ym tu boleh cari kat audibles from other countries, cari God2, icon yang ke3 dari kiri. tak paham la tulisan kanji, tapi itu lah yang dia maksudkan. lagi satu, dia tak suka kalo aku panggil dia Liza atau kak Liza. kenape ntah. dia lagi suke kalo aku panggil dia 'oi' ke, 'bongek' ke. oh ya, dia la manusia pertama yang aku dengar, guna perkataan bongek. sebab sejak f5, bila aku sebut bongek, ia mesti jadi persoalan. tapi sampai sekarang aku tak tertanya and still tertanya2 a word that she always use that is 'gendeng'. ape maksudnye ntah. ade lagi, aku suke kutuk dia. dia pelat. cuba suruh dia sebut perkataan2 ni: x-ray dan USB dan banyak lagi. LOL!

pasal kucing tu, bukan aku panggil kucing tu datang. kucing tu yang nak datang. yela, kucing tu tgk aku makan ngan kuceng, so probability kucing tu nak dapat makan tinggi la kan. (paham tak hehe). lagi satu ade orang cakap, kalo kucing suke datang kat kite, maknenye kite ni baik. hohoho

dia ni ade spesis burung hantu jugak. orang tido, dia berjaga. n vise versa. senget kan. dah banyak kali bagi tau, lepas tengah malam, perut kita akan keluarkan satu jenis glucosa yang akan menghakis usus perut kita. mase tu la kita akan rasa sangat lapar. tapi degil jugak. pastu bising2 LA. LA. ha, ni salah satu singkatan perkataan. dia suka sebut BO. ape tu? figure out urself. haha.

dia suka makan drumstick. bukan stick drummer tu. tapi 2 jenis drumstick. aiskrim n part ayam. pastu dia suka makan udang. dia suka makan Big Mc. large punye ye. dia suke strawberi shake. dia suke makan kek. dia tak suka yang panas2. dia suka nasi lemak ayam. dah la nasi lemak, tambah ayam. bertambah2 kolestrol dalam badan dia. penat tau bagi nasihat kat makcik ni. pendek kate, dia suka makan. kalau nak dgr dia mencarut, cuba la merokok depan dia tym makan. haha.

owh ye, kalo dia bawak kete, seronok. sebab ade punching bag kat sebelah. leh kuatkan tangan dengan berlatih menumbuk. dia tak leh wat ape2 sebab dia kene fokus. haha. tapi tak suka kalau bawak dia naek moto. mesti kene tumbuk. pastu, kalo geram, bawak je celah2 bumper. mesti dia bising2 kat belakang. takut katenye. hahahaha. pastu, tangan sebelah kiri tumbuk peha dia. padan muka. kalo bawa dia malam2, tak leh bawak laju2. ade la 20kmph. lemau aku. bukannye reti nak bawak baju sejuk. huhu.

dats all for today~
myself
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *