#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Wednesday 8 April 2020

Surah An-Naml

Kita masih lagi diceritakan tentang Al-Quran dan hari akhirat. Allah menegaskan di dalam surah An-Naml bahawa al-Quran adalah kitab yang jelas nyata kebenarannya yang menjadi petunjuk dan berita gembira kepada orang yang beriman.

siapa? merekalah yang

1- mendirikan sembahyang
2- mengeluarkan zakat
3- percaya kepada hari akhirat

hati-hati bagi mereka yang tidak mempercayai hari akhirat kerana Allah menjadikan amalan buruk itu baik bagi mereka dan mereka adalah golongan manusia yang rugi di akhirat dan turut tidak terlepas daripada azab seksa di dunia

Allah menyambung kisah nabi yang terdahulu di dalam surah An-Naml ni

1- Nabi Musa AS. Kisah bagaimana pada awal penerimaan wahyu, nabi Musa AS berasa amat takut sekali. di dalam surah ini Allah mengajar nabi Musa antara mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa AS sebagai persediaan untuk menghadapi Firaun. Sungguhpun telah diberikan pelbagai bukti kebesaran Allah, nabi Musa tetap dituduh menggunakan sihir yang nyata. Allah berfirman sesiapa yang bertaubat  akan diterima kerana sifat Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

2- Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS keduanya mempunyai kelebihan berkomunikasi dengan makhluk selain manusia. di sini Allah menceritakan tentang kisah Nabi Sulaiman bertutur dengan haiwan dan jin. kisah bagaimana nabi Sulaiman dapat membawa singgahsana seorang raja perempuan (yang menyekutukan Allah & perbuatan itu kelihatan elok kerana syaitan telah mengaburinya) menghadapnya lalu raja tersebut beriman kepada Allah SWT. Allah juga memperlihatkan bagaimana tingginya sifat bersyukur yang ada pada nabi Sulaiman

3- Kaum Nabi Soleh AS mersakan bahawa kehidupan mereka malang kerana dakwah nabi Soleh AS. dikatakan ada 9 orang di tempat tinggal kaum Thamud melakukan kerosakan dan pelbagai maksiat. lepas tu diorang plan nak bunuh nabi Soleh tapi Allah dah turunkan bala sebelum diorang sempat nak buat.

4- Allah cerita tentang nabi Lut dan pengikutnya yang dihalau keluar dari bandar, tetapi diselamatkan oleh Allah (kecuali isterinya) daripada hujan azab

Allah menggambarkan kepada nabi Muhammad SAW kisah terdahulu untuk menilai apa yang lebih baik, beriman atau menyekutukan Allah? Allah menyenaraikan segala ciptaan di langit dan bumi itu bukti tiada yang lain selain Allah.

Allah juga mengingatkan, siapakah yang memperkenankan doa-doa orang yang menderita, yang mengajarkan pelbagai ilmu di bumi, yang memulakan kejadian sekalian makhluk dan mematikan mereka? tiada yang lain selain Allah SWT

orang yang kafir tahu tentang perkara ini tetapi tidak mahu meyakininya. mereka masih mempersoalkan kebenaran hari akhirat

Allah meminta nabi Muhammad SAW mengembara dan memerhatikan kesan buruk orang yang berdosa. Allah memujuk nabi Muhammad SAW untuk tidak berdukacita apabila di kecam oleh orang yang tidak mahu beriman. mereka memperolok-olokkan dengan bertanya, bila akan berlaku azab itu? maka jawablah dipercayai akan datang kepada kamu sebahagian daripada azab yang kamu minta disegerakan itu

Allah meminta kita bersyukur dengan segala nikmat yang melimpah ruah
Allah mengetahui setiap perkara yang terpendam dalm hati & yang kita nyatakan

Al-Quran banyak menceritakan perkara yang berselisih dengan Bani Israil. Al-Quran petunjuk untuk orang yang beriman dan Allah akan putuskan antara yang beriman dgn yg bukan beriman dengan hukumNya.

bagi orang yang degil teruk ni, nabi Muhammad tak dapat nak bantu untuk menerima ajaran dan tiba masa nanti Allah akan mengeluarkan sejenis binatang dari bumi untuk menyatakan kepada manusia bahawa manusia tidak meyakini ayat-ayat & pengajaran Allah

di akhir surah ini, diceritakan tentang tiupan sangkakala serta waktu akhir zaman serta balasan yang diterima melalui perbuatan di dunia

Allah menyeru kepada kita bacalah Al-Quran untuk mendapat petunjuk & beramal dengannya


wallahualam bissawab
selamat membaca & semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *