#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label photo. Show all posts
Showing posts with label photo. Show all posts

Sunday, 8 June 2014

Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2014

Sabtu, 7 June 2014 aku masuk futsal tournament. Yay-! Tempat: UTC Sentul. Memandangkan aku ni freelance goal keeper jadi aku main dengan team Spider apentah. Nama team sendiri pun tak tahu. Asal orang panggil, kalau free datang main saje. Hehe

So, setelah beberapa tahun tak menjadi, ini kali pertama aku dapat medal dari futsal. Yahoooo-!

Alhamdulillah rezeki (eleh sebnarnya team kuat-kuat tak ramai senang la nak menang)



Nombor 3 je punnn.. Jadilah kan. Walaupun tak berpeluang main grand final nanti tapi OK la dari takde langsung. Ye dak.


Itu je nak cite-- kbai ._~v



Tuesday, 20 May 2014

Saturday, 19 October 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Semalam 19 Oktober 2013, sempat aku pergi Dataran Putrajaya, Presint 3. Kebetulan kakak aku free so boleh la dia jaga mal aku kejap sementara aku pergi lari-lari anak kat sana. Sebenarnya tak nak pergi, tapi kesian kat member. Beria benor dia nak lari. Hehe

Kat Selayang & KL hujan lebat so aku bawa kereta average dalam 60kmph je. Pengalaman kereta terpusing membuatkan aku phobia nak bawa laju sikit dalam hujan walaupun masa kemalangan tu aku bawa perlahan gak. Huhu. Keluar je tol MEX, hujan berhenti jadi renyai-renyai sikit. 

Sampai putrajaya setengah jam sebelum kategori 5km fun run flag off. Aku cepat-cepat salin baju & seluar dalam kereta. Pandang kiri kanan takde orang ok line clear. Time nak cabut baju boleh lak kepala terhantuk kat stereng. Terus hon berbunyi. Damn. Memang tak angkat kepala la aku. Huuuuu

Tengah pakai kasut, member call bip tertinggal katenye. Adeh. Mana nak claim medal kalau takde bip. Huhu. Aku minta dia tanya organizer, tak boleh katenye. Aduh kesian + frust menonggeng kawan selfie aku sorang ni. 

Aku yang dah sampai, teruskan je la kan. Aku fikir nak lari cepat, habis terus balik hospital. Nasib baik aku ambil kategori fun run 5km je. Takde la masa nak selfie sangat pun. Hihu. Tapi aku sempat snap gambar yang tak seberapa satu keping


Jadilah kan. Gambar ni snap sebelum run tapi upload kat instagram lepas run. Sempat. Rekod yang semakin baik tapi tak memuaskan nafsu kesukanan aku lagi. Konon pasang azam sejak Standard Charted KL Run nak training, habuk pun takde. Huh. 


Rekod aku sebelum ni 5km 20 - 30 minit. Huwarghhh. Takpe-takpe. I need some space for improvement. Huh. 

Nah gambar medal. Sijil ade tapi tinggal dalam kereta. 


Not bad la.. Berat la jugak. Hehe. Dapat barang terus kelam kabut balik selayang. Bekalan makanan aku terjatuh kat bawah. Nasib baik rumput. Tapi pecah gak la karipap aku. Huhu. 

Tu je. K bai!

P.s: lutut ketat akibat tak warm up & cooling down. 😫 perasaan macam engsel berkarat je. 😖

Tuesday, 1 October 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikuum

Pada tarikh 29 September 2013, aku dan beberapa orang lain menyertai Standard Charted Kuala Lumpur run 2013, Bertempat di Kuala Lumpur. (Ayat skema 5 markah)

Aku masuk quarter marathon je. Tak mampu nak masuk half marathon apetah lagi full marathon. Tu pun ambil kategori leisure yang mana aku diberi masa sejam setengah (kot) untuk habiskan larian. Kalau 10km kategori cruise, kena habiskan sebelum sejam. Ntah. Aku pun lupa. Haha. So basically, ada banyaaaak kategori larian hari tu. ye la, nama pun biggest event kan. 

Aku bertolak dari Dengkil kul 5:30am, ambil masa 30 minit nak sampai. Masa tu  banyak jalan dah tutup. Kebetulan ada satu simpang nak ke tempat event, secara tak sengaja aku dapat masuk kereta sebab polis tu tak sengaja alihkan kon. Hehehe. So aku dapat la parking kat Tugu Negara walaupun niat nak parking kat Dataran Merdeka tak kesampaian tapi boleh la..

Larian bermula di simpang empat berhampiran dengan Tugu Negara, Taman Botani Perdana dan lain-lain. 


10km kategori leisure mula jam 8 pagi. Aduh. Letih menunggu. Sekarang ni kat KL 8 pagi tu dah kira panas dah. Huhuhu

Jadi sementara tunggu, kita snap-snap la dulu. Selfie ke kannn..

Masa ni orang yang masuk kategori cruise je dibenarkan bergerak ke depan. 
Aku & kawan aku pun ke belakang sebab pagar jauh nun kebelakang diorang pasang. 
Masa menunggu tu syok tengok orang macam-macam ragam, aksi, gaya, saiz badan, kasut, usia, kacak.. Eh?
Diorang ni lari masa kategori cruise dah mula. Turn kitorang masuk kandang pun bermula..
Orang depan sekali tu request kalau ambil gambar masukkan muka dia. Huh
Selfie
Tunduk bawah terperasan most people sekeliling aku pakai Nike running shoe. Payah betul nak curi gambar ni. Huhu

Tu je la setakat gambar yang ada masa event sebab lepas habis event battery habis. Huwaaa tak sempat nak selfie dengan medal. 

Oh, aku ni sejaka sebelum bulan puasa memang tak bersukan dah. So catatan masa aku kali ni paling teruk la. Sobsss

Selalunya tak pernah lebih sejam setengah. Huwaaaa

Dah la. Tak nangis pun dah buruk..

Okeh. Ni je la gambar lepas event yang ade. 100 plus bagi gambar percuma kat kitorang tapi payah gila nak selfie sebab dia snap laju gila. Gambar keempat, muka kawan aku hidden. Nasib ko la kan cali. Hahaha

Oh ye, baju aku warna merah sebab mamat yang beratur depan aku, memang kaki marathon, semua orang dia panggil & tegur, bagi aku costume dia suruh pakai untuk snap picture. Agak kelam kabut kejadian masa tu tapi lawak. Adoi la..

Tu je la kot. Last but not least, gambar sendiri luar kandang. Kbai!


Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamuaikuum

Lama tak dapat update blog semenjak aku terminate Maxis broadband hari tu. cewah. Walhal kalau tak terminate pun tak boleh guna juga. Wehu. 

Ahad, 29 September lepas penat lelah berlari 10.6km kat Kuala Lumpur organized by Standard Charted, aku bergegas pergi ke The Curve, Damansara. Aku dapat jemputan untuk Sony Experia Z1 Experience Workshop 2013. Mula-mula masa dapat jnvitation SMS ni aku teruja gak, gila ah. Aku bukan la geek sangat yang update semua jenis teknologibyang ada tapi ape yang penting aku suka barang dari Sony. Fullstop 😁

Mulanya aku memang takde idea ape yang aku akan dengar atau dapat tapi bila "kelas" bermula, baru aku tahu mereka nak bagi exposure of Sony Experia Z1 kepada kitorang dan kitorang adalah antara orang pertama yang menggunakan phone ni. 



Sony Experia Z1 - apa yang menarik?

Saiz - besar, sangat nipis! Tambahan pula ia menggunakan triluminos display. 

Pada pendapat aku phone ni dibuat untuk camera enhancement compare to other phone. Camera sensor yang sangat besar. Jom tengok ape yang menarik:

Gambar kat atas ni menunjukkan applications yang ada hanya untuk camera sahaja. 

timeshift burst
Hanya dengan 1 klik sahaja, 61 keping gambar diambil! Hebat bukan. Boleh ambil gambar orang tengah melompat-lompat atau berlari secara statik & banyak 

Ada satu application namanya info-eye. Yang mana kalau kita ambil gambar sesuatu benda, ia akan terus cari maklumat berdasarkan gambar tu. 


Ops. Yang penting internet connection kena ade la. Hehe

Selain dari gambar, text, barcode, people dan even buildings pun dia boleh cari. Heeee


Wow. Selain dari info-eye, application AR Effect pun best gak. Boleh ambil gambar animation macam mika akj kat atas nun 😌 tengah syok sendiri ambil gambar sendiri, sales person tu datang kat aku minta aku ambil gambar dia yang malu-malu

Nasib baik kacak ☺ hihi

Ape lagi ade eh? Oh. Yang ni aku rasa banyak phone lain dah ade


Okeh. Saje save the best for the last. Ni je yang aku suka sebenarnye


Phone yang aku pegang kat tangan tu, phone yang aku guna sekarang (of course Sony Experia Z1 tak launch lagi) Apa yang aku buat ialah aku install satu software dari Sony - PlayMemories Mobile, ade dalam App Store for Free.


Then aku pair kan dengan lens dari Sony. Tadaaaa


Sony Lens G. 10x Optical Zoom. Aku tanya harganya - below rm1000. Adeh. Untuk connect kat phone, just touch each other. Tapi kalau IPhone, kena turn on wifi dan masuk password manually. Dalam lens ni sendiri ade memory card. Kalau rasa janggal nak pegang benda tu je (ada snap button, zoom etc) boleh lekatkan kat phone camni


Dah macam rupa camera dah kan. 

Ape lagi? Tu je la kot. Yang penting pengalaman guna Sony Experia Z1 memang best. Boleh masuk air tu biasa. Oh ye, jangan masuk dalam air laut, takde dalam warranty. Lain-lain macam accessories, cables & specification, boleh la google eh. Hehe

Siapa yang nak beli tu silalah tuju laju-lahu ke Sony Center. Kbai!



Wednesday, 25 September 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikuum

Satu pagi yang indah, aku dengar IKIM.FM, (91.5-KL). Kebetulan masa tu dj pasang sajak bertajuk "Kita Buna Hidup Ini" best. Best gila dengar gaya bahasa penyajak. Nak-nak pulak suara orang yang menyajak (betul ke ade perkataan ni) pun sedaaap. Masa tu buat aku terfikir nak rekod sajak tu kat sini. Hehe. Jom layan~~~

Kita bina hidup ini
dengan kecukupan bukan dengan kelebihan
dengan kejayaan bukan dengan kecemerlangan
dengan kemudahan bukan dengan kesenangan
dengan keperluan bukan dengan kemahuan
dengan kebaikan bukan dengan kesempurnaan
dengan kekayaan bukan dengan kemewahan
dengan kesediaan bukan dengan ketahuan.

Kita bina hidup ini
bukan dengan manisnya janji tapi dengan pahitnya mengotakannya
bukan dengan indahnya kata tapi dengan sukarnya menyuarakannya
bukan dengan tingginya darjat tapi dengan payahnya memikulnya
bukan dengan banyaknya ilmu tapi dengan kurangnya mendiamkannya
bukan dengan panjangnya nyawa tapi dengan pendeknya mensia-siakannya.

Kita bina hidup ini
dengan mimpi menjadi nyata bukan dengan nyata bertukar mimpi
dengan angan menjadi cita bukan dengan cita bertukar angan
dengan beri menjadi jujur bukan dengan jujur bertukar beri
dengan nokhtah menjadi langkah bukan dengan langkah bertukar nokhtah.

Kita bina hidup ini
bukan untuk terus hidup
tapi untuk hidup seterusnya.


( Mustafa Shamsuddin, Amman Jordan
Berita Minggu, 14 Feb 2010 }
Taufik Hidayah at 8:31 PM

Ha cane? Ade menghayatinya tak? Best kan sajak beliau. Tu je nak share. Kbai!


Thursday, 19 September 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Terkma kasih SAYS, KLIPS. Selasa lepas aku dapat invitation untuk premiere screening 2 Guns kat TGV One Utama untuk 2 orang. Terkejut gak sebab dapat email awal pagi & by default dia assume kitorang semua akan pergi tengok. So kalau orang yang dapat invitation tapi tak baca email, kesian gak la.. Huhu 

Email ni dapat pada hari yang sama. Nasib baik aku punya schedule malam tu free.

Back to business. Aku bagi 4 out of 5 bintang untuk movie ni. Ape yang menariknya cerita ni ialah kita tak expect pun ape ending cerita ni, kecuali sorang dalang penjahat tu je yang aku dapat detect. 

Oh ye, cerita ni pasal 2 orang agent yang menyamar dalam drug dealers, end up dikhianati organization masing-masing. 

Dah la malas nak cerita lebih, tengok la sendiri. Part lucah & menjatuhkan Islam tu, pejam mata je la kan. 

Overall, cerita dia lawak tahap tak rasa nak tertido pun. Hehe.

Nak tahu, gi la tengok. Hahahaha. Sorry lambat bagi review 2 hari.

K bai



Thursday, 22 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum. Selamat pagi. Ape khabar semua? Baik2 la kan semuanya. 

Bosan aku tengok blog sendiri. Kosong je. Nak update ape selalu takde confident. Gambar tak cantik la, isi tak sedap la..

Jealous aku dengan blogger-blogger lain. Memanjang je ade idea nak tulis ape. Kekadang aku tengok isi pun biasa je. Dalam hati "aku pun boleh tulis macam tu". Tapi tak buat pun. Haih. 


Bila buka notification window, penuh dengan update orang lain. Setiap hari & setiap beberapa jam lak tu. Aku guna application imotiv sebab boleh baca semua blog yang aku follow dengan senang. Kalau tengok pun nama yang sama je update. Aku ade terbaca blog abg Ben Ashaari, dia kata dia update blog 10 kali sehari tu... Dahsyat!

Dah la. Jealous bebanyak pun tak guna kan you ols kalau dok melopong je. Hehe. Kbai!

Selamat tido

Saturday, 17 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahim

Selamat Hari Raya semua. Dah masuk keje? Aku belum masuk sebab cuti sampai esok. Huhu. Bila duduk rumah, eh silap. Bila cuti macam-macam la agendanya. Keluar tengok wayang la, beraya memang sakan habis. Habis semua makanan aku sebat. Aiseh. Rosak diet aku. 

Semalam pergi rumah member sekolah rendah merangkap kawan sepermainan masa zaman comel-comot dulu. Hehe. Kononnye ramai la nak datang rumah dia, sekali yang sampai 2-3 kerat je? Adeh. Memandangkan aku ni ketua rombongan, jadi aku la bertanggungjawab makan lebih banyak. Ade la dalam 5-6 round tambah pinggan! Meletop perut.

Bila balik rumah, perut kenyang mata berat tapi 1 masalah - kawasan rumah blackout la pulak. Ape pun tak boleh buat. Handphone battery dah kong, pun tak guna gak. So pura-pura tido je la kan. Alkisahnya nyamuk suka bebenor rumah blackout - diorang pulak buat party. Ape lagi, sapu krim ajaib "nobite lotion". Alhamdulillah nyamuk tak berani dekat. Lepas sapu losyen, tutup telinga (sebab nyamuk serang bahagian muka) lalu tido. Panas? Lantak la. Hehehe


Ha tu dia... Losyen penghalau nyamuk. Kelas kau jah! Kensel adhock party nyamuk kat bilik aku. Miahahahaha!!!

Hari ni lak macam-macam gak aku sebat. Tengahari pergi kenduri kawen jiran tetangga. Makan cover baik punya sebab waras fikir malam nak makan lagi kat rumah makcik. Tapi sayang, bila sampai rumah makcik petang tadi, semuanya pun lupa!


Dari jauh aku dah bau kambing golek masak madu. Aduss boleh pulak aku bantai 2 pinggan penuh! Ini baru side menu, main dish nasi tomato tak timbang lagi berapa kilo aku telan. 

Masih tak sedar diri badan dah macam tong drum, balik dari rumah makcik, aku singgah rumah kawan secomot-secomel masa zaman kanak-kanak rebina dulu. Dapat pulak dia hidang mee goreng, kuey teow goreng & keropok goreng. Macam biasa la kan, semua aku sebat. 

La ni, dah tak boleh tido. Rase-rasenye esok berat badan aku naik berapa kilo eh?

Ps: Mata dah mengantok tapi tak boleh tido. Jom kira bulu teddy bear!

Pss: first time update blog guna phone & ambil gambar snap terus tulis blog kat phone  

Psss: kbai!

Sunday, 28 July 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum.




Semalam, 27 July 2013, aku & kawan2 ade anjurkan satu program charity (Raudhah Ramadhan) bersama anak-anak yatim & asnaf di Raudhatul Al-Faeez (alamat: Batu 9 1/2, Jalan Gombak, KL)




masa ni tengah prepare barang-barang. dalam sampul ade duit raya (atas) & goodies (bawah) hasil sumbangan tetamu dan masyarakat. jumlah semua 30 (ada 30 orang pelajar kat rumah tu)

jalan nak masuk rumah ni curam gila. member yang pakai kereta manual agak parah sikit la nak naik atas. ade sorang kawan sampai tinggalkan kereta kat bawah sebab tak larat nak naik. hehehe

view rumah dari luar

budak2 standby nak buat persembahan nasyid. budak-budak ni cerita pagi tu deorang pergi AEON Wangsa Maju beli baju raya. so petang tu deorang agak letih

persembahan nasyid dari kumpulan Al-Faeez

yang kanan sekali founder rumah ni, Pn Zahrina. deorang panggil Ummi. difahamkan bahawa tanah & rumah yang deorang tinggal sekarang diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang telah dirahsiakan identitinya. Alhamdulillah.

DJ yang bertugas. Set PA system ni dia yang punya.



semua orang berkumpul kat tanah lapang untuk aktiviti santai sebelum berbuka. setiap anak2 dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut abang-abang & kakak-kakak masing-masing. kira sesi ice breaking la ni. 

Masa masuknya waktu maghrib, kitorang berbuka dengan kurma & air kosong dulu. lepas tu solat Maghrib berjemaah & makan berat2. perut lapo sangat, so xde la nak ambil gambar makan pun. hehehe...

then solat isyak berjemaah + terawih 4 rakaat. ada slot tazkirah bertajuk "tanggungjawab kita"





lepas habis tazkirah, sambung solat terawih 4 rakaat, 3 rakaat untuk witir.

sumbangan masyarakat, individu + kumpulan




emcee bertugas pada malam tu


antara tetamu hadir
pandang je kuih moreh tu ye. hehehehe
dalam kotak polystyrene tu ade dadih. sedap oh!

adik ni nama dia Iqram. dia paling muda antara anak-anak yang lain. umur baru 3 tahun. kawan-kawan dia kata, dia duduk sini sejak kecil.



tu je la kot.. tak ambil banyak gambar pun.. yang penting program ni berjalan lancar & budak2 ni pun gembira. kepada yang menyumbang + meraikan program ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan. semoga Allah memberkati & merahmati anda sekalian. kbai. 

P/S: bukan nak menunjuk, tapi nak bagi tahu semalam program tu memang ade. bukan kutipan kosong semata2. peace!

signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *