#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label tournament. Show all posts
Showing posts with label tournament. Show all posts

Thursday, 15 September 2016

Ingat tak post aku yang sebelum ni - Ladies Unite 2016 dan Ketidakadilan Mereka. Kami menyuarakan secara terang-terangan atas ketidakpuashatian kami ke atas tindakan yang mereka ambil terhadap pasukan kami. nah ini sambungannya




Seseorang dari pasukan lain telah menyuarakan pendapatnya tentang perlawanan tersebut - tidak menyebelahi mana-mana pihak.


balasan daripada Shergar seperti di atas. Akhirnya dia mengakui kesalahan yang dilakukan dan PASTINYA akan mebaiki kesilapan yang dilakukan pada waktu tersebut.

hasilnya....


Sebelum ini kami mengakui kesilapan kami, cuma kami rasa tindakan yang diperlakukan ke atas kami adalah berat sebelah. Dia telah pun mengakui kesilapannya kepada pengurus kami. Alhamdulillah, kami mendapat kembali wang penyertaan dan semoga perkara begini tidak berulang kembali.

maka berakhirlah sebuah persengketaan. peace! (^.^)v

Majulah sukan untuk negara

Sunday, 15 June 2014

Semalam Sabtu 14 Jun 2014 - aku masuk tournament bowling kat Selayang Mall anjuran Puteri UMNO Gombak. Aku & 3 lagi kawan wakil Taman Selasih walaupun tak terer mane. Kihkih


Memula ingat kitorang sekumpulan, rupenye organizer dah shuffle team - so satu team lain-lain kawasan. Layankan sajelah ye.


Lambat sangat game start, jadi kite selfie duluuu


Masa markah aku tinggi dari ni, aku tak snap picture pulak. Huh.


Tu diaaa.. Naib johan kumpulan kita mempersembahkan trofi & hamper. Alhamdulillah rezeki. Aku ade 1 kali masuk longkang, kalau tak masuk longkang tu musti kitorang menang nombor 1 sebab markah kami kurang 1 je dengan orang yang dapat nombor 1. Wakakaka






Sunday, 8 June 2014

Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2014

Sabtu, 7 June 2014 aku masuk futsal tournament. Yay-! Tempat: UTC Sentul. Memandangkan aku ni freelance goal keeper jadi aku main dengan team Spider apentah. Nama team sendiri pun tak tahu. Asal orang panggil, kalau free datang main saje. Hehe

So, setelah beberapa tahun tak menjadi, ini kali pertama aku dapat medal dari futsal. Yahoooo-!

Alhamdulillah rezeki (eleh sebnarnya team kuat-kuat tak ramai senang la nak menang)



Nombor 3 je punnn.. Jadilah kan. Walaupun tak berpeluang main grand final nanti tapi OK la dari takde langsung. Ye dak.


Itu je nak cite-- kbai ._~v



Sunday, 29 December 2013

Bulan 12 adelah bulan pertama aku masuk pertandingan futsal. Rasanya lah (sebab aku dah lupa bila kali terakhir aku main futsal) 

Minggu lepas 22 Dec, aku main kat Melaka. 20 Dec petang orang invite untuk main sama-sama. Last minute call. Aku rasa sangat penat hari tu tapi enjoy. Kalah. Dalam group ade 8 team, hanya 2 pasukan yang layak. Team kami nombor 3 so tak ada rezeki la nak masuk semi final. Aku rasa banyak gak mistake aku buat. Haha. Ape boleh buat, training memain, focus hilang entah kemana. 

Hari ni 29 Dec aku main lagi. Kat RSA Klang. Last minute call gak 27 Dec malam. Aku setuju. Walaupun aku tahu skill aku yang sekarang tak sehebat dulu. *cewaaah! Dulu hebat ke?*

Pagi-pagi sampai Klang, aku duduk diam satu tempat mengamati semua orang. Ade yang aku kenal ade yang aku tak kenal. Macam biasa, aku selalu cam muka orang tapi tak pernah ingat nama. Teruk betul. Dok berharap orang sekeliling aku sebut satu-satu nama masa deorang berbual. secara tak langsung aku tau nama mereka. Yes!

"Wei.lama tak nampak ko!"
"Wah ko pun ade hari ni"
"Eh ko rupenye!"

Haha. Macam-macam lagi. Lawak gak. Lama betul aku tinggalkan futsal. 

Aku bukan orang yang terkenal, tapi bila once main futsal secara tak langsung kita mula kenal ramai orang. Setakat hai hai bai bai tu ramai la. Sebabnya masa game semua orang sokong dari luar - even tak kenal. Bila habis game salam dengan opponent, high 5 dengan supporters. Best. Yang penting, muka mesti cam. Hehe.

Aku tak tahu nak merepek ape lagi. Tu je kot. Secara kesimpulannya, buatlah sesuatu yang kita suka sebaik-baiknya dan nikmatilah ia seadanya sebelum ianya ditarik pada bila-bila masa nanti. Haha. Menyeramkan lak kesimpulan aku ni. Okelah. Selamat malam!

Ps: Jika mahu menjadi pemain yang mahal, belajarlah menjadi seorang penjaga gol! 

Mahal la sangat. Pui!  Kbai~
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *