#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday, 7 August 2011

Sekadar Coretan

Assalamuaaikum WBT salam sejahtera.


walaupun blog ni tak berapa nak berhabuk tapi ada la sikit2 rasa selesama datang menerjah bila sampai sini. tak tahu nak cerita apa sebab memang tak ada cerita menarik. yang bosan ada. contohnya hari ni bangun sahur makan nasi tidur balik lepas solat Subuh dan bangun jam 12 tengahari kemudian. peh hilang kelazatan pahala puasa tu. huhu. 


semenjak dua ni aku selalu teringat-ingat ayat kawan aku. "ada ke orang jujur kat dunia ni?" ada pernah ku ceritakan kat entry yang lepas. aku tak rasa ini sesuatu yang baik. entahlah. sedangkan aku sendiri tak pernah jujur 100% perfect. jadi aku tak boleh la nak persoalkan ketidakjujuran seseorang. ye dak. lantaklah. whatever it is, let it be. whoever they are, let them be as what they want to be. i do care, but i don't wanna get bothered with that. malas nak masuk campur atau jaga tepi kain orang lain. baik aku jaga diri aku sendiri kan.


sekarang bulan puasa. limited sikit aktiviti lasak siang hari. mane nak re-hydrate lagi-lagi waktu tengah terkinja-kinja kat tengah panas nanti. cari nahas namanya. malam hari boleh, tapi lepas kul 11 malam. peh memang mencabar bila nak bangun sahur pagi esoknya. aku rasa performance aku sebagai goalkeeper berkaliber dah merosot. kenapa aku sendiri tak tahu. malas nak jadi keeper pun ade gak perasaan tu. alahai. jangan la macam ni. I-Metro dah dekat kot. lepas raya. takkan nak training time raya. kompem masa tu perut tengah senak dengan lemak daging masak rendang ayam masak lemak cili api. peh meleleh air liur. 


sebut pasal raya, teringat pula kerja. berapa hari aku nak apply cuti pun aku tak tahu sebab aku rasa nak cuti seminggu jugak. tapi tetiba ada berita tak baik menyusul menjelang raya. orang lain seronok terkinja-kinja kat kampung masing-masing takkan aku nak bersedih terkial-kial kat opis sorang-sorang. ini dah masuk raya kedua nih. oh~ ini tidak adil tidak adil bagi ku. baru ku tahu kenapa setiap kali tengok jobstreet, "fresh graduate are encouraged to apply". sebab kebiasaannya freshie ni bujang trang tang tang! mana ada family sendiri jadi senang dibuli. huk. 

signature2

2 comments:

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *