#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Tuesday, 9 July 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Tahun ni, bulan Ramadhan kali ni yang paling mencabar buat diri aku aku. aku rasa la. walaupun masa aku menaip ni adelah hari pertama Ramadhan menurut kalendar Islam.

Semoga menjadi batu loncatan untuk masa depan aku yang cemerlang, gemilang, terbilang dan berbilang2.

Janganlah dengki kat aku, aku xde ape2 pun.

mungkin ko rase aku ade ape2, tapi apekah ia?

"if people are trying to bring you down, it only means that you are above them"

terima kasih. saya sungguh termotivasi dengan kata2 semangat ini.

Selamat berpuasa semua. Semoga menjadi orang yang sangat baik dan dirahmati Allah. Amiin.

signature2

Saturday, 4 May 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

satu malam yang indah 3 May 2013. aku driving sorang2. masa tu jalan raya agak lengang dari kesekakan angkara semua orang berpusu2 balik kampung halaman untuk mengundi PRU 13. di sini aku tak salahkan jalan yang sesak, semua orang berpusu2 mahupun PRU13. aku hanya berkata2.

malam tu hujan lebat. Alhamdulillah Allah turunkan rahmat. masa tu aku banyakkan berdoa kepada yang maha pemurah lagi maha mengasihani. dengar orang kata masa hujan turun tu, kalau kita banyakkan berdoa, in shaa Allah doa kita akan dimakbulkan. wallahualam bissawab, aku buat je ape yang terbaik. 

leka. leka memandu. dari mahameru, exit bangsar. aku betul2 baru naik flyover. kebetulan radio frequency 91.5 fm bagi kawasan lembah klang malam tu tengah pasang satu slot doa. leka lagi - kononnya menghayati, tapi akal fikiran aku agak penuh dengan drama. tiba2 kereta aku hilang kawalan. aku sedar, steering membelok ke kanan. panic, tapi cepat2 control. bumper depan kereta sempat cium tembok flyover, dalam masa yang sama aku dragged steering ke kanan - lalu berpusing2 la kereta aku. 

tergamam seketika. pandang kiri pandang kanan. kosong. Alhamdulillah semua selamat. 5 saat kemudian, 1 per 1 kenderaan lalu. motor, kereta, lori. semua bagi hon - aku dalam keadaan "wrong way". fikiran masih blur - ape dah jadi? kenapa dengan kereta aku ni? oh, engine OK. cuba jalan - OK.

aku bagi emergency signal. make a u-turn, turun flyover perlahan2. muhasabah diri. masih tak faham ape dah jadi. turun kereta check tayar - OK. teruskan perjalanan. Alhamdulillah semua selamat. dan yang paling penting, x ada nyawa yang terkorban.

mungkin malam tu jalan licin. kepada yang memandu, selamat memandu. jangan jadi macam saya. kepada yang mengundi, selamat mengundi. pilihlah pemimpin yang benar2 dapat memimpin kita ke arah Islam yang sebenar.kebahagiaan, kejayaan & kekayaan yang sebenar bukanlah di dunia ini semata2 bahkan di akhirat kelak - nasihat untuk diri sendiri juga. andai diberi kelebihaan di dunia & di akhirat - itu adalah lebih baik ;)

itu sahaja. sekian. jumpa lagi~~~~

sikit je. tu pun nak kecoh :p

signature2

Sunday, 26 February 2012

finally, this day come. previously, i always thought it is good to be part of any national team, play as a national player, but it is not what i dream of . i'm not chasing the title, money or whatsoever. the only thing is i need a proper training where i could spend my whole time forget everything that stress me out.
understand that the team was formed from a group of amateurs with a few team members, but i believe of course if we were provided with a proper training, organization, we could be a great team. even now without those elements mentioned, we really a great team. but i feel like something missing between us and i don't know what it is. *sigh.
i joined a club which is still looking for a team members to play. it is only a few times but i feel it is good to be with them. i admit that they are over-enjoying their social life but i just leave it to them. what i meant here, i love the way they work in a team. i went to their training once and it is really great. it reminds me to the first time that i joined NJAC. tired but good. 
i admit that i made a lot of mistakes during the whole league - including training, friendly match and tournaments but somehow i feel guilty when the team members never show how disappointed they are. still supporting each other even though you know that one person is not capable for the post.
now i understand. whoever you are, wherever you are, if you never trust each other, you will go nowhere. even though you are the strongest person in the world, you can't even beat a small strong team. 



signature2

Saturday, 20 August 2011

Wahai teman ku
orang sanjungan ku
betapa mulianya hatimu
membimbingku ke arah wawasan maju

teman yang ku sayangi
kaulah pedoman ku hari ini
kau sahajalah tempat ku bersukaria
adakalanya tempat mengadu

teman,
kau lah satu-satunya buah hatiku
tidak ada lain selain dari mu
anggaplah, apa yang menimpa diri mu
diri ku turut merasainya

signature2

macam mana ada sajak ni dalam simpanan aku, aku tak tahu. siapa yang beri, aku tak tahu. almaklumlah nak raya ni tengah kemas-kemas bilik, secara tak sengaja terjumpa pula benda alah ni. huhu.. siap ada kad2 yang konon-konon nak hantar, tak terhantar. ada sampul, tapi kad entah memana. ada kad tapi takda sampul (oke lagi kan) macam-macam lagi lah.. bila baca balik kelakar pulak rasa huhhu~

agak-agak nak kad raya dari aku, boleh la tinggalkan alamat. kalau malu, tak dapat. hahaha.. kalau rasa alamat tu privacy, letak la kat ruang sini. okelah. selamat maju jaya. eh salah, selamat beramal di bulan ramadhan 10 yang terakhir.

Saturday, 23 October 2010

cantik tak nombor ni?

20102010

cantik kan.. tapi sayang nombor tak kekal lama.. sehari jer.. lagi cantik kalau 20:10:2010 20/10/2010

tapi tu sekadar nombor.

disebalik kejadian tak ada apa2 yang menarik pun masa tu

biasa lah hari rabu adelah hari bekerja

aku kan kononnye workaholic..lalalalala

buka emel pon tak sempat, apetah lagi buka facebook

first time inbox aku mencecah 400 keping emel yang bunyinye same jer












Happy Birthday Huda
signature2

Sunday, 5 September 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Di kesempatan ini, saya ingin megucapkan Selamat Menyambut Hari Aidil Fitri kepada semua umat Islam di muka bumi ini. saya juga ingin memohon maaf sekiranya terlakukan perkara-perkara seperti berikut:

terkasar bahasa
terumpat
termengata
termakan
terminum
terlupa janji
teraba
terkutuk
termaki
termarah
terhutang
tersepak
terpakai
terambil

dan segala "ter" yang saya lakukan sama ada secara sedar/sengaja atau pon tidak. saya juga ingin meminta anda sedikit duet raya. isk..tersasul plak.. saya ingin duit raya.. alamak tersasul lagi.. saya berharap agar anda dapat memanfaatkan hari raya yang mulia ini di samping keluarga dan sanak saudara yang tercinta, dan dicintai.

kepada mereka yang memandu pulang ke kampng, berhati2 di jalan raya. jangan terlalu mengingati orang yang tersayang sebab ia sangat bahaya. sila fokus kepada kereta yang anda pandu dan patuhi peraturan jalan raya okay~ jangan lupe service kenderaan (bagi yang drive sendiri jer)

kepada mereka yang tak balik kampung, sila jaga rumah orang yang balik kampung yeee..hehehe

kepada yang bekerja pada hari raya, pengorbanan anda amatlah dihargai. tak dapat cuti tak beerti tak dapat raya.. (macam bagi ucapan kat diri sendiri jer..uwaaaaaa)

kepada mereka yang berada jauh di perantauan dan tak dapat pulang ke tanah air, janganla bersedih yee..ade hikmah di sebaliknye..bile lagi nak merasa pengalaman tuu.. ^,^ 


salam sayang dari saya.. -geli tak? jangan muntah hijau kat sini plaks.. hohohoho bubbye~

signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *