#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label pendapat peribadi. Show all posts
Showing posts with label pendapat peribadi. Show all posts

Thursday, 16 August 2018

Aku tulis aku padam. Aku tulis aku padam. Masalah betul lah.

Sebenarnya aku nak tulis bukan pasal masalah yang aku hadapi sebab aku bukan jenis suka jaja cerita kat semua orang, cuma nak luahkan je sesuatu.

Kalau kata kita ada masalah, dan ada orang yang tegur "beb, aku nampak kau macam ada masalah. Kalau kau tak keberatan, cerita kat aku. Kalau tak boleh tak ape. Aku faham. Aku bukan nak masuk campur tapi aku risau tengok keadaan kau" macam ni, jangan lah buang dia dari hidup kita. Rugi oi.

Kalau kita bertegas tak nak cerita sekalipun, sekurang-kurangnya boleh la ajak dia jalan-jalan ke, kayuh basikal ke, makan tengahari ke. Ape sajalah asalkan kita tak stress melampau sehingga membawa kepada depression yang teruk.

Tapi, kalau kita jumpa orang yang lepas kite ngadu, kita pulak yang kena maki balik, baik tak payah. Buat tambah stress je kan.

Itu sajalah yang aku nak bebelkan. Mungkin ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang meninggal dunia tapi aku tak tau siapa. Kikiki

Friday, 10 August 2018

Life aku lately macam-macam jadi. ada masa aku happy nye ya amat syukur Alhamdulillah, ada masa aku sedih sampai meleleh air mata, makan pun tak lalu. nak tidur asik terkenang-kenang - apa aku nak buat lepas ni? rasa nak mai pun ada. camtu lah kalau kita exaggerate kan masalah sendiri.

gambar ketika kayuhan criterium Eco Ardence, 8 Aug 2018

Dapat quote Albert Einstein ni, syok jugak guna;
Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving
Aku setuju sebab aku tak pernah pandai imbangkan badan atas basikal kalau tak kayuh. kalau dapat pun mungkin dalam 5-10 saat je pun. hahaha.

Awal-awal sebelum beli basikal, aku tak tau pun yang aktiviti berbasikal ni tak senang. Dari segi kayuhan, teknikal, tactical, kewangan, stamina, strength, pemakanan, tidur lah macam-macam lagi lah. Semua main peranan. Mana tak nye, kecik-kecik dulu kayuh macam tu je. Bila penat berhenti. Niat asal beli basikal pun sebab nak kuatkan lutut yang sakit. Lama-lama tu dah mula seronok sebab dapat ramai kawan, banyak masuk event dan sebagainya, mula la nak upgrade basikal. Tapi aku selalu nasihatkan diri sendiri (memandangkan aku ni bukan orang kaya/berada/lebih dari yang mampu), kayuh je guna apa yang ada dan upgrade kekuatan diri sendiri.

Apa kaitan balancing bike dengan life?

Pertama sekali basikal tu ada 2 roda je kan, kalau kaki atas pedal dah kena kayuh baru boleh bergerak dengan stabil. Kita sebagai manusia (rider) yang menggerakkan (kayuh) life (basikal) kemana arah nak dituju. Kalau sentiasa gembira & tak pernah bersedih macam tak lengkap la hidup ni. Sama juga masa kayuh, ada masa kita naik bukit, ada masa kita turun bukit. Kadang-kadang langit cerah, panas terik, masa pergi redah embun pagi masa balik rumah matahari dah nak terbenam, ada masa hujan renyai. kalau hujan lebat terpaksa lah berhenti sekejap untuk berteduh.

Basikal pulak kalau kayuh mesti kedepan. Kurang sangat orang kayuh kebelakang. Kehidupan kita macam tu jugak. Kita pun memang nak sentiasa maju kehadapan ye dak. Tak kira apa pun rintangan dan halangan, mesti cari jalan macam mana nak sampai ke destinasi.

Main basikal pulak ada masa kita kayuh sorang-sorang, ada masa kita kayuh dengan kawan-kawan. Ada yang memang dah kenal lama ada yang baru kenal masa perjalanan. Yang tak tahu selama ni dah bertahun kawan kat facebook pun ada. alahai bulatnya dunia.

Tayar pulak, sentiasa berputar. kalau kita duduk dekat 1 point kat tayar tu, mesti kadang-kadang kita kat depan. kadang-kadang kat belakang. maksudnya sekali kita diangkat untuk menjadi seorang ketua, bukan selamanya kita seorang ketua. ada masa kita pun tetap jadi pengikut. jadi sape-sape yang diangkat untuk jadi ketua dlam satu organisasi tu, jangan la berlagak sangat macam kita lah yang paling tinggi pangkatnya di muka bumi ni.

Point yang sama, ada masa kita berada di atas, ada masa kita di bawah. pendek cerita dalam kehidupan harian, jangan terlalu taksub dengan kejayaan kita. perlu ingat jugak, tanpa sokongan orang lain, mungkin kita tak akan maju ke hadapan sebab tayar itu bulat!

sekian bebelan aku pada diri sendiri hari ni. didoakan semoga yang bersedih hati tu terubat jugak la hatinya ye. yang bergembira tu, teruskan kecapi kegembiraan tanpa melupakan Allah yang Esa.

Saturday, 28 July 2018

Perkara ni sebenarnya lama dah aku nak tulis. Ramai yang aku perhatikan buat perkara macam ni bila solat dekat ruang solat awam. Tak khusuk kite dibuatnye. Nak cakap depan-depan, tak berani sangat sebenarnya. Alahai aku ni. Harap yang membaca dapat la ambil sedikit manfaat ye. 

Contoh kalau solat dekat surau yang disediakan untuk orang awam, harap sangat yang pertamanya jangan la solat betul-betul dekat sebelah rak telekung. Tak kesian ke orang lain nak guna telekung terpaksa tunggu awak tu habis solat. Buatnya awak baru angkat takbir untuk rakaat pertama, tak ke naya yang lain-lain nak tunggu. Takkan kite nak langgar je lalu lalang depan awak tu. 

Yang kedua, tau masing-masing taknak tudung tu renyuk. Tapi tak perlu kot bentang atas susunan sejadah. Nanti orang alihkan sama jugak kebarangkalian nak renyuk tu tinggi. Baik letak dekat tempat solat sendiri kan tak susahkan diri sendiri dan orang lain.

Dah la surau kecil, boleh pulak sembang macam duduk cafeteria. Orang nak solat pun hilang khusyuk. Cuba la senyap kejap untuk 15-20 minit. Lepas keluar surau nak melalak ikut suka la kot kan.

Ada jugak yang jenis lepas solat, sejadah telekung dibiarkan je atas lantai. Sikit pun tak ade inisiatif nak kemas balik. Yang angkat letak kat rak tu dah bagus, tapi campak je macam rumah sendiri. Alahai

Ada satu kali tu aku tengah solat nampak kelibat orang keluar (ye la surau pun kecik kan) tapi telinga aku dengar bunyi "klik" pintu kunci dari dalam. Aku dah la memang tak khusyuk la kalau boleh tahu maksud bunyi tu. Tak sampai seminit ada orang lain datang ketuk-ketuk pintu dari luar. Maknanya betul la kan orang tadi kunci pintu sebelum keluar. Adoi geram je. Yang tak solat waktu tu pulak langsung buat tak tau. Jenuh orang kat luar tu ketuk pintu siap bagi salam. Dia boleh jerit je dari belakang aku (yang terang-terang hilang khusyuk dah) "pintu tak kunci punnnnn" adoiiii geramnye lah hai. 

Aku ni bukan la penjaga surau awam ke pekerja petronas ke surau R&R ke tapi sebab syarikat yang aku kerja ni kecik je. MD pulak Chinese maka tak ada surau dan nak atau tidak, aku kena keluar pejabat dan solat di surau awam sahaja. 

Jadi harapnya wanita lain yang menggunakan surau bersama, harap tak amalkan perkara yang aku sebutkan kat atas. Nampak remeh hakikatnya aku tak khusyuk mengenangkannya. Huhuhu

Wednesday, 4 July 2018

Sedih betul bila dengar berita pasal adik Adam Rayqal ni. Walaupun aku ni takde family sendiri, apetah lagi anak sendiri tapi aku rasa sedih jugak la. Even geram, kecewa, marah semua pun ada.

Aku tak nak komen pasal sape salah sape betul. Yang itu biarlah pihak yang berkuasa menentukan sebab tu mereka diberi kuasa dan kepercayaan kan.

Aku cuma nak suarakan pendapat pasal masa drive balik kerja sangkut teruk dalam jem petang semalam, kat bernama radio ada cakap pasal penguatkuasaan lesen ke atas pengasuh persendirian.

Nak call, tangan jenis gigil gemuruh guruh berdentum dalam badan. Nak taip mesej, tengah drive pulak. So aku taip kat sini je lah. Biar lambat asal selamat. Hihi

Pada pandangan aku, perkara tu ada baik ada buruknya. Yang baik contohnya pengasuh adalah lebih dipercayai. Contohnya macam kita naik kapal terbang pastu kita tahu yang pilot tu ada lesen yang sah untuk bawa kita. Jadi risiko untuk kemalangan tu rendah. Sama la dengan pengasuh ni. Bezanya, kita hantar budak / bayi yang tak tahu apa2, malahan nak bercakap pun tak mampu. Makan nak kena bersuap. Pakai nak kena siapkan. Even tak tahu bezakan mana betul mana salah n mana bahaya mana selamat. Pengasuh tu la yang akan jadi pilot untuk anak2 yang diasuh.

Yang kedua, bila dah ada lesen dah tentu ada pantauan dari pihak tertentu. Kena renew setiap beberapa bulan. Kena adakan audit dan sebagainya. Maka risiko untuk pengasuh menjalankan tanggungjawab dengan sambil lewa kemungkinan besar adalah rendah.

Tapi kita sebagai orang biasa yang makan cukup2 ni kena fikir la jugak. Kenapa kebanyakan ibu bapa cari pengasuh persendirian bukan pengasuh swasta yang tentunya berlesen, bersijil dan sebagainya. Sebab utama tentunya kekangan kewangan. Kemungkinan pengasuh persendirian menawarkan harga yang jauh lagi murah berbanding pengasuh berlesen lain. Bila dah dikenakan sijil, lesen dan sebagainya sanggup ke ibu bapa nak hantar dengan bayaran lagi tinggi? Kalau kata harganya naik 50% contohnya, tambah beberapa ringgit sebulan dah macam hantar kat taska kan.

Lagi satu kekadang pengasuh persendirian ni dilantik orang2 kawasan tu. Contoh jiran sebelah tau dia ni surirumah, ada anak kecil sorang. So dia pun minta tolong jaga anak dia jugak. Bulan2 bagi upah. Bila jiran2 lain dengar pun nak hantar kat dia jugak. So secara tak langsung dia pun jadi pengasuh persendirian. Bukan nak sangat pun tapi sebab nak tolong jiran2 sambil tambah income.

Lepastu pulak orang tu dah berusia. Mungkin lebih 50 tahun. Orang lantik dia jugak jadi pengasuh persendirian. Nak suruh pergi ambil lesen bagai alahai. Dah la duduk rumah sorang2, tak pandai bawak kereta. Menulis pun orang buat. Camne.

Ni la contoh situasi. Saje je tulis sekadar pandangan peribadi. Tidak berniat untuk menaikkan atau menjatuhkan mana2 pihak. Manatau yang buat dasar perundangan ni nanti ada idea lagi bernas yang boleh dibahaskan kan.

Apepun, aku ingin ucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga & Allah mengurniakan kekuatan & ketabahan buat keluarga Adam. In Shaa Allah.

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *