#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Saturday 28 July 2018

Surau Kegunaan Awam

Perkara ni sebenarnya lama dah aku nak tulis. Ramai yang aku perhatikan buat perkara macam ni bila solat dekat ruang solat awam. Tak khusuk kite dibuatnye. Nak cakap depan-depan, tak berani sangat sebenarnya. Alahai aku ni. Harap yang membaca dapat la ambil sedikit manfaat ye. 

Contoh kalau solat dekat surau yang disediakan untuk orang awam, harap sangat yang pertamanya jangan la solat betul-betul dekat sebelah rak telekung. Tak kesian ke orang lain nak guna telekung terpaksa tunggu awak tu habis solat. Buatnya awak baru angkat takbir untuk rakaat pertama, tak ke naya yang lain-lain nak tunggu. Takkan kite nak langgar je lalu lalang depan awak tu. 

Yang kedua, tau masing-masing taknak tudung tu renyuk. Tapi tak perlu kot bentang atas susunan sejadah. Nanti orang alihkan sama jugak kebarangkalian nak renyuk tu tinggi. Baik letak dekat tempat solat sendiri kan tak susahkan diri sendiri dan orang lain.

Dah la surau kecil, boleh pulak sembang macam duduk cafeteria. Orang nak solat pun hilang khusyuk. Cuba la senyap kejap untuk 15-20 minit. Lepas keluar surau nak melalak ikut suka la kot kan.

Ada jugak yang jenis lepas solat, sejadah telekung dibiarkan je atas lantai. Sikit pun tak ade inisiatif nak kemas balik. Yang angkat letak kat rak tu dah bagus, tapi campak je macam rumah sendiri. Alahai

Ada satu kali tu aku tengah solat nampak kelibat orang keluar (ye la surau pun kecik kan) tapi telinga aku dengar bunyi "klik" pintu kunci dari dalam. Aku dah la memang tak khusyuk la kalau boleh tahu maksud bunyi tu. Tak sampai seminit ada orang lain datang ketuk-ketuk pintu dari luar. Maknanya betul la kan orang tadi kunci pintu sebelum keluar. Adoi geram je. Yang tak solat waktu tu pulak langsung buat tak tau. Jenuh orang kat luar tu ketuk pintu siap bagi salam. Dia boleh jerit je dari belakang aku (yang terang-terang hilang khusyuk dah) "pintu tak kunci punnnnn" adoiiii geramnye lah hai. 

Aku ni bukan la penjaga surau awam ke pekerja petronas ke surau R&R ke tapi sebab syarikat yang aku kerja ni kecik je. MD pulak Chinese maka tak ada surau dan nak atau tidak, aku kena keluar pejabat dan solat di surau awam sahaja. 

Jadi harapnya wanita lain yang menggunakan surau bersama, harap tak amalkan perkara yang aku sebutkan kat atas. Nampak remeh hakikatnya aku tak khusyuk mengenangkannya. Huhuhu

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *