#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Monday 30 July 2018

Appointment Doc Lutut & Bahu

Hari ni aku amek cuti sebab petang nanti nak hantar mak aku pergi KLIA sebab dia nak pergi buat haji. Walaupun flight dia tengah malam pukul 1 pagi nanti tapi kena berkumpul awal. Aku malas nak ambil half-day sebab rumah aku dengan office 30km lebih jaraknya. Tak suka nak ulang alik redah jammed bagai untuk jangkamasa yang singkat tu.

Jadi aku amek kesempatan buat appointment doktor pakar lutut dan bahu. Okay maksudnya aku ada dua masalah sekarang ni. Pertama kedua-dua belah lutut aku tak kuat. Lutut kanan ada masalah berbunyi-bunyi kalau naik tangga. Lutut kiri paling teruk.

Kronologi
Teruk sebab dulu awal tahun 2017 aku main basikal dan jatuh, ada batu-batu kecil sama saiz kuih raya betul-betul terlanggar lutut kiri aku. Masa jatuh aku tengok ok je. Seluar koyak kat lutut. Ada luka kecil. Condition basikal pun ok jadi aku sambung kayuh untuk beberapa kilometer. Balik rumah aku tengok luka pun tak besar mana. Mandi pedih geli-geli je pun jadi aku tak bother sangat la. Hari tu hari Ahad, memang rutin hujung minggu aku akan kayuh basikal manakala hari biasa sebelah malam aku akan main futsal. Nak dijadikan cerita, hari rabu aku ada mixed friendly match yakni dalam satu kumpulan akan ada campuran jantina lelaki dan perempuan. Aku rasa hari tu aku main macam biasa je tapi pelik bila balik rumah aku nampak tempurung lutut kiri aku teralih bila aku bengkokkan lutut.

Macam-macam sakit
Aku rasa macam dosa aku sedang diampunkan Allah sebabnya aku baru sihat lepas hampir sebulan buat operation buang 2 gigi geraham bongsu yang tumbuh melintang, dan 2 gigi geraham di sebelah atasnya. Disebabkan gigi geraham bongsu yang tumbuh melintang itu, satu gigi dihadapannya jugak kena buang sebab dah tak boleh dirawat. Lubang yang teruk dan menyebabkan aku selalu terjaga tengah malam sebab ngilu. Jadi apa yang boleh dibuat ialah buang gigi tu.

Ok kenapa aku cerita pasal gigi sebab aku datang hospital selayang untuk follow up operation gigi. Aku parking jauh dekat bangunan sebelah luar hospital dan aku berjalan kaki ke bangunan yang aku nak jumpa doktor tu aku kira ada la dalam 2km. Dan masa aku berjalan aku rasa ada la 2-3 kali aku nak terjatuh tanpa sebab. Aku rasa lutut kosong. Jadi waktu balik aku melencong ke arah kecemasan.

Doktor buat X-ray
Doktor dekat kecemasan cakap tak ada apa2. Tulang tak ada retak. Nanti datang untuk buat phisiotherapy je. Aku tengok tarikh yang ditetapkan - sebulan lagi. Termenung jugak aku. Tu baru phisio. Aku cuba nego dengan doktor, tak boleh refer kat ortho terus ke? Dia cakap tak boleh. Aku assume tu procedure dia so aku balik dengan hampa.

Rawatan alternatif
Aku tanya beberapa orang kawan yang lain, dan ada sorang kawan bagi cadangan untuk jumpa sorang pakcik tak berapa nak tua sangat kot. Mungkin umur lingkungan tengah 40an. Dia jenis scan pakai ape aku tak tahu tapi dia pegang lutut aku boleh tahu ada problem. Bukan setakat lutut, tulang belakang aku pun dia tau ada problem. Dia tanya "ada rasa sakit pinggang ke?" aku jawab haah walaupun sakit pinggang tu dah immune sejak aku jatuh pokok masa umur 15 tahun. "ok, lutut biar dulu. Kita betulkan tulang belakang dulu"

Doa bukan urut tapi dia macam pegang 1 bahagian dan aku gerakkan sendiri anggota badan aku. Telinga orang lain pun boleh dengar derap-derap bunyi tulang aku. Aku rasa masa dia betulkan tulang belakang tu, macam tengah main mercun papan. Pap pap pap pap... Lega. Sakit tak rasa tapi yang hairannya badan aku rasa ringan. Tulang belakang aku yang selama ni aku rasa senget ke kiri tiba-tiba duduk tengah balik. Aku sengih je kat dia. Then dia sambung betulkan lutut pulak. Bebel-bebel la dia kata badan aku ni macam ironman merata dislocate. Masa dia nak masukkan tempurung lutut aku balik sakitnya ya rabbi Allah je tau. Tapi lepas tu aku jalan dah tak tempang. Aku bayar ikut suka dan beli ubat yang dicadangkan.

Dua minggu pertama aku stop aktiviti sukan - basikal, berlari dan futsal. Lutut kiri aku masih bengkak. Tapi lepas 2 minggu tu aku dah takleh nak tahan nafsu. Aku mula kayuh basikal perlahan-lahan keliling kawasan taman rumah. Sakit memang sakit tapi aku bertahan je lah. Lepas  bulan (aku ada jumpa dia beberapa kali dalam 6 bulan tu), pakcik ni cakap dah mula baik dan boleh main futsal dah. Aku okay kan je lah.

Futsal kembali
Lepas nampak improvement sendiri (rasa lutut makin kuat) aku mula sambung bermain futsal. Awal-awal aku datang training agak kekok sikit tapi sebab aku main futsal pun dah lama, jadi sekejap jugak nak catch up sikit-sikit. Awal-awal aku rasa ok. Tapi lepas beberapa bulan aku rasa aku betul-betul kena stop. Aku perasan kalau hari ni aku berlari 5km, keesokan harinya lutut aku akan bengkak. Lepas tu makan masa seminggu untuk bengkak ni surut dengan syarat aku tak bersukan langsung. Bila aku jumpa pakcik tu, dia cakap lutut aku dah ok dan dia pun macam tak boleh nak buat ape lagi.

Urut urat
Baru-baru ni lepas bulan puasa, aku ada jumpa seorang abang yang boleh betulkan urat. Bukan massage pakai minyak tapi dia tarik urat yang dikatakan dislocate. Sedap memang sedap tapi masalahnya bertahan 2 hari. Lepastu sakit datang balik walaupun aku tak melakukan aktiviti selain pergi balik kerja, makan & tidur.

Appointment dengan pakar
Sudahnya aku malas nak cari tempat urut lagi. Aku mula menetapkan appointment dengan pakar dekat sini, KLSMC. Yang aku ni pulak main redah datang buat appointment dengan harapan aku beh claim insurans.

Aku bagitahu doktor perkara sebenar then doktor tu tolong aku untuk bercakap dengan pihak insurans. Setakat ni insurans bersetuju untuk keluarkan borang GL dan aku dah isi borang. Cuma nak tunggu pihak hospital panggil aku bagitau tentang kelulusan insurans je sekarang ni. Dah 3 jam ni semoga Allah permudahkan urusan ku hari ini. Amiin.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *