Bahan-bahan
60gm agar-agar bertali atau strip
1500ml air
300ml air
1200gm gula pasir
120gm gula batu
Cara Membuat
- Rendam agar-agar 30 minit dan toskan. Masak agar-agar bersama 1500ml air sehingga mendidih dan jernih.
- Masukkan gula batu dan gula pasir. Masak sehingga betul-betul mendidih.
- Tambahkan 300ml air ke dalam periuk dan tutup api setelah air mendidih.
- Tapis agar-agar dan warnakan mengikut kehendak masing-masing.
- Tuang ke dalam loyang 10x10" (2800ml untuk 1 loyang) dan sejukkan (jangan masuk dalam peti ais. hanya perlu biarkan sahaja menyejuk sendiri) sehingga agar-agar menjadi beku pada suhu bilik.
- Potong ikut saiz dan bentuk kesukaan. Jemur sehingga betul-betul kering dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Nak custom order untuk majlis pun boleh. Whatsapp je ye. terima kasih & selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment