#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label hidup untuk memberi. Show all posts
Showing posts with label hidup untuk memberi. Show all posts

Monday, 14 October 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam seluruh dunia walaupun hanya segelintir yang membaca. Cewah. Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. 

Sabtu akan datang, 19 Okt 2013, aku akan menduduki peperiksaan dalam bidang nutrisi. Aku tak tahu kenapa aku ambil kursus ni - jauh dari bidang kejuruteraan. Balik pada tajuk - minat. Aku minat sesuatu yang macam ni. Tapi bila dah study, menyesal. 

Aku suka makan daging, cheese, coklat, gula-gula dan segala macam yang dikatakan penyumbang kepada masalah kesihatan sejagat seperti serangan sakit jantung, obesity, diabetese, common cancers (breast, prostate, large bowel), autoimmune disease & wide ranging disease (bone, kidney, eye and brain disease). Kajian yang dijalankan oleh professors dan doctors yang ada mengatakan dairy products amatlah buruk untuk manusia. Pendek cerita; susu lembu untuk anak lembu, susu kambing untuk anak kambing, susu kucing untuk anak kucing dan susu ibu untuk bayi. Boleh cari sendiri. Percaya atau tak, terpulang.

Aku baca, baca dan baca, turun dapur makan rendang daging. Sedap. Masuk bilik baca buku, rasa lapar, pergi dapur makan rendang daging. 

Belajar sebab minat. Bukan kejayaan pada kesihatan tubuh badan 😔

Apa yang aku nak katakan sebenarnya, matlamat hidup kita yang menentukan arah perjalanan hidup kita, perbuatan, dan keputusan yang diambil; bukan minat. Pernah dengar: "aku nak kurus, tapi aku tak suka makan sayur & buah-buahan" nah keluar la segala macam makanan tambahan yang boleh ditelan tanpa menghiraukan segala kesan sampingan yang ada.

Atau: aku nak masuk syurga, tapi aku tak suka la bangun malam, tak minat belajar mengaji, tak minat dengar ceramah agama, tak nak solat dan pendek cite susah la ikut perkara yang Allah suruh

Nauzubillaahiminzaalik. Peringatan untuk diri sendiri. Aku pun bukan baik mane pun 😒

Banyak lagi contoh yang boleh diambil. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. 

MINAT atau MATLAMAT

anda yang tentukan. Tiada jalan singkat untuk mencapainya. 

Kbai!

Friday, 13 September 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum & selamat pagi yang indah. lepas solat subuh sebaik-baiknya jangan sambung tidur sebab masa ni la pintu rezeki tengah ternganga luas. kalau tak tahu nak buat apa, jom kita solat Dhuha.

Rasulullaah SAW telah bersabda;

Solat Dhuha it mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuda kecuali hanya orang-orang yang bertaubat
Niat solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

minimum 2 rakaat, maximum 12 rakaat. buat setiap 2 rakaat 1 salam.

Doa selepas solat Dhuha

kita nyanyi sikit. senang nak hafal. Doa solat Dhuha oleh kumoulan nashid UNIC. kalau buka ikim pagi-pagi dalam pukul 8:20am, mesti deorang akan pasang doa ni.


اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Maksud Doa

Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhuha Mu, keindahannya keindahan Mu, kecantikannya kecantikan Mu, kekuatannya kekuatan Mu, kekuasannya kekuasan Mu, perlindungannya perlindungan Mu.

Ya Allah jika rezeki maasih di langit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah.

berkat waktu dhuha, kecantikanmu, kekuatanmu, kekuasaanmu

Ya Allah, limpahkan kepadaku segala yang engkau telah limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh

Amiin ya Rabbal 'Aalamiin

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Ape khabar semua? Saya batuk-batuk & selesema je. Alhamdulillaah. 😁

Hari ni hari Jumaat. Selalu kelam kabut buat kerja sana sini sampai bilamana kerja tu kena minta pertolongan orang dan ianya sangat penting, mesti ada kata-kata semangat berbunyi "tu la.. Kumpul kerja sampai hari jumaat baru nak buat!" Kih kih kih.. Bila difikirkan, tak kumpul pun sebenarnya. Tapi sebab kita terlalu ghairah tak nak sampai tahap kena support hari minggu tu yang sanggup bertungkus lumus siapkan kerja. Nak-nak pulak kan hari isnin ni cuti umum sempena hari Malaysia. Lagi la nak gunakan masa cuti tu sepenuhnya!

Hari ni ade sorang kakak bawa makanan lebih yang aku kira cukup la untuk 3-5 orang (bergantung kepada saiz badan & jumlah pemakanan. Hehe) iaitu nasi himpit, kuah kacang & rendang ayam. Disebabkan aku duduk satu cubicle dengan mereka, jadi aku pun dapatla makan selain bau yang sedap.  Muehehehe. Pagi2 dah makan sikit. 

Kebetulan hari isnin cuti, ramai gak yang ambil kesempatan ambil cuti hari ni. Aku tak la, pekerja yang tak berapa cemerlang tapi risau tak siap kerja. Haha. So aku ade la janji dengan sorang kawan untuk makan tengahari sama-sama. Alhamdulillaah tempat kerja aku waktu rehat 12:30 - 2:30 petang hari jumaat.  Ade tempat lain tak dapat macam ni. Huhu

Jam dah 12:30. Aku telefon kawan tadi. Kitorang duduk di bangunan yang berbeza-beza. Tak angkat. Aku tak putus asa. Call lagi selepas "perempuan simpanan" jawab - nombor yang anda dail. Bla bla bla. 

Jam dah 12:50 tengahari. Masih tak jawab. Aku tinggalkan mesej. Tak ade respond. Mujur kakak tadi pelawa aku makan lagi sekali memandangkan aku tak pergi mana-mana. Rezeki alhamdulillaah. 

Aku makan 2 ketul nasi, telefon office berbunyi. Aku tahu siapa panggil, kawan ajak makan. "Hudaaaa.. Sorry tak perasan dah pukul 1 ni..  Ade issue tadi"

Ok. Dimaafkan. Memandangkan aku dah janji nak lunch sama ngan dia, jadi makanan yang aku ambil tadi aku letak tepi tutup ngan tisu. 

Bila berjumpa, "Huda, lupa nak cakap handphone tinggal kat rumah" huh! Patut la aku call 10x x berjawab. Aih. 

Lepas makan kat luar aku terus sambung kerja. Kerja.. Kerja.. Sedar-sedar dah pukul 6:30pm. Ops. Masa untuk pulang. 

Tengah kemas-kemas barang baru perasan sesuatu


Makanan tadi tak habiskan lagi. Huwaaaaa. Cepat-cepat makan bagi habis. Kalau tak nanti cikti datang sepahkan.

Tu je lah. Selamat bercuti semua yang bercuti!

Kbai

Monday, 2 September 2013

bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56. Tadi aku drive balik ke rumah dari tempat kerja agak awal dari biasa. selalunya lepas matahari terbenam baru aku terkial-kial pack barang. hari ni macam oke sikit la nak cabut awal sikit. hehehe

perjalanan dari tempat kerja ke rumah ambil masa 3 minit kalau lengang takde kereta dan traffic light semua hijau. jawa cakap lean la kot. aku tak berapa reti sangat cakap jawa ni. tapi kalau worse case macam ade traffic light atau kereta beratur panjang, mungkin ambil masa 10 minit la. jadi dalam masa 10 minit ni, macam-macam suasana ada. tercetuslah penulisan yang tak seberapa ni.

berbalik kepada tajuk asal, 5 perkara kebanggaan rakyat Malaysia edisi jalanraya. yang pertama sekali langgar lampu merah dengan sengaja. aku tak berapa pasti berapa ramai yang membangkang tapi aku tetap akan tulis. tadi aku berada di traffic light ke2. kawasan USJ ni penuh traffic light jarak paling minimum 50 meter. aku duduk lorong paling kanan, dan nak belok ke kanan. tapi jarak 2 kereta depan aku dah nampak lampu kuning. aku break kasi perlahan, sebelah kiri aku lori simen. dengan selamba dia etkan minyak. apa yang aku rasa dia bangga ialah bilamana dia sampai ke garisan berhenti, lampu merah. dia pecut dengan BANGGAnya. selang bebrapa minit, dari arah yang lain, 2 biji teksi BANGGA melakukan perkara yang sama. 

perkara kedua ialah berjalan kaki sesuka hati tanpa menghiraukan keselamatan diri. aku rasa pejalan kaki ni ada ilmu kebal. jalan dah la mengadap laluan yang sama. lepas tu sambil berborak-borak dan bergurau sedar-sedar dah ade kat tengah jalan. aduh. orang yang tengah drive ni yang menjerit takut. yang dia pulak BANGGA sebab kalau fikir secara positif - ala rakyat Malaysia ni baik, mesti akan beri laluan dekat aku la. aku BANGGA kerana pejalan kaki memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pemandu-pemandu jalan raya. belum sentuh BANGGA lintas jalan bawah jejantas lagi ni. T_T

memandangkan kawasan kilang aku kerja berdekatan dengan kawasan sekolah, maka ramai la juga ibu bapa yang aku kira berkemapuan dan berpeluang menjemput anak masing-masing balik sekolah. tapi deorang ni ada satu perangai yang buat orang lain kurangkan pahala yakni berhenti tengah jalan tanpa hiraukan kereta lain. aku tahu anak tak keluar lagi, jalan sempit, tapi semua ni tak bermaksud deorang boleh suka hati perlahankan kenderaan, berhenti terus dan tunggu anak tengah jalan. ha lantak korang la yang nak jalan tu pepandai cari jalan lain. tak pun tunggu la anak aku datang balik sekolah ni nanti aku gerak la. 

salah satu kelebihan rakyat Malaysia ialah mereka sangat peramah dan baik hati. cuma aku tak tahu la kenapa bila atas jalan raya, automatic jadi samseng jalanan. aku rasa banyak sangat tengok wayang karut melayu ni. isk2. bila orang lain nak masuk simpang dia, bukan main lagi dia hon panjang tanpa henti walhal kdudukan dia tertinggal satu atau dua kereta dia depan. bila turn dia potong orang lain, bukan main lagi signal pun tak reti nak bagi! aku syak dia nak test hon berfungsi ke tak tapi terlupa lampu signal rosak. BANGGA oi hon aku paling bising dan merdu atas jalan ni!

oh ye, cakap pasal signal, ade lagi satu kebanggan yang susah nak ditundukkan yakni masuk simpang tak bagi signal. pulun la orang lain tunggu dia jalan terkedek-kedek. terkedek kedek. bila sampai simpang, tup belok kiri. sekali sekala nampak muka BANGGA dia ~~ bagus deorang ni respect aku. aku nak jalan semua orang tunggu. wahahahahaha. 

tapi aku rasa tak semua yang tak bagi signal. ade juga yang last minute bagi signal bila rasa menyusahkan orang belakang. pantang gak part ni. nak-nak pulak orang belakang jenis ikut pungkok. orang belakang pun satu nak cepaaaat je. kete depan pulak tetibe je rasa awek jual jambu air kat tepi jalan ni cun, terus berhenti dan bagi signal bila dah kena hon. nasib sempat hon, kalau cium pungkok, memang dah jodoh la. BANGGA apa dapat main cium-cium atas jalan ni nak pulak kereta depan tu Ferrari ke, BMW ke..

banyak benda aku nak bebel lagi ni kang ade yang report blog aku ni pulak. sini je lah kot. aku ni bukan pemandu berhemah sangat tapi beringat-ingat la sebelum kena. kadang-kadang perkara kesalahan kecil boleh mengundang kerosakan yang besar. ada orang kata test nyawa liat ke tak. ada orang kata pahala terlalu banyak sampai tak tahu nak buat apa.

wallaahua'lam bissawaab

k bai!
signature2

Wednesday, 28 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum

pertama kalinya, terima kasih kepada Maxis kerana membuat saya menunggu tarikh 28 August untuk internet di reset semula. maka saya dapat update blog dengan tenang menggunakan laptop. walaupun agak lembab. tapi. OK laaaaaa


"Let's go crazy crazy crazy till we see the sun
I know we've only met but let's pretend it's love. 

And never, never, never stop for anyone. 
Tonight let's get some. 
And live while we're young. 
Oh oh oh oh oh oh oh 

Oh oh oh oh oh oh oh"

kedua - terima kasih kepada penaja utama Nuffnang kerana memberi saya tiket yang ke berapa ntah untuk tayangan perdana. kali ini tajuk cerita ialah One Direction - This Is Us. saya sangat terhibur kerana saya suka dengar lagu-lagu mereka tapi saya tidak mengenali mereka. hihihihi *mungkin mereka mengenali saya kerana mereka sangat comel. erks?

ketiga - sampai sekarang lirik lagu Live While We Young bermain-main dalam otak aku walaupun dalam perjalanan balik rumah dari TGV One Utama ke USJ macam-macam lagu dalam kereta diputarkan. mungkin sebab ia adalah cerita 3D maka ia lebih menusuk kalbu. huhhuuuuu~~

keempat - aku pelik tengok crowd gila-gila masa concert deorang kat Sweeden, Paris, Tokyo.. macam-macam tempat lagi la. paling best tengok deorang kat Tokyo. mungkin sebab budaya orang Jepun yang unik buatkan perjalanan deorang tu best kot? oh ye, deorang ade pergi South Africa - comel je budak-budak Africa tu. heh?

kelima - aku sungguh jeles tengok deorang jalan-jalan pusing satu dunia. nampak letih tido dalam bas beberapa jam bangun balik melompat-lompat & menari & menyanyi. tapi sure best sebab dapat jalan jalan.. Euro trip. Tokyo. nak ikuuuut.

keenam - mereka sangat popular sehinggakan jalan-jalan nak beli barang pun, kedai kena tutup. oh. nasib baik aku belum sepopular tu kan.

kelapan - aku terlelap sebentar tadi. peace! k bai!

kesembilan - aku tertinggal ketujuh

kesepuluh - aku memang sengaja lakukannya. 


Monday, 26 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamuaikum

Semalam dan beberapa hari lepas aku ade update blog. Semuanya guna apps kat smartphone. Yang penting bila aku dah taip & post, aku tak pernah nak belek balik sebab aku update secara spontan. Kadang-kadang masa makan, masa pergi rumah terbuka. Yakni semuanya masa-masa yang tak sesuai nak tengok phone la. Bila aku buka blog sendiri, tak de ape-ape. Haih geram pulak rasenye. Penat jugak taip panjang-panjang. 

Tu je lah nak mengomen. Aku rasa macam nak komen panjang pasal kes kemalangan kat Malaysia ni tapi tunggu kejap. (Ntah-ntah tak buat langsung. Hehe) 

K bai!

 

Friday, 2 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa mu setiap pagi (samada mereka masih hidup ataupun telah tiada). Nescaya pintu rezeki akan terbuka luas buatmu"

"Tidak akan terputus rezeki seorang anak itu selagi dia tidak meniggalkan doanya kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

janganlah sesekali kita meniggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa kepada kedua ibu bapa (samada yang masih hidup ataupun telah tiada). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa itu ialah keredhaan Allah SWT

Semasa kita berdoa, hendaklah kita berdoa dengan bersungguh-sungguhsambil menadah tangan dan membayangkan wajah kedua-dua ibu bapa kita. mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT atau tiada keberkatan dalam rezeki atau harta mereka.

Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit semata-mata, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah seperti makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya.

Rezeki yang datang dari Allah kepada kita bukan kerana adanya sijil ijazah, Master atau PhD tetapi dengan hati yang tulus ikhlas yang berdoa untuk ibu dan bapa kita.

"Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah doa kami dan dosa kedua-dua ibu bapa kami. berkatilah mereka, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, juhilah mereka dari azab bahaya, lindungilah mereka, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan Engkau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil. Amiin ya Rabbal 'alamiin."
signature2

Wednesday, 31 July 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

KHAS BUAT MEREKA YANG BERGELAR IBUBAPA & ADIK BERADIK

jadikan ianya sebagai iktibar

"SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya suaminya

"kenapa menangis ni?"

"Lihatlah karangan budak ni"

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuat televisyen. saya ingin mengambil kedudukan televisyen. menikmati kehidupan sebagaimana peti televisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya. saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen. Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. ibu pula akan sama-sama saya saat saya sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya. saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengenepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya. Akhirnya jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayang itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata "Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!"

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat. "Abang, itu karangan anak kita!"

.....-=-=-=-=-=-=-=-....
Wallahualam bissawab. setiap orang ada pandangan dari sudut perspektif yang berbeza & tersendiri. sendiri mahu fikir. kadang2 kita rasa kita dah cuba bagi yang terbaik, tapi orang lain tak rasa macam tu. kadang2 kita sebenarnya dah dapat yang terbaik, tapi diri sendiri rasa tak cukup atau bersyukur dengan apa yang kita dah dapat. hanya menghargainya selepas ketiadaannya. mana yang baik, ambilla. mana yang buruk, tinggalakan. kahs untuk diri sendiri. kbai
signature2

Sunday, 28 July 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum.




Semalam, 27 July 2013, aku & kawan2 ade anjurkan satu program charity (Raudhah Ramadhan) bersama anak-anak yatim & asnaf di Raudhatul Al-Faeez (alamat: Batu 9 1/2, Jalan Gombak, KL)




masa ni tengah prepare barang-barang. dalam sampul ade duit raya (atas) & goodies (bawah) hasil sumbangan tetamu dan masyarakat. jumlah semua 30 (ada 30 orang pelajar kat rumah tu)

jalan nak masuk rumah ni curam gila. member yang pakai kereta manual agak parah sikit la nak naik atas. ade sorang kawan sampai tinggalkan kereta kat bawah sebab tak larat nak naik. hehehe

view rumah dari luar

budak2 standby nak buat persembahan nasyid. budak-budak ni cerita pagi tu deorang pergi AEON Wangsa Maju beli baju raya. so petang tu deorang agak letih

persembahan nasyid dari kumpulan Al-Faeez

yang kanan sekali founder rumah ni, Pn Zahrina. deorang panggil Ummi. difahamkan bahawa tanah & rumah yang deorang tinggal sekarang diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang telah dirahsiakan identitinya. Alhamdulillah.

DJ yang bertugas. Set PA system ni dia yang punya.



semua orang berkumpul kat tanah lapang untuk aktiviti santai sebelum berbuka. setiap anak2 dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut abang-abang & kakak-kakak masing-masing. kira sesi ice breaking la ni. 

Masa masuknya waktu maghrib, kitorang berbuka dengan kurma & air kosong dulu. lepas tu solat Maghrib berjemaah & makan berat2. perut lapo sangat, so xde la nak ambil gambar makan pun. hehehe...

then solat isyak berjemaah + terawih 4 rakaat. ada slot tazkirah bertajuk "tanggungjawab kita"





lepas habis tazkirah, sambung solat terawih 4 rakaat, 3 rakaat untuk witir.

sumbangan masyarakat, individu + kumpulan




emcee bertugas pada malam tu


antara tetamu hadir
pandang je kuih moreh tu ye. hehehehe
dalam kotak polystyrene tu ade dadih. sedap oh!

adik ni nama dia Iqram. dia paling muda antara anak-anak yang lain. umur baru 3 tahun. kawan-kawan dia kata, dia duduk sini sejak kecil.



tu je la kot.. tak ambil banyak gambar pun.. yang penting program ni berjalan lancar & budak2 ni pun gembira. kepada yang menyumbang + meraikan program ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan. semoga Allah memberkati & merahmati anda sekalian. kbai. 

P/S: bukan nak menunjuk, tapi nak bagi tahu semalam program tu memang ade. bukan kutipan kosong semata2. peace!

signature2

Tuesday, 9 July 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Tengah dok kemas-kemas bilik (sambil mata pandang laptop, jari kat keyboard), housemate datang. sembang. layan sekejap sebab topiknya menarik. sambung pandang laoptop lepas dapat maklumat.

pot pet pot pet. ".. huda.. ade sotong. masak nak?"
"OK. simpan la buat sahur."
"banyak lagi tu..." ..pot pet pot pet...
"xmo lah sembang ngan Huda. x best"

"padan muka. baru tahu ke. hehehehe"

aku sambung "kemas bilik".

"HUDA!!!!! tolong2!!!"

apehal la.. 2-2 orang housemate aku menjerit. sotong hidup balik ke?


terima kasih housemate. hadiah Ramadhan pertama yang terindah. 

terus hilang mood beliau nak masak. hahahahahaha~~~~

signature2

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Tahun ni, bulan Ramadhan kali ni yang paling mencabar buat diri aku aku. aku rasa la. walaupun masa aku menaip ni adelah hari pertama Ramadhan menurut kalendar Islam.

Semoga menjadi batu loncatan untuk masa depan aku yang cemerlang, gemilang, terbilang dan berbilang2.

Janganlah dengki kat aku, aku xde ape2 pun.

mungkin ko rase aku ade ape2, tapi apekah ia?

"if people are trying to bring you down, it only means that you are above them"

terima kasih. saya sungguh termotivasi dengan kata2 semangat ini.

Selamat berpuasa semua. Semoga menjadi orang yang sangat baik dan dirahmati Allah. Amiin.

signature2

Thursday, 4 July 2013

Wuh. panjang betul tajuk larian ni.

bismillahirrahmaanirrahiim

hari tu hari Ahad. 23 June 2013 aku masuk larian for charity yang dianjurkan oleh Kenny Rogers Roasters sejauh 7 kilometers. wahahaha. ni antara larian yang aku join yang paling tak syok perasaannye sebab:

1- haze.
Malaysia sedang dilanda jerebu yang teruk. aku ni pantang orang suruh lari, aku lari la. kononnye laju boleh dapat top 50, tapi tak pun. masa tu macam teruk jugak la haze pagi tu. 

2- ade kelas
lepas berlari aku terus balik rumah, siap2 masuk kelas. penat!

3- tak dapat menikmati tiket free kat Sunway Lagoon
yela. aku ade kelas. takkan nak ponteng? sungguh rugi perasaannye. T_T dah la dapat tiket free... huwaaaa

4- tak dapat medal finisher
memang la. name pun run for charity. bahahahahaha

tapi sekurang-kurangnya, aku dapat gak masuk Sunway Lagoon tu sejam sebelum tutup. berusaha sedaya upaya pergi Sunway Lagoon lepas kelas tu.


banyak betul jajan Kenny Rogers kasi weyh. 

sambil lari bawa telur. jangan kasi pecah okeh! nasib baik tracksuit aku besar. aku letak je dalam kocek seluar. sambil2 lari tu memang berharap la telur tak pecah dalam seluar. haahaa!!

2 orang belah kanan aku tu junior masa study kat UTM dulu. kecil betul dunia ni boleh terserempak ngan edorang kat sini. aku ade jumpa sorang lagi kawan, Fuad, x sempat ambil gambar ngan dia lak. haih

nah. ni je bukti yang aku dah masuk dalam Sunway Lagoon tu. hehehehehe :P
signature2

Sunday, 16 June 2013

Date: 9 June 2013
Venue: Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya.
Distance: 16 KM
Flag off: 6:30 AM


Gambar dari jauh. masa ni aku betul2 baru sampai. berhenti sekejap ambil gambar dan sempat upload. walhal orang dah beratur panjang kat depan pejabat kehakiman tu. disebabkan aku sampai lambat, aku beratur agak belakang juga. 5 minit lepas flag off baru sampai start point (-.-)

setengah jam pertama, masa tu baru 5km aku lari. aku dah sampai area flyover depan PICC, jalan sebelah aku dah nampak orang Kenya dan seorang Chinese lari tinggal 5 KM nak sampai finish lane. aduh. aku macam baru nak panas badan dia dah nak sampai?! gila 16KM 45 minit? brrr... macam mana la diaorang boleh dapat stamina mantaps macam tu. huhu

aku? 10 Km pertama aku lari dengan gagahnye. gagah la sangat. makan masa sejam 15 minit gak. aku tengok signboard 11 KM, aku dah start berjalan. lari 100 meter, jalan. lari 100 meter, jalan 1 KM. lols. sampai la 2 jam setengah kat finish lane. kihkihkih...

ha tu dia.. dapat gak medal finisher 16 KM. nak tercabut lutut aku lari hari tu. tapi xpe, passionate punya pasal kan. layankan aje la.. hehehe... yang penting lepas marathon tu, aku terus pergi berjimba kat KL tanpa rest sampai malam. dung - terus tertido tak sedar diri. nasib baik isnin tu aku cuti. kih kih kih.


signature2
sape join Roaster's Chicken Run for Charity '13 23 June ni kat Sunway Lagoon? jumpa anda di sana~~~~ buhbye~!

Saturday, 8 June 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Aku ade account Dropbox. korang ade?
best gak gunanya sebab macam tak payah nak bawa pendrive ke hulu ke hilir transfer file. ala-ala letak dalam server la ni. aku yang buta IT ni pun tahu, korang mesti lagi tahu kan. hehe. bye! 
signature2

Sunday, 19 May 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Asslamualaikum w.b.t.

Sambil taip ni tengah dengar ceramah kat IKIM.FM - kisah maaf. tetibe aku rasa aku nak minta maaf. tak kisahla ape salah yang aku buat kalau nampak salah kat mata korang, harap dimaafkan.

aku selalu terfikir, semua orang kat dunia ni, jap, kecilkan sedikit scope - kat Malaysia ni diberikan masa yang sama - 365 hari setahun, 4 minggu sebulan, 7 hari seminggu, 24 jam sehari. tapi aku selalu rasa yang masa aku selalu tak cukup. aku rasa macam-macam benda yang aku nak buat. macam2 orang yang aku nak entertain.

betul la kata orang bijak pandai, manusia ni terbahagi kepada 4 golongan. golongan pertama, orang yang tiada duit, tiada masa. mereka ni adalah kebanyakan kita - pekerja yang makan gaji atau bekerja dengan orang lain. ini yang sedang berlaku pada aku sekarang. gaji konon berkepuk2 tapi belum hujung bulan, dah tinggal sikit. kalau ade something yang aku nak beli - nanti la awal bulan masuk gaji. ni selalu jadi kat aku masa aku xde financial education yang baik. huhuhu

orag kedua pula, orang yang mempunyai banyak masa, tapi tak ada duit. mereka ialah penganggur. aku pernah jadi penganggur satu masa dulu. setahun gak la. sikit2 aku update blog. orang takde kerja la katekan. tapi memang takde duit sebab masa tu aku takde ilmu langsung macam mana nak buat duit melalui blog. hahahaha.

golongan ketiga pula, orang yang ada duit, tapi tak ada masa. deorang ni ialah businessman yakni mereka yang menjalankan perniagaan konvensional. bagi aku peniaga ni kaya raya. aku pernah nampak owner kedai makan bawa bmw. xsure la berapa series. tapi pada aku kalau satu hari atau seminggu tak buka kedai, mahu bankrupt kedai kan. aku dulu pernah berangan nak buka gelanggang futsal, tapi terkubur atas banyak faktor. 1 - breakeven yang lama. mungkin lepas 25 tahun menjalani perniagaan (tanpa gagal) baru dapat ROC. oh ye, modal (yang aku pernah tanya tahun 2010 dulu) ialah at least RM100k. oh tidak. belum kira maintenance, gaji pekerja, bil & utilities. nak2 masa tu aku memang xde financial education, boleh berjaya tutup kedai beberapa hari gamaknye -.-! baru faktor 1, kang lari topic lak. lain kali la cite nape aku x teruskan hasrat & cita2 nak buka business conventional. hehehe

dan golongan paling best ialah golongan ke4 iaitu orang yang banyak masa dan banyak duit. mereka ialah golongan usahawan, atau kalau ikut cita2 aku masa kanak2 dulu; entrepreneur. biasanya golongan usahawan ni ade 2 jenis sumber income. yang pertama - duit bekerja untuk mereka (asset) dan yang ke2, menggunakan other people effort (OPE). antara perkara yang menjadi asset (pasif income) ialah - hartanah, saham, emas dll. other people effort lain tak lain - network marketing. contoh network marketing - Dell, Microsoft, Astro, Maxis, bank dan segala syarikat yang berdaftar di bawah akta jualan langsung 1993. boleh la cari sendiri. hahaha

aku masih belum ada ilmudalam financial education yang baik lagi hebat, tapi sekurang2nya aku dah mempelajarinya sedikit demi sedikit dari orang2 yang terang2nya dah berjaya duduk di quadrant 4. semoga cita2 aku untuk transform dari 1st quadrant ke 4th quadrant dimakbulkan Allah SWT. Amiin. begitu juga anda. tiada ape yang mustahil di dunia ini selagi kita berusaha untuk mendapatkannya. In Shaa Allah Taala.
signature2

Sunday, 12 May 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Hi semua orang. hari tu, 3 May 13 aku dapat email dari Nuffnang kata aku dapat invitation untuk tengok cerita Star Trek. wahlah. betapa gembiranya dalam hati sebab bukan dapat 1, tapi 2.

kitorang tengok cerita Star Trek kat One Utama 9 May kul 9:30 malam. since dapat 2 tiket so aku ajak kawan futsal aku yang mana seorang gadis juga untuk tonton same2. dapat spek 3D yang jenis bingkai tebal warna hitam. macam biasa la spec tu besar so aku yang bertudung ni tak de la nak selit masuk dalam tudung.




pendapat aku cerita ni aku kasi 5 star. kalau compare dengan Ironman 3, cerita ni lagi best dari Ironman 3. kenapa?

sebab Star Trek:

1- tak bosan. kurang percakapan lebih pergerakan (action)
2- gambar lebih cantik - mungkin sebab aku tengok 3D. Asik elak sana nsini je.. takut kena serpihan besi. huhu. macam2 aksi lagi ah.. phew~
3- cerita penuh tanda tanya. bila ending baru la.. oh itu.. oh ini... oh hebat!!!
4- unsur-unsur lawak yang betul-betul lawak. lagi-lagi bila si ehem2.............
5- ade banyak moral of the story - semangat setiakawan, semangat untuk berusaha bla bla bla n bla..

aku cerita panjang mungkin tak best. ape kate korang tengok sendiri~ hehe selamat menonton.

sebelum tu, TERIMA KASIH NUFFNANG. Nanti kasi tiket free lagi yer~ bye2!
signature2
Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *