#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Monday, 9 September 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Nuffnang kerana memberi peluang kepada blogger picisan macam aku ni untuk tonton tayangan perdana Paranoia 9 september 2013. Seronok la kan dapat tiket wayang free siap boleh ajak member sorang follow sekali. 

Kalau tengok dari perspektif jalan cerita, menarik. Aku suka cerita genre macam cuak-cuak sikit. cerita tentang konspirasi antara 2 syarikat besar. Hero dapat task yang mencabar. Kalau ditelan mati emak, kalau diluah mati bapak. Tersepit antara dua perkara penting dalam hidup, duit & keluarga. 

Hero, handsome. Ha. Nampak tak permainannya. Badan tough. Otak bijak. Anak yang baik. Pendek kata ciri-ciri lelaki idaman kebanyakan wanita la. Cewah!

Tapi sayang ceritanya slow. Plot tak jumpa lepas sejam tayang aku still gelisah ape cerita macam ni.. Orang kanan aku 3 kali terlelap. Orang kiri aku sampai habis wayang pun tak bangun-bangun!

K bai~


Wednesday, 28 August 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum

pertama kalinya, terima kasih kepada Maxis kerana membuat saya menunggu tarikh 28 August untuk internet di reset semula. maka saya dapat update blog dengan tenang menggunakan laptop. walaupun agak lembab. tapi. OK laaaaaa


"Let's go crazy crazy crazy till we see the sun
I know we've only met but let's pretend it's love. 

And never, never, never stop for anyone. 
Tonight let's get some. 
And live while we're young. 
Oh oh oh oh oh oh oh 

Oh oh oh oh oh oh oh"

kedua - terima kasih kepada penaja utama Nuffnang kerana memberi saya tiket yang ke berapa ntah untuk tayangan perdana. kali ini tajuk cerita ialah One Direction - This Is Us. saya sangat terhibur kerana saya suka dengar lagu-lagu mereka tapi saya tidak mengenali mereka. hihihihi *mungkin mereka mengenali saya kerana mereka sangat comel. erks?

ketiga - sampai sekarang lirik lagu Live While We Young bermain-main dalam otak aku walaupun dalam perjalanan balik rumah dari TGV One Utama ke USJ macam-macam lagu dalam kereta diputarkan. mungkin sebab ia adalah cerita 3D maka ia lebih menusuk kalbu. huhhuuuuu~~

keempat - aku pelik tengok crowd gila-gila masa concert deorang kat Sweeden, Paris, Tokyo.. macam-macam tempat lagi la. paling best tengok deorang kat Tokyo. mungkin sebab budaya orang Jepun yang unik buatkan perjalanan deorang tu best kot? oh ye, deorang ade pergi South Africa - comel je budak-budak Africa tu. heh?

kelima - aku sungguh jeles tengok deorang jalan-jalan pusing satu dunia. nampak letih tido dalam bas beberapa jam bangun balik melompat-lompat & menari & menyanyi. tapi sure best sebab dapat jalan jalan.. Euro trip. Tokyo. nak ikuuuut.

keenam - mereka sangat popular sehinggakan jalan-jalan nak beli barang pun, kedai kena tutup. oh. nasib baik aku belum sepopular tu kan.

kelapan - aku terlelap sebentar tadi. peace! k bai!

kesembilan - aku tertinggal ketujuh

kesepuluh - aku memang sengaja lakukannya. 


Tuesday, 27 August 2013

Bismillahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum. 

Dah tido ke? Aku baru balik tengok wayang. Preview screening. 

Biasa la bila preview screening, orang bagi tiket wayang percuma untuk 2 orang. 

Alhamdulillah. Rezeki lebih, share dengan member. 

Hari ni tengok we're the Miller's. kelakar tapi penuh dengan bahasa kasar. Patut la kat belakang tiket ade tulis 18 apentah. 

Yang ade anak tu, kalau nak kekalkan kesejahteraan ummah, jangan bagi tengok cerita ni. Bahaya. Ngeh ngeh

Bahaya sebab deorang ni fake family yang terdiri dari latar belakang yang sangat teruk. Sorang drug dealer, penari tiang, anak yang lari rumah & sorang ni kena tinggal ngan family tapi dia kira mulia la sebab terlalu jujur 

Aku x kan cite ape ape so korang tengok sendiri sebab kelakar. Yup kelakar. Cite ni x de moral so .... La ok

Thanks to Nuffnang for the preview! Nanti kasi tiket wayang free lagi yeh! Really appreciate it 

P/s:  Pepandai la korang Nuffnang blog & join contest yang deorang sediakan supaya korang dapat tengok wayang free sama-sama ngan aku yeh. 

Ps2: aku suka pakai apps imotiv.ly sebab aku kan stalker yang suka dapat update on time. Keh keh keh

Ps3: aku takde ps3, tapi ade psp go. K bai!

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *