#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday, 8 September 2013

Aku & tenaga elektrik

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Ape khabar bloggers. Readers. Hari minggu ni penuh dengan jemputan kahwin. Even hari raya dah habis pun orang still buat open house. Bestnye. 

Tadi aku & kawan-kawan pergi kenduri kawen dekat tanjung karang. Jauh tu dari KL dekat 2 jam gak la. Hujan pulak tu so kitorang redah jugak la sebab kawan lama masa zaman sekolah dulu kan. Nasib baik waze & facebook event linked to each other. So bila buka app waze je, dia terus tanya "nak pergi kenduri Amy ke". Hehe lebih kurang cenggitu la bila translate bahasa remaja n kan. 

Ape kaitan waze dengan tenaga elektrik? Tadi aku dah fully utilize phone aku untuk cari jalan pergi rumah kenduri jadi battery phone semakin low. Fikir dah sampai rumah so boleh la charge. Aku masuk-masuk rumah, gelaaaaap je. Isk. Mak aku ni tak pasang lampu ke?  Muncul ayah dari dapur bawa lilin. Ah. Sah letrik tak de lagi. Sejak bulan puasa dulu, selalu sangat bekalan elektrik putus kat taman selasih fasa 2 ni. Ade orang kata sebab construction nak buat rumah baru. Tak fahamlah. Yang penting tak boleh nak charge phone. Wuhuhuhu. 

Sekarang ni kebanyakannya pun bergantung pada bekalan tenaga elektrik. Contoh macam nak basuh baju huna washing machine. Boleh basuh guna tangan tapi masa limited la. 

Nak minum air guna water filter pun tak boleh. Bukan apa kita bukan setakat nak minum air klorin yang dipanaskan sehingga mendidih kononnya kuman mati tapi klorin masih tertinggal, mesti la nak minum air yang sihat kan. 

Selain tu perkara penting macam membaca. Mesti kena ada pencahayaan yang baik. Takkan la nak guna lilin, kesian nanti remaja amacam aku ni belum masuk 30 tahun dah rabun. Huhuhu

Rasanya macam-macam lagi barangan elektrik kat rumah ni kalau nak disenaraikan. Aku ni nak jimat battery phone gak. Nyamuk pun dah mula berpesta kat kaki aku lagi-lagi hujan kat luar memang package terbaik lah. 

Nak harap ade pihak berkuasa yang cepat tolong bagi kami "nyawa" ape lah sangat blogger picisan macam aku ni. Huwawawawaaa

Kbai!


Sorry pengantin. Gambar korang xde dalam phone aku ni ha...

Update: akhirnya jam 1955 baru ade letrik. Alhamdulillaah. 👏

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *