#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar
Showing posts with label runner. Show all posts
Showing posts with label runner. Show all posts

Saturday, 27 September 2014

Date: 21 September 2014

Event yang bertempat di Taman Botani atau nama glemer Taman Tasik Perdana. 

Aku masuk 5km je tahun ni sebab semua acara pun dapat medal maka aku memang akan pilih yang paling pendek je la kan. 

Flag off dirancangkan jam 7 pagi maka aku bangun jam 5 pagi untuk bersiap-siap. Tak tahu lah mana silapnya jam 6:30 baru terkial-kial bertolak dari rumah. Bila diambil kira salah jalan, jam 6:55 aku baru sampai masjid dan terus parking. Nasib lah orang datang lambat memang susah dapat parking. 

Lepas parking nampak peserta 10km dah mengah-mengah berlari jadi aku tanya mereka tanpa rasa bersalah kat mana starting point? 2 km lagi katenye baru sampai start point. What?!!!!

Aku berlari-lari anak dari masjid, naik ke planetarium, naik lagi sampai pagar masuk tasik, terus berlari-lari anak sampai lah ke taman botani. Ngam-ngan sampai start point, bunyi hon bertalu-talu menandakan pelari 5 km dah boleh mula berlari. Jadi aku teruskan larian sampai habissssss.. 

Maka dari kisah ini, aku bukanlah masuk acara 5km tapi 7km buat route sendiri...

Dah le kawasan tu naik bukit... Turun sikit.. Naik balik.... Turun sikit.. Goyang lutut kite tau! Masa tu musim hujan, jalan licin. Nasib baik tak jatuh masa pijak batu marmar. Malu je tergelincir. Hihu. Body temp tinggi sampai badan berasap-asap. Kalau lari 21km mau orang sembur alat pemadam api kat aku. Hahahaha

Yang penting, semuanya selamat dan medal dalam genggaman. Yahooo!



Tuesday, 26 August 2014

Lambat pula updatenye. Lagi pun memang dah lama tak update blog pun.

Memandangkan race kali ni untuk 5km finisher diberi medal, maka aku pun masuk setakat 5km la ye. Kali ni dibuat di Dataran Merdeka 9 Aug 2014. Flag off untuk 5km race jam 8:30 malam.

Siang
Malam

Aku rasa dalam banyak-banyak race, ENR 2014 ni yang paling meriah. Masa flag off untuk kedua-dua kategori, penganjur menggunakan bunga api sebagai penanda. Meriah pulak tu - bukan calang-calang bunga api.

Screen shot sikit video bunga api ENR 2014


Komen race kali ni - meriah, best sebab dah lama tak lari malam. Race kit best sebab dapat free head lamp (hehehe). Fireworks terbaik. Orang terlalu ramai jadi menambahkan kemeriahannya. Punctual. Route better than 2012 (dulu masuk 15kmkat Sepang, pusing-pusing tempat sama bukit bukau.. Penattttt =.=' tapi best sebab dapat finisher t shirt. Hehe). Pisang sedap. Eh

K bai.

Jumpa lagi tahun depan.

Sunday, 3 November 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalaamualaikuum

Hari ni 3 November 2013 aku berlari lagi. Yay! 8km je. Makin tua makin malas nak lari jauh-jauh. Hehe. Lokasi larian kali ni kat Padang Merbok, Kuala Lumpur. 


Flag off untuk 8km runner jam 7 pagi. Semua orang dah berdiri siap-siap dalam kandang sebelum starting line. Aku sampai tak la lewat, 15 minit sebelum kot sebab takde tempat nak parking. Tapi macam biasa la selit-selit menuju starting point. Hehe. 

Masa lari aku malas nak keluarkan phone dari poket. Lari dah la lembab penat lak tu kalau berhenti-henti. So banyak gambar lepas larian je la kan..

Aku suka larian ni sebab banyak pokok kiri kanan. Tambahan pula hujan turun renyai-renyai jadi tak berapa panas. Udara pun segar walaupun sekali sekala ade bau kentut & sendawa & selit sikit bau peluh badan masjng-masing. Haruuum 😅

Tapi letih gak la sebab turun naik bukit. Naik bukit je perlahan. Turun bukit je lajuuuuu. Huhu. Apepun semua orang seronok, medal pun cantik. 


Banyak pulak selfie. Hehe. Okelah. 

Kbai!


Ps: boleh tahan larian aku kali ni

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *