Bahu kiri ni selalu lenguh-lenguh. Kadang-kadang tengah duduk saje tetibe rasa ngilu. Ada jugak la pergi berurut tapi dah 2 tempat pergi tak elok-elok. Malam tadi cuba pergi Klinik Tukang Urut Pak Daud, klinik tutup! Alahai frustnye. Dia cuti lama. Bulan Disember baru buka balik.
Nasib baik tak jauh sagat dari rumah. Sampai je rumah, main phone, baring-baring terus terlelap. Mengantok ya amat tapi perut lapar. Siap mimpi makan nasi pastu tersedar mulut tengah kunyah jugak. Adoi lah. Gelak sorang-sorang lepas tu bantai sambung tido
Pagi ni bangun je tido, perut berbunyi-bunyi. Memang lapar teruk ni. Masuk dapur bersilat sekejap prepare makanan. Campak-campak je siap. Letak dalam bekas, bawa pergi office. Disebabkan terlebih muatan, kita anggap je la ni bekalan breakfast, lunch & dinner. Muahahahaha
![]() |
Spaghetti + lobak rebus + tomato + telur mata = kenyang Alhamdulillah |
No comments:
Post a Comment