#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Saturday 29 February 2020

Cameron Highland Loop melalui Tapah - Solo Ride


Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum | Selamat Sejahtera


Hari ni 29 Febuari 2020, aku ada buat kerja gila. Dah lama 3 perkara ni ada dalam senarai wish list aku:

1- Solo long ride
2- Cameron Highland Loop
3- Climb Cameron Highland melalui Tapah

Maka pagi ni seawal jam 6:00 pagi aku dah bangun untuk bersiap sebab dalam kepala plan jam 7:00 pagi nak keluar dari rumah, tapi ada masalah la pula. 3x aku buang air besar, sudahnya 7:40 pagi baru keluar rumah. Bila fikirkan balik elok juga aku buang siap-siap kat rumah, tak de la kacau masa kayuh kan. hehe.

Kisah bermula; bangun tidur - minum air masak berteguk-teguk - toilet & mandi - prepare rolled oat & minum Primus V - Subuh - toilet lagi - makan oat - toilet - tolak basikal dan mula kayuh. nasib baik aku gerak solo & mood pelancongan, so tak perlu rushing la. hehe. Cumanya mental aku mula down bila lalu kawasan tak ada canopy dan jam baru 8:00 pagi tapi cuaca dah mula panas terik. haha. padan muka
Awal-awal naik Tapah, rasa okay je lagi. Jalan masih cantik walaupn sempit. Kereta tak banyak yang lalu Lalang. Badan masih fresh. Semangat tengah membara. Haha. KM47, aku sampai Lata Iskandar. Aku berhenti tepi & masuk dalam. Macam biasa la ambil gambar sekeping dua buat kenangan. Lepas tu cepat-cepat sambung kayuh. All the way kayuh tu kiri kanan memang banyak la anjing melepak atas jalan. Cuma ada sekali je aku kena kejar ngan sekor anjing hitam ni. tapi aku buat tak tau je so dia boring terus tak jadi kejar. haha

Bila meter menunjukkan KM60, perut aku mula lapar. Kalau dah lepas dari Lata Iskandar, memang tak ada dah kedai makan ke, kedai runcit ke & apa-apa pembangunan melainkan pondok orang asli & gerai petai. Nampak signboard tepi jalan tulis Ringlet - 10km, Tanah Rata - 20km. Okay aku mula rangka plan, sampai ringlet nanti nak berhenti beli roti kat Shell, then makan nasi kat Tanah Rata. Tak jauh mana lagi pun kan.

Tapi masalahnya hujung-hujung tu elevation makin tinggi. awal-awal tu gradient antara 2%-5%, tapi hujung tu antara 4%-8%. Jalan agak sempit. Lori tak nak bertoleransi dengan aku. Ada satu masa tu lori besar himpit aku sampai tepi jalan. Aku memang berzikir Panjang la waktu tu. Geram tapi tak nak carut sebab takut kena kat aku balik. Perjalanan aku jauh lagi ni. haha. Canopy pun makin tak ada, cuaca memang panas terik. Angin tak payah cakap la. Tak ada mercy. Aku mula fikir nak patah balik bila sampai Ringlet nanti.

Aku kuatkan azam. Kena complete juga 1 loop ni. Capai wish list yang lama aku angankan. Sampai KM70, bila mana tayar aku jejak je sempadan negeri Perak (Tapah) - Pahang (Ringlet), hati ku berbunga, hidungku berbau teh, jantungku berdegup strawberi. HAHA. Hilang pula rasa lapar tadi, semangat mula membara. Nak pulak gradient drop down to -3%, untuk 5km plus angin sejuk mula menyapa diri ini. Cewah
5km je bahagia. Lepas tu mula dah climb gradient 7%. Tak ikhlas betul. 5km je belanjanya. haha! Angin tetap kuat. Perut makin lapar. KM78 aku dah kehabisan air. Aku fikir takpe lah, 2km tu tahan la sikit. Alhamdulillah, KM80 aku sampai Tanah Rata. Aku Nampak food court, The Boxport nama dia. aku berhenti & Nampak tak ramai orang. Nampak menu nasi ayam bakar (RM6), terus parking basikal & order sekali dengan air kopi suam (RM1.50) & air kosong suam. Malas nak fikir Panjang dah. Lapar teruk. Tempat order lain, aku order kat orang lain. Orang yang ambil order aku tu bagi aku cawan kosong, aku tanya - kat mana nak ambil air ni? sebab aku fikir air suam kena ambil sendiri. Dia jawab, "eh ni bukan cawan air suam, ni nombor meja. air suam nanti kitorang hantarkan". Okay. Aku memang bonk teruk ni. Masa ni dah pukul 12:00 tengahari. Aku fikir ada lebih kurang 120km lagi (110km sepatutnya. aku salah kira. tapi dalam kepala time ni set 200km) nak sampai rumah. harap sampai sebelum gelap.



Lepas makan, terus sambung kayuh. On the way ke Brinchang tu, jalan jem. Tapi tak apa lah sebab aku kayuh basikal, boleh selit-selit. Mata aku melilau jugak kot-kot ada kedai yang jual aiskrim strawberry. Tapi aku malas nak berhenti. Nampak dalam kedai masing-masing ramai orang. Resah gak selagi tak dapat aiskrim strawberry ni. haha. Bila fikir balik takpe lah. masa pun dah suntuk. perjalanan aku jauh lagi ni. Tapi bila sampai KM90, aku tergerak nak berhenti kedai tepi jalan. Food and Vegetables Shops kalua tengok dalam map nama kedai tu. Setentang dengan Orchid Shop. Aku singgah beli jagung putih rebus (RM5). Lepas tu aku saja jalan masuk kedai, dia ada jual juga aiskrim strawberi (RM1) so aku beli dan makan sampai habis kat situ juga. tak kuasa aku nak simpan dalam baju ke ape kan. haha


Habis kunyah terus sambung kayuh. Berlagak sikit masa banyak kereta beratur sebab aku boleh potong satu-satu. haha. Tapi macam biasa lah, tak lama pun. haha. Masa kat KM100, aku perasan ada motor ikut belakang aku. Tapi ahu husnuzon la mungkin itu adalah apek jual sayur ke jagung ke bawa motor perlahan. Sampai satu kedai, dia berhenti. Ok betul la kot tekaan aku. Tapi tiba-tiba motor tu dating balik. "Huda". Aku toleh. "Ahhh ko rupanya. Aku dah suspen tadi. Siapa lah ikut aku ni. Ko ni. Seram aku. hahahaha". Borak sekejap then member patah balik menuju destinasi dia. Lega.


Video yang member ambil masa dia follow belakang dengan motor. Terima kasih!

Kedepan sikit aku jumpa sorang lelaki Germany, solo touring. Aku tegur dia dari belakang then ajak berhenti kat BHP depan tu. Dia setuju then kitorang lepak kat BHP tu kejap. Aku beli 100+ sebotol besar & roti Gardenia perisa jagung, refill air botol, balance aku habiskan. Haus sebab panas, angin kering & Cameron Highland sangat panas. Habis borak, aku teruskan kayuhan. Tak mampu nak lepak lama / tunggu dia. Aku fikir nak balik cepat je ni. Roti aku tak makan pun. Aku selit kat belakang baju.


Dari BHP ke Simpang Pulai, aku rasa 60%-70% je downhill, yang lain semua climb. Mental aku nak koyak dah waktu ni. Angin tetap kuat, even downhill pun aku tak boleh nak free paddle sangat & tak boleh nak kayuh laju sangat. Wheelset high profile & tendency untuk jatuh ditiup angin tu tinggi. Jadi aku play safe je. Masa kat KM145, ada group motor dari arah bertentangan berhenti tepi. Aku perthatikan dalam 2 orang tepi jalan control traffic, yang lain berkumpul kat satu tempat, dan satu tempat tu pula ada beberapa orang tengah berusaha angkat keluar motor dari longkang. Mungkin kawan dia overshoot. Aku cuma doakan yang rider jatuh tu selamat, group motor tu dipermudahkan segala urusan. Aku - teruskan perjalanan. kalua aku berhenti nak jadi kepoci kat situ baik tak payah.

Sampai je Simpang Pulai, aku rasa lega dah. Aku tak fikir dah berapa KM nak smapai rumah tapi yang pastinya tak jauh lagi. Haha. Mental masih koyak lagi sebab mata tertengok temperature. 40 degree Celsius. Patut la aku rasa bibir aku kering. Angin kuat lagi menambah cubaan nak DNF kan aku. Kalau fikir betul-betul, aku nak DNF, siapa nak rescue pulak. so nak tak nak kayuh je la sampai habis. Siapa suruh cari penyakit dalam aktiviti kesihatan. hahaha

Berbaki kurang 10km, aku nyaris silap simpang. Nak belok awal. Nasib baik sel otak masih boleh berhubung. haha. Baki 3km aku disapa 3 kanak-kanak bangsa India, masing-masing berdiri atas divider tengah jalan, dengan basikal masing-masing. Umur lingkungan 12-14 tahun. "Abang! race ka?" Aku toleh sebab tak dengar sangat perkataan "race" tu. Dah terbiasa kan orang panggil abang so aku angkat tangan je. "Race?" tak puas hati aku tak menjawab soalan. "Tak!" sambil buat sign babai kat diorang. Nasib badan. haha

KM191, sampai rumah. Syukur Alhamdulillah syukur selamat semuanya. Complete 3 wish list sekali dalam 1 ride. Walaupun penat, meracau-racau sorang-sorang, tapi aku banyak rasa puas hati, lega, gembira & terus fikir esok nak kayuh mana pulak. Eh. hahaha. Masuk je rumah, terus bancuh Primus V & oat, basuh basikal, mandi & solat. Lega rasanya.

Kesimpulannya, aku rasa loop naik dari Tapah ni tough. Aku tak boleh nak bandingkan loop kalau naik dari Simpang Pulai sebab aku tak pernah buat lagi. In shaa Allah, ada rezeki aku buat. Masih dalam wish list. Payah betul bila wish list Panjang ni. haha. Kenapa aku kata tough, sebab bagi aku loop ni 80% climbing. Observation aku, dari awal climb Tapah, sampai Ringlet, tak ada satu tempat pun yang gradient bawah 0% (kalau ada pun mungkin aku yang tak sedar diri. haha). Even nak turun ke Simpang Pulai pun masih ada beberapa segment yang gradient 7%. Tambah pula cabaran aku bila kayuh dalam musim angin kuat & panas terik. Lagi aku buat solo, then aku kena bergantung 200%; 100% pada diri sendiri, of course 100% lagi tawakkal kepada Allah.
Sekian terima kasih!

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *