#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Wednesday, 12 May 2010

hoi korang semua!!!

....... err.. macam tu ke cara menyapa? hilang kredibiliti aku sebagai seorang gadis yang ayu lagi sopan santun.
- ayat sama: siapa mahu muntah adalah dipersilakan.


ehem2. mintak maaf. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~


alahai sopannya bagi salam. 


bagus kan kalau kita menyapa orang dengan ucapan "Assalamualaikum" atau untuk yang bukan Islam "selamat sejahtera", "selamat pagi", "selamat petang" dan ape2 jenis selamat dalam ape jenis bahasa pon boleh lah. 


sinonim dengan ucapan selamat, kita sebenarnya mendoakan kesejahteraan orang yang kita sapa. selain tu, kita dapat mencipta dan mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama insan. betuk tak kawan2?


mari lihat contoh di bawah:
ha, gambar ni aku print screen jer dari blog aku neh.

yang aku nak tunjuk sebenarnya ialah bila kita terserempak blog orang, senang2 je kita sapa, "hai, ape khabar?", "salam ziarah", "gud morning" etc. kenapa senang eks? mungkin sebab tak nampak muka kot~

tapi kalau kita terserempak ngan sesiapa secara live, ade tak kita buat perkara yang sama? macam susah kan. macam kene ->

tak perlu gigih cari jauh2, jiran umah sebelah cukup.  <- ini pon agak metafora juga.

"selamat pagi makcik. nak g keje dah ker? hati2 ye"

uh~ sejuk telinga mendengar. rupanya aku tak tinggal berseorangan kat dunia neh. hehe 






sebenarnya nak berkempen  Rajin-rajinlah Bertegur Sapa yang dibawakan oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) bagi mempromosi dan mempertingkatkan adab di kalangan masyarakat dunia khususnya masyarakat Malaysia ku tercinta.


dan dengan bangganya aku nak tag 3 orang yang sopan santun yang bertuah dan sememangnya patut buat entry pasal neh:


1. Aidi-Safuan
2. ARC
3. si kacak dan si cantik


عَنْ أَبِى هُرَيْرةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: حَقُّ اَلمُسْلِمِ عَلَى اَلْمُسْلِم سِتٌّ، قِيْلَ: وَمَاهُنَّ يَا رَسُوْلُ الله؟ قَالَ: اِذاَ لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَاِذَا دَعَاكَ فَأجِبْهُ، وَاِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَاِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ، وَاِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ، وَاِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ.
(رواه مسلم)


Maksudnya:
Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (saw): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.
(Hadis Riwayat Muslim)


renung-renungkan dan selamat beramal~
myself

16 comments:

  1. betol laaa.
    dlm belog aku bukan main ramah, dalam FB jugakk.
    reality???
    nak bukak mulut ponn payahhh. adehhh!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..haha


    ouh knp buat entry sebegini..ada kontest?

    ReplyDelete
  3. hahahaha. maybe segan kot. ade org yg pmalu kalo nk tegur face to face :D

    ReplyDelete
  4. orang dekat sini, sangat suka bertanya khabar, ayat pertama bila jumpa ialah "Hai wani! How are you?" bagus kan, dan saya juga telah berjangkit :).. mari meriahkan budaya di Malaysia!!!! Mulakan Huda!!!

    ReplyDelete
  5. setuju sgt..
    bila kat blog,ramai jer yg tanya khabar kita,tp bila kat dunia realiti x der maknanya nak beri salam segala-bagai..
    persepsi org kita juga kot,cuba kita tengah jejalan ada sesorang dtg beri salam,sure kita pun suspent kan & secara automatik kita akan berfikir
    1-nak ngoratlah tu..gatal!!
    2-mesti org nie nak pau!!
    3-sibuk jer salesman/salesgirl nie...

    agree? n_n

    http://www.stormreaders.net/mNasir

    ReplyDelete
  6. ah ko..kang tetibe aku selisih bahu ngan ko kat jln tar,aku tegur ko,
    "woi!bwat ape kat cni weh?jom banje aku nak!"

    lari ko kang....ngehehe

    ReplyDelete
  7. aisha, samelah kite. mari bertukarr...heehehe

    alynn, jom pecahkan keseganan tu. hehe. berusaha2.

    miss hav0c; err, sekadar kempen 1 bulan 1 adab jer. hehe

    wani, baguslah korang. tambah2 lagi ngan ko yang sedia peramah tu. hehehe

    md nasir, setujuuuuuu! orang senyum pon dah pk bukan2. huhuu

    aleen, cube ko ubah ayat: meh aku belanjer ko!
    kompom aku lekat ngan ko 24/7. hahahahaha~!

    ReplyDelete
  8. haha...kantoi plak aidi-safuan nyer komen kat shoutbox tuh. :P

    erk, kena tag ke? tak kan? cam xde jer. :P

    ReplyDelete
  9. sudah kantoi, silalah buat~

    ngeh ngeh ngeh :P

    tak sabo nak bace neh! wahaha

    ReplyDelete
  10. saye malas mau buat...tade idea..lgpon bz ngan esaimen ni haa heheh

    ReplyDelete
  11. salam singgah tuan rumah..
    moga2 amalan ni akan menjadi resepi sepanjang khdupan kita..

    sy sokong kempen ni..hehehe

    ReplyDelete
  12. selamat datang~

    yups, semoga ia sebati dalam ramuannya :)

    sokong, silalah berkempen :P

    ReplyDelete
  13. hahaha. tao xpe. sini jek ramah. luar? berat nye mulut ya ampunnnnnnn!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *