Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. hari ini saya mahu bercerita tentang katak kecil.
pada suatu hari, ada segerombolan katak-katak kecil
sedang berlumba lari
tujuannya ialah untuk
mencapai puncak menara yang sangat tinggi.
penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta.
perlumbaan bermula....
secara jujur,
tidak seekor pon yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil itu akan mencapai puncak menara.
"jalannya terlalu sukar!!"
"mereka tidak akan sampai ke puncak"
"menara itu terlalu tinggi untuk mereka capai"
satu per satu katak kecil mula jatuh.
kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan... semakin tinggi... dan semakin tinggi..
penonton terus bersorak
"terlalu sukar! tiada seekor pun akan berjaya!!"
lebih banyak lagi katak kecil berasa lelah dan menyerah
tapi ada seekor katak yang teguh mendaki
ia tidak mahu menyerah!
akhirnya, semua katak menyerah kalah. dan katak kecil tadi adalah satu-satunya katak yang terus mendaki dan tiba ke puncak dengan jayanya.
semua katak kecil tertanya-tanya; bagaimana ia mampu melakukannya?
tiada sebarang jawapan yang diberikan katak kecil itu kerana ternyata
katak itu memang PEKAK
----------------------------------------------

pengajaran:
jangan terlalu mendengar kata-kata orang lain yang cenderung kepada kutukan atau kata-kata negatif terhadap cita-cita yang kita impikan kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpi dan cita-cita kamu lalu membunuhnya.
selalulah mendengar kata-kata semangat yang memotivasikan diri kita kerana segala yang kita baca, lihat dan dengar mampu mempengaruhi setiap perilaku.
dan selalulah berfikiran POSITIF
yang paling penting;
BUAT PEKAK APABILA SESEORANG MERENDAH-RENDAHKAN KAMU
I CAN DO THIS! AND I REALLY CAN DO THIS!
percayalah pada diri sendiri. renung2kan dan selamat menggapai cita-cita~
percayalah pada diri sendiri. renung2kan dan selamat menggapai cita-cita~
yup surround ourself with +ve people :)
ReplyDeleteDAT IS SO TRUE..PEDULIKKAN PE ORG KATE..SBB BILE KITE MULE..THE ONLY 1 YANG BOLEH SUDAHKAN N SUPPOSE TO FINISH IT ADELAH KITE..ORG LEN PE DORG TAHUKAN...GO GO KATAK...~HEHE
ReplyDeleteni yang rase cam nak jadi pekak jugak nih.. hehe :P papepon mmg nice cite ni utk wat modal cite kat adek aku nnti..
ReplyDeletek eisha; jgn abaikan org -ve. boleh bimbing mereka ke +ve. huhu
ReplyDeleteeny; yups~ kalo ade org downkan kite, ingatkan katak. ops~ hehe
zxara; uiks, jgn jd pekak. buat2 pekak jer. hehe
yea..suker..:P
ReplyDelete