#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Saturday 21 March 2020

Sejarah Wabak Spanish Flu

Sumber: Twitter Puan Eleena M. @PopPelangi

Spanish flu merupakan wabak yang paling teruk melanda dunia pada abad ke-20. Ia menjangkiti 500 juta orang, dan membunuh lebih kurang 20 juta manusia. Penduduk dunia ketika itu berjumlah 1.7 billion, maka ia menjangkiti 27% penduduk dunia. Walaupun namanya Spanish flu, ia bukanlah berasal dari Sepanyol.




Terdapat 4 teori:
1) ia berasal dari kawasan penternakan babi di Kansas, yang bekalkan daging babi untuk tentera pada Perang Dunia 1.
2) dari medan perang di Austria pada Perang Dunia 1.
3) dari Brest, Perancis dari kem askar British yang mempunyai 96,000 pekerja dari Cina, yang kebetulan ketika itu dilanda wabak selsema di Guangdong.
4) dari Guangdong kerana pada tahun 1916 kawasan tersebut dilanda wabak selsema jenis sama.



Ia dipanggil Spanish flu kerana kes yang dilaporkan pertama kali di Sepanyol, sebuah negara yang neutral dalam Perang Dunia 1.

Wabak ini melanda Sepanyol selepas seorang warga Perancis yang dijangkiti wabak tersebut berada di Basque, Sepanyol dan kemudiannya ia merebak ke seluruh Sepanyol. Wabak itu menjangkiti seluruh Sepanyol termasuklah rajanya, Raja Alfonso XIII yang gering tenat akibat penyakit tersebut.
Sementara itu sejarahwan Alfred W. Crosby dalam bukunya mendakwa ia berasal dari penternakan babi di Kansas.



Ia tidak dilaporkan di Austria dan di Perancis kerana pada ketika itu, Perang Dunia Pertama melanda, dan laporan seperti tersebarnya wabak di medan perang bakal melunturkan semangat anggota tentera yang berdepan dengan musuh. Dan disebabkan itu, Sepanyol yang tak terlibat dalam Perang Dunia Pertama, melaporkannya dalam medianya buat kali pertama, lalu ia pun dipanggil Spanish flu.



Kalau nak ambil teori keempat (berasal dari Guangdong), Spanish flu ini boleh dikatakan bermula sejak 1916. Kalau teori 2 dan 3, ia boleh dikatakan sejak 1918 kerana laporan di Sepanyol bertarikh tahun tersebut, tetapi jika ambil teori pertama, iaitu dari Kansas, ia bermula pada 1917 kerana ia mula dikesan selepas Amerika menyertai Perang Dunia 1 pada tahun tersebut.

Jadi sebab ada banyak teori, saya angkat bahu.
Jumlah kematian tertinggi ialah di India, dengan kematian sebanyak 17 juta orang. Ini kerana ramai tentera British berasal dari India, dan mereka dijangkiti penyakit tersebut di medan perang, dan bila pulang ke kampung halaman, menyebarkan penyakit.

Di China, kematian mencecah 9 juta orang. Di Jepun dan Korea (kerana ketika itu Korea dalam jajahan Jepun), 23 juta orang dijangkiti penyakit tersebut, dan 390,000 kematian dilaporkan.
Di Hindia Timur Belanda (kemudian Indonesia), 1.5 juta kematian dilaporkan.


Di Tahiti, 13% penduduknya mati dalam masa satu bulan sahaja.

Di Iran, 2 juta warganya mati.

Di Amerika Syarikat, kematian dari angka 600,000 orang dengan Kansas mencatat angka yang paling teruk dari segi peratusan rakyat yang terlibat. 99% kematian ini melibatkan orang yang berusia 65 tahun yang ke bawah.

Pun begitu sesetengah daripada mereka ini pernah dijangkiti Russian flu yang melanda dunia pada 1890an, jadi badan mereka sudah imun dengan selsema tersebut, jadi mereka mempunyai daya tahan.

Kebanyakan tempat yang teruk dilanda wabak ini adalah pusat pelabuhan seperti Hong Kong, Bombay, New York, Brest, Marseille dan Singapura. Dalam esei di Modern Asian Studies, pensyarah Nanyang University of Singapore (NUS) Kai Khiun Liew berkata wabak ini telah membunuh kira-kira 40,000 orang di British Malaya, dengan Pulau Pinang dan Selangor mencatat kematian yang tinggi.



Boleh baca di sini: (link)

Saya ada menulis sejarah Kellie's Castle dan ia ada menceritakan sedikit tentang Spanish flu ini.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *