#KasilahChance #JomKayuh #DiariOmar

Sunday 1 March 2020

Pau Manong Pun Sedap Juga!

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum WBT | Selamat Sejahtera
Lepas kayuh, cuci basikal & biar kering dalam toilet sementara askar-askar belum balik rumah lagi. hehe
Pagi jam 6 dah terjaga walaupun malam tadi tak dapat lena. Janji dengan Mior nak kayuh sama, tapi dia tunggu aku kat rumah dia. Jarak antara rumah aku dengan rumah dia lebih kurang 30km, maksudnya kalau aku keluar rumah paling awal jam 7:00 pagi, jam 8:00 - 8:30 pagi aku akan sampai rumah dia. 
Selain oat, aku ambil Primus V juga untuk pre-workout meal
Cuma pagi tadi pelik sikit suasananya. Selalunya jam 7:15 pagi, langit dah cerah, tapi pagi tadi masih gelap. Tak pe lah, aku fikir mungkin mendung hari ni. Lepas tu dapat mesej dari Mior, katanya kat Seri Iskandar hujan lebat. Kat sini OK  je maka aku tak endahkan cakap dia & jam 7:18 pagi aku mula kayuh dari rumah.

Dalam KM10 dari rumah, hujan rintik-rintik. Aku tak simpan telefon dalam plastik sebab tengah guna Maps navigation. Maklumlah orang baru pindah Perak, jadi tak tahu sangat jalan kat sini. Aku teruskan kayuhan seperti biasa dan langit masih lagi gelap sedikit dari biasa walaupun jam menunjukkan jam 7:45 pagi. Tiba di KM20 (berbaki 10km untuk sampai Seri Iskandar) hujan turun dengan lebatnya. Aku berhenti tepi jalan dan cepat-cepat aku masukkan telefon dalam plastik, teruskan kayuhan. Hampir tiba di hujung jalan, lebih kurang KM25 hujan berhenti. Jalan agak basah menandakan kawasan ni hujan lebat pagi tadi. 

Tepi jalan, lopak air agak tinggi. Trafik agak tinggi (lebih kurang setiap 1 saat, 2 biji kereta lalu) jadi aku tak boleh nak kayuh di tengah jalan. Ada satu kawasan tu, lopak air sampai tengah jalan & muncul 1 kereta yang laju, duduk lane kiri (ada 2 lane) tanpa menghiraukan aku yang sedang kayuh di tepi jalan, terus melanggar lopak air. Bayangkan air naik tinggi simbah aku satu badan. Geram oi

Aku sampai di guard house UTP, terus minta kain buruk kat salah sorang abang guard tu. "Dia tanya hujan lebat ke?" aku cerita la dekat satu kawasan Kampung Bali namanya, memang lebat masa aku lalu tadi. Aku cerita jugak la pasal kereta tak ada perasaan simbah air lopak kat aku tu, diorang mampu gelak je la. Apa boleh buat, kita ni kecil je. 

Selesai lap dan keringkan telefon semua tu, aku call Mior & dia minta aku datang ke Petronas. Hujan lebat dekat rumah dia katanya. Mula-mula macam tak percaya, tapi bila aku sampai Petronas, nampak baju dia basah. Betul la tu. haha. Alang-alang dah lencun, memang aku nak kayuh je walaupun Mior nak cancle. Tapi dia nak redah juga, OK la

Dari Seri Iskandar, kitorang menuju ke arah Parit melalui Kg Senin dan berhenti di Manong. Cuaca panas terik dan angina kuat dari pelbagai arah. Beberapa km sebelum sampai Manong, aku rasa tayar belakang memberat. Aku syak tayar belakang kurang angin lagi sebab pagi tadi pressure tayar cuma 50psi sahaja. Aku buat tak tau & sampai Kedai Pau Manong, aku check tayar belakang memang dah kurang angin tapi takpe lah, makan dulu. Kalau kayuh ke depan sikit memang ada Petronas. 

Mula-mula minta nasi lemak, tapi dah habis. Masa ni aku dah KM70 tapi perut aku lapar sejak KM60 tadi. Sedih pula tak ada makanan lain, jadi aku ambil pau kacang (RM1.40) & pau kaya (RM1.40), air kopi O panas. Tapi perut aku masih lapar, aku ambil pau kacang dan pau ayam (RM1.50) pula. nasib baik pau sedap & gebu. Sebenarnya aku masih lapar tapi, takpe lah. 
Pau gebu, sedap. Tapi untuk orang yang tengah lapar macam aku tak sesuai makan sikit. haha
Habis makan, kitorang pergi Petronas untuk tukar tiub belakang basikal aku. Baru aku faham sebenarnya tayar belakang gelong sejak naik Cameron Highlands semalam berpunca dari tiub bocor ni. Lubang sangat halus, jadi pressure yang kurang tu tak la mendadak. Cuba cari punca, mungkin dawai kokot atau serpihan kaca halus, tapi tak jumpa. Lepas berkali-kali cross check tapi masih tak jumpa, kami decide untuk pasang je tayar. Tawakkal je la kan.

Wheelset - tubeless, tayar - clincher. Susah betul nak masukkan tayar tadi. Terbalik sana terbalik sini, akhirnya lepas setengah jam aku agak baru la dapat masukkan semula tayar. Malangnya, tiub terkepit & koyak. Kali ke dua ni kami masukkan dengan lebih berhati-hati. fikirkan cara paling terbaik nak masukkan tayar. Almaklumlah masing-masing tak berapa pandai sangat bila berdepan dengan situasi macam ni dan akhirnya berjaya juga. Masalah baru timbul, masa pam tu tayar tak keluar sepenuhnya. jenuh juga la pam, pancitkan balik. Pam pancitkan balik. berapa kali percubaan pun aku tak tahu la tapi sampai kering tekak, baju, seluar stokin & kasut aku. Aku ni dah la lapar, mengantok lagi. seriously nyaris nak terlelap & give up pastu cari jalan sape yang boleh hantar aku balik rumah. haha
Alhamdulillah. Selesai semua, aku singgah toilet & beli air. Masa nak tengok trafik OK untuk masuk jalan utama, aku rasa macam aku diperhatikan. Aku toleh dan nampak 2 orang perempuan berpakaian sedondon berhenti tepi jalan atas motor. Yang duduk di hadapan sedang sibuk membelek sesuatu dalam bakul motor, tapi yang belakang tu sedang perhatikan aku. mungkin dia tau aku tengok dia, terus dia senyum. Dalam hati aku seba salah jugak, dia ni fikir aku ni lelaki atau dia tengah confuse yang aku ni lelaki ke perempuan. Sebabnya cara dia senyum tu macam perempuan nak mengorat lelaki. HAHAHA. Lantak la. Mungkin perasaan aku je la kot. Walaupun aku Omar tapi hakikatnya aku masih Huda ye. Lepas aku balas balik senyuman dia, kitorang teruskan perjalanan yang masih jauh ni

Dari Manong ke Parit, melalui Kampung Chopin, dari Parit ke Seri Iskandar aku tak tahu nama kawasan tu. haha. Tapi yang pastinya memang perit sebab jam 12:00 tengahari baru bertolak dari Manong kan. Perut aku masih lapar dan aku sangat haus. Perjalanan tetap diteruskan dan kami berpisah di Petronas tempat jumpa pagi tadi. 

Lebih kurang 2km kat depan tu ada Petronas sebelah kiri dan aku berhenti situ. Air aku habis kering. Aku beli sebotol besar air Revive Isotonic sebab air lain botol besar tak menarik untuk dibeli. Tu pun air Revive tu tinggal sebotol je. Aduh. Lama juga aku berhenti lepaskan lelah sambil termenung tengok bendera bekibar tegak. Apa lah nasib aku nak kayuh lagi 30km balik rumah sorang-sorang tengahari panas terik ni.
Sempat selfie kejap sambil lepaskan lelah
Tak apalah. Ini jalan yang aku pilih kan. Hadapilah dengan tenang, kayuhan diteruskan. Lebih kurang berbaki 15km ada sekumpulan kerbau kiri kanan jalan tengah makan. Aku tak kisah diorang nak makan ke nak lepak ke ape kan, tapi masalahnya kenapa masing-masing bila nampak aku macam nampak hantu. risau betul aku



Lepas je aku dari sekumpulan kerbau tu, lega betul rasanya. Sampai je simpang sebelum kawasan perumahan, aku ternampak Speed99. Terus patah balik & pergi kedai beli oat sebab stock dah habis. Tengok meter ada lagi 2km nak cukup 150km, so aku pusing la keliling kawasan berdekatan dengan kawasan rumah sambil bawa quacker oat sekilogram tu. haha
Macam biasa, recovery tu penting untuk kekal bertenaga
sekian kisah hari ni. Terima kasih!

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Most Recent Post

Surah A-Qasas

Pada Surah Al-Qasas pula,Allah masih lagi menerangkan tentang Al-Quran, hari pembalasan dan beberapa kisah sebelumnya untuk dijadikan telada...

Know us

HUDAMCGYVER'S
I-SPORST WEAR | PRIMUS V | CHOCODAP'S

Our Team

CFOO Cycling Republic | CFOO
Geng Kayuh Asal Boleh | GKAB
Absolute Full Gas | AFG

Contact us

Name

Email *

Message *